4 Apr 2017

RU355 Modal Politik Untuk Tutup Isu 1MDB Dan Penderitaan Rakyat

RUU355 Hadi dijangka dibentang dan tangguh lagi

Usul rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka dibentangkan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, Khamis ini dan bakal ditangguhkan lagi.

Anggota-anggota parlimen BN juga sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dalam taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu disahkan oleh seorang anggota parlimen Umno kepada Malaysiakini yang enggan namanya disiarkan, berikutan diminta tidak bercakap kepada pihak media.


"Saya rasa ia pada hari terakhir. Pada Khamis. Dan ia hanya bentangkan rang undang-undang itu, saya rasa tak ada perbahasan," katanya

Ahad lepas, Ahmad Zahid berkata usul rang undang-undang persendirian oleh Abdul Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, tidak akan diundi pada sidang kali ini.

Bagaimanapun pada masa itu beliau tidak mendedahkan bahawa usul itu akan dibentangkan.

Anggota Parlimen Umno itu berkata, anggota-anggota parlimen daripada parti komponen BN seperti MCA dan MIC juga turut hadir dalam taklimat berkenaan.

Ditanya sama ada MCA dan parti komponen lain membantah pembentangan usul itu, Anggota Parlimen Umno itu berkata Zahid tidak meminta pandangan tetapi hanya memberi taklimat kepada mereka.

"Tidak, sebenarnya timbalan perdana menteri tak tanya kepada mereka. Hanya taklimat," katanya.

Selepas usul Abdul Hadi yang dibentangkan pada sidang dewan rakyat yang lalu ditangguhkan, ia menikmati keutamaan untuk berada di bawah urusan-urusan bukan kerajaan, menurut peraturan Mesyuarat 15 (5).

Ini bermaksud pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, rang undang-undang persendirian itu hanya akan dapat dibahas selepas semua urusan kerajaan selesai.

Bagaimanapun, keputusan muktamad masih terletak di tangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Hari terakhir persidangan Dewan Rakyat jatuh pada Khamis ini. -mk


RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam

Usul persendirian Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 perlu mengikut prosedur dan aturan mesyuarat Parlimen yang memerlukan semua RUU Kerajaan diselesaikan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, bekas Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Peringkat Kebangsaan, Dr Zulqarnain Luqman menganggap RUU Kerajaan tidak akan pernah selesai.

"Jika nak bawa usul persendirian, kena habis urusan kerajaan dulu. Usul kerajaan tidak pernah habis dalam satu-satu sidang Parlimen," katanya dalam forum Live Bongkar anjuran Amanah Johor semalam.

Beliau juga mempertikai tindakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahu membentangkan pindaan Akta 355 sebagai usul persendirian.

"Soalnya sekarang, kita melihat kerajaan persekutuan sudah sedia untuk meminda peruntukan tersebut, kenapa kita (Pas) harus ambil beban tersebut. Pindaan Akta 355 memang pernah dilakukan kerajaan tetapi bukan melalui usul persendirian.

"Dalam sistem BN sekarang, apa-apa usul yang dibenarkan kerajaan, kalau tidak lulus, ia semacam usul tidak percaya kepada kerajaan itu sendiri," tegasnya.

Menurutnya, pindaan terhadap Akta 355 yang hanya bertujuan menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman itu bergantung pada kebenaran pihak kerajaan.

"Macam kita lihat usul pensendirian (355) ini, dulu di kedudukan keempat, bila masuk RUU lain, ia jatuh (kedudukan) bermakna urusan kerajaan tidak akan habis dalam satu sidang parlimen tersebut.

"Kalau nak naik (kedudukan RUU 355), dia (Abdul Hadi) mesti mendapat 'syafaat' daripada menteri, sebab itu mesti bagaimanapun ada rundinagn.

"Dulu masa (Ahli Parlimen) Marang buat, Datuk Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bawa usul itu didahulukan seperti mengikut Peraturan Mesyuarat 49," jelasnya dalam forum "RUU 355: Apa dah jadi?" yang dimoderatorkan Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat.

Mengulas lanjut, Zulqarnain tidak menolak wujudnya gangguan pada jawatankuasa teknikal terbabit apabila Abdul Hadi yang juga Presiden Pas mahu membentangkan RUU 355 sebagai usul persendirian.

"Saya fikir ada gangguan pada jawatankuasa teknikal sebab saya dan seorang lagi, saudara Ahmad Tarmizi tidak dijemput hadir untuk mesyuarat seterusnya.

"Saya difahamkan ada satu mesyuarat yang dipanggil hanya untuk memaklumkan bahawa usul persendirian berkenaan sudah dimasukkan," ujarnya.

Beliau memberitahu jawatankuasa teknikal berkenaan sebelum ini sudah mengenal pasti halangan untuk pindaan Akta 355 dilakukan.

"Kita sudah kaji dan satu kertas kerja sudah dibentangkan oleh penasihat undang-undang pada masa itu tentang prosedur, apa berlaku.

"Tiada dalam sejarah Malaysia ada usul persendirian diluluskan. Pindaan Akta 355 perlu dibawa oleh kerajaan dan kerajaan pun bersetuju untuk bawa pindaan itu.

"Pindaan itu sepatutnya diluluskan oleh Majlis Raja-Raja tetapi ada beberapa masalah teknikal untuk diperhalusi semula," katanya.

Zulqarnain turut menyifatkan dakwaan RUU 355 kononnya memperkasakan Mahkamah Syariah tidak tepat dalam erti kata sebenar memandangkan pindaan akta terbabit hanya menyentuh aspek undang-undang jenayah syariah.

"Mahkamah Syariah ini ada urusan nikah cerai dan sebagainya dan itu tidak termasuk dalam apa yang diusahakan," tambahnya lagi.



-MD


ULASAN GB

Semakin jelas bahawa RUU 355 hanyalah satu alat untuk UMNO memperdayakan dan menipu rakyat melalui PAS yang bertujuan politik dan pilihanraya.

Ia akan dimainkan sehingga menjelang pilihanraya bagi menutup isu-isu besar yang lain seperti 1MDB, GST, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya.

PAS dengan segala kebodohan dan kebebalannya akan terus menjadi boneka UMNO bagi "mengkafirkan" golongan yang menentang RUU355 dengan lansung tidak memperdulikan nasib rakyat yang semakin tertekan dan tertindas di bawah regim Najib.

GB tertarik dengan satu status di dalam media sosial:

Disuruh bentang dia bentang, disuruh tangguh dia tangguh,





FEATURED ADS





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEKALI LAGI ALLAH SWT DAN RAKYAT AKN MENJADI SAKSI ATAS KEBODOHAN DAN KEZALIMAN PAS.SEMEMANG ORANG BODOHLAH DISUKAI OLEH MUSUH ALLAH. REMEMBER MUSUH MUNAFIK AND YAHUDI LAKNATULLAH IALAH UMAT ISLAM BIJAK PANDAI,YG BIJAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH SWT DAN TANGUNGJAWAB DI DUNIA.

Tanpa Nama berkata...

Itulah matlamat asal UMNO gunakan PAS untuk menutup isue yang telah memecah rekod kerakusan UMNO dibawah pimpinan Najib yang bodohnya PAS sanggup pecahkan PR demi RUU ini dan sekarang PAS sedang berusaha menaikkan nama buryuk mereka dimata rakyat yang memilih calun mewakili mereka didewan rakyat untuk membela mereka diatas kezaliman UMNO tapi sebaliknya pula terjadi PAS pula yang lebih dari UMNO kita tunggu PRU14 PAS dan UMNO akan terima balasan dari Allah insya Allah.

Tanpa Nama berkata...



Berapa kali mau tangguh daaa.?


Tanpa Nama berkata...

.
.

Apa pun barua umno telah berjaya seolah-olah 'nampak' mereka telah bersungguh-sungguh.

pihak umno mendakwa ph dan ppbm di kuasai oleh DAP. pas pula guna ruu untuk menunjukkan mca anti islam. kedua-dua cina akan di jadikan musuh melayu islam.

sudah tentu persempadanan semula melayu minoriti yang akan memilih calun mca yang kononnya tunduk pada umno.

jika benar ruu hanya di bentang tanpa bahas, mati lah si yang mengusul ruu terlebih dahulu maka mati dia mati si munafik.

si pengusul mesti pasti kan ruu di bahas supaya mati nya dalam keadaan aman.


abrarmujahideen berkata...

ALLAH benar2 tahu keikhlasan mereka...LAKNATLAH MEREKA SERTA MERTA yg berdusta atas nama MU..ya ALLAH

Tanpa Nama berkata...

kata bodoh... marah....
kata bangang... bebal...
bila kata kena tipu...boleh ckp pula PAS x rugi pe2...
x rugi..???
pasal gelojoh dgn RUU yg x lengkap ni lah PAS hilang suku Ahli... hilang separuh Panglima perang... hilang sokongan golongan pertengahan. teknokrat.cerdik pandai.pengundi bandar.bukan islam.......
sayang.. yg masih setia dgn Pas cuma lebai2 pondok..org kg je...

Ahmad Uthman berkata...

Assalam GB

Saya tertarik dengan artikel GB dibawah ni...

AMANAH MAJU TERUS
Sunday, April 02, 2017
Melayu rosak kerana Umno, Islam rosak kerana Pas.
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Juga...

Saturday, 1 April 2017
KALAU HAJI HADI BETUL-BETUL IKHLAS.....


Dalam PRU-13 yang lepas, Pakatan Rakyat kalah tipis je... Itu pun selepas ditipu....Dan, ketika itu pun, PAS dah khianat beberapa kerusi yang ditandingi PKR.

