Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbandaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.
Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.
Sekadar makluman!
Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.
Penjelasan Ust Misbahul Munir
Kempen pilihanraya sudah mulai rancak, masing-masing calon sudah pasti akan guna kesempatan terbaik untuk bertemu rakyat. Tidak ketinggalan masjid juga tempat terbaik bertemu dengan rakyat. Tidak ada apa salahnya baik calon PAS mahupun calon BN menggunakannya bagi memperkenalkan diri kepada rakyat.
Semalam, calon PAS bertembung dengan calon BN di masjid Simpang. Sebagaimana amalan biasa sebelum ini, apabila Hj Nizar berjamaah di mana-mana masjid di Perak, Imam bertugas ketika itu akan memberi peluang kepada Hj Nizar menjadi imam dan memberi sedikit tazkirah. Peluang ini juga diberikan oleh imam bertugas untuk Hj Nizar mengimami solat. Dan Hj Nizar tampil ke hadapan mengimami solat yang makmumnya calon BN, Tim. Presiden UMNO yang baru, Zambry Kadir dan lain-lain ahli Jamaah.
Setelah selesai wirid dan doa, UMNO pula menganjurkan Solat Hajat yang diimami oleh Imam mereka sendiri. Dan Hj Nizar turut menjadi makmum tanpa sebarang masalah. Selepas itu, Imam bertugas ingin memberi peluang Hj Nizar memberi sedikit tazkirah untuk memberi tafsiran ayat yang dibaca dalam rakaat pertama, tetapi dibantah oleh UMNO yang ada di masjid tersebut, demi menjaga keharmanonian, Hj Nizar tidak bangun memberi tazkirah sebaliknya bersetuju sama-sama membaca Yaasin sehinggalah selesai.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Zambry dalam kenyataan akhbarnya yang kononnya Hj Nizar merampas tugas Imam adalah tidak betul. Hj Nizar mengimami solat kerana diminta oleh Imam bertugas, dan beliau juga menjadi makmum solat Hajat anjuran UMNO yang diimami oleh Imam UMNO. Hj Nizar tidak memberi tazkirah setelah diberi peluang oleh Imam bertugas kerana menghormati bantahan dari UMNO. Ini cerita yang sebenar. Pada saya sepatutnya dua-dua diberi peluang jadi Imam, Maghrib Hj Nizar jadi Imam, Isya' Ismail Shafian pula jadi Imam. Begitu juga tazkirah, lepas Hj Nizar bagi tazkirah, bagi peluang pula Ismail Shafian beri tazkirah. pendengar nilai sendiri tazkirah yang disampaikan. Itu baru demokrasi namanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan