Kelmarin apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Mohd Nizar Jamaludin masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah, terlalu banyak komen termasuk daripada politikus veteran mengatakan, "demokrasi telah dikembalikan" dengan keputusan tunggal hakim berkenaan.
Bagi saya, adalah terlalu awal untuk mencerminkan demokrasi, kebebasan kehakiman, ketelusan kerajaan, kewibawaan institusi istana dan sebagainya hanya dengan satu penghakiman yang dilihat sebagai "mewakili suara majoriti rakyat".
Biar mulut Zambry Abdul Kadir bertasbih beribu kali mengatakan, "kita terima keputusan mahkamah", namun tindak-tanduk awalan Abdullah Ahmad, Najib Abd Razak dan Zambry sendiri telah mencontengkan arang ke muka pengadilan dan demokrasi itu sendiri.
Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa, "kita bimbang tiada penyelesaian. Perkara ini perlu dilihat dari perspektif rakyat" ketika mengulas kemelut di Perak.
Malah, isu penculikan V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri biar hanya untuk seketika merealisasikan kebiadaban penggubal undang-undang yang dilihat sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.
Sudahlah perlantikannya Speaker baru datang dari satu kumpulan yang tidak sah, tanpa upacara mengangkat sumpah seperti lazimnya dan tindakan mereka 'mengkatunkan' DUN yang sebelum ini dikira mulia, sangat-sangat mencemar dan memalukan rakyatnya.
Mei 7 pasti meninggalkan kenangan pahit dan manis. Perak masih menangis sesudah Gaza.
Anak raja Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan bahawa peristiwa ini bukan sahaja telah membelit Perak, malah merosakkan keluhuran undang-undangnya, mencalarkan badan kehakiman, polis dan pentadbiran awamnya serta mencemarkan sistem beraja di mata umum.
Tegas Razaleigh lagi, "sultan dan sistem beraja itu sendiri menanggung malu dengan babak ini".
Ahli-ahli politik dari Gerakan, Pakatan Rakyat, pakar perlembagaan, Suhakam, NGO, mereka yang berminat dengan politik dan undang-undang, pemerhati politik, penulis, mahasiswa, pekerja, individu dan rakyat bukan sahaja dari Perak hatta seluruh Malaysia mengharapkan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan supaya hak rakyat dikembalikan ke tangan mereka.
Mahkamah tidaklah merupakan institusi terbaik. Ia bertindak seperti "muzium". Tiada roh di dalam undang-undang buatan manusianya.
Dewan Undangan Negeri telah dicemarkan dengan kerakusan politikus, polis dan senjata, dan banyak 'binatang betopengkan manusia' di dalamnya baru-baru ini.
Sistem monarkinya sentiasa menegaskan bahawa mereka bukanlah bisu dan pekak. Tetapi tidak ke mana jua tindakan mereka.
Kuasa hebat yang ada hanyalah pada rakyat. Makkal shakti sahaja dapat merubah keadaan. Bukan sahaja mahkamah, DUN dan monarkinya malah kepimpinan yang buta boleh digantikan dengan kuasa hebat ini.
Tengku Razaleigh menambah, "kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri".
Jangan jadi macam, "hidung sudah rampung, masih mahu diatur orang".-alkerohi
5 ulasan:
saya tak lah sokolah sampai ke seberang laut..sekolah pondok saja..bila dok baca2 perintah Mahkamah tinggi kl mengatakan MB Nizar adalah yang sah...tiba puak umno pulak buak rayuan kat mahkamah rayuan..kalau macam tu tak payah dok pi mahkamah tinggi buang duit,buang masa dan lain terus pi mahkamah rayuan..kesihan hakim2 mahkamah tinggi kl keputusan dia boleh dipermaian kan oleh puaka2 umno ...malaysia tak payah ada mahkamah tinggi saya syukkan...adakan mahkamah rayuan sudah...puak tu ..lidah bercabang..
Seluruh rakyat M'sia akan berdendam dgn UMNO/BN dan akan menyingkirkn nya pd PRK yg akn dtg. Rata2 rakyat sudah muak dgn UMNO. Isu Perak membuktikan UMNO mmg giler. UMNO gila dan tak pandai nak kalah malah tidak tau erti/istilah kalah.
UMNO mmg sial....
mainan politik najib la tu macam biase.. tgk kes tiga adun PR lumpat tu.. mula2 dia msukan saorang adun BN msuk dalam PR bagi rakyat suka. ape lagi kita suka sgt lakan? yang syoknya ada plak adun BN bagi tau kat dsr ir nizar ada 3lagi adun BN nak lumpat masuk PR.. tgk2 3adun PR yang lumpat msk BN. tgk mainan najib licik x dia nak pekenakan kita.
mcm tu jugak terjadi kepada keputusan mahkamah. mula2 dia bagi dsr ir nizar menang bagi rakyat suka.. pas tu dia bawak pulak kemakamah rayuan. tgk misti dia bagi zabry menang punya.. saya cecara peribadinya nasihatkan kepada pemipin2 PR jangan la terpeda dng najis ni hatinya busuk..
SMS Najib: Apa macam?
SMS Gani: OK, Bos, bisa diatur!
SMS Najib: So boleh kau tim??
SMS Gani: Gerenti boleh, Bos!
Monarki mengaku tidak buta dan tidak pekak tapi mungkin kepentingan GAMUDA lebih dekat di hati mereka dari kepentingan rakyat yang sepatutnya dilindungi???
Apabila kepentingan peribadi terlibat, sukarlah keadilan hendak ditegak. Sekiranya pun DUN dibubarkan (untuk membuktikan bahawa monarki kita benar-benar tidak pekak dan tidak buta) PR mesti bersedia 100% untuk berhadapan dengan seluruh jentera BN yang pasti menggunakan taktik sekotor-kotornya. PR mesti berada beberapa langkah ke hadapan dari mereka dan bukan sekadar dalam keadaan 'membela diri' (defensive). Cuba 'be on the offensive' pula. Rakyat pun tidak boleh bergantung harap pada PRU13 sahaja. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh masa itu. Sekarang rakyat dan PR seolah-olah 'terkepong' - polis, mahkamah,SPR semuanya berat sebelahnya, kuasa mengundi rakyat pun sudah tiada makna kerana mereka mampu melakukan rampasan kuasa. Mari kita bermunajat bersungguh-sungguh dan berusaha cari 'loophole' di mana-mana. Kalau boleh biar sampai mereka pula penat kerana terpaksa 'membela diri'.
Catat Ulasan