13 Apr 2017

[VIDEO] Rafizi Dedahkan Nasharuddin Terima Wang 1MDB, Khairuddin At-Tikiri Maklum

Rafizi: Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin terima wang 1MDB

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkait 1MDB, menunaikan janjinya semalam untuk menamakan individu tersebut.

Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya hari ini, Rafizi berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai “paling kanan” dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan mengenai dakwaan salah guna dana 1MDB.

“PAS perlu kembali semak pastikan tidak ada 1 sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan PAS,” kata Rafizi dalam sidang medianya yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Menurutnya, maklumat itu diberitahu kepadanya secara lisan oleh bekas pegawai SPRM itu, yang antara lain mendedahkan siasatan SPRM ke atas SRC International, anak syarikat 1MDB, mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum sejumlah wang berpindah “kepada peguam tertentu”.

Tambah Rafizi, SPRM sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International, yang disalurkan kepada peguam tersebut.

Katanya, salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin, namun tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.

Pemimpin Dewan Ulama PAS sedia maklum

Rafizi berkata Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, pernah berjumpa bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB.

Permintaan Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS, dipenuhi pegawai SPRM tersebut,
katanya.

Rafizi berkata perkara yang didedahkannya hari ini menjurus kepada “salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara”, sekiranya bayaran kepada pemimpin PAS itu usaha melunakkan suara PAS dalam isu 1MDB.

Menurutnya, ia juga menunjukkan Nasharudin tidak layak menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.

“Sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut.”

Menurutnya, beliau memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya ia menjadi tanggungjawabnya untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu.

“Kalau petang ini ada perkara yang saya sebut tak betul, boleh buat laporan polis supaya boleh lalui proses undang-undang.

“Saya sudah bagi lesen untuk menggari saya. Kalau yang saya sebut ini tak betul, boleh tangkap masukkan saya dalam lokap malam ini juga.”

Katanya, beliau mengalu-alukan sebarang proses perundangan supaya dapat membuka jalan membicarakan dana 1MDB.

Bekas pensyarah ceburi politik

Nasharudin dilantik Putrajaya 2 tahun lalu bagi mengetuai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR.

Beliau 2 kali mewakili PAS di Dewan Rakyat, iaitu sebagai ahli Parlimen Yan, Kedah (1999-2004) dan Bachok, Kelantan (2008-2013).

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu mula mendapat perhatian dalam PAS selepas dipilih sebagai setiausaha agung parti pada 1999 oleh presiden ketika itu, Datuk Fadzil Noor, dalam usaha menarik lebih ramai golongan profesional ke dalam parti itu ketika krisis Umno yang dicetuskan oleh pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 2005, Nasharudin menewaskan veteran PAS, Hassan Shukri, untuk jawatan timbalan presiden. Bagaimanapun, pengaruh beliau terbukti tidak mampu mencabar Mohamad Sabu yang menewaskan beliau untuk jawatan itu pada Muktamar PAS 2011.

Kekalahan Nasharudin dikaitkan dengan penglibatannya dalam siri “rundingan sulit” menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno, usaha yang mencetuskan kemarahan mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas tersingkir daripada pimpinan tertinggi, Nasharudin dilihat semakin mesra dengan Umno, malah menyertai rombongan Najib untuk bertemu tokoh ulama Arab Saudi. -FMT


Identiti didedah - Nasharudin Mat Isa


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB.

Dalam sidang media di ibu kota hari ini, Rafizi menamakan individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Rafizi juga membuat akuan berkanun (SD) berhubung perkara itu.

Beliau mendakwa bekas timbalan presiden PAS itu menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Nasharuddin, yang kalah kepada pemimpin agresif PAS ketika itu Mohamad Sabu, sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara partinya dan Umno.

Beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.

Rafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan PAS menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.

Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pernah menjadi pemimpin PAS dan pernah ditegur oleh bekas mursyidul am allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ramai pihak telah membuat spekulasi bahawa Rafizi memang merujuk kepada Nasharuddin, termasuk penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menamakannya.

Malaysiakini telah berulang kali cuba menghubungi Nasharuddin melalui pelbagai cara – panggilan telefon, pesanan teks, e-mel dan faks – untuk mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas.

Malaysiakini terus cuba mendapatkan penjelasannya selepas Rafizi menamakannya hari ini.

Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Maklumat penyiasat SPRM

Sementara itu, akaun berkanun Rafizi itu menyebut beliau mendapat maklumat itu daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan ke atas dana 1MDB.

Katanya, bekas pegawai yang tidak dinamakan itu, mempunyai maklumat sahih dan terperinci mengenai siasatan berkaitan, termasuk aliran dana 1MDB yang didakwanya mengalir ke akaun Najib, seterusnya tokoh-tokoh politik lain.

Rafizi berkata beliau diberitahu bahawa pembayaran dibuat dalam bentuk cek melalui “peguam tertentu”.

“Perkara ini ada unsur salah guna kuasa yang boleh disiasat bawah pelbagai undang-undang negara sekiranya bayaran kepada seorang mantan pimpinan PAS itu adalah pertukaran kepada usaha melunakkan suara PAS (sebagai parti pembangkang utama) dalam isu-isu bersabit skandal 1MDB dan pemindahan wang ke akaun YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,” menurut SD itu.

Rafizi juga berkata beliau nekad mendedahkan nama Nasharudin memandangkan beliau dilantik sebagai anggota panel perundingan dan pencegahan rasuah SPRM.

“Sebagai seorang penerima dana rakyat 1MDB (melalui SRC International Sdn Bhd) yang telah disiasat oleh SPRM, beliau tidak layak berada di kedudukan itu dan wajar meletakkan jawatan segera,” katanya.

Rafizi berkata beliau akan membuat laporan kepada SPRM dengan harapan kertas siasatan terhadap dana SRC yang dilapor dipindahkan ke akaun Najib dibuka kembali.

SD itu dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah di Sungai Besi hari ini.
-mk









FEATURED ADS





16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wahai pas...tolonglah...tolonglah saman rapiji...tolonglah...tolonglahhh...

Tanpa Nama berkata...

Lebai2 dah pening. Oksigen dh tak masuk ke otak YB Rafizi punya penangan. Lobai2 tengah cari idea utk menipu lagi. Ada lobai2 yg kata sblm ni tak tahu apa2 tetiba blh jawap tak tetima sesenpun dr siTAHI Nadaruddin. Ada yg pi minta pencerahan dpd SPRM tetiba blh plk cakap nak tengok dulu apa yg YB Rafizi kata sedangkan pemberita suruh komen dan Lobai tu blh tak jawap soalan.
Lobai nak cari jawapan mcmana nak kelentong pengundi.

Inilah lobai2 ular.

Tanpa Nama berkata...

Selepas ketiadaan TGNA...PAS punah ranah .. dipimpin olih aji adi"anak butir taik"adios Pas.

lelaki dicermin berkata...

Aku dpt rasa pembongkaran rafizi ni ada lanjutannya..sbb aku rasa bekas pegawai sprm tu.. ada maklumat duit lepas dr akaun nash.. sah2.. ada mengalir ke akaun pimpinan pas.. kalau mcm tu.. kenapa rafizi tanya tuang presiden... sbb kalau duit 1MDB pergi ke ngo yg nash ketuai.. nak buat apa.. tuang presiden yg kena jawab.. kita sama2 tunggu..lanjutan episod drama ni... sebenar pembongkaran rafizi.. sama dgn lastik burung guna 1 batu.. burung yg kena 2 ekor... satu yg kena pas.. satu lagi najib.. ckp tak guna utk peribadi...last2 terbukti...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Rafizi!!! Kita tidak perlu sarung serban dan berjubah untuk menunjukkan kebenaran!Ada yang demam dalam parti ugama...!

Tanpa Nama berkata...


tebongkang la nak jawab ostat oiii....

adoiiii... ini macam tak jadi la nak tanding satu malaysia... punco duit dah kono pagar...

Tanpa Nama berkata...


patut la tak menciak sikit pun parti adinda nie... haram jadeh betul...


Tanpa Nama berkata...

Sekor tahik butir di Pasir Mas dah kepanasan. Ada kemungkinan nama tahik butir 37 bijik ini dah mula ketar lutot menanti Rafizi mendedahkan sekor demi sekor tahik butir yang terima rasuah Najib! SPRM yang tunjuk hero apa lagi? Najib mesti didakwa atau Rafizi mesti ditangkap dan dakwa di Mahkamah? Siasatan bekas AG dan kes Kevin Morais akan bangkit dari kubor. Derma Tok Arab diganti duit 1MDB curi masok akaun Ambank Najib. Banyak pembongkaran kembali jika Rafizi diambil tindakan. Doakan kejayaan pejuang rakyat. Musnahkan rancangan jahat Najib dan Hadi Awang. Amin...

omar daud berkata...

salam


Mimpi "ngeri" Andaikata kepimpinan yg ada dlm pas sekarang bersama najib memerintah negara,selepas PR14.

Belum berkuasa lagi,dlm proses untuk berkuasa,"belang sudah terbuka".

bagaimana agaknya!!hudud/ru355 akan dilaksanakan????.

Andaikata wujud rasuah/salah guna kuasa pada yg tertuduh?
Beranikah pehak yg melaksanakan undang2 untuk melakukan keadilan?

