20 Apr 2017

[VIDEO] Dana Pencen, Tabung Haji Masuk Akaun Najib, Jho Low

WANG PENCEN DARI SRC INTERNATIONAL DAN WANG TABUNG HAJI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR JHO LOW

Pendedahan saya berkenaan dana SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke akaun Dato’ Seri Najib Tun Razak sebenarnya mahu menumpukan perhatian rakyat kepada isu yang lebih besar iaitu bagaimana wang dari tabung pencen rakyat dan wang dari Tabung Haji akhirnya diselewengkan kepada Jho Low.

Hari ini, saya akan buktikan bagaimana Jho Low menjadi penerima terbesar aliran wang dari tabung rakyat melalui SRC International Sdn Bhd yang mendapat dana dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebanyak RM4 bilion.


Tumpukan perhatian anda kepada aliran dana dari SRC International Sdn Bhd kepada syarikat-syarikat berikut (seperti paparan carta aliran dana yang ditunjukkan secara tidak sengaja oleh Peguam Negara, Tan Sri Affandi Ali tahun lalu):


1. Sebanyak RM170 juta disalurkan terus dari SRC International Sdn Bhd ke Putra Perdana Construction Sdn Bhd, iaitu RM35 juta pada 8 Julai 2014, RM105 juta pada 14 Julai 2014 dan RM30 juta pada 8 Ogos 2014.

2. Pada hari yang sama iaitu 8 Julai 2014, sebanyak RM34.99 juta dipindahkan dari Putra Perdana Construction Sdn Bhd kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak (sebanyak RM27 juta) melalui sebuah lagi syarikat bernama Permai Binaraya Sdn Bhd.

3. Seminggu kemudian pada 14 Julai 2014, RM140 juta dipindahkan ke sebuah syarikat lain iaitu Putra Perdana Development Sdn Bhd iaitu RM105 juta yang dipindahkan terus dari SRC International Sdn Bhd melalui syarikat pengantara Putra Perdana Construction Sdn Bhd pada hari yang sama; dan RM5 juta dari Permai Binaraya Sdn Bhd iaitu penerima sejumlah RM34.99 juta dari SRC International Sdn Bhd seminggu sebelum itu (rujuk pemindahan wang dalam 2).

4. Sebulan kemudian pada 11 Ogos 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd menerima RM30 juta lagi dari SRC International Sdn Bhd melalui Putra Perdana Construction Sdn Bhd.

5. Jumlah RM140 juta yang diterima oleh Putra Perdana Development Sdn Bhd dalam bulan Julai dan Ogos 2014 kemudian dibayar kembali oleh Putra Development Sdn Bhd pada 12 Disember 2014 kepada SRC International Sdn Bhd melalui Putra Perdana Construction Sdn Bhd.

Semakan ke laman web dan carian syarikat Putrajaya Perdana Berhad (http://www.p-perdana.com/index.php) mengesahkan perkara-perkara berikut:

i. Putra Perdana Development Sdn Bhd (juga dikenali sebagai PPD) adalah anak syarikat kepada Putrajaya Perdana Berhad (rujuk carian SSM PPD dan paparan skrin dari laman web Putrajaya Perdana Berhad di bawah):




ii. Permai Binaraya Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang tidak aktif (“dormant”) yang mempunyai pengarah-pengarah yang sama dengan Putra Perdana Development Sdn Bhd iaitu Dato’ Shukri Dahlan dan Dato’ Rosman Abdullah;


iii. Putra Perdana Construction Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Putrajaya Perdana Berhad.


Semakan di laman web Putrajaya Perdana Berhad menunjukkan dalam bulan Mac 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd (syarikat yang menerima RM140 juta dari SRC International Sdn Bhd dalam bulan Julai dan Ogos 2014) telah memeterai satu urusniaga besar yang disenaraikan di bahagian “milestone” (peristiwa besar).


