12 Okt 2016

Alasan Baharu Nasruddin Belum Bayar Pampasan Kepada LGE Alasan Picisan

Nasrudin: Guan Eng pun belum bayar RM500

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menjelaskan beliau belum membayar pampasan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana berada di luar negara ketika tempoh bayaran berakhir 28 September lalu.

Beliau juga menyelar tindakan pegawai pegawai khas undang-undang ketua menteri yang membuat kenyataan akhbar mengaitkan beliau dengan tindakan menghina mahkamah, hanya dalam tempoh lebih seminggu dari tarikh akhir tuntutan.


“Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir September baru-baru ini,” tambahnya.

“Saya sendiri sebenarnya telah merancang untuk lunaskan kos mahkamah tersebut dalam tempoh terdekat ini setelah menyelesaikan beberapa urusan penting yang tertunggak sepanjang saya berada di luar negara tempoh hari.”

Raja Syarafina Raja Shuib hari ini berkata, ketua menteri telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang baru yang sewajarnya kepada Nasrudin.

Raja Syarafina berkata selepas sekurang-kurangnya selepas tiga minggu, Nasrudin masih gagal membayar kos pampasan, selepas menarik balik kenyataannya selepas disaman Lim.

Kata peguam itu, kegagalan atau keengganan defendan membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah.

Nasrudin, anggota parlimen Temerloh pada 18 Januari lalu, menarik balik sebahagian kenyataannya pada 6 Ogos 2014 dan mengaku ia tiada asas.

Persetujuan bersama itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Nasrudin diperintah membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.


Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwa beliau menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus, walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.

8 bulan materai penghakiman

Dalam kenyataan petang ini, Nasrudin berkata, penghakiman meterai hanya diserahkan kepada peguam caranya pada 19 September, yang memberi masa 14 hari untuk menyelesaikan kos mahkamah.

Tempoh itu berakhir pada 28 September, lebih seminggu yang lepas.

Manakala notis tuntutan kos rasmi untuk tujuan prosiding perlaksanaan dan bagi memaksanya membayar kos itu, kata Nasrudin, baru sahaja diterima peguamnya pagi ini, serentak dengan kenyataan media Raja Syarafina.

Nasrudin juga berkata Raja Syarafina seharusnya menyemak fakta tentang kelewatan peguam Lim sendiri memeterai penghakiman itu sehingga mengambil masa lapan bulan daripada tarikh penghakiman sebenar.

“Selepas tarikh 18 Januari 2016 tersebut, keseluruhan urusan untuk memeterai penghakiman adalah tanggungjawab peguam LGE (Lim) justeru sebarang kelewatan perlulah dipertanggungjawabkan ke atas peguam tersebut,” katanya.

“Justeru sekali lagi pegawai khas undang-undang LGE kelihatan berniat tidak baik bagi menggambarkan seolah-olah saya sengaja mengabaikan perintah mahkamah sejak 18 Januari 2016,” katanya.

Sementara itu, Nasrudin berkata, jika tidak dibayar sekali pun, ia tidak mengakibatkan penghinaan kepada mahkamah, sebaliknya hanya bersifat liabiliti sivil (hutang penghakiman) sebagaimana tuntutan hutang lain.

“Liabiliti sivil pada bila-bila masa tidak akan mengakibatkan proses menghina mahkamah tetapi hanya membolehkan LGE meneruskan prosiding perlaksanaan untuk tujuan pemaksaan bayaran (execution proceeding @ recovery process),” katanya.

Katanya, jika kegagalan membayar kos dianggap menghina mahkamah, Lim juga masih belum membayar kos pembatalan saman padanya sebanyak RM500 yang diperintahkan.

“Namun saya tidak bersedia untuk menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan LGE, tidak sebagaimana yang dilakukan olehnya melalui pegawainya pada hari ini,” katanya. -mk

ULASAN GB

Uish, kamu yang telah mengaku memfitnah, kamu yang telah menarik balik saman dan kamu yang telah diperintahkan membayar pampasan RM10,000 kepada LGE, kini kamu pula memberikan alasan picisan kerana kegagalan melakukan bayaran berkenaan.

Kamu telah pun tahu tempoh bayaran berakhir 28 September 2016 sebelum bertolak ke luarnegara lagi.

Malah bulan September telah hampir dua minggu berakhir. Jika anda sudah berada di Malaysia pada akhir bulan September seperti kenyataan anda "Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir September baru-baru ini,”  mengapa perlu dilengahkan perintah mahkamah itu untuk anda melunaskan pembayaran?

Atau mengapa tidak dilunaskan bayaran itu sebelum bertolak ke luarnegara? Dan apa yang menghalang kamu melakukan bayaran tersebut tatkala berada di luarnegara sedangkan kini pelbagai kemudahan bayaran dalam talian tersedia ada untuk anda melakukannya walaupun berada dihujung dunia?

Apabila mahkamah memerintahkan anda membayar RM10,000, bukankah benar kenyataan peguam itu, kegagalan atau keengganan defendan membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah?

Berbalik kepada isu pokok iaitu FITNAH. GB ada mengulas sebelum ini. Petikan:

Sungguh memalukan dan mengaibkan, seorang yang dikatakan "ulamak" di dalam sebuah parti Islam akhirnya mengaku "memfitnah" Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Nasruddin mengakui bahawa "Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas".

Jika demikian sifat dan sikap seorang agamawan Islam, maka tidak hairan agama Islam tidak dinpandang tinggi oleh masyarakat kerana "ulamak"nya gemar mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Bagimana seorang "ulamak" yang menjadi Ketua Penerangan boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbau fitnah ke atas orang lain sedangkan pada masa yang sama beliau merupakan orang yang beriya-iya memperjuangkan hudud?

Dahulu sewaktu LGE menyuruh Nasruddin menarik balik kenyataannya, ia tidak diindahkan oleh Nasruddin, dengan angkuh beliau berkata sanggup ke mahkamah mempertahankan "fitnah"nya itu. Kini apabila di mahkamah lansung tak boleh pertahankan fitnahnya itu dan baru tarik balik kenyataan.




FEATURED ADS


43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Akhlak al islamiyah Wal pas....

Tanpa Nama berkata...

Dia kena bayar RM10000 pada LGE. Dan LGE kena bayar pulak RM 500 pada dia.. Kira dia lah berhutang sebanyak RM 9500. Macam ini dia nak masuk mahkamah lah lagi. Untuk menentukan siapa yang kena bayar dulu.

Kenapa lah dia bodoh. Pasal dia tak bayar, cerita fitnah dia timbul balik..

puting beliung berkata...

Inilah wajah yang berselindung disebalik Islam.Bagaimana kita nak mengharap orang bukan Islam menghormati Islam.

Tanpa Nama berkata...

Itu bukan ulamak, itu ular mak ooi. Lidahnya bercabang. Cakap ikut audien.

Tanpa Nama berkata...

krn lge tak byr,dia pun tak nak byr. dah sama trf dgn lge. sbb lge kafir, dia pun nak jadi kafir.

tp lge lebih dr dia. lge tak beriman sbb tu dia langgar perintah Allah.

lu tampilkan diri sbg org beriman tp lu masih langgar perintah Allah.

Tanpa Nama berkata...

Si unta jamban keluar negara...bodoh budak ni
Cerita parang terbang....perangai macam sundal...dasar si unta pemakan dedak!

Taosuo berkata...

Tuan Blog, salaamu'alakum.

Macam saga fiasko 1mdb, rasanya kita berpindah ke'alam yg tak masuk 'akal (theatre of the absurd). Setakat yg saya tahu, antara prinsip dipegang orang2 yg beriman ialah apabila membuat dosa, adalah anggap ia satu perkara yg sangat menggerunkan, dan dosa itu sebagai satu gunung besar yg bakal menghempap, menghancurlunaikan sipembuat dosa. Lantas, cepat2 mereka memohon ma'af dari yg terfitnah, bertaubat dan bertekad tidak melakukannya lagi...disamping banyak2 istighfar.

Ada pulak yg memandang membuat fitnah satu perkara enteng, bak lalat yg hinggap dihidung.

Namun tertanya tanya juga saya mana pergi Tuan ibrahim Tuan Man, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariuk dll.

Tanpa Nama berkata...

Ikon pemuda hijau

Tanpa Nama berkata...

Lilit sereban lebih besaq dari kepala tapi iman dok dikepala lutut bercakap dengan oghang bukan islam kata islam itu baik tapi bila nak kuasa sanggup buat fitnah kalau bukan islam boleh terima lagi sebab depa tak tau apa itu dosa pahala tapi yang ini dok pon pang pong pang sampai bebuih ayaq liok sru suruh buat baik tapi dia sendiri jadi seorang pembohong. PAS PIS PUS

Tanpa Nama berkata...

Budak biol ni x abih2 memalukan islam..

Tanpa Nama berkata...

Pegi jerman lagi ke hihihihi....ada kena bayar pay per view tak? Kih kih kih

Tanpa Nama berkata...


Sudah tonton pay per view pun dia tidak hendak bayar.

Dia boleh suruh MP DAP yang bayar. Dia yang tonton orang lain yang kena bayar. Muka tidak tahu malu. Sama macam Najis.

Lepas itu kata DAP menentang hudud. Dia pakai undang-undang mana ?

Malulah awak itu pakai serban dan berjubah. Kononnya awaklah paling bertaqwa.

Sudah-sudahlah ostat-ostat yang mempergunakan agama.

Saiful berkata...

Ha..tolak la..bayaq 9500..lebai buat malu org islam..ambik la sikit Dari 90 juta dedak tu...

Tanpa Nama berkata...

Macamana LGE nak bayar 500 sebab lu hutang dia 9500.. Nampaknya ke mahkamah lah lagi nak putus kan siapa yang kena bayar dulu..

Lu pun tak berakal.. tak pasal-pasal kisah lu fitnah orang bangkit balik..

Ini bukan pasal lu tak bayar tapi pasal lu suka-suka fitnah orang lepas bila kena bayar ganti rugi lu buat bodoh.

Tanpa Nama berkata...


Baru 10,000 dah berdolak-dalih...belum lagi hudud !

Tanpa Nama berkata...

Dia ini asyik keluar negara je.. Apa kat rumah tak ada video player ke ?

Kalau dengan ah long, serban dia dah kena potong..

Ok lah sekarang .. bila nak bayar ?

Tanpa Nama berkata...

Says baru nak kata dia gi jerman lagi, kamu dah cakap dulu...wakaka. Dia kaki temberang, harap serban ngan jubah je. Haprak

Tanpa Nama berkata...



Jalan yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
Menyuloh Pem FITNAH...Apakah Punca Nya?
Mencipta FITNAH...Apakah Sebab Nya?
FITNAH dan FITNAH...Di Ulangi Kenapa?
Tentu Lah Ter SEMBUNYI..."rahsia" Di DADA
Tentu Lah yg "gelap"...Takut Ter BUKA


FITNAH Di Cipta...Ada Sebab Nya
Sebab Utama Nya...Adalah HARTA
Di "sogok" Di UMPAN...Harta Ber TAKHTA
U-Turn PONTENG...FITNAH Pun Tak APA
Tunggang Terbalik = MURTAD = Bobroklah Sgl
Harta Bertakhta = Be RAJA = Ber TUHAN Di Dada
Islam-HUDUD-Ruu...Pun Di KLENTONG Semahu2 Nya
Itulah Se Besar7FITNAH...Bermaharaja Lela Didepan MATA


FITNAH Itu...Lebih Dahsyat Drp Mem BUNUH
Mem BUNUH "Bakat"...HARAPAN yg Ampuh
Mem BUNUH "Transparency"...SYSTEM yg Teguh
Mem Bunuh "AMANAH-Integrity"...PASAK yg Kukuh


FITNAH Itu...Se Dondon Se Joli
Krn FITNAH Itu...Se Dondon MenCURI
Sang FITNAH-menCURI...Rakus SOMBONG Muflis-MARUAH-diri



Sang Kaseh Mem-BERI...CINTA Kasehnya Hanyalah Mem-BERI
Sang Kaseh Mem-BERI...TAK Sklumit pun Penting'DIRI

Sang Kaseh Mem-BERI itu...Sama Skali TAK Hingin FITNAH-menCURI
Krn Sang Kaseh Mem-BERI Itu...Se SUCI FITRAH Syurgawi


Yg Ber Sayap Meluncur Tinggi..Melihat Telatah "budak2 HINGUSAN" yg Terkinja Kinji






Tanpa Nama berkata...

Aduyai pak lebai oiii.
Perangai macam setan betanduk...
Buat malu orang pakai serban ja..

Tanpa Nama berkata...

duit nak pakai dulu untuk Pay Per View dulu kot....pasai x pi dengan cina DAP sapa nak tolong bayar.....sendiri bayar loo

Rashid Hasan berkata...

Jauhi sifat munafik...kita siapa kamu..walhal ulamak sekali pun

Tanpa Nama berkata...

Pakai serban besar kena ikut perintah...dah tau kena bayar kenapa tangguh2...ajaran mana yg mat serban ni pakai? berani buat tapi penakut..

anuariun zaidin berkata...