TAKUTkah mereka pada Allah atau pada manusia?

takut nanti jadi berpilih-pilih,"High-rangking rapat dgn regim pemerintah TERLEPAS/Hanya dikenakan pada musuh2 politik dan rakyat biasa sahaja.

sekian.

Tanpa Nama berkata...


Kaki fitnah phillkhodda, fitnah barua n broka..
Kaki maki hamun anjing babi Harbi taik ..
Kaki ponteng U-turn tangguh2..
Khianat curi berjuta2..
Tipu hudud-RUU..

Berdebat berhujah takut
Saman tak kan berani
Menipu dah terang
Belit dah nyata

Sorang dah kena hudud dua2 kaki kanan & kiri
Sorang lg mintak kebumi kat US bumi porno Yahudi Harbi LGBT
Sorang lg..insyAllah moga2 akan menyusul slps ini,sama2 kita nanti

Tanpa Nama berkata...

GMM YG DIILHAMKAN OLH NAJIB ADALAH ONE WAY MUNDARKAN UMAT ISLAM BANGSA KESYNGAN UMNO DAN PAS MELAYU. KESEDERHANAN YES PERLU,BUT IF SEMUA PUN NAK KESEDERHANAKAN,THEN SIAPA YG NAK LAKSANAKAN ZAKAT HARTA? MCM MANA U NAK COMPLETEKAN RUKUN ISLAM MENUNAIKAN HAJI IF SEMUA PUN SEDERHANA? PLZ REMEMBER ALLAH BERI KEISTIMEWAAN TERAMAT SANGAT KPD GOLONGAN YG BERADA, YG MANA TANGUNGJAWAB NI HANYA U SHJ BLH BUAT, ORG LAIN TAK BLH BUAT. THAT IS MENUNAIKAN ZAKAT HARTA. INI SEHARUSNYA NENJADI TARGET SEMUA UMAT ISLAM UTK KEJAR SEHINGGA TERGOLONG ORG YG LAYAK MELAKSANAKAN TANGUNGJAWAB YG ISTIMEWA DARI ALLAH SWT.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Rafizi dah bagi lesen gari bukan dia mintak di beri kemaafaan. Kalau nak maaf pun kena malah wajib di ketahui akan kebenaran dakwaan Rafizi melalui peraturan undang - undang. Kalau RUU kacukan Hudud macam ini jugak ke?

Dakwa Rafizi dan sumbat kan dia dalam penjara lepas tu nak maaf kan atau tidak buat lah.

Anwar Ibrahim lepas keluar penjara baru dia maaf kan orang yang fitnah dia.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Betul duit mengalir ke akaun pemimpin PAS bukan ke akaun parti. Itu sebab ada kepala taik yang menafikan dakwaan Rafizi dengan mengatakan tidak masuk ke akaun parti.

Satu batu bukan kena dua burung kerana dalam PAS banyak burung yang berkicau buat bising tapi dalam UMNO hanya satu burung sebab burung itu buat sorang-sorang macam perlantikan Hisham sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.

Kali ini mampos lah kau PAS.

Tanpa Nama berkata...

Keadaan senyap sunyi Nasha sejak kes MDB yang menjadi masalah negara ......menambah keraguan!

Asal Bukan Umno Pas

ABUP

Tanpa Nama berkata...

.
.

Bukan berserban dan berkopiah sahaja... siap menangis kesat air mata dalam parlimen.

Tapi bila parti kena dakwa terima duit rakyat tak kisah sikit pun tak kisah..

Tanpa Nama berkata...

.
.

Hadi kata salah kah PAS berunding dengan UMNO demi Islam. Tak salah tapi yang salah ialah apa kah syarat yang Hadi letak untuk memulakan rundingan?

Berunding dengan PPBS, syarat Hadi ialah jangan bersama DAP dan AMANAH tapi dengan UMNO tidak ada syarat yang serupa. Jadi yang Rafizi dakwa adalah syarat untuk mula kan rundingan.

Bayang kan dalam parlimen Hadi hanya sebut 1MDB sebanyak sekali sahaja? Mungkin sebab ada angka satu pada 1MDB kot?

Bila SR buat lapuran PAS kata fitnah dan akan upah peguam. Bodoh dapat duit berjuta-juta nak habis kan untuk bayar peguam. Lebih jimat Hadi dan beberapa pemimpin PAS yang letak jawatan. Dah dapat nama busuk tapi duit habis untuk upah peguam. Kalau nak selamat kan PAS lah.

Husam buat dakwaan yang sama tetapi Husam di kecam dan di serang oleh pemimpin PAS Kelantan.

Alih-alih Rafizi buat dakwaan siap surat bersumpah, belum habis cerita.. Hadi terus maaf kan. Ini macam kah RUU.. kesalahan yang sama tapi satu boleh di maafkan tapi yang satu lagi tak boleh di maafkan.

Ayam terlapeh, tangan penuh taik.