29 Jun 2015

Asyik Nak Salahkan Orang, Salah Sendiri Tak Nampak

Guan Eng terlalu gopoh

KEPALA BATAS - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah seorang yang gopoh apabila mengisytiharkan PR tidak lagi wujud sedangkan Pas masih belum memutuskan sebarang ketetapan berhubung usul Dewan Ulama mahu parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ini kerana Guan Eng tidak merujuk kepada kepimpinan pakatan pembangkang untuk mengisytiharkan bahawa DAP tiada lagi hubungan Pas dan PR juga sudah tidak lagi wujud.

Katanya, Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat khusus berhubung isu itu dan beberapa isu lain tidak lama lagi selepas Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din pulang daripada mengerjakan umrah.

“Apa yang berlaku ialah DAP yang memutuskan hubungan dengan PR dan Pas. Jadi, ini sesuatu yang menariklah usul Dewan Ulama Pas Pusat dilaksanakan oleh DAP sedangkan kita belum membuat sebarang keputusan dan ketetapan mengenainya,” katanya selepas ceramah perdana kepimpinan Pas Pusat di Markas Tarbiyah Pas negeri, Pongsu Seribu.

Nasrudin berkata, sehingga sekarang, Pas mempunyai hubungan yang baik dalam PR dan parti komponen yang lain kecuali DAP yang mengambil pendirian untuk memutuskan hubungan dengan Pas dan PR.

Ditanya sama ada tindakan Guan Eng itu mahu menimbulkan sentimen untuk mengelirukan rakyat, Nasrudin berkata, apa yang berlaku merupakan satu provokasi yang cuba dilancarkan sejak awal lagi.

“Apa yang mereka (DAP) nak lakukan, bagaimana mereka nak suarakan dan apa sikap yang mereka nak ambil itu terpulanglah. Namun, sikap (pendirian) Pas sehingga hari ini kita masih bersama dengan PR,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua lapisan kepimpinan Pas negeri dilantik beberapa perjawatan dalam kerajaan Pulau Pinang untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat seperti biasa.

Mengenai cadangan penubuhan parti politik baharu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan kumpulan G18, Nasrudin mengibaratkan itu hanyalah fenomena sementara selain ‘demam’ selepas pasca muktamar Pas.

Namun, beliau menasihatkan agar mereka tidak menjadi pengganggu kepada hasrat parti untuk memperjuangkan Islam dan menjadi satu alternatif kepada Umno dan BN dalam mentadbir negara.

“Dengan langkah yang ditimbulkan mereka sedikit sebanyak mengelirukan orang awam dan juga mengganggu kedudukan politik tanah air yang saya kira tak kan ke mana pun,” katanya.

Ditanya mengenai DAP yang didakwa menjalin hubungan baik dengan Pasma dan kumpulan G18 yang disifatkan sebagai pro DAP berbanding pro-ulama Pas, Nasrudin berkata, itu adalah hak rakan sekutunya itu untuk berbuat demikian selain tidak timbul sentimen pro-ulama mahu pun profesional. - Bernama

ULASAN GB

Cukup aneh dan cukup pelik. Asyik nak menyalahkan orang lain sedang diri sendiri yang membuat salah.

Bukankah usul memutuskan hubungan itu dengan DAP itu adalah usul dari Dewan Ulama yang telah diterima secara SEBULAT SUARA?

Mengapa DAP pulak dijadikan sasaran dan bukan Dewan Ulama yang membentangkan usul itu?

Hanya nak membela puak sendiri walaupun salah... itu adalah assabiyah.

Dan katakanlah usul itu tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama, mengapa sampai sekarang Majlis Syura Ulama tidak bermesyuarat untuk membuat keputusannya?

Inilah akibatnya sudah tiada lagi golongan profesional dalam PAS. Semuanya menjadi jumud dan kolot semula. Lembab dan tidak layak lagi untuk memimpin ummah.

