14 Apr 2017

Terbukti, PAS Yang Pondan, Bukan Rafizi

Rafizi: Cukuplah menjadi pondan Oleh NIK BAHRUM NIK ABDULLAH

SECARA tiba-tiba keluar pula dari mulut Rafizi kononnya beliau tahu duit 1MDB mengalir ke akaun seorang yang rapat dengan PAS. Tak cukup dengan itu dicabarnya pula presiden PAS menjawab perkara itu.

Sebelum ini tuduhan yang lebih kurang sama dibuat oleh orang terbuang dari PAS. Cuma bezanya orang terbuang itu sempat memberitahu nama bank transaksinya.

Dewan Pemuda PAS seluruh negara telah membuat laporan polis dan mencabar orang terbuang itu membuktikan kata-katanya. Tetapi hingga sekarang cabaran itu senyap seribu bahasa.

Barangkali Rafizi cuba mengalih isu. Kejayaan membentangkan usul RUU bisa menenggelamkan namanya. Dicari dalam 'pen drive'nya sisa-sisa isu. Lalu dikutip kembali kata-kata orang terbuang PAS.


Letih... tidak dilayan dikatakan bersalah. Sedangkan prinsipnya 'tuduhan hendaklah dibuktikan'. Tapi sekarang sudah jadi terbalik. Aku tuduh kamu; buktikan kamu tidak bersalah.

Baiklah. Secara ringkasnya wahai Rafizi (atau orang buangan PAS); PAS ini sebuah pertubuhan, ramai ahlinya. Dan ramai juga peguamnya. Sudah letih kami menerima sindiran sebegitu rupa. Kami minta jangan lagi menjadi pondan; jangan lagi berlindung di sebalik perlindungan bersyarat. Sebut sahaja siapa? Berapa? Bila? Dan bagaimana? Mudah bagi kami untuk membuat perkiraan bagi mengajar kamu menjadi lelaki sejati. – HARAKAHDAILY 7/4/2017

ULASAN GB

Apabila Rafizi membuat pendedahan melalui Statutory Declaration (AKuan Bersumpah) terbukti yang pondan kini ialah PAS, bukan Rafizi, seperti yang dituduh oleh PAS dan disiarkan oleh akhbar rasmi mereka haerakahdaily seperti di atas.

Seorang demi seorang pemimpin PAS yang kesemuanya kelihatan menggelabah mengeluarkan kenyataan menafikan kaitan Nasharuddin Mat Isa dengan PAS dan enggan untuk mengakui PAS pernah menerima sumbangan dari wang yang di perolehi oleh Nasharuddin.

Nasharuddin, setelah namanya terlondeh, terus cabut dan lesap entah ke mana, enggan menjawab sebarang soalan wartawan.

Rafizi sudah membuat cabaran terbukanya supaya PAS dan cengkadaknya membuat laporan polis jika yang didedahkan itu tidak benar, usah bising-bising di media sosial semata-mata.

Beranikah PAS membuat Akuan Bersumpah seperti yang dilakukan oleh Rafizi iaitu membuat perakuan tidak pernah menerima sesen pun wang dari Nasharuddin? Beranikah PAS membuat laporan polis terhadap pendedahannya itu? Beranikah PAS memanggil Nasharuddin yang masih lagi ahli PAS itu untuk membuat kenyataan dan siasatan terhadap wang 1MDB yang diperolehinya? Berupayakah PAS memecat Nasharuddin jika Nasharuddin mengakui menerima wang tersebut? Jika jawapan terhadap salah satu di atas ialah TIDAK, ternyata PAS yang PONDAN, bukan Rafizi.

Malah pemimpin pemuda PAS, Nik Abduh namanya telah cuba untuk menghalang pendedahan Rafizi dengan mebuat laporan polis kononnya di atas faktor keselamatan supaya pendedahan Rafizi itu dapat digagalkan.

Dari awal lagi rakyat telah memerhatikan sikap PAS terhadap isu 1MDB walaupun satu dunia sudah pun mengesahkan kewujudan skandal tersebut malah ada negara-negara seperti Singapura yang telah pun mengambil tindakan terhadap para pesalahnya.

Pimpinan tertinggi PAS pula enggan untuk berjuang bersama-sama rakyat bagi mempastikan mereka yang terlibat di dalam skandal 1MDB itu dibawa ke muka pengadilan dengan pelbagai excuses.



Selain itu, sikap PAS yang begitu mengelirukan seperti bersekongkol dengan UMNO di dalam banyak keadaan serta enggan bersama dengan parti-parti pembangkang lain di dalam parlimen dan luar parlimen di dalam meruntuhkan klleptokrasi membuka mata rakyat seluas-luasnya bahawa PAS sudah tidak istiqamah di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

Lebih-lebih lagi kehidupan para pemimpin PAS yang kemewahannya amat luarbiasa, malah ada diantaranya lebih hebat dari pemimpin UMNO, menjelaskan kepada rakyat bahawa perjuangan PAS tidak seperti dulu. Itu sebab mengapa tidak ada pemimpin PAS yang berani mahu mengisytiharkan hartanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang.


