13 Mei 2009

Nizar Fail Permohonan Ketepikan Perintah Penangguhan Keputusan Mahkamah Tinggi

Rakyat hari ini hampa setelah mahkamah Rayuan gagal melayan permohonan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sepetimana mereka melayani permohonan Zambry Abdul Kadir.

Pada hari semalam Mahkamah Rayuan telah bingkas untuk mendengar rayuan dari Zambry dan dalam tempoh 3 jam keputusan telah di buat, sedangkan pada hari ini, permohonan Nizar dilakukan dengan sikap acuh tak acuh dan sehingga kini tarikh belum ditetapkan lagi oleh pihak mahkamah.

Ia dengan sendiri menjelaskan sikap berat sebelah dan diskriminasi pihak mahkamah di dalam melayani kes-kes yang dikemukakan kepada mereka dengan melihat kepada pihak yng memfailkannya.

Nizar telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bagi mengenepikan perintah yang diperolehi oleh Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir daripada mahkamah yang sama semalam.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan membenarkan permohonan Dr Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah sejak daripda tarikh beliau dilantik ke jawatan itu pada 17 Mach 2008.

Dalam permohonan tersebut Nizar dipercayai telah meminta supaya permohonan beliau didengar oleh panel tiga hakim.

Walaupun Zambry dan Exconya bertugas semula di pejabat mereka masing-masing pagi tadi, status beliau hanya dianggap sebagai penjaga atau "caretaker" kepada kerajaan negeri sehinggalah selesai semua isu-isu yang dipertikaikan terutama sekali kedudukan Menteri Besar.

Nizar sebelum ini menegaskan beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah berdasarkan kepada keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi.


2 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

salam

sila betulkan tajuk posting tu sedara, tak jelas macam nak minta tangguh keputusan mahkamah Tinggi jerr dan bukan Mahkamah rayuan.

HaHs berkata...

Correct, correct, correct!

Silap teknikal kot. Typing error