30 Mac 2009

BUKIT SELAMBAU : BN Bernafas Dalam Lumpur

Seperti yang diketahui Bukit Selambau menempa sejarah apabila 15 calon termasuk wakil Parti Keadilan Rakyat S.Manikumar di sahkan bertanding pada pilihanraya kecil kerusi dewan undangan negeri kawasan itu.

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional membanjiri pusat penamaaan calon di Sekolah menengah Teknik Sungei Petani untuk memberi sokongan kepada Manikumar dan calon BN, Datuk S.Ganesan.

13 calon bebas turut membawa penyokong masing-masing dan menukar wajah sungai Petani menjadi lautan bendera dan pemidang pelbagai warna dengan mesej berlainan.


Polis anti rusuhan mengadakan kawasan ketat. Beberapa kejadian tegang dilaporkan antara penyokong MIC dan Pakatan Rakyat namun tidak ada tangkapan di buat.

Datuk Ganesan memikul harapan MIC untuk memberi suntikan baru kepada parti itu dan nasib Presidennya Datuk Seri S. samy Vellu yang kalah teruk pada pilihanraya umum lalu .

Parti dan pemimpin itu dilihat sebagai gagal membela kaum India daripada pelbagai penindasan.

Tidak ada yang banyak berubah sejak pilihanraya umum lalu kecuali Samy Vellu baru disahkan sebagai presiden MIC untuk satu lagi penggal.

Ganesan yang diiringi oleh Samy Vellu dan pemimpin barisan nasional lain adalah calon pertama mengemukakan borang pencalonan.

Calon Parti Keadilan Rakyat S.Manikumar turut berbuat demikian .

Manikumar diiringi ke pusat penamaan ini oleh ribuan penyokong termasuk Naib presiden parti keadilan, azmin ali, menteri besar kedah datuk seri azizan abdul razak dan pemimpin lain dari pakatan rakyat.

Manikumar mewakili barisan kepimpinan pakatan rakyat yang membela kebajikan rakyat merentasi pembezaan kaum.

Jika menang pada 7 april, Manikumar dalam kedudukan paling baik untuk berbuat demikian kerana beliau akan dipilih menjadi ahli EXCO kerajaan negeri Pakatan rakyat di kedah.

13 calon bebas menawarkan diri untuk menjadi adun baru bukit selambau tetapi sesetengah daripada mereka dikhuatiri di taja pihak tertentu.

Calon bebas yang bertanding ialah L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Persoalan awal pada pilihanraya kecil ini ialah samada kehadiran begitu ramai calon bebas akan mengekang peluang Keadilan untuk mempertahankan kerusi Bukit Selambau.


Tiada ulasan: