Hakim, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas Irwan Amat, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya buktikan tuduhan membunuh melampaui keraguan munasabah
Irwan, 32, sebelum ditangkap bekerja sebagai penarik kereta didakwa membunuh Jibal Salim, 34, buruh, pada pukul 9 malam, 16 Oktober 2003 di ruang letak kereta antara blok Anggerik dan blok Cempaka, Country Homes Rawang dekat sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa menikam Jibal sebanyak sembilan kali menggunakan senjata tajam hingga isi perut mangsa terburai. Mangsa mengalami kecederaan dalaman dan pendarahan serius. Doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa mengesahkan bahawa tali perut, usus besar, salur kencing terpotong hingga menyebabkan berlaku kebocoran air kencing.
Bukan ke yang bersongkok tinggi di Bukit Gantang tempoh hari ketua kumpulan Pekida?
4 ulasan:
Kita tengok nanti, bila hukaman gantung dijalankan, mati atau tidak ahli PEKIDA tu.
Kalau mati, bagi tahu kat ahli-ahli PEKIDA, janganlah nak tujuk samseng atas dunia ni.
Macam mana samseng pun, kalau dah berdosa gini, tuhan tetap balas. kalau tak kat dunia, di akhirat.
Selalunya mereka yang tak ingat mati saja yang boleh buat benda keji macam ni.
Aku sependapat dengan selambau tu.Bukan tak ingat mati,tapi saja suka-suka nak kan nama konon.Gertak orang biar takut bawa geng ramai-ramai macam malaysia ni depa punya.
Ahli Pekida membunuh, anggota polis membunuh tahanan dan individu atas dasar nafsu dan arahan 'orang atasan' macam pembunuh upahan (kes Kugan dan Altantuya), pimpinan negara terbabit dengan pembunuhan....
Apa nak jadi dengan negara ini?
Oh ya! Terlupa pulak dengan FRU dan Polis yang jadi sayap tak rasmi parti politik, asyik mendera rakyat saja kerjanya...
Malaysia - negara Islam berdemokrasi!
Catat Ulasan