Misteri konon disorokkan di Gunung Jerai terbongkar
Gambar: KETUA Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria menyerahkan Siti Balqis Mohd Noor yang didakwa dilarikan jin ke Gunung Jerai, Kedah, Ahad lalu kepada ibunya, Norizan Said (kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kuala Terengganu, semalam. Siti Balqis ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam. Foto Mohamad Ishak
KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.
Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.
“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.
Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.
Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.
Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.
Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.
"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.
Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.
Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.
"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.
Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.
Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.
“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.
Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.
Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning. -BH
Ulasan GB
1Malaysia berjaya ditipu oleh seorang remaja berumur 22 tahun yang mendakwa konon disorokkan jin di Gunung Jerai, sampaikan ada yang bergelar ustadz pun mempercayainya.
GB awal-awal tidak percaya kisah Balqis ini. GB kata ia akibat dari aqidah yang lemah. GB dah ulas di SINI. Petikan:
GB pernah juga berkali-kali ditemui oleh mereka yang mendakwa disampuk, dirasuk oleh jin dan seumpamanya. Siap ada yang bawa botol air lagi. Nak mintak jampi katanya.
GB kata itu semua karut-marut. Tak payah bertendang-tendangan dengan jin, takder jampi-jampian. Tetapi ajarkan kalimah tauhid kepada "pesakit" termasuk kepada yang membawa pesakit itu. Habis cerita.
Memang sudah menjadi resmi, di kalangan orang Melayu masih ada lagi yang mempercayai khurafat dan tahyul, percaya kepada kuasa jin dan seumpamanya. Termasuk MB Rayuan di Perak.
JUSTERU ITU, BERSIHKAN TAUHID DARI SYIRIK. SYIRIK KHOFI (Sembunyi) dan SYIRIK JALI (Nyata).

Macam dalam kisah Ahmad Albab pulak, jin boleh beri macam-macam harta karun. Sekarang dikisahkan pula jin boleh bawakan permata seperti delima, nilam dan zamrud. Siap dengan ada saksi lagi, dengan wartawan TV3 dengan kameranya bersama... Dihebohkan pula oleh blogger bebal yang main tampal dalam blog ikut suka menanamkan syirik untuk melebarkan dosa.
Nanti al-hasilnya, ramai tak percaya lagi majlis bacaan Yassin, ramai tolak kaedah agama. Lebih baik ikut cakap jin... dapat batu-batu permata... ghaib sekejap tak apa, asalkan dapat batu permata berharga "kurniaan" jin...
Inilah akibatnya apabila ilmu tauhid dan aqidah sudah kesasar jauhnya. Jin mengambil-alih mentadbir dunia, bukan lagi manusia menjadi khalifah. Akal kurniaan Allah sudah tidak berguna. Jin berkuasa bawakan itu dan ini, kata mereka... sedangkan ilmu tauhid mengajar kita "yang baharu tidak boleh memberi bekas" - samada mendatangkan menafaat atau mudharat.
Maka jadilah Terengganu dari sebuah darul-iman bertukar menjadi negeri jin bertendang.. dengan kisah Balkis ini, histeria di sekolah agama di negeri Terengganu... dihebohkan oleh wartawan yang ilmu tauhidnya juga empang-empang alang.. Ramailah yang terpesona dengan kisah ini, bukan sahaja UMNO, tapi ada sekerat dua dalam PAS yang berkopiah juga.. Dan jin runtuh itu khabarnya dah pergi ke Kedah juga. Semalam ada bangunan sekolah di Pokok Sena yang runtuh cederakan 10 pelajar, nak uji Mahfuz di sana. Jin ini, dibela dan diharapkan oleh UMNO akan runtuhkan kerajaan Kedah di sana.
Percaya kepada kuasa jin inilah timbul mendarem, timbul kisah politikus jumpa bomoh nak pertahankan jawatan, nak jadi YB sampaikan terjadi kisah Mona Fendy pun masih tak insaf-insaf lagi.
Dunia kita dibentuk oleh minda kita sendiri. pegangan kita sendiri, aqidah kita sendiri, ilmu yang pada kita sendiri. Apa yang ada di dalam fikiran kita, itulah kita. Kalau percaya jin tu yang boleh bawa permata, jadilah ia begitu. Maka hilanglah pengetahuan tentang kudrat dan iradat Allah yang menakluki segala yang maujud, maujud qadim dan maujud hadith. Hilanglah pengertian ayat kelima suratul fatihah (iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in) dan ayat kedua suratul ikhlas (Allahus-Samad) yang dbaca saban hari.
Apabila ilmu tauhid sekangkang semut, maka runtuhlah aqidah sepertimana runtuhnya bangunan-bangunan di negeri Terenganu yang oleh politikus dan wartawan dikatakannya nanti, akibat jin-jin. Justeru itu, serunya lagi, mari beriman dengan jin - darul-iman juga namanya! - kata mereka.
GB pernah juga berkali-kali ditemui oleh mereka yang mendakwa disampuk, dirasuk oleh jin dan seumpamanya. Siap ada yang bawa botol air lagi. Nak mintak jampi katanya.
GB kata itu semua karut-marut. Tak payah bertendang-tendangan dengan jin, takder jampi-jampian. Tetapi ajarkan kalimah tauhid kepada "pesakit" termasuk kepada yang membawa pesakit itu. Habis cerita.
Memang sudah menjadi resmi, di kalangan orang Melayu masih ada lagi yang mempercayai khurafat dan tahyul, percaya kepada kuasa jin dan seumpamanya. Termasuk MB Rayuan di Perak.
JUSTERU ITU, BERSIHKAN TAUHID DARI SYIRIK. SYIRIK KHOFI (Sembunyi) dan SYIRIK JALI (Nyata).
16 ulasan:
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: “orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” [al-Baqarah: 275].
salam bro,dlm ayat ni,Allah ada sebut pasal dirasuk,bukankah bermaksud yg rasukkan itu ada?sila beri tunjuk ajar
Salam akhi Mohd Zahrawi,
Di dalam Al-Quran ada ayat muhkamat da ayat mutasyabihat. Ada ayat yang terang dan nyata, ada ayat yang samar/majazi.
Baca ayat itu dengan betul: ada istilah "كَمَا" iaitu "seperti". seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.
Apabila ada kalimah "seperti" bererti ia "seolah-olah" bukanlah bermaksud "sebenar-benarnya".
Semacam kita bekata "seperti orang mati" bukanlah bermaksud telah mati, tetapi hanya hidup tidak bermakna lagi.
Kemudian, ditekankan di dalam ayat itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan dari Tuhannya lalu ia berhenti
disitu ada peringatan bahawa kita umat Islam perlu berpaut kepadaNya iaitu "sampai kepadanya peringatan dari Tuhannya" dan dilanjutkan "lalu ia berhenti" bermaksud hentikan semua hal yang bertentangan dengan ajaran Allah dan RasulNya.
Muga jelas, wallahu 'alam.
tambahan:
adapun yang dikatakan oleh kebanyakan orang "dirasuk" tidak lain dan tidak bukan kerana aqidah tauhidnya longgar atau telah kesasar.
Di dalam kes Balqis ini ternyata gadis tersebut bukanlah dirasuk dalam ertikata diganggu atau dikuasai oleh jin. Tetapi syaitan di dalam diri manusia berjaya "menipunya untuk menipu keluarganya dan sekalian orang yang lemah imannya" agar mempacayai kata-katanya.
Maka demikianlah yang terjadi. Tertipulah sekalian manusia yang mempercayai gadis yang telah diperdaya oleh syaitan itu tadi disebabkan oleh iman yang lemah.
Ini mengingatkan kisah kita bagaimana masyarakat di zaman Firaun "percaya kepada ular-ular jelmaan" si tukang sihir sehinggalah datang mukjizat Nabi Musa a.s. membalingkan tongkatnya dengan arahan Allah s.w.t. menjadi ular yang sebenar menelan sekalian ular-ular jin berkenaan.
Akhir kata, dengan aqidah yang mapan akan melenyapkan bepalsuan dan jiwa tidak akan merasa gentar lagi.
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Al-Isra:81
Persatuan Jin akan ambil tindakan kepada gadis ini kerana memburukkan golongan jin terutamanya jenis berbulu.
pengajaran yg kita boleh perolehi dari kes ini ialah:
Jangan takut kepada kekuasaan UMNO BN atau apa-apa kekuasaan selain dari kekuasaan Allah.
hanya syaitan yang mengganggu fikiran dan hati kita dengan meletakkan "hesitation" (teragak-agak) untuk menyatakan kebenaran dan keadilan.
Apabila iman kita mapan dan mantap, berpaut hanya kepadaNya, kebenaran dan keadilan akan menang juga akhirnya.
kena lah ambil tindakan sikit. takkan nak lepas begitu saja. sukurang2nya dendalah untuk buat kerja sosial. kalau macam ni, nak tunjuk baik, pemurah tak tentu pasal makin banyakkan akan berlaku budak2 separuh akal ni menipu dan menyusahkan masyarakat. kalau susahkan polis je tak pa lah jugak, sebab mereka dibayar gaji untuk itu. tapi bila polis dah sibuk cari budak2 separuh akal ni menyorok, masyarakat tak dapat khidmat polis untuk perkara lain yang lebih mustahak sebab polis sibuk cari budak2 ni.. Dia sorang punya hal orang lain dapat susah... kecik2 tak nak mampus dah besar menyusahkan orang..
