12 Nov 2016

Muhyiddin Terperangkap Dengan Mainan PAS?

Muhyiddin cuba main "kayu tiga"?

Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah konvesnyen Pakatan Harapan kali pertama akan berlangsung esok akan membincangkan penubuhan gabungan pembangkang yang besar dan kuat untuk mewujudkan pelawanan 1 lawan 1 antara Pakatan Rakyat dengan BN.

Itulah mauduk ataupun harapan yang diletakkan kepada konvensyen berkenaan dan ia sangat dialu-alu dan dinanti-nantikan. Konvesnyen esok bakal dihadiri lebih 1,000 perwakilan, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.


Konvensyen itu pasti akan menjadi sejarah penting dalam jelumu politik negara dan bakal membentuk landskap baharu politik negara. Kehadiran sama bekas Presiden Umno Dr Mahathir Mohamad sudah pasti akan mengaurakan momentum baharu baharu kepada pembangkang.

Kehadiran Dr Mahathir itu boleh dianggap sesuatu yang ajaib dalam dunia politik kerana sejak berdekad beliau menjadi musuh pembangkang tetapi akhir-akhir ini boleh duduk sepentas dengan pemimpin pembangkang untuk merealisasikan cita-cita bersama demi negara. Dr Mahathir tidak sanggup dan sedia mengadaikan maruah dan martabatnya kalau bukan untuk negara.

Konvensyen yang berlangsung di Shah Alam itu juga akan dihadiri Presiden PKR, Dr Wan Azizan Wan Ismail, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu. Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhyiddin Yassin juga turut hadir sama, dan mereka akan menyampaikan ucapan masing-masing.

Orang ramai khasnya mereka yang mahu melihat kerajaan BN tumbang dalam Piraum akan datang sangat mengharapkan sesuatu yang besar dari konvensyen berkenaan seperti mana dibayangkan Saifuddin. UBN akan berjaya dijatuhkan dengan ada permaufakatan mantap di kalangan pembangkang.

Persoalannya apakah harapan itu nanati akan menjelma atau tidak. Perkara besar yang dikatakan menjelma esok ialah penanda tangani satu perjanjian persepakatan melibatkan empat buah parti itu; PKR, DAP, Amanah dan PPBM untuk berhadapan dengan BN secara bersama.

Bagaimana pun perkembangan di saat-saat akhir kurang menyenangkan bila mana kedengaran perjanjian maufakat itu tidak mungkin akan ditanda tangani oleh keempat-empat parti itu apabila PPBM khabarnya minta agar ianya ditangguh buat sementara?

Maklumat ini sesuatu yang malang dan kurang sedap bunyinya. Kenapa PPBM mahu menangguhnya? Perubahan sikap PPBM, khas presidennya ini sedikit menghairankan kerana sebelum ini Muhyiddin sudah pun menyatakan persetujuannya? Beliau sudah pun menyemak isi kandungan perjanjian berkenaan. Apakah ada pelesit yang menganggu presiden PPBM itu?

Ada maklumat yang sampai ke telinga saya, kelmarin ada dua pemimpin parti Islam (Pas) berjumpa dengan Muhyiddin. Perjumpaan itu berlangsung di sebuah kelab rekreasi di Kuala Lumpur. Apakah perjumpaan itu telah merombak simpulan Muhyiddin sebelum ini yang bersetuju untuk menandatangani perjanjian maufakat itu.

Khabarnya juga Muhyiddin telah pun memberi tahu Sekretrait Pakatan Harapan tentang penangguhannya itu?

Sekiranya perubahan sikap Muhyiddin itu benar gara-gara pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Pas itu kita sangat memahami sebab musababnya. Sebelum ini Muhyiddin berharap supaya Pas juga bersama dalam gabungan pembangkang. Apa yang diusahakan untuk mewujudkan grand coalition juga melibatkan Pas.

Tetapi disebabkan kerana hal-hal personal dan sentimen, (politik matang) Pas tidak bersedia untuk bersama.

