30 Mac 2009

BUKIT GANTANG : Isu DVD Bakal Musnahkan BN

Rakyat Perak sedang menyaksikan satu siri kezaliman polis yang diperalatkan oleh UMNO-BN untuk mengganyang Pakatan Rakyat.

Terbaru, ADUN Pakatan Rakyat, dari parti DAP, Ong Boon Piaw ditahan di Dewan Chin Woo, Ipoh. beliau ditiduh mengedarkan pita rakaman DVD Dokumentari dan Penerangan mengenai Pokok Demokrasi selepas majlis perasmian DVD Dokumentari tersebut.

Beliau ditahan dan dibawa ke IPD Pekan Baru untuk soal siasat.

Sekalipun polis nampaknya tidak serik-serik menggunakan kuasa untuk menekan Pakatan Rakyat, namun itu adalah petanda bahawa UMNO-BN di Perak akan cepat menuju kehancurannya.

Tidak ada apa yang lucah, yang perkauman dan yang sensitif di dalam DVD berkenaan. Ia sekadar memaparkan secara naratif mengenai isu Pokok Demokrasi yang mencetuskan kontroversi apabila krisis politik Perak semakin membara ekoran rampasan kuasa oleh Najib.

Ia adalah rakaman pahit getir kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terpaksa bersidang di bawah pokok apabila hak menggunakan dewan undangan negeri yang terletak di dalam bangunan Perak Darul-Ridhwan telah dikepung dan dinafikan.

Tindakan zalim polis dari awal sehingga akhir krisis politik Perak ini akan tetap menjadi bahan untuk rakyat menilai kerajaan haram UMNO-BN yang belum lagi menerima sebarang legitimasi kehadirannya oleh undang-undang.





3 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

ong bgtau depa ini bukan filem watpe lesen penapisan filem.. hahah

Tanpa Nama berkata...

apesal YB tak edar video lucah. video lucah pun polis tak tangkap.

hohohoh !

Tanpa Nama berkata...

pengedar CD lucah dan cetak rompak yang bersepah tepi jalan polis tak ambil tahu pun tapi yang ini dia orang ambil berat sangat ye.

Kerja-kerja bodoh yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan inilah yang menyebabkan kerajaan BN semakin dibenci oleh rakyat.

Sepatutnya agensi-agensi ini membantu mengukuhkan kerajaan tetapi sebaliknya menjadi sokong yang membawa rebah.

Ini semua kerana salah pemimpin yang terlalu memberi muka kepada ketua-ketua agensi ini.

Bila UMNO/BN kalah dalam pilihan raya, kami ahli-ahli parti yang dipersalahkan. Sedangkan yang menyebabkan kebencian rakyat kepada kerajaan adalah kerana agensi-agensinya yang berkerja tidak menggunakan akal.