InsyaAllah, masa akan menentukan, PAS sudah menjadi semakin tidak relevan di dalam arus politik negara.

Hari Raya ini akan menyaksikan satu "exodus" - penghijrahan berama-ramai dari PAS kepada sebuah parti baharu.

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dulu mungkin orang tidak tahu...tetapi sekarang melalui media sosial, orang semua sudah tahu...siapa yang gopoh..dan bodoh...
jangan sampai jadi seperti berak ke langit...malu dapat...busuk pun dapat...lebih dahsyat lagi...orang lain turut terpalit

Tanpa Nama berkata...

Inikah standard Ahli Parliamen Pas, cakap tak ikut fakta, buat malu je....eloklah kita tinggalkan Pas beramai-ramai....

Tanpa Nama berkata...

Org org mcm ulamak2 ni mana ada salah.kan mulia xpnh buat salah,dosa pun xda sbb ulamak kategori suci murni.sungguh suci,sungguh murni...xblh bcampur dgn professional nt tercalar kesucian diri....kononnye la suci,padahal Kotor hati busuk berulat mcm bangkai..itulah hakikat ulamak2 pas

Tanpa Nama berkata...

Cepatlah tubuh parti baru,,,den dan family dah tak sabo-sabo nak berhijrah ni....

air gunung berkata...

Kah kah kah kah kah.
Lps ni x yah wat muktamar lah.ngabis duit tin milo jer.lps muktamar luluskan kena gee le bwh balik utk luluskan semula.gila siott ini parti.bln klul klek lagi.ini cerita pekena pil khudda atas bot dilambung ombak tgh laut.mcm kena rasuk jin punya keputusan.malu oooo nama ulamak2 dan ostaz2 angkara MSU PAS.apa ley wat.jap lg kuar ar walaa sabdaan firmanan ijmak qias ijtihad siyasi mubtada khobar mahzuf asal bunyi arab utk kasi islamic konon2.hehehe.inilah kepimpinan CAI yg akn menerajui politik PAS.wakakakkka lawak lawak.

Tanpa Nama berkata...

aduiiii.mana dia sedar dia berak sebab dia mamai pil kuda.dia seronok lebelkan kawan.dan tahinya ada yang menjilatnya ,dijilat oleh golongan hularmak yang persan mereka baik tapi orang lain nampak memnag macam setan da.

Tanpa Nama berkata...

semalam saya bertemu secara tidak sengaja dengan DSNizar di surau Tol Chgt Jering. Kami bertiga berbual. nampaknya ramai yang ternanti2 akan parti baru. Insyaallah, jika orang minat tu ada. tak macam HAMIN dulu nanmpaknya. sekarang kuasa media sosial yang mempromosi parti ini sangat kuat. Kesilapan PAS ialah seolah2 menolak pandangan/pendapat umum terhadap kepimpinan mereka. Saya bukan penyokong mat sabu dan kumpulan tetapi saya sangat terkilan cara mereka dikelaurkan daripada saf kepimpinan.

Tanpa Nama berkata...

Bila ularmak berbicara...

Tanpa Nama berkata...

katanya DAP tk merujuk kepimpinan pakatan.

memang tak tau budak gemuk ni ckp

punca semua ini ialah KERANA HADI YG TIDAK MAHU MERUJUK KEPIMPINAN PAKATAN UTK SESUATU KEPUTUSAN.

ponteng mesyuarat tak rujuk pakatan.

dulu letak calon PAS kat kerusi PKR pun tk patuh pakatan

MB selangor hak PKR pun hadi tk patuh pakatan ada hati nk calon PAS jd MB

takpelah


teruskan bercakap wahai ulamak2 ust2 tua dan muda dalam PAS ni.

lagi byk bercakap lagi nampak dungu

lagi berganda wajibnya utk kita tinggalkan PAS

bersama pemimpin yg dungu samalah seperti kita jadi penumpang sebuah kereta yg dipandu pemandu tanpa lesen.... ke arah gaunglah jawabnya.

dh la tu, pemandu degil keras kepala tk dgr pendapat pulak.