Penolakan Pas itu menyebabkan Muhyiddin berasakan grand coalition itu tidak akan mencapai matlamatnya. Mungkin kerana itu maka beliau perlu menangguhkan untuk menanda tangani maufakat bersama Pakatan Harapan kerana mahu menjaga hati Pas dan terus memujuknya.

Sebenarnya tidak ada masalah kalau Muhyiddin mahu terus berusaha membawa sama Pas. Itulah sebaiknya. Tetapi perkara yang beliau kena fahami, usaha itu bukan mudah. Ia ibarat hendak memasukkan benda empat segi ke dalam lubang bulat.

Masalah yang dibayangi Pas untuk bersama grand coalition bukan sahaja gara-gara adanya Amanah dan DAP, tetapi "perikatan" menerusi istilah ta'awun dengan Umno juga menjadi penghambatnya. Muhyiddin kena memahami perkara ini kerana jalinan Pas dengan Umno suatu masa dulu melibatkan dirinya juga? Cuba cerita berapa kali Muhyiddin berbincang dengan Mustapa Ali?

Sebaik-baiknya Muhyiddin mendapat kata putus daripada Pas agar beliau tidak tertunggu-tunggu. Dan Pas juga perlu berterus terang bahawa beliau juga sudah tidak suci lagi kerana ternoda dengan Umno.

Justeru Muhyiddin atau PBBM tidak perlu menunggu atau mendengar "kecek" daripada Pas untuk tidak menyegerakan pemeteraian permaufakatan esok. Beliau boleh teruskan dengan Pas atas mekanisme yang tersendiri tetapi perjanjian dengan PKR, DAP dan Amanah esok hendaklah dilangsungkan seperti mana yang dirancangkan.

Tindakan atau sikap Muhyiddin itu bolehlah diumpamakan persis lelaki yang sudah bertunang dengan seorang gadis tetapi dalam masa sama mengorat perempuan lain. Tidak menjadi masalah kalau Muhyiddin hendak "berkahwin" lebih daripada satu, tetapi yang mustahkanya ikat atau ijab kabul dulu dengan tunanangannya. Perkara wajib perlu dilakukan bagi mengelak dosa.

Kita bimbang dengan cara Muhyiddin bermain kayu tiga itu ia boleh menyebabkan beliau akan senasib dengan Lebai Malang, di hulu terlepas di hilir terpelai.

Sekiranya esok kalau tidak berlaku perjanjian yang dihrapkan itu ia akan merosakan repitasi Muhyiddin (PPBM) dan juga Pakatan Harapan. Hendaknya jangan Muhyiddin membikin isu baharu kepada pembangkang. Harap-harap pembentukan gagasan pembangkang besar seperti mana disebut Saifuddin itu menjadi kenyataan. -msomelayu


Muhyiddin backs out of agreement

PETALING JAYA: The plan to sign a “co-operation agreement” between Pakatan Harapan and Parti Pribumi Bersatu Malaysia at the coalition’s convention tomorrow has been put off after Tan Sri Muhyiddin Yassin backed off at the last minute.

The Parti Pribumi president, who had agreed to come on board, is believed to have asked for a postponement because he wants more time to think things over.

His decision will take the oomph! out of the first Pakatan Harapan convention since it was set up last year to replace Pakatan Rakyat.

A Pakatan Harapan source said the signing ceremony to welcome Pribumi into the Pakatan Harapan family was meant to be the highlight of the convention where Tun Dr Mahathir Mohamad will make a keynote address. This was despite Muhyiddin agreeing to the plan at a meeting with top Pakatan Harapan leaders on Tuesday afternoon.

A day after the meeting, Muhyiddin spoke at a ceramah in Sijankang, Kuala Langat, alongside Meru assemblyman Dr Rani Osman and Sijankang assemblyman Dr Ahmad Yunus Hairi of PAS.

PKR assemblyman for Kota Anggerik, Yaakob Sapari, was also one of the speakers.

The next day, Muhyiddin contacted the Pakatan Harapan leaders to request for a delay in signing the co-operation agreement, stressing, however, that he had no issues with the content.

It is understood that Muhyiddin claimed he needed more discussion with Pakatan Harapan leaders regarding their relationship with DAP and Amanah.

It is also learnt that Muhyiddin was in favour of forming his own opposition coalition which would include Parti Pribumi, PKR and PAS. His coalition would work alongside Pakatan Harapan. However, Pakatan Harapan leaders were not receptive to the proposal.

The crux of the co-operation agreement is to ensure a one-to-one contest with Barisan Nasional in the general election.

The accord also states their stand on the Federal Constitution, Islam, the Malay rulers, the position of the Malays, the Malay language, and Sabah and Sarawak.

The agreement also states that Pakatan Harapan will continue to negotiate with other Opposition parties and that the Reformasi agenda will be respected.

Pakatan Rakyat, which had comprised DAP, PKR and PAS, was officially pronounced dead in July last year after PAS was ejected from the group.
-thestar


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang kerana isu ini sudah GB ulas sebelum ini. Petikan:

GB lihat sebagai sebuah parti baharu PPBM (Bersatu) hanya mengikuti program berkenaan. PPBM belum mengetahui siapa sebenarnya PAS.

Sebagai parti serpihan pembangkang, PAS memang cuba menangguk di air keruh. Ia kini bersendirian dan untuk menang dalam pilihanraya samada di peringkat DUN dan Parlimen, memang jauh panggang dari api.

PKR pula masih berpegang kepada prinsip "1 x 1" untuk PH menang. Keputusan PRK Sungai Besar dijadikan alasan untuk itu.

Tetapi PKR (& PPBM) terlupa dengan menggabungkan dirinya dengan PAS, mereka akan hilang kawan dan pengundi yang lebih ramai dari DAP dan AMANAH.

DAP dan AMANAH boleh menggunakan Konvensyen Pakatan Harapan sabtu ini untuk menyatakan kepada PKR bahawa tindakan PKR itu telah jelas membelakangkan melanggar Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani bersama sebelum ini.


Bagi Pakatan Harapan tidak menjadi kudis apa-apa jika Muhyiddin (PPBM) atau PKR sekalipun enggan bersama dengan PH. Rakyat mampu untuk menilai kejujuran dan keikhlasan perjuangan masing-masing dan hukum kebenaran dan keadilan akan tetap menghukum mereka yang tidak jujur dan tidak ikhlas itu tidak mengira apa juga alasan kerana kita amat yakin masa depan negara adalah untuk Pakatan Harapan.





FEATURED ADS



37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muhyidin masih cuba memujuk pas...muhyidin buat kerja sia2..baik tumpukan kerjasama dgn PH menumbangkan umno..Pas xblh diharapkan lagi..harapkan pas umpama harapkan umno jg..pkr pun sama masih nk gedik2 dgn pas..cubalah tegas..beri tempoh peluang pd pas.jika xnk sertai,putuskan terus hubungan pas,pecat adun2 pas selangor, gantikan dgn Amanah..bergerak menuju kehadapan.jgn toleh belakang lg...adakah pkr pun takut pada pas?????

Tanpa Nama berkata...





Siratol MUSTAQIM...Jalan yg LURUS
Siratol MUSTAQIM...Terang Ber CAHAYA
Siratol MUSTAQIM...Telus dan KUDUS
Tiada yg SAMAR...Keliru dan DUSTA
Tiada Ber NIAT..."busuk" yg HALUS
"busuk" yg HALUS...Punca Pra-SANGKA


"busuk" yg HALUS...Punca SENGKETA
Ibarat Pilkuda...Direka di CIPTA
Bertindih KERUSI...Sengaja Di JANA
Dedak dan "BANGKAI"...Di Umpan Ber JUTA
Oh! Alangkah "busuk"nya...Niat Di DADA
Rakyat ter-FITNAH...Derita SENGSARA
Polemik Hudud Ruu itu...Sandiwara AUTA
Ter KELIRU Di Tipu...Semahu MAHU Nya
Penyamun dan LEBAI pun...Sedondon GUMBIRA




Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
Siratol MUSTAQIM...Lurus dan SUCI
Siratol MUSTAQIM...Ber Cahaya Di DADA
Menerangi MINDA...Menerangi SanuBARI
Menerangi Kaseh...Yg Kaseh Mem-BERI
Yg Tak Wujud FITNAH...Rasuah menCURI

TAK Wujud FITNAH...Rasuah menCURI
Ibarat Si Penipu...Yg Menipu DIRI
Yg Sanggup Memakan...Daging SenDIRI
Yg "BUTA" Hakikat...Datang dan PERGI
Hakikat Yg"SATU...Sejak Adam dan AZALI
Bhw Kita "Semua-adalah-SATU"...Dari ILAHI


Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber BAKTI
Lurus dan KUDUS...Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Kan Ber Ganda Di LIMPAHI
Krn Kaseh Mem-BERI itu...Unlimited INFINITY
Maha7 Kaseh Mem-BERI itu...Sifat"MU Yaa RABBI

AR-RAHMAN AR-RAHIM itu...Yg Maha7 Mem-BERI
AR-RAHMAN AR-RAHIM itu...Yg Maha7 Me-NYAYANGI

DAN..

Kaseh Mem-BERI itu...FITRAH Syurgawi
FITRAH yg Terang...Lurus dan SUCI
Berganda Ber KEMBANG...Tak Putus Tak Henti


Unlimited INFINITY itu...AR-RAHMAM AR-RAHIM "MU" Yaa RABBI









Tanpa Nama berkata...

Ingat Hj Hadi sahaja yang sengal, rupa nya Muhyiddin lagi sengal. Lebih baik Muhyiddin jangan lawan Najib. Tak ada beza Najib dengan Hj Hadi pun.

Pembentukan gabungan PPBM, PKR dan PAS adalah untuk menumpukan pertandingan di kawasan melayu. Sementara DAP di kawasan majoriti cina. AMANAH pula bertanding di kawasan melayu dan cina sama banyak.

Macamana kedua-dua kumpulan ini hendak berkempen sebagai satu pasukan dan satu matlamat.

Bagaimana untuk membentuk Kerajaan jika menang? Tidak kah nanti PAS berpaling tadah.

Rakyat tak nampak strategik Muhyiddin akan berjaya.

Tapi kerana Muhyiddin dah tunjukkan di mana kedudukan dia, maka biarlah dia yang tanggung apa yang terjadi nanti. Biarkan BERSATU dengan PAS. Jika PKR nak ikut silakan.

Akhir nya , tiga penjuru juga. Jika berlaku PAS lepas tangan dan Muhyiddin yang di persalahkan, sementara PAS teruskan kerjasama dengan UMNO.

Ada beberapa kerusi di Kelantan, Terengganu termasuk Selangor mampu di menangi oleh AMANAH. Apakah ini menjadi pertimbangan apabila Muhyiddin ingin bersama PAS ? Tidak kah tujuan sebenar PAS ialah untuk membunuh AMANAH ?



Malaysiabaru berkata...

Muhyoddin tidal boleh harap..
Jangan buang mass

NAJIB DAH PEGANG PIS DGN 90JUTA . DAN PEGANG CINAPEK DGN PROJEK 55B CHINA

JANGAN BUANG MASA BN AKAN MENANG LAGI

TAPI MARI AMANAH DAN DAP PADA PRU14 HAPUSKAN PAS PKR DAN PRIBUMI SEKALIGUS.....

Tolak ketepi politik sat

Economy Malaysia di katakan berkembang 4.3% (boleh pecaya Ker?)

Tapi ribggit di niagakan offshore 4.58 Dan spot 4.27 di Malaysia swtelah Pak brahin menghalang bank niaga matawang ringgit? Gila ape Pak brahem? White hair celup?

Tanpa Nama berkata...

Anak yassin Persis Umpama keluar dari tong taik berlari menuju ke tong bangkai.menggunakan tong bangkai utk menjatuhkan tong taik.
#bodohbukanjenayah

Tanpa Nama berkata...

Bodoh lah

Tunggul di panggil apa nama pun tetap tunggul

PAS tuh kalau boleh di percaya nya maka bodoh lah


Kalau bahalol dari kechik memang sampai ke tua pun tetap ngok

Tanpa Nama berkata...

Selepas PAS memberi statement untuk satu lawan satu, apa Muhyiddin cakap ? Dia akan berjumpa pemimpin PAS untuk berbincang dulu dan kemudian perbincangan melibatkan pemimpin pembangkang yang lain akan di aturkan. Kenyataan PAS untuk satu lawan satu ialah untuk memerangkap Muhyiddin supaya Muhyiddin masuk dalam kandang PAS.

Tapi apa yang jadi? Satu ceramah di aturkan yang di hadiri oleh Muhyiddin sendiri. Muhyiddin bukan main kayu tiga tapi tikam dari belakang.

Dia dah baca perjanjian dan dah bersetuju tetapi besuk nak konvensyen, hari ini dia minta tangguh. Tak ada kredibiliti punya pemimpin.

Sebagai pemimpin UMNO, Muhyiddin nampak hebat tetapi sebagai pemimpin pembangkang Muhyiddin lemah. Sama lah dengan parti PAS. Bila berkawan dengan UMNO, pokok balak pun boleh tumbang.

Kalau Muhyiddin berani tunjuk muka di konvensyen PH besuk, memang muka tak malu. Ada hati nak jadi PM ? Dia ingat Najib macam Pak Lah.. padan muka.

Tanpa Nama berkata...

knp buang masa pujuk pas yg khianat tu?

pru akan dtg, pas mungkin akan letak calon disemua kerusi pembangkang spt yg pernah berlaku.

dlm tahaluf siasiasi pun kena tikam belakang... inikan pula tanpa kerjasama....

Timnajib Jomfikir berkata...

Esok...kalau Wan Azizah, Mat Sabu dan Lim kit siang tangguhkan, dengar cakap Muhyiddin Yassin tu....tak tahulah nak cakap apa!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS masuk Pakatan Harapan UNDI MELAYU akan berpecah 2=PAKATAN dan BN.
Maknanya satu kumpulan Melayu ke PAKATAN dan satu kumpulan lagi ke BN.

Kalau PAS TAK MASUK Pakatan....UNDI MELAYU akan beroecah kpd 3 KUMPULAN=PAKATAN, PAS dan BN.

Tapi UNDI CINA boleh kata 70%-80% akan TETAP kepada DAP.
Lagi 20% tu mungkin ke parti lain.

Jadi Pakatan perlukan UNDI KAUM CINA untuk menang sebab DAP akan dapat undi Cina yg agak PADU (solid).

Mengharapkan PAS ni BAHAYA sebab bila2 masa pun PAS akan buat U-TURN.
Bila fatwa baru dikeluarkan....PAS akan U-TURN lagi....berlainan dgn DAP mereka sangat KONSISTEN dan KOMITED melawan BN.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Ini satu strategi nak kalahkan Pakatan saja.

Bukan PAS ikhlas nak join Pakatan pun.

Hati dia org dah melekat dgn BN.

Jangan lupa PAS dah sedondon dgn BN.

Ini satu strategi utk pintas Pakatan saja.

Jangan percaya dgn PAS !!

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang jadi pengemudi ? Tak kan Muhyiddin sebab PAS lebih kuat dan telah berpengalaman. Dua-dua tak nak Anwar Ibrahim jadi PM. Mustahil apa ke benda? Kalau dah berkuasa dan perintah, tak ada masalah. Lagi pun Anwar Ibrahim di fitnah.

