11 Ogo 2014

Apa Sebab TSKI Liat Sangat Untuk Berundur?

Jikalau Tidak Berada-ada Takkan Tempua Bersarang Rendah”

Tidak mudah kepimpinan PKR membuat keputusan untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim dari PKR. Tentulah sudah begitu lama isu kepimpinan TS Khalid di Selangor ini menjadi bahan perbincangan kepimpinan tertinggi PKR dan tentunya sudah lama juga dihazam agar segala keputusan dibuat tidak dilihat sebagai zalim dan tidak menepati prinsip-prinsip keadilan sebagai mana yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

Tentulah terdapat sebab-sebab yang konkrit yang melayakkan kepimpinan PKR untuk membuat keputusan yang begitu berat ini. Jikalau keseluruhan kepimpinan ‘berani’ membuat keputusan demikian, tentulah ada asas yang cukup kuat untuk mereka bertindak demikian. Sekiranya ada pihak yang mempersoalkan keputusan berkenaan, maka tentulah golongan yang berfikiran rasional pula ingin juga mengemukakan soalan.

Apakah keseluruhan pimpinan PKR itu tidak dapat menilai antara yang betul dengan yang salah. Ataupun apakah keseluruhan pimpinan PKR itu hanya menjadi pak turut semata-mata. Tentulah tidak sedemikian caranya. Apatah lagi memikirkan prinsip perjuangan parti adalah ‘keadilan’ kepada semua. Tentulah tidak timbul isu ‘kezaliman’ apabila hukuman dikenakan ke atas TS Khalid.

Jikalau kita berfikir secara rasional, maka inilah saja jalan yang ada kepada kepimpinan PKR untuk membuktikan kepada rakyat umum bahawa PKR adalah sebenarnya parti yang mempunyai integriti, ‘accountability’ dan tegas dalam mendukung aspirasi rakyat terbanyak. Tindakan PKR ini mungkin ‘merunsingkan’ juga setengah pihak yang merasakan bahawa tindakan sedemikian sebagai tidak adil, namun tindakan perlu dilaksanakan. Ini yang telah ditegaskan pada awal-awal tadi bahawa keputusan yang diambil oleh kepimpinan PKR bukan sesuatu keputusan yang mudah.

Dan sepatutnya TS Khalid juga harus faham dengan ‘bebanan’ yang dipikul oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan kemelut di Selangor ini. TS Khalid harus faham bahawa sekiranya beliau sudah tidak mendapat kepercayaan lagi daripada kepimpinan PKR, yang juga bertanggngjawab melantik beliau ke jawatan MB Selangor itu, maka seharusnya beliau dengan rela hati mengundurkan diri, supaya keadaan tidak menjadi sekusut ini. Yang tentu menyedihkan lagi ialah ‘maruah’ dan ‘harga diri’ TS Khalid sedikit sebanyak akan tercalar juga apabila beliau seolah-olah ‘berdegil’ dan terus ‘berpaut’ kepada ‘dahan yang rapuh’ itu. Sepatutnya TS Khalid memikirkan juga tentang ‘sisa-sisa’ hidup yang perlu dilaluinya sebagai warga emas.

Tentu ramai juga yang menyoal tentang mengapa TS Khalid begitu bersungguh benar mempertahankan jawatan MBnya sedangkan jawatan MB itu bukan merupakan jawatan ‘turun temurun’ seperti yang di suarakan oleh TS Muhammad bin Muhammad Taib yang juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang pernah ‘disuruh’ berhenti dari jawatan berkenaan. Dato’ Abu Hassan Omar yang pernah juga ‘diarah’ meletakkan jawatan MB Selangor pada suatu ketika dahulu tidak ingkar apabila diarahkan berbuat demikian oleh UMNO. Dan kesemua mereka ini patuh kepada rahan parti masing-masing.
,br> Persoalannya mengapa TS Khalid Ibrahim menampakkan kesungguhan mempertahankan jawatan berkenaan. Apakah ‘ada udang disebalik batu?’ dan peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘jiakalu tidak berada ada tidak akan tempua bersarang rendah’. Apakah begitu keadaannya yang menyelubungi isu perletakan jawatan TS Khalid ini?

TS Khalid masih tidak mahu mengalah…

Tentulah kesan ekoran daripada peristiwa ini akan menimbulkan keadaan yang amat tidak menyenangkan.

* Keadaan politik di Selangor akan terus dalam keadaan terumbang-ambilng, tidak menentu yang boleh menyebabkan rakyat Selangor juga dalam keadaan yang ‘resah dan gelisah’

* Mahu tidak mahu, keadaan sebegini akan pasti membabitkan DYMM Sultan Selangor juga. Sepatutnya Baginda Sultan tidak dilibatkan langsung dalam kemelut Selangor ini.

* Para pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) pastinya dalam keadaan serba salah, untuk menentukan kedudukan masing sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian. Ini merupakan persoalan ‘di luah mati emak dan ditelan mati bapak’

* Ada kemungkinannya PAS akan ‘berpisah’ dengan Pakatan Rakyat, memandangkan bahawa sudah ramai ahli PAS yang seolah-olah memihak kepada TS Khalid yang sekali gus memberikan gambaran bahawa apa yang dilakukan oleh PKR itu tidak sewajarnya dilakukan. Dan dalam parti PAS sendiri akan wujud kelompok-kelompok tertentu antara yang pro dan yang kontra. Maknanya seolah-olah dalam PAS sudah terbahagi kepada dua kumpulan. Keadaan sebegini tidak harus di lepas pandang oleh TS Khalid.


TS Khalid harus dan patut memikirkan perkara ini. Kesannya kepada rakyat dan negara amat mendalam. Ini bukan lagi isu negeri Selangor tetapi isu yang membabitkan politik negara dan rakyat Malaysia. TS Khalid tidak sepatutnya memikirkan dirinya lagi tetapi memikirkan tentang harapan rakyat keseluruhannya, sekiranya beliau benar-benar sayangkan rakyat dan negara. -abuhassanadam
Khalid perlu turun, jawatan MB bukan harta pusaka, kata Mat Taib


Walaupun menerima sokongan PAS, bekas Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib berpendirian Tan Sri Khalid Ibrahim perlu melepaskan jawatannya secara berhormat.

Muhammad yang pernah memegang jawatan penting tersebut semasa bersama Umno sebelum menyertai PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas berkata, secara konvensionalnya, mana-mana pemimpin yang ditolak parti perlu melepaskan jawatan.

"Saya fikir apabila PKR membuat keputusan untuk tukarnya, beliau (Khalid) perlu patuh.

"Secara konvensyen dan persefahaman dalam satu gagasan, itulah persefahaman,"
kata Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib kepada The Malaysian Insider.

Kenyataan Muhammad tersebut berbeza dengan pendirian PAS yang masih bertegas menyokong Khalid sebagai MB.

Beliau kemudian mempersoalkan mereka yang mempertahankan Khalid, khususnya daripada PAS sendiri seolah-olah jawatan MB yang dipegang adalah hak individu.

"Saya hendak tanya sekarang ini, apa yang istimewa tentang Khalid ini?

"Bila parti sudah buat isyarat yang jelas, apa pun alasannya, apabila parti buat keputusan, beliau perlu ‘gentleman,’ kerana ini bukan harta pusakanya, ini adalah kolektif," kata beliau.


Muhammad menyifatkan peletakan jawatan seorang MB bukan fenomena luar biasa, kerana ia menjadi amalan demokrasi mana-mana institusi.

"Jadi pada saya, meletakkan jawatan dan berhenti bukan fenomena luar biasa, ini adalah normal dalam mana-mana institusi demokrasi dalam dunia ini," kata Muhammad.

Malahan beliau sendiri dan pemimpin utama negara sebelum ini juga meletak jawatan selepas tidak menerima sokongan lagi.

Muhammad merupakan MB Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Selangor bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Menurut Muhammad, ketika Tun Hussein Onn digantikan dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, konsep sama digunakan dan kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meletak jawatan selepas menghidu tiada lagi sokongan daripada parti.

"Apabila Tun Hussein Onn meletak jawatan dan diganti Dr Mahathir, tidak kisah apa pun alasannya, beliau letakkan jawatan.

"Jadi selepas itu, apabila parti menganggap Pak Lah sudah perlu diganti, maka beliau rela menyerahkan jawatan,"
kata Muhammad.

Muhammad juga berkata konsep sama digunapakai dalam krisis di Terengganu baru-baru ini, Datuk Seri Ahmad Said terpaksa melepaskan jawatannya selepas tidak lagi mendapat sokongan parti.

Khalid, MB dua penggal ketika ini hilang sokongan daripada partinya sendiri dan berdepan kemungkinan disingkirkan.

Pelbagai langkah mula dijalankan bagi mendesak Khalid lepaskan jawatan, pendedahan juga dibuat oleh PKR membabitkan salahguna kuasa Khalid, terutamanya dalam penyelesaian Bank Islam.

Namun, Khalid mempertahankan diri dengan mengatakan tidak bersalah walaupun PKR mendedahkan bukti penglibatan tokoh korporat Umno dalam menyelesaikan pinjaman tersebut.

Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima pelbagai aduan tentang MB itu yang didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan.

Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jais dan Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Anwar sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapatinya bersalah dalam kes Liwat II yang melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding untuk menggantikan Anwar, menang kerusi Dewan Undangan Negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi MB Selangor.

Bagaimanapun, Khalid bertegas dia tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.

Isu MB Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya.


ULASAN GB

Sbelum ini GB kata GB sudah lama menjangkakan Tan Sri Khalid akan tumbang. Ia bermula dari isu kenaikan gaji MB, Speaker, Exco dan ADUN Selangor yang mana semasa itu kita melihat betapa degil, sombong dan angkuhnya dia tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Baca SINI.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. TSKI wajar dan akan tetap perlu berundur. Partinya sendiri telah menolaknya. Yang menyokongnya hanya sekerat dua pemimpin PAS Selangor yang umum telah tahu mereka sebenarnya adalah kumpulan yang mesra ataupun pro-UMNO, maaf cakap, saki-baki Hassan Ali.

Merekalah yang memberikan maklumat tidak tepat kepada Presiden PAS sehingga Presiden PAS mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang premature. Banyak hal yang GB boleh bongkar tentang PAS Selangor ini, tetapi biarlah hukum kebenaran dan keadilan itu berjalan sendiri. Ia lebih indah dan lebih baik tanpa sentuhan kita.

"Perwarnaan (celupan) Allah... siapakah yang lebih indah/lebih baik perwarnaannya selain Allah?" -Al-Baqarah 138







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin nak berkhidmat lagi kerana dapat sokongan kuat pas? Minta ahli pas bagi pandanga.

Tanpa Nama berkata...

Ahli Pas pun dah meluat dengan pemimpin Pas, kalau PRU14 dibuat sekarang Pas akan terlunglup

Tanpa Nama berkata...

Pakatan nak ke Putrajaya bukan nak kerumah khalid atau keRusila

Tanpa Nama berkata...

DOA Tok Guru lot. Pndangn sya je

Tanpa Nama berkata...

salam GB, ni c jack. GB mungkin ingat lg jack waktu mula2 aktif dlm blog GB thn 2008 masa BN byk kalah PRU thn tu. GB mungkin pandangan jck berbeza sikit. setahu jck lps pakatan mng d sngr thn lalu, ukutkan kerusi ADUN plg byk adalah PAS. tp kami semua bgtau sama PAS kasi kekal Khalid sbg MB krn antara faktor rakyat undi pakatan d sngor krn mrk suka Khalid sbg MB. so PAS pn atas semangat ini sanggup bg ruang kpd Khlaid (PKR ) utk jd MB sebab PAS bukannya gila kuasa pun. s0 bg saya lakan kalo pn nk ganti MB tiada masalah, tapi kenapa pulak p wan azizah pl yg jd MB? dah takde calon lain dr PKR atau PAS yg lebaih layak ke? ni yg saya tak faham. cuba kita renung2 kan . ta mau sangka buruk sama org , tak baik. salam GB. jack-sabah

Tanpa Nama berkata...

Add masaalah dunia Dan akhirat/amalan hari2 Cuba jumpa TGNA inshaallah tawakallah

mohamad berkata...

Bila dah jadi menteri besar, bukan menteri besar PKR sahaja. MB daripada parti parti yang bergabung untuk membentuk majoriti menjadikan TSKI MB selangor, untuk kerajaan dan rakyat Selangor. Bila jadi MB dan dilantik secara perundangan ianya telah memasuki satu sistem pemerintahan yang mempunyai DUN, kesultanan, kehakiman dan banyak lagi. Sekarang untuk memecat dari parti perundangan nya berdasarkan perlembagaan parti. Untuk memecat dari jawatan MB tidak terikat lagi kepada perlembagaan parti. Mana mana parti hatta pembangkang sekalipun hendaklah bertanggung jawab. Parti mempunyai pendirian bebas mengikut dasar parti masing. PKR tak boleh berasa hati atau memaksa parti lain menurut kehendaknya. Pakatan bukan macam BN. Mempunyai pengerusi BN dan mempunyai satu peraturan. PR adalah sebuah gabungan parti berasaskan persefahaman, tidak punya satu dasar bersama. Kalau PKR kata MB sekarang tidak bagus. Pas pula mengatakan bagus. Mereka mempunyai hujjah dan alasan politik yang berbeza. Kalu kena turut walaupun dirasakan tidak betul, ini dah jadi pak turut. Dulu semua orang marah bila DSAI dipecat, tidak beri peluang pembelaan yang adil, maka dalam kes TSKI akan menjadi kes yang sama. Kalau kita selama ini marah UMNO double standard, Kenapa dalam hal ini PAS nak masuk perangkap? PAS berjuang untuk mendapat keredhaan Allah. Menang saja tak di redhai Allah apalah guna nya. Firaun memegang kerajaan selama beribu tahun, adakah dia betul, tuhan melaknatnya. Tuhan izin tapi tuhan tidak redha. Sebab itulah bila berpolitik, jangan lupa dosa dan pahala sebagai sempadan. Bila PAS mengambil tindakan tidak sama dengan kehendak PKR, bukan bermakna tikam belakang, bukan bermaksa redha dengan TSKI, pokoknya TSKI tidak bolih diambil tindakan setakat mengadakan tuduhan, tanpa bicara, tanpa pembelaan. Ini termasuk katogeri menzalimi. Ingat pada ayat quran yang mengatakan jangan kamu cenderong kepada kezaliman nanti kamu akan disambar olih api neraka. Selain itu TSKI tidak sepatut dipermalukan kerana kita tak tahu dia salah atau tidak, kita hanya syak, cerita sebenar tidak tahu. apakah boleh kita mebuat keputusan hanya dengan syak? Sekiranya TSKI betul betul melakukan kesalahan maka PAS tidak akan menyokong. Ramai orang bertanya sampai bila kes mahu selesai kalau nak tunggu bicara, negara lain bila integriti dipersoal maka perlulah diperturunkan. Kenapa kita ikut negara lain? kenapa tak ikut Alquran dan Hadis? Rasululullah telah lama bersabda " aku tinggalkan kamu 2 perkara, kalau kamu ikut nescaya kamu tidak akan sesat selama lama nya, iaitu Alquran dan Sunnah. Dalam kes TSKI kita sepatutnya kembali kepada ajaran islam, sebagai PAS lakukan smasa DSAI diinanyai satu masa dulu. Pada masa sekarang kenapa dipersoal PAS yang istiqomah dalam tindakan nya. Mustahil ulama ulama PAS yang perjuangkan islam begitu lama hendak menjerumuskan dirinya kepada kemurkaan Allah. Aku harap kamu semua faham dan insaf. Wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

Anwar hanya memerlukan sekitar 30 orang ahli parlimen daripada Barisan Nasional untuk lompat dan menyertainya.

Edwin Michael

Sudah pelbagai analisis telah dibuat melibatkan krisis politik di negeri Selangor. Namun, persoalan yang masih gagal dijawab oleh sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim ialah mengapa hanya isterinya sahaja yang layak diangkat menjadi Menteri Besar Selangor?

Tindakan ini juga dilihat membelakangkan Deklarasi Permatang Pauh yang mahukan nepotisme dihancurkan daripada politik negara ini.
Kini setiap tindakan Anwar Ibrahim dilihat terlalu terdesak dan terburu-buru seolah-olah terdapat satu agenda rahsia yang mahu direalisasikannya. Dan jelas kelihatan buat masa ini hanya DAP menyokong penuh setiap langkah Anwar Ibrahim untuk mengapai agenda rahsianya itu.

Percaturan politik Anwar ini memang adakalanya terlalu bijak namun percaturannya kali ini hanya menimbulkan pelbagai teori konspirasi.

Andaikata isterinya, Wan Azizah memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor, secara langsung Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan berada dibawah kawalan Wan Azizah atau dalam erti kata lain akan berada dibawah kawalan Anwar Ibrahim.

Apa istimewanya MBI ini? Tentunya keistimewaan MBI ini adalah terletak pada dana yang bernilai ratusan billion ringgit. Jika dana ini dapat dikuasai oleh Anwar Ibrahim maka jalannya untuk menjadi Perdana Menteri semakin luas.

Langkah Kajang merupakan perintis kepada segala kekusutan ini. Sebaik Wan Azizah menjadi Menteri Besar, sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim akan mula mengatur strategi untuk memujuk dan membeli ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Dalam konteks ini, Anwar hanya memerlukan sekitar 30 orang ahli parlimen daripada Barisan Nasional untuk lompat dan menyertainya.

Andaikata, jika seorang ahli parlimen ditawar sekitar RM50 juta sekali pun, kos keseluruhan hanya mencecah RM1.5 bilion. Dana MBI sememangnya kukuh untuk menanggung kos ini.

Namun, Perdana Menteri dan Barisan Nasional khasnya tidaklah sebodoh itu untuk biarkan semua ini terjadi. Maka, strategi Barisan Nasional pula adalah untuk terus menyokong penuh pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini dituduh derhaka dan layak ke neraka oleh Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Andaian ini dikukuhkan kerana jelas kelihatan media regim Barisan Nasional turut memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Propaganda ini menimbulkan sentimen simpati pada Menteri Besar dan kebencian pada Anwar Ibrahim.

Permainan sentimen ini pula amat penting buat regim kerana ini bakal menjadi senjata kuat mereka sekiranya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan. Potensi untuk Barisan Nasional merampas kembali Selangor juga tinggi apabila Najib Razak kini kelihatan lebih berkredibiliti selepas kejayaannya memujuk pemberontak puak pro Rusia untuk menyerahkan kotak hitam MH17 dan pada masa yang sama kredibiliti Anwar Ibrahim yang merudum kerana kegilaannya untuk menjadi raja nepotisme.

Jika Tan Sri Khalid Ibrahim mengundur diri dan memberikan ruang kepada Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar, maka keseluruhan masa depan rakyat Selangor dipertaruhkan untuk memastikan langkah Kajang ini dicapai.

Persoalan terakhir mengapa Anwar perlu lakukan semua ini? Ini kerana panggilan penjara Sungai Buloh semakin dekat. Hanya satu cara sahaja untuknya melepaskan diri daripada sabitan kes mahkamahnya iaitu membeli ahli-ahli parlimen Barisan Nasional menggunakan wang rakyat Selangor dan menjadi Perdana Menteri Malaysia 'pintu belakang'. Ini seterusnya merealisasikan impian 16 September yang dicetuskan oleh dirinya sendiri. Maka jelas daripada awal lagi mengapa PAS membangkang setiap langkah Anwar Ibrahim ini. Ini soal amanah rakyat. Ini soal integriti.

Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim enggan bersuhabat dengan Anwar Ibrahim, serangan moral dilancarkan oleh Rafizi Ramli. Realitinya, Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah kambing hitam kepada keseluruhan wayang kulit Anwar Ibrahim ini.

Penulis ialah pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak.

Tanpa Nama berkata...

sebelum TSKI dipecat dari partinya (PKR), PAS wajar mempertahankannya kerana PAS beranggapan TSKI tidak melakukan kesalahan dan mendapat kepercayaan rakyat. Walaupun ini krisis dalaman PKR, tetapi kini TSKI bukan ahli komponen PR, beliau wakil Bebas.

Apa kah Pas masih mempertahankan wakil Bebas ini? kalau 'ya' jawapannya, bermakna PAS tidak ada semangat setiakawan yang dibentuk dalam PR (tidur sebantal mimpi berlainan). Jika jawapannya 'tidak' PAS perlu mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat kenapa perlu TSKI disingkirkan (pecat), rakyat yang menyokong PR perlu di beritahu, kerana pada mata rakyat (penyokong PR) TSKI tidak ada kecacatannya.

PAS perlu lebih berhemah dalam membuat keputusan penting ini agar
PR menjadi lebih kuat, hebat dan unggul dan boleh diterima sebagai 'KERAJAAN ALTERNATIF' . PAS juga parti yang ada maruah dan berprinsip berlandaskan Islam. Kalau telah melakukan kesilapan perlu meminta maaf (mungkin ijtihad pimpinan silap kerana kurang maklumat atau tidak diberitahu dengan tepat). Kita tidak taksub kepada individu atau sesebuah parti, tapi kita perlu lihat kebenaran dan meletakkan keadilan itu pada tempatnya.

Tanpa Nama berkata...

cara yang di lakukan oleh Khalid ibrahim ini adalah cara cara biasa di guna kan lahanat Yahudi Nasrani bagi menongkat langit.

apabila rakyat tidak setuju akan kepimpinan , maka pemimpin tadi mesti undur diri.

tetapi di , malaysia ianya tidalk akan berlaku ; "apa kah Bangkai akan Busok dan terus memBusok , jika Bangkai sendiri menerima hakikat ianya Bangkai ?"

yang sedih nya , anak Melayu lupas asal usul nya dan akan di hina bukan saja oleh umat sendiri tetapi umat umat bangsa lain.

Tanpa Nama berkata...

kalau betul TS khalid nie rasuah biar SPRM siasat...kalau didapati bersalah dah tentu TS khlid masuk lokap tak payah susah payah pecat tp terus masuk penjara...mungkin PKR ada agenda tersendiri bagi memenuhi hasrat DAP...

Tanpa Nama berkata...

TSKI mendapat sokongan padu dari geng main pondok - pondok ( tatacara mesyuarat pn tak reti).

Tanpa Nama berkata...

Nak jadi calon bebas agaknya macam UMNO buat di Perak

Tanpa Nama berkata...

Ulama Muda Umno berjaya mempengaruhi ulamak tua Pas supaya jangan bekerjasama dengan Pakatan?

aku berkata...

pakatan nak ke putrajaya? dont dream la..pandai ke nak amik hati rakyat..setakat pandai maik hati (bodek) bos atasan..jangan mimpi la..kalu puak2 PR ni hebat, dah lama rakyat pilih anda..cuba la muhasabah diri dulu sebelum nak condemn orang lain..ye tak GB..tq

Tanpa Nama berkata...

Taniah kepada ulama pas.

TPM: Umno S'gor sokong Khalid tanpa syarat
5:15PM Aug 11, 2014
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ulama pas.

Khalid tak perlu exco PKR, DAP
Radzi Razak | 2:49PM Aug 11, 2014
dikemaskini 3.32pm Selangor memerlukan minima empat exco dan PAS dikatakan menyokong.

Tanpa Nama berkata...

Lu ingat baik2,kerana adanya pakatan pkr dan dap angkat adun pas nizam jd mb.pas ada berapa kerusi saja ma!!!

in response to salam GB, ni c jack. GB mungkin ingat lg jack waktu mula2 aktif dlm blog GB thn 2008 masa BN byk kalah PRU thn tu. GB mungkin pandangan jck berbeza sikit. setahu jck lps pakatan mng d sngr thn lalu, ukutkan kerusi ADUN plg byk adalah PAS. tp kami semua bgtau sama PAS kasi kekal Khalid sbg MB krn antara faktor rakyat undi pakatan d sngor krn mrk suka Khalid sbg MB. so PAS pn atas semangat ini sanggup bg ruang kpd Khlaid (PKR ) utk jd MB sebab PAS bukannya gila kuasa pun. s0 bg saya lakan kalo pn nk ganti MB tiada masalah, tapi kenapa pulak p wan azizah pl yg jd MB? dah takde calon lain dr PKR atau PAS yg lebaih layak ke? ni yg saya tak faham. cuba kita renung2 kan . ta mau sangka buruk sama org , tak baik. salam GB. jack-sabah, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Pas = umno

Taniah

Tanpa Nama berkata...

So betol teori pas+umno+tski.
Tski kata kat sultan masih dpt sokongan adun.
Pkr dan dap minta tski buktikan sokongan.
Tski minta pkr dan dap buktikan dia tiada sokongan.
Apera pi mai pi mai.

Tanpa Nama berkata...

TSKI dah msk dlm kumpulan Babi Negara

in response to Anwar hanya memerlukan sekitar 30 orang ahli parlimen daripada Barisan Nasional untuk lompat dan menyertainya. Edwin Michael Sudah pelbagai analisis telah dibuat melibatkan krisis politik di negeri Selangor. Namun, persoalan yang masih gagal dijawab oleh sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim ialah mengapa hanya isterinya sahaja yang layak diangkat menjadi Menteri Besar Selangor? Tindakan ini juga dilihat membelakangkan Deklarasi Permatang Pauh yang mahukan nepotisme dihancurkan daripada politik negara ini. Kini setiap tindakan Anwar Ibrahim dilihat terlalu terdesak dan terburu-buru seolah-olah terdapat satu agenda rahsia yang mahu direalisasikannya. Dan jelas kelihatan buat masa ini hanya DAP menyokong penuh setiap langkah Anwar Ibrahim untuk mengapai agenda rahsianya itu. Percaturan politik Anwar ini memang adakalanya terlalu bijak namun percaturannya kali ini hanya menimbulkan pelbagai teori konspirasi. Andaikata isterinya, Wan Azizah memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri , by Anonymous.

Ali berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=-tKSQgqDegE

salam, link video rafizi ramli yg mungkin boleh mencerahkan tentang penyingkiran tski, dan tski harus menjawap semua persoalan ini sejelasnya tanpa keraguan.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah TSKI di sokong oleh geng syaitan yg di kenali

Tanpa Nama berkata...

kalau PAS silap langkah, bukan PR saja yang pecah, tapi ahli PAS ramai akan menjauhkan diri dari PAS. Terus terang dijelaskan golongan muda yang bersama PAS sekarang sudah muak dan benci kepada umno/bn, kalau PAS bekawan dengan umno/bn Insha Allah PAS juga akan dibenci, jangan tunjuk berani buat experiment terhadap ahli dan penyokong parti.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah kenyataan dari pensyarah yg bodoh mcm.menteri2 umno yg bebal

in response to Anwar hanya memerlukan sekitar 30 orang ahli parlimen daripada Barisan Nasional untuk lompat dan menyertainya. Edwin Michael Sudah pelbagai analisis telah dibuat melibatkan krisis politik di negeri Selangor. Namun, persoalan yang masih gagal dijawab oleh sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim ialah mengapa hanya isterinya sahaja yang layak diangkat menjadi Menteri Besar Selangor? Tindakan ini juga dilihat membelakangkan Deklarasi Permatang Pauh yang mahukan nepotisme dihancurkan daripada politik negara ini. Kini setiap tindakan Anwar Ibrahim dilihat terlalu terdesak dan terburu-buru seolah-olah terdapat satu agenda rahsia yang mahu direalisasikannya. Dan jelas kelihatan buat masa ini hanya DAP menyokong penuh setiap langkah Anwar Ibrahim untuk mengapai agenda rahsianya itu. Percaturan politik Anwar ini memang adakalanya terlalu bijak namun percaturannya kali ini hanya menimbulkan pelbagai teori konspirasi. Andaikata isterinya, Wan Azizah memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Ala, ramainya masih tak faham kenapa Wan Azizah akan mengantikan DKI. Kan senang aje. GB pun dah tulis panjang lebar tu.

Biar aku ulang.
DSAI sepatutnya jadi PM selepas Dr M, tapi kena cantas. Nak jadi MB Selangor melalui Kajang, pun dihalang . Cara yang beliau nampak sekarang ialah melalui Kak Wan le. kak Wan pun ade kelulusan yg layak, cukup syarat, kalau banding dgn Sharizat & Rafidah, tu, lebih lagi Kak Wan. Apa salah kak wan jadi MB pertama Msia. Fiqh bole berubah ikut zaman. Dulu wanita2 kerjayan di rumah, sekarang wanita2 mengatasi lelaki dlm akedemik, rajin attend kuliah agama , cuma yang jelas tak bole tu mmemang tak boel le, seperti jadi imam utk lelaki.


Kelebihan Kak Wan sbb dia isteri DSAI. Jadi kalau kak Wan dapat idea2 melalui DSAI, kemudian dia bincangkan idea2 tu ke mesy, & mesy rasa ok & terima, SALAH KE? Kak Wan bole beritau, DSAIlah yg beri idea2 ni utk bincang. Tak terima pun tak ape. SALAH ke?
BERDOSA ke?

PAS tak terima semata2 kerana Kak Wan tu perempuan.

Lain le Kak Wan tu pakai seksi tak tutup aurat.

Tanpa Nama berkata...

Mcm ni Lingkuplah Selangor. Berat hati lihat keadaan di mana pakatan menjadi pecahan. Aah!! Tertipu lagi... dulu masa nak ngundi masa PRU semua janji nak setia kawan demi keadilan dan pembelaan rakyat. Dah dapat kuasa jadi MB lupa diri. Paling tadah dan tak mau dengar cakap kepimpinan. Bnyk yang boleh di lihat akan angkuh dan sombong bila dah jadi bos. Sebagai yang undi mereka semua ni naik menyampah dgn gelagat gila kuasa. Memang tak boleh percaya ahli2 politik tak kira apa parti pun. Pasal DUIT.......Bilion2 semua mata dah kabur!!!! Tak guna satu sen pun..... haraaaam!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya GB dah jadi pentas PKR. GB pun sama2 kondem parti sendiri. Tak payah parti rejek kamu. Kamu sendiri pergilah kpd PKR, DAP lebih lebih lagi umno... Utamakan redha PKR, DAP, pengundi, manusia dari redha ALLAH...
Syura Ulama utamakan redha ALLAH dari redha kamu semua termasuk redha GB.
Kamu kata PAS nak bergabung dgn umno. Cuba kamu perhatikan kamulah yg menari ikut rentak umno. Tanpa buktikan TSKI bersalah kamu dah melulu ikut nafsu syaitan yg sama dgn nafsu umno. Akhirnya ulama yg kamu hentam. Ulama yg kamu maki. Ulama yg kamu sindir. Cuba GB perhatikan berapa ramai manusia yg buta tuli jahil agama ikut rentak GB mengherdik ulama... kerana kamu GB mancari redha manusia.
Sekali lagi cuba kamu semua buktikan yg TSKI bersalah spt mana kehendak Syura Ulama.. Kalau tak boleh bermakna kamu semua lah yg boleh pergi kpd umno, pkr dan dap. Semua mereka ini rujukannya bukan ulama...

Tanpa Nama berkata...

Pandai Sangat komen tuan, semua benda salah dap salah cina. Pas semua betul.

in response to kalau betul TS khalid nie rasuah biar SPRM siasat...kalau didapati bersalah dah tentu TS khlid masuk lokap tak payah susah payah pecat tp terus masuk penjara...mungkin PKR ada agenda tersendiri bagi memenuhi hasrat DAP... , by Anonymous.

Abu Hanifah berkata...

GB plak diserangnya.

Balik-balik minta bukti TSKI bersalah. Itu Rafizi dah dedahkan pergilah baca.. malah Rafizi siap cabar lagi kalau TSKI merasakan itu satu fitnah, TSKI boleh saman dia kat mahkamah.

Sementelahlagi Lembaga Disiplin PKR telah menyatakan Khalid Ibrahim bersalah. Tak perlu cakap banyak lagi. Sama seperti PAS dahulu memecat Hassan Ali. Tak perlu SPRM untuk bersihkan nama. Rakyat mengundi Khalid dulu juga berdasarkan parti, bukan berdasarkan individu. Kalau nak individu bertandinglah di atas tiket Bebas. tengok boleh menang ker tidak.

Sekali lagi ditekankan, ini bukan soal bersalah tak bersalah, tetapi hak parti untuk memilih siapa yg hendak dinaikkan sebagai MB pada bila-bila masa.

Siapa yg berperangi UMNO selama ini? Kamulah dari kumpulan pro-ulamak lah yg begitu. Kita lihat semasa senario pemilihan PAS di muktamar yg lalu. Siapa yg melakarkan gambar kepala anjing kepada calon kumpulan profesyenal bukan bukan pro-ulamak? Kita lihat sekarang kumpulan ulamak sekali lagi melampau batas spt Narsuddin yang memfitnah KM Pulau Pinang isu terowong.

Kumpulan pro-ulamak ini yang melampai batas di dalam tindak-tanduknya selama ini.

Dan sesungguhnya Allah tidak menyukai golongan yang melampaui batas.... demikian AL-Quran mengulangkannya di dalam beberapa ayat...


in response to Nampaknya GB dah jadi pentas PKR. GB pun sama2 kondem parti sendiri. Tak payah parti rejek kamu. Kamu sendiri pergilah kpd PKR, DAP lebih lebih lagi umno... Utamakan redha PKR, DAP, pengundi, manusia dari redha ALLAH... Syura Ulama utamakan redha ALLAH dari redha kamu semua termasuk redha GB. Kamu kata PAS nak bergabung dgn umno. Cuba kamu perhatikan kamulah yg menari ikut rentak umno. Tanpa buktikan TSKI bersalah kamu dah melulu ikut nafsu syaitan yg sama dgn nafsu umno. Akhirnya ulama yg kamu hentam. Ulama yg kamu maki. Ulama yg kamu sindir. Cuba GB perhatikan berapa ramai manusia yg buta tuli jahil agama ikut rentak GB mengherdik ulama... kerana kamu GB mancari redha manusia. Sekali lagi cuba kamu semua buktikan yg TSKI bersalah spt mana kehendak Syura Ulama.. Kalau tak boleh bermakna kamu semua lah yg boleh pergi kpd umno, pkr dan dap. Semua mereka ini rujukannya bukan ulama... by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Bile masa plk rakyat x setuju dgn pemerintahan khalid? Yg x setuju cume pemimpin pkr je.. sbb rakyat setuju ler selangor makin bertambah kerusi pr.

Tanpa Nama berkata...

hello, rakyat Selangor pilih parti bukan individu . apasal bebal sangat nih...

in response to Bile masa plk rakyat x setuju dgn pemerintahan khalid? Yg x setuju cume pemimpin pkr je.. sbb rakyat setuju ler selangor makin bertambah kerusi pr. on Apa Sebab TSKI Liat Sangat Untuk Berundur?

Tanpa Nama berkata...

kpd yg mendabik dada kunun nya PAS ada berapa kursi shj.. aduh kesian...bukan bilangan kursi tu yg d tgk, tgk la bilangan org yg bekerja. anatar pkr , pas dan DAP ko org rasa yg bertungkus lumus bekerja kuat dlm PRU ni jentera mana? selama ni PAS tak kecoh2 pun atas semangat tolong menolong. ko org nampak salah pAS sj yg kerja anuar x suka khalid tp mau d ganti dgn bini ko org tak nampak pulak? dah tak da calon lain ke ? calon PKR lain xda? calon PAS xda? apa ko ingat jawatan MB itu parti punya ke? woi itu kerusi MB Allah punya la woi. ko org buatla mcm mana pun kalo Allah x mau kasi apa ko nk ckp. kita tgk dan lihat.- jack