Tahniah kita ucapkan, bukan kepada KJ yang begitu aktif menjdi dermawan ketika kempennya, tetapi kepada perwakilan-perwakilan dan ketua-ketua pemuda yang mungkin terlalu kenyang sehingga mata terlalu layu untuk melihat siapa yang mereka undi di atas borang undi mereka.
Dari segi pengiraan, kita juga dapat melihat populariti KJ yang begitu melambung dengan setiap kali pengiraan semula dibuat. Hmm, majoriti KJ naik hanya selepas pengiraan semula dibuat berulang kali.
Apa yang nyata disini, pihak KP dan perwakilan bahagian telah memenuhi tugas dan janji mereka untuk membawa kata dan kepercayaan pihak akar-umbi yang melantik mereka. Kami boleh ingat lagi, begitu sayunya calon-calon yang bertanding untuk jawatan dan perwakilan ketika mesyuarat bahagian dijalankan. Ada yang sanggup meredah bendang, banjir dan (adakalanya) kawasan kubur waktu malam demi mendapatkan sokongan-sokongan yang diperlukan dari akar umbi untuk memenangi jawatan-jawatan tersebut. Semua berdiri gagah, berikrar dan berjanji akan setia mewakili apa kehendak akar-umbi.
Kata-kata pesanan dari akar umbi dijadikan amanat pemegang-pemegang jawatan ini. Sebab itu, kita lihat, siapa yang akar umbi calonkan sebagai Ketua Pemuda, mereka sebagai perwakilan akan memastikan calon itu akan diundi dan Insya'Allah, akan menang. Jika tidak percaya, tanya perwakilan-perwakilan Pemuda Alor Setar, Sungai Petani dan Kuala Kedah. Akar umbi calonkan Datuk Mukhriz, dan mereka undi... well, mungkin sebab tu cawangan Tok Pasai dan Sri Pantai isytihar pembubaran kedua-dua cawangan Pemuda tersebut.
Menyedihkan bagi akar-umbi pemuda UMNO, selepas mendengar kemenangan khairy semalam, mereka semua mendapati di belakang mereka terpacak sebilah pisau/parang/sesuatu-tajam-tapi-bukan-dari-anwar-ibrahim. Ya, mereka telah ditikam belakang oleh bukan orang lain, tapi oleh mereka yang diberi kepercayaan oleh mereka sendiri.
Dengan tragedi kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda, Pemuda UMNO Malaysia secara sah hilang kehormatan dan relevannya, kerana ianya kini dipegang oleh seorang yang didapati bersalah dalam politik wang tetapi masih boleh bertanding kerana "ianya bukan kadar yang sama seperti Ali Rustam", walaupun bawah artikel dan kategori yang sama. Sebagai seorang yang ada pengetahuan sikit-sikit, saya dah baca ruling hukuman ke atas KJ. Saya boleh faham 100%, cuma saya tak faham justifikasi yang dibebelkan oleh Lembaga Disiplin yang tak masuk akal langsung. It pays to have friends in the Lembaga Disiplin...and it really pays.
Kini terserah kepada akar-umbi Pemuda UMNO samada mereka menerima dengan hati yang terbakar... ops... terbuka dan menelan sepahit mana yang datang, atau berani berubah dan memohon satu rujukan semula dimana hak memilih Ketua Pemuda UMNO adalah ditangan akar-umbi sendiri untuk memastikan calon yang mereka pilih menerima undi akar-umbi sendiri. Kita dah ikut jalan lama, tapi terlalu ramai yang setia-kat-wang, inilah masa untuk Berani Berubah. Melayu mempunyai banyak masalah yang datang bertubi-tubi semenjak Mac 2008, dan nasib Melayu kini terkontang-kanting, menunggu masa untuk menyembah bumi di pilihanraya umum ke 13, dan dengan kemenangan KJ, mungkin kita tak perlu tunggu pilihanraya ke 13 lagi. Sejak keputusan semalam, kedengaran sebegitu ramai ahli-ahli pemuda UMNO yang mahu keluar dari parti. Tak tahulah berapa kerat yang tinggal apabila pilihanraya datang.
Mungkin kita tak perlu berbuat apa lagi. Track record KJ dan menunjukkan sentuhan Midasnya. Kelantan, Permatang Pauh, Kuala Terengganu, semuanya berakhir dengan kehancuran calon UMNO disitu. Apabila dia pergi ke Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau, bolehlah calon-calon Barisan Nasional balik rumah, kemaskan pakaian ke dalam bag dan berpindah ke tempat-tempat lain kerana mereka tahu, kehancuran bakal tiba.
Kepada akar-umbi Pemuda UMNO, fikirlah masa depan anda. Apakah yang bakal diwarisi dari kepimpinan seseorang yang tidak tahu memimpin, tidak dihormati dan sombong? Mari kita Berani Berubah, dan menjayakan perubahan, selagi ianya boleh dicapai.
- petikan dari Laman Maya Umno
5 ulasan:
mmg menakutkan bg sy yg dah sudah tahu menahu mendalam tentang freemanson,illuminati,skull& bones,knight templar dan byk lg. adakah kj ini mmber freemason dan illuminati? menakutkan lagi jika terbayang akan benarnya tanggapan ini dan kesan keatas keselamatan negara.
Mana sama simbol tangan KJ tu.....
si bush keluar 2 jari je.budak jantan 2 lagi tu pun keluar 2 jari je.budak p'puan tu pun keluar 2jari jugak.
Buta ke korang yang KJ keluar 3 jari ,2 jari bengkok.Mana sama!
Jgn nak kutuk seMUSLIM,banyak mana pun AMAL, kat kubur kena belasah jugak kerana tak sayang seMUSLIM.
ILOVEU tu... bahase orang bisu.. tapi orang bisu rasush kj ni..
salam semua...
terdapat pilihan raya Umum MALAYSIA dan bijaknya YAB Nizar, antara rahmat dan hikmah penduduk bukit gantang
link nye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html
Kan ke budak pompuan dan jantan tu kuar 3 jari sama macam KJ buat?
macam "Chinese ghost festival"...
Catat Ulasan