Penggantungan Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak sehingga Mei tahun depan, dibuat berhubung kenyataannya semasa persidangan Dewan pada November tahun lalu.
Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar meluluskan usul penggantungan tersebut yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri Dr James Masing dan disokong oleh Adun Tarat, Roland Sagah.
Seramai 60 Adun Barisan Nasional mengundi menyokong usul tersebut sementara tujuh Adun pembangkang tidak menyokong usul tersebut.
Di luar Dewan kemudiannya, Ho Leng memberitahu pemberita bahawa penggantungan beliau sebagai tidak demokratik dan sangat malang.
"Kami bercadang akan mengambil tindakan undang-undang," katanya. BERNAMA
3 ulasan:
bawak ke mahkamah je ...... Zambri yang bawak kemahkamah sebab kena gantung pun boleh menang ...
Kamu dilantik ke situ untuk mewakili rakyat Bukit Assek. Kamu buat perkara tak perlu, kena gantung baru nak cari helah itu dan ini. Porah.....
betul saya sokong pendapat saudara anonymous 11.11pm. Baik jadi pemimpin BN/UMNO. Buat kerja gila dan bodoh pun tetap betul. Rompak duit rakyat pun tak kena apa-apa tindakan. Undilah Barisan Nasional (anda pasti akan berasa untung duit anda dirompak hahaahahah)
Catat Ulasan