LGE tak bayar kos mahkamah bukan perintah mahkamah.
Apara..

Tanpa Nama berkata...

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih....

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana kita nak percaya lebai2 munafik yg ramai dlm Pas utk perjuangkan hudud? Suka putarbelit ayat2 Quran utk kepentingan peribadi dan politik sempit mrk.

Tanpa Nama berkata...

Kalau mati kat luar negara tak sempat bayo hutang mcmane?

Mati berhutang dgn cina mcmane?

Tanpa Nama berkata...

Ada sesiapa boleh bayarkan...atau guna tabung parti...

Tanpa Nama berkata...

Mati berhutang ngan cina xpe sbb cina masuk neraka.kira utang tu setel kot.kahkahkah.

hairil berkata...

ORG DALAM PAS SEMUA JAHAT, SBB ORANG BAIK DAH AMBIL KERUSI BAGI KT AMANAH

Tanpa Nama berkata...

Kalau hudud d laksana dia dulu yang kena hukum.

Tanpa Nama berkata...

Minta tolonglah semua rakyat malaysia jgn kaitkan parti pas dgn islam..islam bukanlah pas dan parti pas bukanlah islam..isunya sekarang pas yg menjaja islam sedangkan islam tidak seperti yg ada dlm pas...islam itu suci murni dan penuh kebenaran sedangkan parti pas adalah bercelaru dan penuh penipuan dan fitnah...pas adalah parti munafik.

Tanpa Nama berkata...

Pas parti politik penjual agama peralatkan Islam. Pemimpin2 dan walaun2 Pas berebut2 nak jadi tuhan menghukum orang sana sini.

Tanpa Nama berkata...

Lepas fitnah tarik balik dan minta maaf. Lepas tu buat fitnah lagi, tarik balik dan minta maaf lagi.

Walaon2 memang selalu buat menatang neh..

Tanpa Nama berkata...

Hutang tu bayor la

Tanpa Nama berkata...

Apaaaaaa????
Dia lambat bayar Gutenberg????
Tak patotttttt

Tanpa Nama berkata...

Masalah nya mereka mempamerkan ciri-ciri Islam.. dengan serban, dengan ketayap, dengan jubah.. Apa lagi bila maki hamun mereka buat lepas solat .. dan mulut tak berhenti berzikir !

Ukuran ini yang membuat penyokong dan ahli PAS mengguna parti sebagai jalan untuk menjadi dikalangan antara orang yang bertakwa.

Yang buat fitnah ini bakal memimpin PAS satu hari nanti..

Mus M. S. berkata...

Pada PRU 14 nanti mahu ke ulamak ini bertanding di Parlimen Temerloh lagi? Bodoh sangat ke pemilih-pemilih di sana tak tahu yg mana satu kaca yg mana satu intan?

Tanpa Nama berkata...

Ada kereta hellfire mewah tapi tiada 10,000? Boleh Minta dedak dengan tuan anda iaitu MO1 yang berharta billion

Tanpa Nama berkata...

duit abih la tu tgok filem jerman

Tanpa Nama berkata...

Ostat.. saya mohon pertolongan.. sy ada masalah hubungan.. saya bimbang apa yg kami lakukan tidak menjadi pahala.. bolehkah ostat bagi beberapa laman web pay per view yang ostat dapati kaedah atau skill yg boleh menyumbang pahala.. supaya hubungan tidak jadi sia2.

Tanpa Nama berkata...

Ostaz pi luar negara?? Mana tu? German lagi?? Pi tengok video pay per view ker?? Aku rasa dio spesis berani buat tk berani tanggung. Kahkahkah

Pencolekhangek berkata...

Baru berkawan dengan ameno sudah besar kepala. Bayangkan samdol ni jadi setiausaha parlimen bukan menteri pun,tengoklah nanti di punya lagak!!! Orang yang undi dia pada pilihanraya akan datang kena jumpa psikiatris.

AF Global berkata...

Ada tgk video dia tersipu kt parlimen waktu sesi soal jawab dgn timb menteri kewangan, mp titiwangsa..org bincang isu institusi kewangan asing, dia tanya kebanjiran pekerja warga asing kt malaysia..lahabau punya ust janggut sejemput ni..ini lah pelapis pemimpin pas akan datang beserta beberapa kerat geng professional ir,ar,sr yg kemetot fahamannya dan sewaktu alirannya..
Klu mcm ini mcmana nk tarik org muda sokong PIS..