Nik Aziz kukuhkan akidah, tiada kompromi terhadap korupsi
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menekankan kedua-dua nilai akhlak dan akidah dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan segala macam korupsi.
"Beliau adalah cantuman antara akhlak dan akidah yang selalu saya sebut dalam ucapan-ucapan saya.
"Pemimpin-pemimpin Islam bercakap soal akidah tetapi akhlak tiada. Orang Islam di Malaysia memperjuangkan soal akidah, itu bagus.
"Tapi akhlak Islam ada pada orang Korea sebab mereka bangun lawan rasuah sehingga setiap Presiden mereka yang terlibat rasuah dihumban keluar.
"Ini akhlak Islam yang ada pada orang Korea tapi akidah ada pada orang Islam," ujarnya yang dikenali sebagai Mat Sabu.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Auditorium Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menganggap golongan yang memperjuangkan syariah juga tidak mengambil berat isu korupsi.
"Soal rasuah balasannya neraka tidak diambil berat termasuk mereka yang memperjuangkan hukum syariah itu sendiri.
"(Mereka) tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama untuk mereka lawan. "Itulah yang berlaku di dunia Islam secara umum sekarang ini menyebabkan mereka terbelakang.
"Hasil minyak yang dianugerahi Allah di dunia Islam terbakar begitu saja tidak dapat dimanfaatkan oleh orang Islam dan manusia sejagat," jelasnya.
Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, Amanah akan meneruskan perjuangan Tuan Guru Nik Aziz.
"Kita mempertahankan akidah dan menjelmakannya dalam akhlak. Dalam soal urus tadbir yang baik mesti ditekankan.
"Nama parti Amanah itu melengkapi apa yang dikehendaki Tuan Guru Nik Aziz sendiri," katanya.
Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden Pas turut berkongsikan antara pengalamannya bersama Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.
"Sebarang aduan yang sampai kepadanya, beliau dengar dulu tidak beri komen segera.
"Selepas beberapa hari, dia akan beri pandangannya.
"Bila dia puji di khalayak ramai, bila tegur, beliau panggil secara bersemuka," tambahnya lagi.
Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
Turut menjadi panel pembentang Penyelaras Anwar Ibrahim Research Institute (AIRIS), Ustaz Wan Ji Wan Husin dengan didahului ucaptama oleh Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa. -MD
'Tidak jadi dosa Amanah rai pemikiran Tok Guru'
Datuk Husam Musa yang merupakan bekas Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ketika Almarhum menjadi Menteri Besar Kelantan pada 1990 menyifatkan tidak salah untuk Parti Amanah Negara (Amanah) mengadakan wacana berkaitan tokoh dihormati kawan dan lawan itu.
Penasihat Amanah Kelantan itu berkata, seseorang ikon memang turut diraikan di luar kelompoknya dalam sejarah panjang dunia.
"Sememangnya sampai hari ini Nabi Ibrahim menjadi sebutan semua pengikut agama lain. Itu adalah lumrah.
"Kita tidak boleh menghadkan ketokohan itu dalam kelompok kita semata-mata. Salahuddin Ayyubi (1137 -1193) atau Saladin menjadi tokoh kajian dan cukup dikagumi masyarakat Barat.
"Tidaklah pelik atau menjadi satu dosa untuk Amanah sebuah parti yang akar dan benihnya adalah daripada Pas untuk meraikan pemikiran Tok Guru Nik Aziz. Tokoh Pas yang bersama Pas sehingga ke akhir hayat," ujarnya dalam ucaptama seminar pemikiran tokoh itu di ibu negara hari ini.
Menurut Husam, 58, sebahagian pemimpin Amanah pada masa ini adalah pendukung pemikiran politik progresif Islam warisan Tuan Guru Nik Aziz.
"Nik Aziz tokoh mutakhir yang membawa pendekatan siasah Islam progresif, terbuka, dinamik, wakiq dengan pendekatan yang diterima dan bijaksana.
"Kematian Nik Aziz menjadi permulaan era baru bagi hala tuju Pas serta penghakisan pemikiran dan pendekatan politik Nik Aziz daripada Pas termasuk robohnya kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat yang telah membawa Pas memperoleh pengaruh di Pantai Barat Semenanjung Malaysia," tegasnya dalam seminar anjuran Amanah Kawasan Batu disokong Amanah Nasional itu.
