30 Mac 2009

BUKIT GANTANG : Zambry Dedahkan Sendiri UMNO Mempolitikkan Masjid

Kkenyataan Menteri Besar BN Perak Zamry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah, sedangkan ketika itu adalah majlis anjuran BN mendedahkan hakikat bahawa UMNO - BN telah mempolitikkan masjid untuk kepentingan parti mereka.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali yang menegaskan, imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jwapan Mustafa sekaligus menolak dakwaan bahawa menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam.

"Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimamkan solat Maghrib.

"Jika BN dakwa Nizar dan PAS guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," Mustafa dipetik berkata dalam sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning pagi ini.

Masjid sepatutnya boleh digunakan oleh sesiapa juga tanpa mengira parti. Sebarang penganjuran aktiviti oleh parti politik jelas bermotifkan politik.

Masyarakat Islam di seluruh negara juga mempertikaikan kenyataan Zambry yang mendedahkan isu tersebut untuk tujuan memburukkan Nizar sedangkan akhirnya beliau sendiri yang mendapat kesan buruknya.

"Ini kerana di dalam soal ibadat, kita tidak sepatutnya mempertikaikan mengapa Nizar jadi imam dan sebagainya jika niat solat kita adalah kerana Allah Taala," jelas seorang imam yang ditanya mengenai isu berkenaan.

"Beliau sepatutnya bersikap terbuka di dalam hal tersebut kerana di kebanyakan masjid seluruh negara kebanyakannya rakyat dipaksa untuk menerima imam dari kalangan UMNO, tak pula ahli-ahli PAS memberontak macam Zambry," tambahnya.



1 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

salam,
nak minta pendapat anda...
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh! mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?

fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html