Perjuangan PAS kini sudah jauh berbeza dengan perjuangan di era Almarhum TG Nik Aziz menjadi mursyidul amnya.


Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan. PAS akan pasti terhukum akibat pengkhianatan dan penipuannya kepada rakyat. Sepertimana tuduhan pondan kepada Rafizi, kini hukum kebenaran dan keadilan membuktikan tuduhan itu kembali kepada PAS sendiri!


VIDEO TERBAHARU





FEATURED ADS





7 ulasan:

Awanama berkata...

Pondan Krabi Pas ni tak faham agaknya kes Rafizi bongkar ini akan bunuh Tuang Guru Presideng secara CHAI bersama pimpinan CHAI yang lain. Wei pondan, bersihkan diri jika tiada tindakan terhadap Rafizi secara sah yang tertuduh wajib didakwa rasuah dan bersubahat dengan MO1 seleweng dana 1MDB.

Awanama berkata...

Ustaz Ahmad Jailani....sebentar tadi gunkn khutbah Jumaat di Msjd Sbrg Jaya untuk hujah "tak balas dngn tindakan udnd2 di mahkamah itu adslah orng pemaaf..." keh keh keh - ko bwk lah sirah, Aisah bagai...pusing2. Bnyk kami di sini educated ooi..

Awanama berkata...

.
.

Buat apa tanya bila, siapa.. Bila Rafizi tak mampu bagi jawapan, makna nya Rafizi fitnah. Apa lagi tunggu saman lah. Sekurang-kurang nya tak perlu sibuk dan buang duit nak saman SR.

Lepas kes Rafizi maka saman SR pun tak payah di buat.

Husam sebut nama bank dan Kalau Husam dedahkan maklumat bank Husam akan di dakwa mengikut Akta Bank.

Rafizi punya lain. Rafizi tak guna maklumat bank tapi maklumat yang tersimpan pada SPRM..

PAS tak boleh lari sebab kes NFC pun Rafizi bawak sampai ke makamah. Kali ini kes terima duit Najib berakhir di Mahkamah.

Tapi satu lah jawapan Shahrizat tak lah macam pemimpin Lebai.. guna perkataan pondan lah... nama dah tenggelam lah.. Hoi!! ini Rafizi lah antara YB yang berkerja keras dan yang bijak.

Mana ada Pemuda PAS yang boleh ramal kenaikan harga minyak? Bukan kah itu tandanya Pemuda PAS bodoh-bodoh. Ada Peguam ramai tapi tak tahu apa sebab Rafizi buat Surat Bersumpah..

Awanama berkata...

YB RAFIZI DAH BUAT SUMPAH, PAK LEBAI PUN KENALA BUAT AKUAN SUMPAH SKALI BHW LEBAI ENGGAK NMPAK ADA UANG MDB MASYUKKK ..JGN DOK KLUAR STATEMNT KT PAPER JE...JAWABJAWABB

Awanama berkata...

YB rafizi tak boleh dedahkan bukti sbb tlh diOSAkan oleh njabi.

kalau pas nakkan bukti, sila saman YB Rafizi dimahkamah. dgn perintah mahkamah bukti dpt didedahkan.

Awanama berkata...

RAFIZI IS NOT IDIOT PERSON WILL NOT DEDAH SUATU PERKARA TANPA BUKTI DAN SAKSI. RAFIZI BUKTI DAH ADA, SAKSI PUN ADA BUT NAMA SAKSI DISEMBUNYIKAN TO AVOID SOMETHING HAPPEN TO THE SAKSI, MAKLUM KERAJAAN MEMERINTAH SKG NI, SANGAT SUKA MENGHUKUM ORG YANG SUKA MEMBERI MAKLUMAT, IS OUR DUTY TO PROTECT SAKSI PENTING NI, DARI KERAJAAN ZALIM LAKNATULLAH. AGAIN, WHAT YG PAS BUAT SEKARANG MENGIAKAN KATA-KATA DONALD TRIUMPH ISLAM ADALAH AGAMA PENGGANAS. WE WILL NEVER EVER ALLOW PAS DAPAT SATU KERUSI DLM PARLIMEN TO PROTECT AGAMA ALLAH DILABEL SEBAGAI PENGGANAS AND TO ENSURE US TAKKAN ADA PELUANG UTK MSK CAMPUR URUSAN NEGARA SBB IF PAS MEMERINTAH THEIR WILL USED THE REASON TO ATTACK MALAYSIA. IF PH MEMERINTAH I BELIEVE RAFIZI WILL A WAY TO COUNTER US.

Awanama berkata...

Lobai lobai cap bulan ni, iq mereka rendah. Tak percaya? Pi la dengar ceramah2 mereka.... Bermutu hampas!!!

Tp biasa laa, yg takbir pun puok yg berIQ rendah juga.