Turut hadir Presiden Amanah, Mohamad Sabu manakala Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang menjadi panel pembentang pertama diikuti Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong serta Penyelaras Anwar Ibrahim Research Institute (AIRIS), Ustaz Wan Ji Wan Husin.
Mengulas lanjut, Husam berkata, dasar pimpinan Pas pada masa ini yang kononnya berpegang pada slogan baru politik matang dan sejahtera merupakan satu tanda penghakisan pemikiran Nik Aziz daripada parti tersebut.
"Secara tidak langsung, Pas mengisytiharkan pendekatan politik Pas selama ini (iaitu) ketika Nik Aziz memimpin kerajaan negeri (Kelantan) adalah tidak matang dan tidak bertunjangkan kesejahteraan.
"Sebenarnya, motto itu telah cuba membawa Pas meninggalkan pemikiran Tok Guru Nik Aziz. Serentak itulah, Amanah lahir. Lebih penting lagi Amanah sebenarnya pada hemat saya adalah jelmaan pemikiran politik Tok Guru Nik Aziz," jelasnya.
Secara berseloroh Husam yang juga mantan Ketua Pemuda Pas Kelantan (1996-1999) berkata, sepatutnya Pemuda Pas yang membincangkan tentang pemikiran Tuan Guru Nik Aziz tetapi disebabkan enggan berbuat demikian maka Amanah pula yang membincangkannya.
"Warisan pemikiran politik seorang tokoh dari parti yang berbeza dalam satu acuan baru bukan perkara yang pelik.
"Bila tokoh yang asal terbantut, cabang yang baru boleh tumbuh seperti mana akar tunjang dan pemikiran itu masih kuat," tambah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan itu.
Berkongsikan pengalamannya yang rapat dengan Nik Aziz, Husam turut memberitahu tugasnya sebagai Setiausaha Akhbar selama tiga tahun kepada Almarhum dianggap paling 'enjoy' dan berharga.
"Saya adalah anak buah beliau. Ada masa kami berbahas satu-satu tajuk yang memerlukan percambahan pemikiran. Namun, secara senyap-senyap, dia (Nik Aziz) adalah teman, ayah dan sahabat saya," ujar Husam lagi. -MD
Sifat terbuka, pemaaf Nik Aziz jadikan parti pimpinannya diterima semua
Aura Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sepanjang hampir 25 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan menjadikan Islam dapat diterima oleh kaum Cina dan India di luar Kelantan terutama di Pantai Barat Semenanjung, kata Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang.
"Tidak boleh dinafikan kemenangan Pas di beberapa negeri di Pantai Barat adalah kerana sokongan kaum Cina dan India khususnya setelah terbentuk Pakatan Rakyat di mana Pas bertahalluf (berkerjasama) dengan PKR dan DAP.
"Sikap keterbukaan bidang politik dan sikap pemaaf TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dengan ketinggian akhlaknya, beliau menjadi begitu rapat dengan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sebelumnya menjadi musuh politik kepartian Pas," ujarnya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau ketika membentangkan kertas kerja sempena seminar pemikiran bekas Mursyidul Am Pas itu di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) berkata, Nik Aziz bersikap pemaaf walaupun pernah didiskriminasi daripada pihak kerajaan pusat ketika Anwar sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
"Terjalin ikatan yang kukuh di antara Pas dan PKR dan kemudian dengan DAP yang terbentuk melalui usaha DSAI yang kemudiannya amat menghormati TGNA," kata Ustaz Ahmad yang pertama kali bersemuka dengan Nik Aziz ketika mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Barat pada 1974.
Beliau yang ketika itu merupakan Pengarah Dakwah Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri memberitahu Nik Aziz dalam pertemuan tersebut seorang yang berperwatakan sederhana, bersikap lemah lembut, bertutur dengan nada suara rendah serta sentiasa tersenyum.
Mengulas lanjut, Ustaz Ahmad berkata, paling menonjol pemikiran politik Nik Aziz yang begitu terbuka apabila Pas Perak bersama PKR bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan DAP yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum 2008.
