17 Apr 2017

[VIDEO] Najib Lantik Sepupunya, Hisamuddin Tanda PRU Dah Dekat

Pelantikan Hishammuddin di JPM tanda PRU sudah dekat, kata Khalid

Pelantikan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah tanda pilihan raya umum akan diadakan dalam masa yang terdekat.

"Silap-silap parlimen akan dibubar sebelum sidang akan datang Julai depan," kata pengarah komunikasi parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad di ceramah perdana Pakatan Harapan (PH) di Slow Machang, Pasir Mas malam tadi.

Beliau menjangka pelbagai kemungkinan boleh berlaku melalui tindakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak melantik sepupunya itu sebagai menteri tugas-tugas khas.


"Salah satunya adalah kemungkinan Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri sebelum berlaku pilihan raya.

"Ini tidak mustahil kerana terdapat kajian yng menunjukkan populariti Najib sekarang turun serendah 38 peratus, dalam erti kata setiap seratus pengundi, hanya 38 orang yang masih mahu beliau kekal sebagai PM," katanya.

Perkara ini tidak mustahil katanya kerana pernah berlaku sebelum pilihan raya ke-11 pada 2004.

"Ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendapati emejnya amat tidak popular melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilonjakkan sebagai Mr. Clean.

"Pemimpin baru selalunya akan memberi kredit kepada pihak kerajaan dan BN menang besar dalam pilihan raya itu," katanya.

Mengulas pembentangan pindaan akta 355 (RUU 355) di parlimen baru-baru ini, ahli parlimen Shah Alam itu menganggap ia satu permainan semata-mata.

"Tujuannya jelas bagi menyelamatkan Umno dan memberi peluang kepada Pas mendapat isu untuk berpecah dengan semua orang.

"Pas dibenarkan bentang supaya dapat dijadikan modal pilihan raya.

"Ini jelas kerana apabila usul ini tidak dibenarkan bahas ia tadak akan dululuskan dan mungkin akan melalui melalui beberapa sidang lagi kerana setiap sidang banyak agenda kerajaan yang tidak dapat diselesaikan," katanya.

Umno pula katanya terselamat apabila tiada perbahasan kerana dipersepsikan sebagai tidak menentang.

"Sedangkan hakikatnya Barisan Nasional telah umumkan tidak akan bawa pindaan ini.

"Malah seorang menteri dari MIC telah mengaku kabinet telah bersetuju untuk Marang membentangkan RUU 355 dan perbahasan tidak dibenarkan," katanya.

Beliau turut menolak dakwaan fitnah kononnya Amamah menolak usuk memperkasakan mahkamah syariah.

"Parti Amanah tidak menolak sebarang pindaan untuk menambahbaik pentadbiran Islam negara ini, namun banyak perkara yang kita mahu pindaan RUU 355 ini diperbetulkan.

"Misalnya mengapa hukuman terhad kepada rotan, penjara dan denda semata-mata.

"Ini hanya ciplak undang-undang warisan penjajah sedangkan banyak lagi hukuman takzir yang pernah diamal dalam sejarah perundangan Islam seperti mengajar kemahiran, khidmat di rumah anak yatim dan seumpamanya," katanya. -MD






FEATURED ADS





5 ulasan:

Awanama berkata...

Harap PM selepas ini biar lah PM yang boleh selamat kan Malaysia.

Hisham pun tak ada apa yang boleh di banggakan. Sejarah politik dia lagi teruk dari Najib. Najib ada juga lah di sebut melakar nama semasa Team A dan Team B. Membakar semangat orang melayu di TPCA ketika UMNO berkelahi dengan MCA.

Begitu juga dengan KJ ada juga lah mencipta nama dalam politik tanahair seperti mengadakan demo walaupun tak ramai dan berjaya mendapati anak-anak muda.

Jika Najib terpaksa guna CASH, Hisham akan buat lagi dahsyat dari Najib untuk menampakkan dia sebagai PM yang hebat.

Kalau setakat jadi jurucakap semasa tragedi MH370, yang sampai sekarang tak ada kesudahannya dengan jawapan we will carry.. We will from time to time.. tak ada apa yang hendak di banggakan..

Malaysiabaru berkata...

Maaf ya

Zahid komedi dah pakat sama husni(tambun) nazi(jantan) jamil (kill) hadi (ahWANG) dan 1.5juta akar umbi UMNO serta 1juta ahli Pas!

Najib dan Hisapuddin nak lari mana?

Bamboo River menanti kamu..adakah TeaM Zahid akan berjaya kali ni setelah ku li Anwar dan mahathir gagal?

Awanama berkata...

Setelah diumpan dedak, PAS sudah menjadi lembu dicucuk hidung. Akai tadak!

Awanama berkata...

.

Allahhuakhbar.

Entah macamana politik baca PAS entah lah. Langsung tak reti baca kat arah mana pergerakkan orang.

PAS hanya satu pergerakkan iaitu RUU. Itu pun ikut perancangan Najib. Kerjasama yang cuba memgkhianati satu sama lain.

Tenguk apa Hadi cakap. Pilih UMNO atau PAS. Satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat. Sedangkan rakyat hanya mahu BN atau PH yang memerintah. Satu kenyataan yang sengaja di buat untuk mempengaruhi pengundi dalam keadaan PAS di dakwa menerima sejumlah Wang dari Najib.

Serangan ke atas PAS ialah supaya pengundi yang mahu kan pertandingan dua penjuru melihat PAS yang seperti di tarik serbannya akan tetap mecanangkan lawan tiga penjuru.

Jika Islam PAS kuat seperti dulu, mana-mana Presiden PAS tidak akan memberi pilihan kepada UMNO. Apa kah UMNO juga telah sama Islam nya dengan PAS sehingga Hadi minta pilihan UMNO atau PAS?

Allahhuakhbar !!

Awanama berkata...

salam GB..Nk ulas isu dr zakir naik..la ni dh jd plarian plk..jd saspek krajaan india konon2 bliau pengganas..krajaan mlaysia ni bt apa..kut2 bule tolong bagi suaka politik ke..x kn tngok je kut..padahal jenuh dah dia turun mlaysia ni bagi kuliah forum n cramah..?