13 Mei 2009

Nizar vs Zambry : Penipuan Bancian MSTAR dan NTV7

Umum mengetahui mengenai pengaruh yang dimainkan oleh keputusan-keputusan bancian dan undian SMS terhadap kedudukan sebenar sesuatu isu yang dibentangkan. Persepsi masyarakat terutama yang diatas pagar dan berkuali akan mengikut arah aliran mereka yang majoriti.

Sewaktu isu kemelut politik Perak ini bermula, media massa yang menjadi tumpuan rakyat adalah media massa yang dapat memberikan liputan yang sama banyak sekalipun tidak semestinya 100% adil dan benar. Namun berbanding dengan media massa yang terang-terangan membodek dan mengampu seperti RTM, TV3, Utusan, TheStar, NST malah Bernama sendiri, rakyat meletakkan harapan kepada media seperti NTV7 dan MSTAR yang dilihat lebih "kendur" unsur pengampuan dan bodek itu seklaipun mereka dimiliki oleh tuanpunya yang memang ada kepentingan dengan parti pemerintah.

Kecenderungan rakyat yang tidak menyetujui UMNO/BN terhadap kedua-dua media ini dapat dilihat terhadap sambutan yang diberikan kepada undian-undian SMS dan Bancian dimana keputusan-keputusan akan lebih memihak kepada "tidak menyebelahi" parti pemerintah.

Namun sejak kebelakangan ini persis mendapat arahan pihak tertentu berlaku eksploitasi dan manipulasi yang ketara terhadap angka-angka peratusan undian SMS dan bancian ini menjadi begitu ketara sehingga penonton dan pembaca diperdaya dan ditipu oleh kedua-dua media ini, Edisi 7 dan MStar.

Sebagai contoh yang jelas ruangan TINJAUN oleh MSTAR yang bertanya soalan "Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?" dengan dua opsyen jawapan, Zambry dan Nizar.

Kelab GB perhatikan penipuan itu ketara apabila pada sebelah paginya GB lihat arah alirannya berpihak kepada Nizar (lebih 80% responden) mengundi Nizar, tetapi entah bagaimana apabila disemak semula kali kedua sekitar jam 11 malam, tiba-tiba kedudukan Zambry boleh mengatasi kedudukan Nizar dengan (51% lawan 49%).

Ia jelas satu manipulasi dan penipuan oleh MSTAR dan GB yakin pihak MSTAR melakukannya dengan kesedaran.

Sama juga dengan soalan undian SMS di Edisi 7. Kita hairan dengan sikap media ini yang sanggup melacurkan kredibilitinya untuk berlaku khianat dan penipuan terhadap orangramai melalui perbuatan jahat dan kotor sama seperti yang dilakukan oleh agensi-agensi yang diperkuda dan diperalatkan oleh parti pemerintah.

Jika demikian sikap mereka, maknanya akan sampai waktu mereka juga digolongkan di dalam kategori media massa yang mempunyai maruah serendah tong najis yang bukan untuk menyampaikan berita dan mewujudkan suasana mesra-pembaca dan mesra-penonton tetapi lebih layak digelar media pencacai. - GB


4 ulasan:

Unknown berkata...

Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya.

Tanpa Nama berkata...

Yang engko masih sibuk tengok media tersebut APAHAL? Dah 10000X kata nak boikot lah, tak percaya lah tapi masih juga tengok...

Hoi...pegilah mampus...cakap je lebih tapi...tadak hasil!

Tanpa Nama berkata...

anonymous tulis ikut emosi yang kotor siap guna perkataan mampus

kalau dia ahli jemaah pas, memang patut pas tak menang2.

anda tak faham apa erti boikot, kita boikot yang dah tulen pencci seperti rtm, tv3 dan utusan manakala yg lain2 yg masih tidak keterlaluan laporannya msih boleh diterima.

kita perlu mengetahui perkembangan semasa, bukan menjadi katak di bawah tempurung mcm anonymous di atas.

Yanaam berkata...

Ini pula keputusan undian 12 Mei 2009 akhbar Sinar Harian.

Ramai berpendapat pilihan raya dapat menamatkan kemelut politik di Perak. Setuju / Tidak setuju ?

Keputusannya : 100% setuju.:))

Rujuk Sinar Harian 14 Mei 2009