13 Mei 2009

Nizar Zambry : Gerakan Pulau Pinang Gesa Bubar DUN Perak

Gerakan Pulau Pinang hari ini mendesak Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya segara memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan mengadakan pilihan raya negeri.

Pengerusinya Datuk Dr Teng Hock Nan berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya memimpin urusan pentadbiran negeri itu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam bahawa ia terpulang kepada Zambry untuk memutuskan tindakan susulan ekoran kemelut politik yang berlarutan di negeri itu.

"Saya kuat mengatakan rakyat Perak perlu mempunyai kata putus dalam hal ini kerana setiap kerajaan memerlukan kesahihan dan keraguan hanya boleh diselesaikan menerusi pilihan raya semula," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan permohonan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Teng berkata Zambry harus menghentikan prosiding mahkamah untuk menentukan kesahihan jawatan Menteri Besar.

Katanya dengan mengembalikan kuasa memilih kerajaan baru kepada rakyat yang semestinya mahu bersuara dalam perkara ini, maka Barisan Nasional sekali lagi menunjukkan ianya mendukung prinsip demokrasi serta mengutamakan kepentingan rakyat. -bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau orang cina pun tau apa itu demokrasi.inikan pula umno yang terang2 parti melayu.mungkin umno ni mempunyai bebal nasional di tahap yang tinggi.mamak roti canai pun kat tempat aku suruh bubar,zambry ni mamak mana?mamak takde telor...najis tau la takde telor,telor dah disedut altantuya..huhuhuhuhu