Hari ini rakyat seolah-olah lupa dengan isu Altantuya, rakyat 'selesa' dengan krisis ekonomi yang berlaku dalam negara serta rakyat tidak lagi membicarakn konflik hebat yang sedang berlaku dalam Umno sebelum ini.
Saya berharap pihak Pakatan Rakyat tidak terperangkap dengan strategi dan provakasi yang cuba dilakukan oleh Umno@BN dalam kemelut yang berlaku. Sehingga hari ini saya melihat ada kematangan cara dan gaya pemimpin Pakatan Rakyat menangani isu ini cuma ada seorang dua pimpinan yang kadangkala mengeluarkan kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat seolah-olah Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang.
Pernah tak kita terfikir apabila keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengiktiraf Dato seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Zambry Abdul Kadir hanya menunjukkan reaksi selamba seolah-olah seperti dapat jaminan dan menduga apa yang berlaku pada hari yang berikutnya?
Saya juga yakin selagi DUN tidak dibubarkan lebih banyak adegan dan drama yang memualkan akan berlaku di Perak. Pakatan Rakyat mungkin boleh memikirkan formula lain bagaimana untuk terus meraih sokongan rakyat Perak dan ' membuka hati' Istana Perak untuk membubarkan DUN Perak. Selain siri ceramah dan penerangan serta usaha untuk mengadap DYMM Sultan Perak secara berterusan dan proses perundangan di mahkamah, kempen tanda tangan mungkin boleh digunakan sebagai satu usaha untuk membuktikan sokongan rakyat Perak terhadap pembubaran DUN -angkasanuri
8 ulasan:
Ya, malangnya pihak-pihak yang jahat memang bijak mengatur manusia sebagai boneka mainan mereka sahaja. Dalam bukunya, 'The International Jew', Henry Ford telah menceritakan bagaimana 'mastermind' Zionis telah mencetuskan peperangan dunia semata-mata untuk kepentingan mereka sahaja.
Kita perlu ingat bahawa golongan Zionis ini ramai anak didik. Pejuang kebenaran harus bijak, perlu perancangan rapi dan tentunya pergantungan kental kepada Yang Maha Esa. Semoga Allah SWT selamatkan negara kita yang dicintai ini.
Betul tu, isu ini berlaku dan sesetengah orang selesa berkuasa di tempat yang lain sedangkan rakyat perak dimalukan, dan tentulah sesetengah orang itu sengaja nak panjangkan krisis ini.
betul tu saya setuju,saya pun pelik tengok zambry relax je..lagi 1 saya perasan semua akhbar arus perdana tak banyak ulas psl DS NIZAR menang kes makamah,tp bila zambry menang semua letak dimuka depan..najib memang ikut telunjuk Dr.M..
dun perak akan terbubar secara otomatik selepas 13 mei 09 setelah enam bulan tak bersidang. mengikut keputusan mahkamah sidang dun bawah pokok dan 7 mei lepas adalah terbatal.
matkonar.
umno dah lama jadi pelacur undang2 malaysia,rakyat jadi mainan mereka sekian lama.semua bayar tiada percuma .elit2 umno mengatur itu ini bayar...oleh itu umno hendaklah di benci anak cucu selamanya,najib zambry sila jaga....anda d perhatikan..dunia dan akherat.
betol juga apa yang dikatakn ini semua peancang puak2 umno..untuk mengalihkan isu lain .tapi rakyat malaysia tak akan mudah lupa melainkan puak umno yg selalu mudah lupa ..lupa diri..semua lupa...kita merancang ..allah juga merancang..
Slogan "1 Malaysia" dan "Rakyat DiUtamakan" - kepala hotak Najib! Nizar dan ramai cerdik pandai mahu DUN PERAK dibubarkan supaya rakyat menjadi penentu, tapi Najib dan Zambri mahu kekal kuasa 'haram' di Perak - adakah ini boleh disebut "Rakyat DiUtamakan" dan "1 Malaysia"? Wahai rakyat yang masih lagi berdiri atas pagar, fikir-fikirlah sendiri siapa yang tamak haloba dan siapa yang berjuang untuk rakyat? Nak pilih yang mana? Janganlah lagi "angguk-angguk geleng-geleng". Fikir sendirilah Nabil!
"Mari lah kita sama-sama sembahyang hajat semoga di buka pintu hati DYMM sultan Perak supaya merestui pembubaran dun perak dan pilihan raya akan diadakan."
"Kuasa Allah adalah Kuasa Sebenar"
Catat Ulasan