Dalam bulan Mac 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd telah membeli 37.5% pegangan di dalam Iskandar (Holdings) Company Limited dari Unity Capital Partners (Cayman) Limited. Kedua-dua syarikat tersebut iaitu Iskandar (Holdings) dan Unity Capital Partners adalah syarikat pesisir luar pantai yang dibuka di Kepulauan Cayman yang menyebabkan senarai pemegang saham dan pengarahnya dirahsiakan.

Walau bagaimana pun, saya berjaya menjejaki kedua-dua syarikat ini kepada Jho Low melalui satu rencana yang disiarkan oleh akhbar perniagaan The Edge bertarikh 3 April 2015 (capaiannya di http://www.theedgemarkets.com/article/jho-low-made-rm400-million-quick-flip-iskandar-land-deal).


Rencana itu mengesahkan:

i. Jho Low mempunyai kepentingan saham di dalam Iskandar (Holdings) Company Limited ii. Jho Low mempunyai kepentingan saham di dalam Unity Capital Partners (Cayman) Limited yang turut dimiliki oleh keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Taib Mahmud Ini bermakna, dalam bulan Mac 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd telah membeli 37.5% kepentingan dari syarikat-syarikat Jho Low.

Beberapa bulan selepas itu iaitu dalam bulan Julai dan Ogos 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd yang tidak ada kena mengena dengan SRC International Sdn Bhd menerima sejumlah RM140 juta dari SRC International Sdn Bhd, iaitu syarikat milik rakyat yang menggunakan dana pencen kononnya untuk melabur.

Dalam bulan Disember 2014, seperti yang dilaporkan sendiri di laman web Putrajaya Perdana Berhad yang saya tunjukkan di atas, Tabung Haji membeli 30% pegangan di dalam Putrajaya Perdana Berhad dari Cendana Destini Sdn Bhd iaitu satu lagi syarikat yang dilaporkan dikawal oleh Jho Low.

Tahun lepas, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua telah berjaya mendapatkan pengesahan berapa jumlah yang disuntik oleh Tabung Haji ke dalam Putrajaya Perdana Berhad selepas pembelian 30% saham dari syarikat Jho Low.

Saya sertakan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir yang mengesahkan bahawa Tabung Haji telah menyuntik sebanyak RM193.5 juta ke dalam Putrajaya Perdana Berhad.


Oleh yang demikian, saya berani mengunjurkan perkara-perkara berikut:

1. Sejumlah RM140 juta telah diambil dari SRC International Sdn Bhd dalam bulan Julai dan Ogos 2014 untuk membayar Jho Low apabila Putra Perdana Development Sdn Bhd membeli pegangan di dalam Iskandar (Holdings) Company Limited

2. Sejumlah RM140 juta telah diambil dari Tabung Haji untuk membayar kembali dana SRC International Sdn Bhd dalam bulan Disember 2014 (yang digunakan terlebih dahulu untuk membayar Jho Low) melalui suntikan dana Tabung Haji ke dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad.

Saya menunggu maklumbalas kedua-dua orang tokoh politik Melayu dari parti Melayu terbesar iaitu Dato’ Seri Najib dan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang apabila dana dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji berkemungkinan besar telah diselewengkan untuk masuk ke poket Jho Low.

Saya akan meneruskan pendedahan dan siasatan ke atas dana ini kerana ia melibatkan dua tabung yang dimiliki rakyat keseluruhannya.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN




VIDEO PENDEDAHAN YB RAFIZI RAMLI








FEATURED ADS





14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patutler YB Rafizi pernah buat kenyataan, kalau semua penyimpan TH keluarkan wang mrk, TH akan berhutang rm3bil! rm3bil ini tlh lesap dibawa angin.

duit titik peluh umat Islam di'labur'kan dlm skim cepat kaya org kapir yg kita lihat minum arak, buat maksiat dll.

yg peliknya ada agamawang anak ahwang n rakan2 yg menyokong penyamun2 spt ini.

dosa bukan saja dr perbuatan kita. dosa juga dtg dr maksiat pemimpin2 yg disokong undi.

nampaknya aku kena kaji balik agama. benar ke ada nas yg menghalalkan sokongan kpd org2 zalim...

