Justeru hasil bumi yang banyak ini mendorong setiap orang yang mahu menggelar mereka sebagai pemimpin berlumba-lumba untuk memimpin negeri ini tanpa mengira kaum. Akhirnya, kaum yang berhasil pada mulanya adalah dari kaum Iban - Stephen Kalong Ningkan. Malangnya beliau ditumbangkan melalui "krisis perlembagaan".
Zaman "kegelapan" bagi Dayak bermula setelah anak buah Tun Rahman Yaakob, Pehin Sri Taib Mahmud memegang tampuk kerajaan Sarawak dari awal 1980-an sampai sekarang.
Pemimpin Dayak terkial-kial tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya berjaya menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak sahaja.
Peristiwa MING COURT adalah percubaan Dayak untuk cuba "merampas" tampuk pemerintahan Sarawak. Sokongan pada masa itu kedengarannya sangat kuat dan padu dari kaum Dayak. Malangnnya "ayam sabung" yang hendak diketengahkan oleh masyarakat Dayak iaitu kaum majoriti di Sarawak tak mahu "berlaga" kerana TAKUT.
Entah apa yang ditakutkan. Mungkin periuk nasi dan jawatan. Dengan takutnya "ayam sabung" Dayak menyebabkan pihak yang memerintah Sarawak telah melakukan satu perancangan teliti untuk mengabui mata Rakyat Sarawak agar kebangkitan Dayak sekuat ini tidak timbul lagi.
Maka tercetus satu ketika - zaman hingusan saya ketika itu - pertembungan PERMAS dan BN. Permas diketuai oleh Tun Rahman Yakub dan BN sudah tentu diketuai oleh Taib Mahmud. Pertembungan ini saya anggap sebagai satu lakonan pihak tertentu bagi mengabui mata rakyat Sarawak terutamanya Dayak majoriti. Inilah yang dikatakan pecah dan perintah.
Maka terbahagilah sokongan Dayak kepada Tun Rahman dan Taib Mahmud. Walau bagaimanapun Taib Mahmud tetap menang. Selagi teori pecah dan perintah ini berlaku, selagi itulah rakyat minoriti ini akan memerintah Sarawak. Dayak?? Terus terkial-kial lagi.
Episod lakonan pihak yang menggunakan dasar pecah dan perintah ini kelihatan menuju penghujungnya apabila hari jadi yang satu pihak lagi beberapa tahun lepas. Tetapi belum berakhir lagi kerana Taib Mahmub masih berkuasa dan sangat berusaha untuk mancari pengganti - mungkin dari "kaum keluarganya" atau sekurang-kurang - PROXYnya.
Semalam di pusat penamaan calon Lubuk Antu, selepas pengumuman Johhny Chuat, graduan University Charleton menarik diri dari bertanding, PRK Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Jawah Gerang (PKR) dengan Malcolm Mussen Lamoh (BN) ia persis menjnjikan satu episod kegembiraan untuk masyarakat Dayak.
Johnny Chuat pada saat-saat akhir tidak mengemukankan borang pencalonannya malah membuat kejutan apabila meminta pengundi Batang Ai memberikan sokongan kepada Jawah Gerang, calon PKR di dalam pilihanraya 7 April 2009 ini.
Kisah itu terlalu pahit dan perit untuk diterima oleh Barisan Nasional Sarawak yang mengharapkan kehadiran Johnny Chuat bakal memecahkan undi kaum Iban. Ini kerana pengaruh kuat Johnny Chuat, seorang wartawan bagi sebuah majalah terkemuka kaum Iban di Sarawak.
Desmond Sating yang dilaporkan akan menjadi calon bebas juga tidak menjadi kenyataan.
Pemerhati politik meletakkan Jawah Gerang sebagai underdog di dalam pilihanraya kecil Batang Ai ini.
Namun yang jelas semalam sewaktu penamaan calon berlansung semalam amat mengejutkan semua pihak ialah perarakan besar dari sekalian rakyat berbilang kaum di Lubuk Antu masing-masing megah dengan kibaran bendera PKR. Ada yang menyatakan mereka belum pernah menyaksikan hal yang seumpama itu berlaku sekalipun di dalam peristiwa Ming Court.
Biasanya kehadiran pembangkang adalah kecil. Namun kali ini jelas berbeza. Setiap rakyat Sarawak bukan sahaja di Lubuk Antu dan Batang Ai, semuanya inginkan PERUBAHAN.
4 ulasan:
jangan under estimate BN. Mereka bolih membuat sesuatu yg orang lain tak mampu Itulah kehebatan mereka. Apa pun semoga perubahan pasti berlaku
betul kate slyder... dengan kemampuan menipu mgkin dorang boleh menang... hati2..
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh! mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?
fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html
Pak Lah lancarkan projek Puncak Baru di Kampung baru bertujuan nak bangunkan Kampung Baru.Licikkan UMNO.Ayam bagi kat rakyat tapi tanah rizab Melayu dirampas perlahan-lahan daripada penduduknya yang majoritinya orang Melayu.Pakatan Rakyat kena bantah tindakan kerajaan UMNO-BN ini.Dulu almarhum Sultan Selangor pernah membantah tindakan kerajaan UMNO-BN untuk mengambil tanah Kampung Baru atas alasan pembangunan.
Sejuta hektar tanah rizab Melayu telah dirampas kerajaan UMNO-BN setakat ini atas alasan pembangunan.Agaknya kerajaan UMNO-BN suka tengok Melayu merempat sudahlah bahasa Melayu kena jual.
Dah tak ada alasan untuk rakyat menerima UMNO
Memang tak ada alasan untuk sokong UMNO-BN tapi orang kampung yang tak dapat berita dari media alternatif tetap akan menyokong. Dan lagi best, pimpinan pembangkang ada pula yang teringin nak bagi talian hayat kepada mereka melalui 'Unity Government' . Kemudian menyalahkan orang yang membangkang idea itu sebagai 'tak faham', 'silap faham' dsbgnya. Tak kira apapun syarat yang dikenakan, BN sampai bilapun bukan rakan kongsi yang baik. Noktah.
Catat Ulasan