PH bersetuju dan sepakat Anwar Ibrahim jadi PM. Ini masalah Muhyiddin. PH ada Husam yang lebih baik dari Muhyiddin dan Hj Hadi.

JawaHill PM berkata...

PAKATAN PPBM PAS PKR IKATAN BERJASA WARISAN N NGO YG MENYOKONG KONGRES RAKYAT KALAU MENJADI SATU GABUNGAN RASA NYA BOLEH MEMERINTAH MALAYSIA SLP PRU 14 .RAKYAT TERMASUK KAKITANGAN KERAJAAN CONFIRM TURUT MENYOKONG . KALAU BN DAN PH SEKARANG INI SUSAH NAK YAKIN KAN PENGUNDI PENGUNDI UNTUK MENYOKONG.

Tun Perak berkata...

Pakatan harapan just proceed...Amanah dan dap paRti masa depan...pkr dan bersatu byk top heavy...askar kurang..so if depa nak ikut pas lantak le

Tanpa Nama berkata...

Bagi je Najib terus berkuasa

Sama-sama lingkup.

omar daud berkata...

Salam;


The simple mathematical formula.


Berastu Serpihan umno equavalent to against Najib.

Amanah Serpihan PAS equavalent to against Hadi connection with Najib.


Bersatu plus Amanah YES= Against Najib.

Where's the logic Bersatu plus PAS.Against Najib or pro Najib,or BOTH or NOTSURE or hantamsajala.

Think about that.THink..think..think.


sekian.


Tanpa Nama berkata...

Aku rasa dap dan Amanah perlu bertegas.Jika PKR masih mahu pas.baik Dap dan Amanah undur diri dr PH..skrg kelihatan spt pkr membuli dap dan Amanah seolah2 dap dan amanah tiada maruah,pkr lebih2 pada pas maka eloklah Dap dan Amanah keluar PH..lihat lah pula telatah pkr masa tu..biar pkr rasakan bgmana khianati kesetiaan kwn..sekali sekala pkr perlu diberi pengajaran..

Tanpa Nama berkata...

Patut lah jawapan Menteri mengenai beberapa isu macam kartun. Tak jadi apa-apa walaupun kecoh sebab perangai pemimpin pembangkang pun sama macam kartun.

Kalau macam ini perangai Muhyiddin dan pemimpin PAS, sama lah macamana Malaysia sekarang.

Sebaik-baiknya tukar lah PAKATAN HARAPAN kepada PAKATAN TAAT-SETIA !

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah bersatu dan pas masih was was, eloklah pakatan harapan terus bergerak maju dgn amanah, dap dan pkr. Masa semakin suntuk utk bermain kluk klek dgn bersatu dan pas. Makin lama ditangguh makin hilang keyakinan rakyat dgn ph. Pkr pun satu masalah, kepala duduk dlm ph, ekor duduk dlm pas. Kamu ini mana satu wahai pkr.

Tanpa Nama berkata...

Setuju...tak payahlah percaya sgt dgn pmbgkang celup yg baru kluar dari tong taik tu...anwar dan husam lebih baik dr diaorg tu...

Tanpa Nama berkata...

ikutlah cara husam musa..
istiqomah dan berpendirian dlm membuat sesuatu keputusan..
cara husam musa sama dgn cara arwah tuan guru nik aziz..
klu sesiapa blh cari kesilapan knp arwah tuan guru nik aziz jaga husam musa selama 21 tahun pentadbiran beliau di kelantan,DIPERSILAKAN..
tuan puan semua dh blh menilai mana intan mana kaca...
penilaian arwah tgna terhadap husam musa adalah tepat..
ALLAH TAALA BUAT HUSAM MUSA BKN UTK KELANTAN SAHAJA,BAHKAN UTK MALAYSIA SECARA AMNYA..
FIKIR FIKIRKAN LAH..

Malaysiabaru berkata...

Boleh tak jgn oanggil party monyethiddin

Bersatu !!! Kami konpius.

Panggil pribumi ka atau party serpihan umno ka atau party firaun.. Jgn panggil bersatu

Tidak bersatu pun!!!

Party serpihan umno elok...

P.s rinbgit di matawang pasaran London takde nilai.. Future rm 5.10 satu dollar..

Tq trump cepat sikit jahanamkan economy Asia !!! Naikkan duti import tarif kpd 45% the collapse of China is coming. Saya hairan pasaran saham Asia naik bula trump menang dan saya maklumkan ini tidak betul. Esoknya setelah mereka buat analisa barulah saham Asia menjunam..semua kilang dan hampir 50 juta pekerjaan akan berpindah ke Amerika !!!

Ooppps rakyat Malaysia tak mampu nak pegi Amerika rm5.10 .. Pekerja petronas pun tak.mampu ..pegi zimbabwe je laah mampu utk buat phD

Tanpa Nama berkata...

Hari ini konvensyen PH. Muhyiddin datang tandatangan perjanjian. Ambik gambar ramai-ramai pegang tangan. Boleh percaya ke? Selesai ke masalah BERSATU yang kawtim dengan PAS?

Kan dah jadi masalah !

Najib ber'sha la.. la..' woi !!

Tanpa Nama berkata...

Saya pun tak faham apa jadi dgn sebhagian pimpinan pembangkang yg masih berlagak bodoh... sedangkan Abang Najib semakin rakus dgn kuasa politik wangnya. Sepatutnya semua pihak "fokus" utk singkirkan Najib dari dunia politik. Ini tidak...lagi lagi buat perangai bodoh. Lihat pilihanraya 3 penjuru di Sarawak... mcm haramjadah jadinya. Jgn salahkan rakyat kalau masih undi lambang "BN". Sudah meluat melihat sebahagian mereka yg ingin berpeluk cium dgn PAS yg sekarang terang-terang sokong Najib. Jom semua .... hapuskan semua penyangak yg hari-hari suka menyusahkan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ini yg Tun M nak. Pembangkang kucar kacir akhirnya rakyat jd muak. Lepas tu putus asa dgn politik mesia. Last2 jd jd mcm rakyat zimbabwe, tak akan keluar mengundi untuk tukar kerajaan. Tun M pun takut gak kalu pembangkang menang. Unless ada perjanjian tak kacau Tun M bila menang

Tanpa Nama berkata...

Masalah BERSATU ialah nama parti, lebih kurang sama dengan UMNO. Tak salah.

Memberi kepentingan kepada peribumi tak salah tapi hak kaum lain pun kena jugak di jaga.

Yang salah ialah terlampau sangat tebal pekat sangat hingga hilang tumpuan untuk Malaysia.

Muhyiddin tak cerdik. Dia sanggup terhegeh-hegeh tunjuk muka di pentas PAS tapi tak peduli nasib orang asli di Kelantan yang akan dirempuh mempertahankan tanah mereka.

Apa orang asli di Kelantan bukan peribumi ke ?

PAS semua dah tahu, orang lain tak Islam ..

So AMAMAH dan DAP jangan pikir panjang, Muhyiddin dah jadi liabiliti. Out you go, Muhyiddin.

Tanpa Nama berkata...

Biarkan Muhyiddin dan BERSATU bersama PKR dan Pas, lantak la ko orang. AMANAH teruskan bersama DAP. Akhirnya nanti bila dah kene kencing pas melutut lah PKR dan BERSATU kepada gabungan DAP AMANAH. Mati hidup balik saya dah tak percaya dengan pas, walaun pas pun sekarang dah lebih samseng.

Tanpa Nama berkata...

Sebabnya ph dilihat bangang apabila masih menagih dan menunggu nunggu kasih pas yg tak kunjung tiba...akhirnya yg di kejar x dpt yg dikendong berciciran...makin lama tunggu pas makin ph jd bangang...senang mcm husam kata...ambo di kelate kalu buleh nok mitok izin nok lawan 3 penjuru pun takpo...

ahza miz berkata...

Hakikat..semua parti sama ja...baik sokong ja BN..dh nmpk dr dulu pun BN jgk yg maju kan mlaysia ni

Tanpa Nama berkata...

Aku dh meluat dgn cara ph masih terhegeh2 menanti pas.apakah ph terlalu lemah tanpa pas..umno semakin kejam manakala ph semakin lembik..bukan lah harapan rakyat klau mcm ini perangai ph...

Amin Hakim berkata...

Come on BERSATU.. tak payah ajak Muhyiddin tu, buang masa je.. pru14 dah tak lama lagi nie

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tahu hanya pemimpin AMANAH dan DAP yang betul-betul fokus pada rakyat. PKR ada juga tapi yang suka buat geng dalam parti pun ramai.

Macamana PKR macam itu lah BERSATU. Ada geng Muhyiddin dan ada geng Mahathir.

Lepas tu dalam ceramah cakap kita pun heran mengapa pengundi masih sokong UMNO. Mengapa takut berubah ? Rakyat di negara lain berani.. Salahkan pengundi pulak ?

Persoalan, dah tahu Muhyiddin minta tangguh, kenapa tak batalkan jemputan ke atas dia? Kan Mahathir dah ada?

Muhyiddin tak payah pikir panjang. Suruh dia bentuk kerjasama dengan PAS. Bukan apa, sebab dia macam tak setuju dengan perjanjian untuk bersama PH. Jika PAS tawarkan yang lebih baik untuk dia, dia akan tolak untuk bersama PH.

Ada dua perjanjian yang berlainan.

Bukan dua perjanjian yang sama hasratnya. Jika UMNO tewas, Muhyiddin yakin wakil rakyat UMNO yang menang akan lompat ke BERSATU. Dicampurkan dengan PAS, AMANAH boleh blah.

Dari sudut moral, PH dah tewas.


Tanpa Nama berkata...

Apa si Azmin cakap ni? Jangan terlalu desak PAS ? Biar betul si Azmin ni?

Yang kita desak supaya pemimpin PH terutama PKR supaya jangan terima PAS. PAS banyak kali mungkir janji dan merosakkan pakatan.

Jika PH tidak perlukan sokongan saya, terima lah PAS sebagai sekutu.
Baik macam mana lah negara selepas pembangkang menang, saya tidak akan menyesal sikit pun dan saya akan beri sokongan kepada UMNO pula sebab masa itu UMNO dah tentu insaf. Dan PAS belum tentu insaf.

Tanpa Nama berkata...

Muhyidin ni lembab n sembab. Nk pujuk pas wat apo lg? Pimpinan pas bkn ada otak. Kalo ada pon kat lutut. Bajet pon berkecuali. Bajet najib penuh dgn kebatilan kezaliman. Dibentang oleh mao hu tang pm bugis. Boleh mp pas berkecuali. Hanya mahfuz menentang. Mp pas lain haprak. Hadi ponteng. Gi candat sotong?? Kikukiki

Tanpa Nama berkata...

Situasi PRU 2004 akan berulang lagi. Pertandingan 3 penjuru yg akhirnya DAP kembali menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Kelantan bakal jatuh kali ini ke tangan BN. Selamat tinggal PAS, ISTIQAMAH SAMPAI KIAMAT!!!!

Tanpa Nama berkata...

Semua dlm ph kena dengar ckp si azmin anak ali tu ke? Eksem betul dia skrg ni...dpt jawatan pun secara tak sengaja...mcm bangang dah ph tengok skrg ni... tunggu cinta pas mcm tunggu bulan jatuh ke riba...puuiii...

Tanpa Nama berkata...

Ni lah baser bodo duk tunggu kasih pas pah ceroh...bakpo yg ph jd tongong lagu tuhh...