30 Mac 2009

BUKIT GANTANG : Othman Jailu Salahguna Kuasa

Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, YB Khalil Idham Lim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Othman Jailu, bekas exco yang melompat dari PKR menjadi ahli bebas yang menyokong sewaktu rampasan kuasa Februari lalu kerana didakwa melantik isterinya sendiri sebagai Ahli Lembaga Tourism Perak Sdn Bhd.

Othman dkatakan melakukan kesalahan tersebut sewaktu menjadi exco pelancongan, pembangunan insan dan pertubuhan bukan kerajaan di dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Othman juga didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Tourism Perak Sdn Bhd untuk melantik untuk melantik isteri keduanya Noraini Samad sebagai ahli lembaga badan itu.

Tindakannya itu hanya baru diketahui baru-baru ini.

"Oleh itu tindakan beliau yang tidak memaklumkan kepada ahli mesyuarat melantik Puan Noraini adalah salah dari segi undang-undang dan perlu disiasat oleh pihak SPRM," jelas Khalil.




Tiada ulasan: