5 Apr 2017

[VIDEO] OFF-POLITIK: Empat Warga Asing Rompak Wanita Di Mesin ATM

Orang Awam Bantu Tangkap Perompak Di ATM

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas orang awam yang membantu mangsa rompakan membawa kepada penahanan empat warga asing yang cuba merompak wang tunai sekurang-kurangnya RM3,000.

Wanita yang merupakan seorang penjawat awam pergi ke sebuah bank di Taman Maluri di sini pada kira-kira pukul 5.30 petang Isnin untuk mendepositkan wang tunai ke dalam akaunnya.

Sekumpulan empat lelaki kemudiannya datang menghampiri mangsa.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, ketika kejadian wanita itu bersama anaknya.

“Mangsa memasukkan wang ke dalam mesin deposit tetapi sekeping wang kertas RM50 ditolak keluar.

“Mangsa cuba memasukkan semula wang kertas berkenaan. Bagaimanapun, ia dirampas oleh salah seorang daripada empat lelaki berkenaan lalu menawarkan bantuan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Kok Sin berkata, wanita yang bimbang perkara tidak diingini berlaku kemudiannya mengambil semula wang kertas tersebut daripada suspek.

“Seorang lagi suspek menekan butang ‘batal’ di mesin deposit mengakibatkan baki kesemua wang ditolak keluar.

“Berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek, dan salah seorang daripada mereka berjaya merampas kesemua wang sebelum melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun, orang awam yang menyaksikan insiden itu mengejar dan menangkap suspek.

Kok Sin berkata, dua suspek mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan.

Beliau menambah, orang ramai kemudiannya menghubungi polis selepas menahan kesemua suspek.

Menurut Kok Sin, keempat-empat suspek berusia antara 21 dan 37 tahun, dan dipercayai dari Pakistan, direman untuk siasatan. -mstar



ULASAN GB

Inilah bahana membawa masuk pendatangasing yang terlalu ramai ke dalam negara.

Sentiasa berwaspada di ATM. Usah layan mereka yang tidak dikenali sewaktu berurusan di ATM dan elakkan juga pergi ke mesin ATM bersendirian.




FEATURED ADS





6 ulasan:

Awanama berkata...

ada 1.5 juta lagi yg akan dtg.

masa british jajah, mrk bawa cina dan india sj.

skrg ni bila umno jajah, satu dunia boleh masuk negara ini. naik tongkang pecah boleh ceroboh sempadan.

Awanama berkata...

.
.

Bawak masuk tak apa..

Bawak masuk tapi tak ada kerja yang boleh di buat.. Itu lah padahnya..

Ada tiga negara Kalau Najib buat lawatan.. satu Pakistan Bangladesh dan yang terakhir India.. selain konon nya bawak pelaburan dalam senyap tandatangan perjanjian pekerja asing atau pengundi baru..

Awanama berkata...

Mana pulak off politik ni tuan.yg bawak pendatang asing ni masuk pun org politik.dah cukup ramai dah ni nk tambah lagi 1.5juta bangla.Kejadian spt ni pun dsbbkn pemimpin politik. Jwpnnya Tolak bn / pas next pru

Awanama berkata...

Tanpa Nama 12 09

Betul. Betul.

Bukan sahaja isu pendatang merompak atau di bawa masuk berjuta-juta tetapi dari kangkong, ikan kembung.. sampai lah nak bentang RUU semua nya orang politik yang jaga.

Kerana politik lah UMNO tolak RUU pada PAS semula. Kerana politik lah PAS sanggup di kencing.

Jumpa pelakon lagenda Rajini pun sebab politik konon ambil berkat supaya achi achi estate tenguk Najib sama taraf dengan pelakon tersebut. Jadi modal pilihanraya..

Muak berkata...

Ini baru pendatang Pakistan. Belum masuk pendatang China komunis lagi.

Aku heran kenapa kerajaan tak hadkan kemasukan pendatang asing ni macam yang Presiden Trump buat? Ya la maklum saja, mereka yang VVIP dan VIP ni tak bercampur-gaul dengan pendatang asing ni. Orang-orang VVIP dan VIP ni leka dengan hidup MEWAH mereka saja. Yang bercampur dengan pendatang asing ni ialah kita RAKYAT BAWAHAN, contoh dalam pengangkutan awam, di tempat-tempat awam dan sebagainya.

Oleh kerana kehidupan harian mereka kurang bercampur dengan pendatang asing ni maka orang-orang politik ni tak peduli hal pendatang asing atau halang dan hadkan kemasukan mereka ke Malaysia.

Gejala dan masalah sosial yang berpunca dari pendatang asing ni makin hari semakin serius dalam masyarakat bawahan dan pertengahan Malaysia tapi malangnya tidak mendapat perhatian oleh orang atasan.

Harap kejadian ini dan beribu-ribu kejadian yang terdahulu dapat perhatian kerajaan yang teramat bijak.

Dalam PRU akan datang sila la bijak dalam membuat pilihan.

Kalau kita asyik pilih benda yang sama maka kita akan dapat keputusan yang sama sperti dulu juga. Akhirnya tak ada perubahan dan masalah pendatang asing ni tetapla begitu sampai bila-bila.

Awanama berkata...

Hadi berjaya bentang ruu355 hari ni.walaun2 pas melonjak kegembiraan sambil memaki hamun ph.tajuk utama ni tuan gb kene ulas