Tanpa Nama berkata...

.
.


Tak faham lah apa yang Rafizi terangkan.. Minta Abduh, Tantawi atau Ketua Pemuda yang menang tanpa bertanding bagi penerangan ikut apa yang mereka faham..

Dan adakah duit Tabung Haji yang telah di masukkan ke akaun Nasharuddin untuk di bahagi-bahagikan pada yang lain-lain.. Kalau duit Tabung Haji tak haram kan? sebab duit tersebut di guna kan untuk perjuangan PAS..

Tanpa Nama berkata...

.
.

Apa lagi SPRM buat lah kenyataan.. Nak cepat dapat maklumat tingkap dan siasat pemimpin PAS..

Tanpa Nama berkata...

Apakah SPRM KETUA POLIS NEGARA AKAN MENYIASAT JENAYAH YANG DILAKUKAN NAJIBO NI.TENTU SKALI TIDAK KERANA KETUA PENGUASA NI MENGANGGAP NAJIBO ADALAH TUHAN YANG MEMBERI REZEKI PADA DIAORANG INI.MENGAKU JER LA KETUA SPRM DAN KETUA POLIS NEGARA MALAYSIA.KALAU KAU AMANAH DENGAN SUMPAH YANG KAU LAFAZ MASA DILANTIK UNTUK MENGAKU ADIL TANGGUNG JAWAB INI SIASAT LAH.ATAU KORANG NK SAMA SAMA DENGAN NAJIBO DIBAKAR API NERAKA INSYAALLAH.HARAP HARAP ALLAH SWT MAKBULKAN DOA AKU NI.

aminsihat berkata...

Begitu perihatinnya YB Rafizi terhadap isu rasuah Najib sekarang ini seolah olah Najib sahaja PM yang mula rasuah, PM yang lepas lepas tak rasuah lagi, Pak Lah Badawi tak rasuah, tak ada kroni yang songlap duit rakyat, Mahathir tak rasuah dan tak ada kroni yang lesapkan duit rakyat, cuma Najib sahaja rasuah dan ada kroni yang besar yang mencuri duit rakyat dari segala sumber yang ada dan Najib membenarkan duit dicuri dan diberikan sebagai dedak kepada PAS untuk menjagakan kekuasaannya.Mahathir bersih rasuah sebab itu YB Rafizi kini sedang bersatu dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Unknown berkata...

Orang Melayu telah kerap di momok kan bahawa kalau UMNOngok/BN kalah maka Cina(DAP) akan memerintah. Kalau itu berlaku kesemua apa yang di miliki juga untuk membantu orang Melayu akan musnah. Kini DAP belum pun berkuasa, tetapi sudah banyak harta berkaitan dengan kepentingan orang Melayu sudah di hancur kan dengan bantuan seorang Cina gemok yang sial. Malang nya Cina tersebut masih bebas. Mengapa orang orang Melayu tidak memikirkan hal ini?

Yang aneh nya sebuah parti agama yang sebelum ini begitu membenci parti yang merosak kan Negara dan Agama kini kelihatan begitu mesra dengan parti tersebut sehingga ada ahli nya(KETUA) merayu agar orang Melayu memilih di antara UMNO atau PAS kalau mahu selamat. Apa yang di perkata kan oleh mendiang Mao Tze Tung ada kebenaran nya "Never paint a ghost on the wall, one day its will appears to your in person". Kebenara nya bila akhir akhir ini PAS sudah mula mendekati parti yang di kutuk nya sebelum ini.

Saya fikir ungkapan tersebut perlu di fikir kan secara mendalam kerana kebelakangan ini banyak hartanah di Malaysia telah seolah olah di peruntukan kan kepada rakyat Communist China. Apa kan terjadi sekira nya berjuta nerjuta rakyat nya di beri kerayataan dan boleh menyertai Politik dan Pilihan Raya? Di kala itu land scape politik tanah air sudah pasti berubah. Yakin lah bila ia nya berlaku "MEREKA" akan memerintah. Untuk menang tak sukar kerana mereka boleh beli orang orang Melayu. Sebagai contoh, sudah berapa banyak harta harta peninggalan nenek moyong orang Melayu telah di jual kepada bangsa Cina!!! Dengan itu saya berkayakinan bahawa apa yang di wiridkan oleh Najib akan menjadi kenyataan. Hanya masa sahaja yang akan menentukan nya kalau tahap pemikiran orang orang Melayu masih saperti sedia kala.

Tanpa Nama berkata...

.

Nak cover story, Najib hantar lah Penghulu dan imam kerjakan Haji..

Benarkan kata Tun Mahathir, duit tak tahu mana asal nya dan Haji tak mabrur.

Mufti-Mufti jangan Pekak dan Buta dalam hal ini..

Tanpa Nama berkata...

Lebai2 adakah kepakaran utk buat pendedahan faktual mcm ni? Klu tak mampu jgn dok memusuhi org yg berusaha buat baik dan lawan penyelewengan. Bukankah ini sbhgn drp amar makruf nahi munkar?

Lebai Roger berkata...

Tolol la nko.....skrg najib PM dah....dollah nak siasat buat apa, Kawan dok tidoq.

Ricesaffron@gmail.com berkata...

Suruh majlis agama islam dan lebai lebai PAS buat pembentangan di Parlimen seperti RUU 355 agar RASUAH dapat di benar kan oleh undang undang di Malaysia dan kalau boleh PAS dan majlis fatuah cuba cari jalan sehingga rasuah dan salah guna kuasa cuma boleh di mahkruh kan sahaja atau di haruskan atau sunat ,,,

Tanpa Nama berkata...

.

Tuan nak cakap berfikir betul - betul.. mohon pentujuk dari Allah Sekurang-kurang nya sebut nama Allah.

Masa Mahathir tak ada hamba Allah yang bernama Rafizi. Tak ada yang genius macam Rafizi.

Tuan ingat lapuran yang dedah kan oleh Apendi tu dia yang buat sendiri?

Ini lah nama kekuasaan Allah yang Maha Adil.

Sekarang tuan semak diri tuan untuk tahu tuan di pihak mana.. Adakah tuan di pihak kebenaran?

Apa kah jika tuan seorang ustad?

Tanpa Nama berkata...

kalau umno bn kalah, DAP akan perintah Malaysia. org melayu akan hilang hak2 istimewa.

tup tup - org yg canang kenyataan diatas rupanya yg beri duit rakyat kpd cina; yg jual harta rakyat kepada Negara china.

duit tabung haji org Islam habis dirompak.
duit pencen org melayu kena sapu.
duit simpanan masa tua kena rembat.

tp yg peliknya ialah ada agamawang yg sokong org2 cam ni.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak2 politik byk yg munafik dan lebih teruk dari org kafir sbb tu neraka mereka di tempat yg paling bawah

Tanpa Nama berkata...

Aliran wang ke Visa & Master kt atas tu dh hala pada PAS kut skrg ni? Dulu ckp pada Kak Mah hampa. Pening la laporan berbelit2. Patut la kena tolak sbb semua org tak suka mereka nak sabitkan. Inilah resam dunia, yg benar kadang2 nampak salah dan yg batil kadang2 jadi benar. Manusia akan buta bila layan nafsu amarah berlebihan berbanding ikut panduan Ilahi. Nasib baik kita masih ada iman yg mana akan peroleh Islam & Ihsan dari Allah. jgn zalimi diri jika org lain zalim akan kita.