Nizar hari ini memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. Kes itu akan didengar pada Isnin depan, 5 hari slepas ianya difailkan berbanding dengan kes Zambry semalam yang dilayan serta merta.
Dalam pada itu, Menteri Besar haram lantikan Barisan Nasional, Zambry Kadir melenting apabila ditanya wartawan samaada beliau hanyalah seorang penjaga dan bukannya seorang MB yang sah.
2 ulasan:
Satu penjelasan ynag jelas, nyata, tanpa prejudis dari Prof Dr Aziz tentang kemelut yang berlaku di Perak. Dari segi fakta yang terang dan jelas itu masih ada lagi manusia yang tidak boleh menerima hakikat. Satu langkah yang betul hanya dengan pembubaran Dewan Negeri Perak yang difikir relevan sekarang ini. Cuma Pihak Istana masih belum memberi kata putus untuk demi menghurai kekusutan ini.
Semua orang mahukan pembubaran DUN tapi sehingga hari ini BN masih dengan labu-labunya mengelak dengan berbagai alasan serta bertindak melampaui batas agar tidak membubarkan DUN Perak.
Mengharap sultan membubarkan DUN...? Jikalau sultan mahu, sejak dulu lagi dia telah melakukannya. Pepatah melayu mengatakan "Jangan bercakap dengan yang pekak, jangan menunjuk pada yang buta, jangan berhujah dengan yang bisu". Anggap saja sultan tidak berkemampuan melaksanakan tugasnya.
Oleh kerana itu rakyat perlu mencari jalan lain selain dari pada sultan bagi menyelesaikan kemelut politik negeri perak.
Pakatan Rakyat mesti pertikaikan apa saja yang dilakukan oleb UMNO-BN dalam negeri Perak. Tunjukkan pada rakyat bukti BN menyalah guna kuasa, melanggar peraturan dan undang-undang. Memperalatkan anggota polis untuk melakukan kezaliman dan melakukan tipu muslihat dalam mahkamah.
Diatas kejahatan yang UMNO-BN lakukan...Pakatan Rakyat mesti menimbulkan rasa benci rakyat pada UMNO-BN setiap hari. Dan kita sama-sama lihat kesan dari tindakan itu.
Catat Ulasan