"Pendekatan strategi TGNA untuk menumbangkan Umno-BN begitu terserlah sebaik sahaja tercetus berita DAP Pusat tidak boleh menyokong pembentukan kerajaan di Perak sekiranya jawatan MB (Menteri Besar) diberi kepada Adun Pas," ujar beliau yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Perak.
Mengetahui Lim Kit Siang membuat kenyataan bahawa DAP menarik balik persetujuannya, jelas Ustaz Ahmad, Nik Aziz terus menghubunginya dan meminta supaya keputusan membentuk kerajaan campuran bersama DAP diteruskan walaupun jawatan Menteri Besar bukan daripada Pas.
"Beliau (Nik Aziz) berkata antara lain, 'Anta pasti ingat peristiwa termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah antara Rasulullah dengan pihak musyrikin Mekkah...'.
"Begitulah kata-kata dukungan beliau kepada saya dan Pas Perak untuk membentuk kerajaan bersama DAP. Padahal, pada Subuh yang sama, saya difahamkan beliau didatangi rombongan Mufti Perak untuk mendapat restu beliau agar Pas Perak bersetuju berpakat dengan Umno-BN untuk membentuk kerajaan Melayu-Islam di mana YB (Yang Berhormat) Nizar akan kekal sebagai calon MB," ceritanya lagi.
Terdahulu, ujarnya, keterbukaan pemikiran politik Nik Aziz terbukti dengan penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990 apabila Pas bergabung tenaga dengan Parti Semangat Melayu 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
"Bahkan sebelum itu TGNA sebagai Ketua Dewan Ulamak Pas terlibat dengan penubuhan pakatan kerjasama Parti SUP dan NASMA, malah juga bekerjasama bagi penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC)," kata Ustaz Ahmad Awang.
Untuk rekod, Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015 jam 9.40 malam di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada usia 84 tahun kerana menghidap kanser prostat. -MD
Tanpa Nik Aziz, PRU 2008 sudah dirampas pemimpin korup
Seminar pemikiran Nik Aziz yang membincangkan secara mendalam bagaimana Nik Aziz membina PAS sehingga dihormati semua pihak.
Tanpa sikap dan pendirian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, pilihan raya umum 2008 sudah dirampas oleh pemimpin korup dari BN dan pembangkang ketika itu.
Ahli parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, elemen-elemen ini yang berada dalam Umno dan Pas cuba menganggu keputusan itu.
"Saya diberitahu ada usaha-usaha dalam Umno khasnya di Selangor dan Kedah cuba mengadakan rusuhan untuk menolak keputusan pilihanraya itu.
"Namun pengumuman Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) menerima keputusan pilihan raya itu telah menghentikan usaha itu.
"Di dalam Pas, Tok Guru Nik Aziz telah bertegas menolak usaha Pas bergabung dengan Umno sebagaimana berlaku di Perak," kata Chin Tong.
Chin Tong yang juga pengkaji politik Kelantan dan Pas berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di Seminar Pemikiran Nik Aziz yang dianjurkan oleh Amanah Kawasan Batu dan Amanah hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
Dalam kertas itu, Chin Tong memuji Nik Aziz sebagai tenaga di sebalik sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Pas sebelum ini dan kini Pas sudah kehilangan sokongan itu. -MD
PAS tidak warisi pemikiran Nik Aziz, kata bekas exco Ulama PAS
Pendekatan PAS yang kini lebih “mesra” dengan Umno di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan pemikiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak diwarisi PAS, kata pendakwah Wan Ji Wan Hussin.
Wan Ji, bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor yang kini ahli PKR, berkata PAS pada masa ini dilihat keliru dan tidak tahu mana satu musuh dan lawan mereka.
Katanya, ini berbeza dengan Nik Aziz, yang dahulu lebih fokus dan kenal musuh mereka iaitu Umno.
“Saya rasa politik Nik Aziz unik. Saya nampak dia tahu mana musuh, mana kawan. Dia jelas, dia tahu Umno itu jahat. Jadi dia tak berkawan (dengan Umno). Dia fokus mana musuh mana lawan.
“Nik Aziz berjaya manfaatkan akal dalam agama dan berpolitik. Dia seorang berfikiran positif,” katanya pada Seminar Pemikiran Nik Aziz di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor semalam.
“Saya nampak yang ini (pemikiran Nik Aziz) tidak ada dalam PAS. PAS pun keliru mana satu lawan ke musuh,” katanya.
Sejak muktamar tahunannya pada 2015 yang menyaksikan kekalahan pemimpin yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat, PAS dilihat mengambil pendekatan lebih mesra terhadap Umno di bawah Hadi dan bekas mursyidul am, Datuk Haron Din, yang meninggal dunia September lepas.
Parti Islam itu antara lain turut sama dengan Umno melancarkan kapal dimuatkan bantuan untuk penduduk Rohingya dalam majlis yang dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
PAS juga menolak sebarang kerjasama dengan beberapa parti pembangkang.
Wan Ji berkata selain Nik Aziz, seorang lagi pemimpin yang dikagumi dan dianggap hebat ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Nik Aziz datang ke Kelantan pada pemerintahan Dr Mahathir. Dr Mahathir hebat, tiba-tiba Kelantan susah nak jatuh. Nik Aziz hebat. Musuh dia hebat.
“Saya percaya pilihan raya akan datang BN akan jatuh dengan kehadiran Dr Mahathir dalam PH,” katanya. Wan Ji juga mencadangkan pemikiran Nik Aziz diteruskan dengan mewujudkan institusi Nik Aziz.
“Saya cadang pemikiran Nik Aziz ini bukan semata-mata diseminarkan tetapi diinstitusikan pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan Nik Aziz seorang yang berpandangan jauh, baik dari segi urusan pentadbiran kerajaan negeri, malah soal strategi politiknya bersama parti lawan.
Bekas timbalan presiden PAS itu memberi contoh bagaimana PAS kini “seiring sejalan” dengan Umno, sesuatu yang ditentang kuat Nik Aziz ketika memimpin PAS.
“Nik Aziz seorang yang futuristik. Pandangannya ke hadapan. Datuk Husam Musa mungkin lebih tahu kerana sudah lama berdamping dengan tok guru,” katanya merujuk bekas exco Kelantan yang kini menyertai Amanah.
“Nabi Nuh telah membina kapal kerana mendapat ilmu menerusi ilham dan wahyu, bahawa akan berlakunya banjir besar. Dia membina kapal ketika hujan belum turun lagi. Tetapi anaknya tak ikut.
“Iman itu tak dapat diwarisi, kita kena faham. Jika ada anak tak ikut pandangan bapa atau sebagainya, kerana iman tak diwarisi. Malah dikatakan pula, air baru naik sedikit, bukit ada lagi. Kemudian dirasakan bukit semakin tenggelam, dikatakan pula gunung masih ada. Dicari-cari kemudian jumpa Umno,” katanya. Mohamad, atau Mat Sabu, berkata kewujudan Amanah meneruskan perjuangan Nik Aziz.
“Ketiadaan Nik Aziz menyebabkan sedikit celaru, tetapi kita yakin sebagai anak buahnya akan berusaha menterjemahkan pemikirannya, tindakannya dalam tindakan kita,” katanya. -FMT
ULASAN GB
Maka berlansunglah apa yang dinamakan SEMINAR PEMIKIRAN NIK AZIZ pagi semalam sekalipun sebelum ini ada laporan polis yang dbuat oleh Nik Abduh untuk menggagalkan seminar berkenaan.
Ini diikuti dengan sederetan ulasan-ulasan para ahli PAS yang cetek pemikirannya bertempik di media sosial cuba memperlekehkan seminar yang dianjurkan itu dengan menuduh Amanah cuba menjaja nama TG Nik Aziz, persisnya seolah-olah nama Nik Aziz itu hanya untuk PAS.
GB sudah ulas sebelum ini, petikan:
Yang jelas dan nyata, TG Nik Aziz adalah ikon penyatuan rakyat berbilang kaum di dalam negara ini berbanding dengan pemimpin PAS di era Haji Hadi Awang sebagai presiden yang lebih merupakan pemecah-belah rakyat, begitu kontra dan terbalik dari apa yang dilakukan oleh almarhum TG Nik Aziz.
FEATURED ADS

Apabila bodohnya melantun-melantun maka itulah terjadi.
Menganjurkan seminar dengan tajuk "Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat" pun sudah dianggapnya sebagai satu penghinaan kepada Nik Aziz.
Kerana nama itu ialah nama bapanya ia seperti seolah-olah ia sudah dipatenkan sehingga ia tidak boleh digunakan oleh sesiapa.
Mungkin beliau (Nik Abduh) tidak pernah berada di mana-mana pusat kajian universiti di mana-mana bahagian dunia ini kerana jika beliau pernah berlaku sedemikian, maka beliau sudah pasti akan tahu bukan sahaja nama ayahandanya seorang yang pernah diseminarkan untuk dikaji pemikiran dan perjuangannya, malah ramai lagi figura-foigura yang pernah dijadikan bahan kajian. Ia bukan sahaja dari kalangan ulamak dan pemimpin parti politik malah pimpinan dari segenap lapisan masyarakat, termasuk tokoh-tokoh seni, budaya dan sebagainya.
Bukankah jelas tindakan dan kenyataan Nik Abduh itu menyerlahkan kebodohannya yang amat sangat?
Yang jelas dan nyata, TG Nik Aziz adalah ikon penyatuan rakyat berbilang kaum di dalam negara ini berbanding dengan pemimpin PAS di era Haji Hadi Awang sebagai presiden yang lebih merupakan pemecah-belah rakyat, begitu kontra dan terbalik dari apa yang dilakukan oleh almarhum TG Nik Aziz.
4 ulasan:
TGNA IS A IKON YG WE ALWAYS REMEMBER DARI DULU KINI DAN SELAMANYA, PERUBAHAN DIA LAKUKAN ADALAH SANGAT BESAR, DIHORMATI OLH SEMUA ORG TAK KIRA KAWAN MAHUPUN MUSUH. JASA TGNA TAK TERBILANG BYKNYA, SO THE ONLY THING WE CAN DO, TAWAN BALIK KELANTAN. ENSURE APA YG TGNA AJAR DITERUSKAN SEMULA.
tak tahu nak kata apa. tergamam dan jadi bengong juga bila melihat org2 kuat PIS berhujah. mungkin teman2 semua dah dengar atau baru dengar. saya terdengar ada cakap2 yg mengatakan kononnya RUU 135 adalah demi utk menyelamatkan Anwar dan mengeluarkan Anwar dari penjara. tak mampu saya nak hadam hujah ini. tapi pendokong2 PIS leh percaya bulat2. kata walaaun(PIS), PH tak mau sokong sbb tidak mahu Anwar keluar penjara. jadi bila RUU ditangguh, merekalah(PH) yg lebih suka. hahahaha. rafizi yg kini kuat menyerang umnobn juga pas ditohmah dgn kata2 jijik. konon2nya rafizi ni umpama ezam masa dulu. pandai bawa cerita saja. tapi tiada satu pun yg dapat dibuktikan. jadi rafizi digelar sotong dan mcm2 lagi gelaran tahap budak tak cukup umur oleh walaun2.hahahaha. kegilaan apa yg sudah melanda akal2 penyokong PIS ini. hujah2 bodo dari pemimpin mereka tu mentah2 dihadam sampai menjad dungu akal2 mereka. jika inilah senarionya. ramai2 lah kita berdoa supaya PIS ini dibersihkan dari segala penyakit yg telah dijangkiti dari umnobn atau terus saja hilang dari kompas politik tanah air. teruk sangat dah simpton2 penyakit yg sedang merebak dalam PIS ni.
.
.
TGNA meninggal February 2015.. bulan berganti bulan.. masuk 2016 .. Bertukar tahun. February 2017.. satu program atau satu acara pun Pemuda PAS tak buat untuk meneruskan atau menghidupkan pemikiran dan gaya kepimpinan TGNA.
Mustahil Pemuda tidak ada kelendar untuk aktiviti-aktiviti tahunan, bagaimana selama hampir 24 bulan Ketua Pemuda tidak memasukkan satu program pun mengenai TGNA?
Jangan lah salahkan orang bila sendiri yang tidak peduli dan melebihkan orang lain kerana untuk mendapatkan sesuatu.
Usaha yg baik, teruskan membuat seminar tokoh lain spt Dato Asri, Tn guru hj Yusuf Rawa , ustaz Fadhil Noor dll
Catat Ulasan