Padahal, kalau Haji Hadi betul-betul ikhlas, cuba bayangkan kalau PAS masih ikhlas bergabung dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP, mentelah pulak dengan adanya Bersatu sekarang, ditambah dengan kedudukan Najib dan UMNO yang sangat sangat sangat lemah sekarang, Najib sedang dihadapkan dengan skandal 1MDB, rakyat sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi..... Bukankah pembangkang mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menumbangkan BN dan UMNO dalam PRU-14...?

Tapi nampaknya Haji Hadi dan tok-tok lebai PAS lebih suka memilih jalan sukar, iaitu bermesra dengan Najib dan memusuhi Anwar... Ini puncanya... Dulu saya pernah tulis, Hadi Awang akan memusuhi sesiapa saja yang baik dengan Anwar, dan akan berbaik dengan sesiapa saja yang memusuhi Anwar..... Inilah politik Hadi Awang... Segala alasan lain, konon nak mendaulatkan Islam, nak menegakkan negara Islam, nak laksanakan undang-undang Islam, nak kekalkan kuasa Melayu Islam; itu semua sebagai pemanis mulut belaka.... Hakikat yang sebenarnya, Haji Hadi dan tok lebai PAS akan buat apa saja asalkan dapat halang Anwar tak jadi PM.... Itu saja...!!!

PAS nak apa, sebenarnya...? Dalam politik ni, apa kehendak PAS...? Apa yang tok lebai mahukan...? RUU355...? Itu je....? Allahu akbar.... Kalau setakat RUU355 itulah yang jadi nyawa kepada perjuangan politik PAS, sampai usul RUU355 pun dah jadi macam bola, padan duk main passing UMNO bagi kepada PAS, PAS bagi ke UMNO, UMNO tendang ke PAS...... O'aloh..... Kalau Pakatan menang PRU-14, tak kira lah siapa PM pun asalkan bukan Najib atau orang UMNO, dan tak kiralah siapa speaker dewan rakyat pun asalkan bukan Pandikar Amin atau orang UMNO.... masa tu, kalau PAS nak bentang usul RUU355, hari pertama sidang pun boleh bentang dah.... Semua MP Pakatan akan sokong.... tak ada MP DAP dan PKR yang tak sokong.... apa masalah...?

Daripada duk berhempas-pulas nak pertahankan UMNO sampai bercakap pun mengarut meraban macam orang nyanyuk, bukankah sangat mudah kalau PAS berada dalam Pakatan....?

Sebab itu aku kata dari dulu bahawa Haji Hadi tidak pernah ikhlas dalam politik.... dia pergunakan agama sebagai modal untuk menipu wala'un, padahal dia sendiri mendapat habuan yang besar dari UMNO.

Awang

INI SUDAH GELAS BUAT NASIHAT PADA SEMUA PEMBACA. Terima Kasih pada semua yang berkerja mencelaskan semua perihal karenah Tuan2 PAS yang bakal terlePAS semua stesen Ulamak Harapan Raayat.

Allah pelihara PH dan semua yang ikhlas berjuang membela Raayat Marhaen.

Ahmed Uthman


Tanpa Nama berkata...

Bagi aku..hadi ni setan bertopengkan beruk..

UP berkata...

Tahniah UMNO! Najib dan kawan-kawannya bijak. Kita suka atau tak suka perlu beri pujian utk UMNO yang berjaya bunuh 2 burung, menggunakan satu batu shj.  batu yang digunakan, adalah..RUU355.

Yang pertama: UMNO berjaya memecah-belahkan dalaman Parti Pas sendiri dengan tersingkirnya golongan progresif yg telah menarik ramai cendiakawan Melayu ke dlm parti PAS. Akhirnya tertubuh Parti Amanah.

Perkara kedua: UMNO berjaya singkirkan PAS dari Pakatan rakyat. 

Kalau TGNA masih ada,  tidak keterlaluan boleh dikatakan Parti PAS adalah Penganti UMNO selepas PRU14. Apa nak buat..dibawah TGHA... nasi sudah menjadi bubur.

Kepada rakyat Malaysia....JOM kita UBAH !tolak UMNO/BN dan PAS!

Tanpa Nama berkata...

Kalu Betulkah Hj hadi gomo dedak rm90j.dan bersendiwara tentang RUU355.Nampak gaya dia tempah bilik sebelah bilik Syekh Bal'am.

Tanpa Nama berkata...

Ahmed Uthman, cantik sungguh pencerahan anda. Sememangnya PAS setelah era TGNA ini amat dengki dan busuk hati terhadap DSAI. Maklumlah pemimpin yang menerajui PAS kini macam tiada akal dalam kepalanya, hanya menjaja Islam untuk kelangsungan peribadi semata-mata dengan cara yang amat bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Tu la... PAS ni zalim sbb berjuang ketana Islam. Xmau join DAP, MCA, MIC, Gerakan & parti sekutu Sarawak yg terang2 tolak memartabat Islam dgn perundangan. Apala PAS ni, kira nk berdagang awal sgt. Maklumlah, akhir zaman.