Apa jadi dgn jin2 yg dikurung dlm botol plastik tu? Kenapa buang ke laut cepat sgt? Buatlah kajian dulu sblm buang. Baru boleh dapat fakta.
kecik2 x nak mampos... 1 malaysia kena tipu. Bingai punya budak.
ntah2 bomoh2 yg tangkap jin tu pun kena bayar jgk.. kah kah kah Yusof Haslam xleh bikin filem cam gini.
budak ni dok lapaq benda tak boleh makan mak ayah buat tak faham lagi ka?.
Bertapa bodohnya orang-orang Terengganu. Citer tak masuk otak ini bukan sorang saja, pasti melibatkan ramai kerabat keluarganya asal usul spisis menipu.
Paling hebat...wakil rakyat, pengarah2, ketua jabatan islam pun turut serta tanpa melepaskan peluang dalam adegen-adegan kelentong.
Mana pergi muka-muka jurutangkap jin-jin berpuloh ekor? Itu baru adegen kejar mengejar keliling reban ayam dah dapat puluhan ekor jin. Kalau buat operasi daerah Kuala Busuk tu, sepuluh stadium botol pun tak cukup nak isi.
budak ni memang nak 'Jin berbulu lebat' yg takde mata ada mulut utk sumpit jer, kalau dah angau tahap gaban ni mak bapak patut cepat² cari jin berbulu lebat utk bdk ni, takut ada jin berbulu lebat lain amik kesempatan :)
assalamualaikum.
kepada komen anoy di ats. 2nd last tu...
"Bertapa bodohnya orang-orang Terengganu"
kalau anda pndai bijak bistari, takkan kerana kesalahn seorg budak yang tnggal di Besut ini, anda maki rakyat Terengganu. kenapa nak cakap rakyat Terengganu 'bodoh'?? kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. saya rakyat gerengganu, so apa kaitan sy dengan budak ini smpaikan saya pun kene tempias 'BODOH' anda itu wahai manusia yang dikurniakan akal tapi tidak menggunakan nya...
sila bertutur menggunakan akal yang penuh.
Anon 7.26 sabar dan jangan marah. Sebenarnya bukan mamat tu nak kutuk keseluruhan rakyat Ganu tapi nak beri penekanan sebab tak mau orang Ganu taksub dengan kes seumpama ini. ( Hakikatnya ramai Ganu cerdik... kawe Ganu jugok deh! )
@greenboc saya setuju dengan terjemahan yg saudara berikan. Tapi cuba saudara bagitau semua orang yang baca blog saudara ni, adakah saudara tidak percaya makhluk halus boleh merasuk kita? Kejadian tu berlaku depan mata saya di rumah jiran. Kalau saudara tidak pernah nampak mungkin saudara kata "tak percaya".
Sdr anon 11.29
Saya selalu sebutkan, kita ialah apa yang kita fikirkan.
Jika anda kata anda boleh dirasuk makhluk halus, maka jadilah ia begitu. Jika disebaliknya anda menyatakan tidak, maka demikian juga lah jadinya. Ia bergantung kepada kekuatan "iman" yang ada di dalam dada. Itu dalil aqlinya.
Ini selari dgn hadith qudsi yang menyatakan "Aku ialah menurut persangkaan hambaKu". Itu dalil naqlinya.
Saya selalu bertemu dengan kes orang yang dikatakan terkena rasuk, dan alhamdulillah setakat ini belum ada yg gagal untuk dipulihkan. Tidak ada apa-apa yg saya gunakan kecuali dgn keyakinan saya bahawa orang yang dikatakan telah dirasuk itu adalah dari kalangan yg lemah imannya atau dari kalangan aqidahnya yang telah dikotori. Jadi disitulah saya bermula.
Pernah berlaku dimana "orang terkena rasuk" menyembunyikan rahsia dimana apabila diselidiki ia menggunakan azimat tangkal yang ternyata ia perbuatan syirik. Jadi aqidahnya sesat kerana berpaut kepada azimat tangkal tersebut menyebabkan roh di dalam dadanya yang suci itu menderita. Manusia sepatutnya bergantung kepada Allah, bukan kepada tangkal azimat. Jadi yg perlu ialah buang dan bakar semua azimat tangkal itu. Ia benda baharu - tidak memberi bekas. Yang diperlukan olehnya ialah siraman ilmu tauhid di dalam dadanya supaya rohnya kembali kepada fitrahnya yang sebenar. Barulah batinnya bahagia kerana menemui dirinya yang sebenar.
Begitulah kes-kes histeria yang byk saya temui. Ia berlaku kerana faktor kelemahan iman.
Dan Dialah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Wallahu'alam.
Catat Ulasan