Sepastinya golongan yang tidak siuman sahaja menyatakan bahawa Nizar menggunakan taktik meraih simpati sedangkan dunia menyaksikan sekalian rakyat Perak tanpa mengira keturunan dan ugama, tanpa diupah tanpa dikerah telah bersatu hati untuk mempastikan kerajaan UMNO-BN bakal dikalahkan lagi dan kali ini giliran Bukit Gantang.
50,000 penyokong Pakatan Rakyat yang telah menggegak-gempitakan Bukit Gantang untuk menghalau sekalian hantu yang cuba mengugut dan menakut-nakutkan rakyat selama ini.
Laungan takbir, hidup Islam, hidup rakyat, hidup Nizar tidak henti-henti bergema bermula seawal ketibaan Nizar di tempat perkumpulan di Taman Tasek lagi. Bendera tiga parti komponen Pakatan Rakyat berkibar megah, dan kumpulan anak muda merupakan golongan yang mendominasi perkumpulan dan perarakan menyebabkan orang mudah melakukan interpretasi - masa depan negara adalah untuk pakatan Rakyat!
Langit persis merestui, cuaca yang terang benderang namun redup mengindahkan dan menyamankan suasana.
Spanduk, poster, gendang tablo dari Kelab Penyokong PAS India tak putus-putus kedengaran dengan diselang-seli laungan untuk calon idola mereka. Dan wajah Nizar ada di mana-mana dengan topeng digunakan oleh peserta perarakan.
Dan oh ada replika kapal selam diarak di udara yang dibawa khas sebagai satu sindiran tajam kepada pemimpin bernama Najib Razak. Laungan "hancur BN", "jahanam BN", "UMNO parti rasuah" bergema dan apabila sekalian rakyat menjeritnya begitu makan ia menjadi doa yang makbul - UMNO akan hancur.
Nizar berkata: "Pilihanraya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihanraya untuk seluruh negara sebenanya. Ia merupakan satu pungutan suara - referendum - bagi menyatakan bahawa rakyat terutamanya Bukit Gantang negeri Perak, kita tidak mahu mana-mana pentadbiran dan pengurusan yang menafikan undang-undang."
Pilihanraya ini perlu dijadikan manifestasi rakyat bahawa rakyat tidak mahu lagi rampasan kuasa, culik menculik dan seumpamanya yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN yang memperjuangkan kebatilan.
Dan pengundi Bukit Gantang menunggu saat ketibaan 7 April 2009 bagi menterjemahkan segala-gala yang berlaku semalam di atas kertas undi bagi menghantar UMNO-BN ke lembah kehancuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan