13 Mei 2009

Nizar Vs Zambry : DOUBLE STANDARD DAN SISTEM KASTA DI MAHKAMAH

Berita Hairan melaporkan "Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memfailkan permohonan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Permohonan itu difailkan peguamnya pada jam 2.55 petang di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini."

Satu fakta yang menarik adalah :-

1. Semalam di Mahkamah Rayuan, ada tiga (3) kes akan didengar (bersidang). Ini tidak termasuk KES MI SEGERA Mahatma Melayu. Selepas difailkan permohonan, tak sampai 2 jam, TARIKH BICARA telah diperoleh. Kes itu didengar pada HARI YANG SAMA! Keputusan pun HARI YANG SAMA!.

2. HARI INI pula, TIADA satu kes pun bersidang di Mahkamah yang sama. NAMUN permohonan YAB Hj Nizar masih BELUM mendapat TARIKH BICARA. Apatah lagi berhajat untuk kes itu didengar dan/atau diputuskan HARI INI juga. Dua Puluh Dua (22) orang Yang Arif dari kalangan Hakim Mahkamah Rayuan umpama TIDAK LAPANG untuk mendengarnya walaupun hari ini RILEKS sikit.

Menarik bukan?

Patutlah Zambry ISYTIHAR dirinya sebagai Mahatma Melayu a.k.a M. Zambry a/l Abdul Cadeer.

Rupanya di Mahkamah pun ada Sistem Kasta! - abuumar



8 ulasan:

Pak Lubis berkata...

Biasa lah .... siapa yang lantik hakim hakim ni.

Tanpa Nama berkata...

Badan Kehakiman ala Malaysia merupakan sistem kehakiman yang terbaik sekali didunia. Boeh direkodkan didalam buku "Guiness World Record" sebagai contoh bentuk kes yang dipohon di Mahkamah Rayuan. Kes Zombie (3 jam settel) manakala kes Nizar belum pasti. Yang pasti bukan lagi 3 jam seperti kes semalam, mungkin 3 hari paling cepat atau 3 minggu....3bulan... atau 3 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Memang telah di agak Zambery akan bertindak sedemikian, tetapi yang berkuasa hanyalah ALLAH. sekarang bila di beri kuasa kembali kepada BN , mereka langsung mengetepikan rakyat, tidak mahu DUN di bubarkan.Dasar BN yang pentingkan diri dan pengecut.

Semua telah jelas pada rakyat.

Sekiranya silap mata berterusan kita tunggu PRU yang akan datang, sementara itu teruslah bermohon pada Allah agar meranapkan kuasa mereka yang bernafsu serakah.

waksab berkata...

:)) x ini macam cerita wak dah ramal dah dalam blog wak...apa mau heran..Pak Najib dah sound awal2 dah..jangan menari dan terlalu suka..dia ada power rangers kasi api sama semua orang..tapi mereka-mereka tak sedar api neraka berjuta kali lebih panas dari itu..

DariMindaKu..http:waksab.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

KAMU YANG TAK CERDIK SEBENARNYA. LOYAR BURUK.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku...Pakatan Rakyat ada sikit BIUL dan LALAI sebab dalam politik, strategy penting sama ada utk bertahan atau menyerang...korang dah tahu BN macam tu tapi yang dok LEKA tu apasal? Punyalah semngat korang berceramah menyambut "KEMENANGAN" sampai lupa nak buat plan-B...

Bagi aku, salute kepada BN khususnya MB Haram tu sebab dia ada plan dan cool je...pakatan rakyat...apa dia tahu? Tahu melalak dan bising je lah dalam BLOG...haram sana haram sini...kecoh sana kecoh sini tapi bila kuasa dirampas...ha!

Bayangkan...nak buat rayuan pun makan masa...patut dah ada plan apa nak buat...

Aku geram tengok Pakatan Rakyat ni...dah tau BN tu macam tu tapi asyik makan umpan je...

Ambik kau..!!

Tanpa Nama berkata...

Allah yang maha berkuasa ke atas hakim2 tu dan juga seluruh alam ini. Moga hakim2 ni membuat keputusan berdasarkan undang2.
Sebenanya ada rahmat disebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

selagi majoriti rakyat belum cerdik politik,umno/bn akan terus memperbodohkan rakyat disamping berselindung disebalik retorik politik yang sempit lagi jumud.