30 Mac 2009

BUKIT GANTANG : Rakyat Perak Tangkis Hujah Muhyiddin Berkenaan Referendum

Pengundi di ketiga-tiga pilihanraya kecil khususnya di Bukit Gantang menolak saranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara” penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi beliau berkata sememangnya pilihan raya kecil itu mempunyai signifikasi kerana secara kebetulannya proses peralihan kepimpinan dan kuasa itu berlaku ketika tiga pilihan raya kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak serta Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan.

"Jika tidak mahu menjadikan pilihanraya kecil yang belaku kini sebagai referendum, maka bubarkan dewan undangan negeri Perak dan laksanakan segera pilihanraya bagi negeri Perak," bentak seorang warga Perak yang berang dengan kenyataan Muhyiddin tersebut.

"Kemelut yang berlaku di Perak berpunca dari UMNO-BN, sebab itu UMNO-BN perlu bertanggungjawab mengenainya. Setelah merompak sebuah kerajaan negeri, kini anda cuba nak mengajar rakyat serta menghalang rakyat untuk menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai pungutan suara terhadap apa yang telah pemimpin nombor satu UMNO telah lakukan," tambahnya.

Rata-rata pemerhati politik berpendapat bahawa rakyat tetap akan menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai satu referendum terhadap kepimpinan Najib.

Najib dilihat sebagai pemimpin yang bertanggungjawab membawa UMNO-BN berkuasa di Perak dengan cara yang paling tidak bermaruah. Setelah itu kecut dan takut untuk berdepan dengan rakyat setelah didesak mengadakan pilihanraya.

"Bawa Najib ke Perak. Beliau telah ganyang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Sekarang giliran rakyat mengganyang UMNO-BN secukup-cukupnya," ujarnya lagi.




4 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh! mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..

fakta telah beritahu..

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

Tanpa Nama berkata...

Baginda sebenarnya telah dibodohkan oleh Anwar hingga hilang pertimbangan. Yang hilang kuasa bukan PAS tapi DAP. SEDARLAH SIKIT NIZAR DIPERGUNAKAN! JANGAN AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI! BODOH LAH LU BAGINDA..

Tanpa Nama berkata...

Ahli UMNO dipebodohkan Najib...

Tanpa Nama berkata...

Hentikanlah isu Nizar diperguna, PAS diperguna dan sebagainya. Hakikatnya - semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya memberi khidmat yang jauh lebih baik kepada rakyat dalam jangkamasa yang singkat berbanding dengan UMNO-BN dalam jangkamasa 51 tahun.
Tak payahlah nak buat tuduhan, lemparan, cerita dongeng dan tak payahlah gunakan sentimen perkauman yang sudah lapuk. Bercakap pasal 'kampung tergadai', siapa yang bertanggungjawab menggadai Singapura? Siapa yang telah 'menghadiahkan' Genting Highland dan Pulau Pangkor?
Tak payahlah bersandiwara lagi.
The facts speak for themselves.