Beliau kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau 7 April ini. Kempen bermula selepas penamaan calon semalam.
Beliau dikatakan telah sejak dari mula melobi untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau apabila ia diumumkan kosong. Beliau mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan dari akar umbi. Namun pemimpin Hindraf tidak menerima Kalai sebagai pemimpin yang perlu dipilih di dalam pilihanraya Bukit Selambau.
Kalaivanar pernah diberi peluang untuk bertanding di dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008 di N22 Gurun yang komposisi masyarakatnya hampir sama dengan Bukit Selambau. Namun Kalai telah tewas pada PRU12 di tangan calon MCA - BN, Leong Yong Kong dengan majoriti 1,554 undi. Pada tahun 2004 Kalai tewas pada Beh Heng Seong dengan majoriti 7,071.
Justeru itu masyarakat India Bukit Selambau menolak kritikan Kalaivanar yang telah menghalakan serangannya kepada pimpinan PKR lantaran tidak terpilih sebagai calon. Dakwaan beliau menyatakan bahawa semua ahli PKR Bahagian Jerai mengikuti jejak langkahnya untuk keluar parti dan menyokong calon selain dari PKR jelas membuktikan kenyataannya itu tidak betul lantaran ahli-ahli parti adalah dari cawangan-cawangan dan bukan bahagian.
Malah terdapat masyarakat India gembira dengan tindakan Kalai tersebut kerana bagi mereka tidak wajar bagi Kalai yang berusia 45 tahun itu gopoh di dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi wakil rakyat apatah lagi exco, satu jawatan yang menjadi idamannya jika terpilih sebagai ADUN. Beliau disifatkan duri dalam daging selama ini di dalam PKR.
Beliau juga tidak dilihat sebagai seorang ahli politik yang jujur dan masyarakat India sendiri merasakan tindakan Kalai tidak akan mempengaruhi lansung pengundi-pengundi Bukit Selambau kerana menurut mereka .. "semua orang kenal lah siapa itu Kalai.. sangat baik PKR tak pilih dia sekarang baru nampak siapa dia sebenar," kata seorang ahli PKR berketurunan India dari Bukit Selambau.
5 ulasan:
pentingkan diri sindri.. g la join mamak umno tu...
minta pendapat...
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh! mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?
fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html
Semalam tok berjalan dengan penyokong PR pulang dari tempat penamaan calon.Selisihlah dengan geng-geng Semut Merah.Ada sorang tegur,”hari ni tak ada sembur ke?sabun dah habis kot,kata sorang lagi….tok senyum sendiri dan geng semut merah terpinga-pinga pasal muka kita dah cam,tak sempat pakai topeng.
Tok nak ulas pasal permit polis untuk ceramah sampai pukul 11 malam di kawasan luar bandar.Hari ni dalam sejarah…..UMNO takut kat ceramah pasal tv dan paper dia tak laku.Kepada penyokong PR,teruskanlah memboikot paper dan TV pro UMNO-BN.Biar bangkrap dan terlingkup depa.
Lai kelakar menteri pasola sampai masuk TV tak puas hati jadi makmum Nizar.Nasib baik tak ke mahkamah bantah Nizar jadi Imam.Kes rampas Perakpun tak settle lagi…..kau nak jadi imam pulak ke menteri pasola.Eloklah lepas ni kau pulun pulak jawatan tok mudim,bair budak-budak yang sakit kena sunat maki kau…..memang kelakar betul badut sarkas ni…Elok kau buat show kat zoo taiping.
Tadi ezam cakap Anwar pakat dengan George Soros jatuhkan ekonomi negara.Tok ragui kebenaran kata penderhaka tahap cipan ni.Dulu masa kau tahu apasal kau diam je.Lepas kau keluar PKR,banglo kau makin besar kat Shah Alam,mulut kau pun makin celupar.Tok nak mintak kerjasama rakan bloggers siarkan gambar banglonya di shah alam dan berapa banyak asetnya dan ringgit malaysianya dalam bank sejak dia mula meninggalkan PKR.Tok agaklah duit yang kau dapat nak tubuhkan Yayasan di Indonesia tu dah kau balun kot.Eloklah SPRM siasat Ezam ni.Badan kau dah macam dugong tok tengok.dulu masa kau jadi pejuang reformasi,tok tengok kurus macam mendela.Kalau Mahathir pakat dengan Soros,tok boleh percaya pasal dulu dia kutuk soros sebagai petualang bangsa tapi beberapa tahun lepas dia boleh bersalam dengan soros ketika petualang tu ke Malaysia.tak nampak pulak UMNO buat demo masa soros datang………
Pembelot PKR dari Jerai tu bukan sahaja belot pada parti tetapi kepada kaumnya sendiri.Korang juga dah hampakan pemimpin Makkal Sakhti korang yang ditahan ISA kerana memperjuangkan nasib bangsa sendiri.Korang ingat kalau najib jadi PM,semua pemimpin HINDRAF itu akan dibebaskan.MIC pun dah jadi rangka macam UMNO.Alasan pembelot ni PKR jadi boneka PAS di Kedah.Dialog macam sama je.Kat Perak PAS dituduh boneka DAP.Tok dalangnya UMNO..mestilah sama
Rakyat semua perlu sedar kita cuba membebaskan diri kita daripada berada di dalam cengkaman pemerintahan kukubesi era Mahathir dulu.Pertentangan di antara Demokrasi dengan Mahathirisme.Fikirkanlah.Wang ringgit Malaysia yang ditawarkan UMNO atau generasi akan datang hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu-padu.
Walau pun aku jadi kuli cina aku tetap bersama pas.Pangkat dan jabatan bukan aku cari tetapi aku menuntut hak aku sebagai warganegara.
patot la bubar,, tak dpt bertanding rupenyer....
Another one bites the dust. PKR - the weakest link in the Pakatan Rakyat chain. Dasar bekas BN macam itulah, penting diri dan kejar dunia.
Catat Ulasan