Omar Daud berkata...

Salam semua:

Satu telunjuk di tunjukkan pada org, 4 telunjuk lagi memaling pada diri sendiri,Ini lah kempen penerangan PAS (UG) KE Kampong-kampong untuk menutup kecurangan,kebejatan pemimpin-pemimpin mereka.Macambiasa bila raya nanti, saudara-saudari balik kampong kita NEUTRALISEKAN balik,Ini zaman IT/information di hujung jari.

Dari pengalaman saya nak menang pilihanraya bukan sekadar informasi yg berterusan, 6 bln/setahun sebelom pilihanraya sesuatu kawan DUN/MP, Kawasan2 ini kena ada tenaga kerja minima DUN 5 orng/MP 10 orang, Kader-kader, 1.untuk penyedia PACA,Tenaga untuk mendapat latest data pengundi setempat,untuk record2 update data pengundi/dan yg meninggal,Tenaga kerja/calon mesti rapat/dgn tenaga kerja-ada schedule/activity rakyat.

Insyallah jika parti baru ditubuhkan, saya dan group saya akan cuba menyediakan class-class,strategy, utk DUN/MP.-class free cuma disediakan makanan dan minuman saja.

Dari pengalaman lalu ,tak guna jika ceramah berbueh-bueh orn ramai berpusu-pusu, ramai orang datang dengar tetapi bila pilihanraya kita kalah,

BENTENG TERAKHIIR kita tak jaga.

WASSALAM

ahmadyusuf abdullah berkata...

tu la...lain Kali masa muktamar jgn tidoq..bila bangun tidoq menyasau....

Tanpa Nama berkata...

Aku sedih giler tak sangka PAS yg diharapkan membawa perubahan dalam perkembangan Islam dan politik yg lebih positif akhirnya nyata tak serupa bikin.
Selama ni bila ade yg kutuk PAS.bermatian aku bela..
Akhirnya macam celaka.

Jadi pemimpin bukan sekadar gi Mesir belajar ugama je byk lg cabang lain.

Sekarang teserlah..Banyak yg aku pertahankan jadai kenyataan.Tenggelamlah ko worang dalam jubah dan serban.

Anti Fitnah berkata...

Mamai kot. Baru bangun tidur ka.
Puak ni erti tak perlembagaan PAS tak? Bercakap merapu. Bila berhujah, guna fakta le. Ini bukan main masak-masak. Lagi mu bercakap, lagi nampak mu tak erti. Aku rasa lebih baik mu dok diam-diam supaya mu tak nampak macam Presiden mu.
Ini serupa dengan kenyataan Hasan Malek atau Ahmad Maslan.

Tanpa Nama berkata...

Ostad serban bertanduk syaitan cakap berbelit memang ularrmak cai cap ayam. Macam gila talak aja. Masaalahnya macam dah bagi talak 3. Kesian aku tengok. Nak walak macam mana kalau macam mabok ketum aja. Dah la hingus meleleh lagi. Tanduk pun baru nak tumbuh. Tu yang gatai nak menanduk. Kesian kesian. Ularrmak akhir zaman sombong takabbur riak dan ujub hasil didikan haji hadi menghanjing.

Tanpa Nama berkata...

Dalam parlimen masa nak bentang Hudud dok diam. Sama dgn Mat Cakaq. Mahfuz juga kena bangun. Rasanya depa ni takut kena jerkah dgn Azalina.

Tanpa Nama berkata...

Kerana Hadi seorang yg degil Dan bergayut dgn jawatan presiden PAS dah jadi huruhara. kerana semua perwakilan pas tempoh hari dibekalkan dgn pil kuda dan senarai cai Hadi telah menang dgn bergaya tapi parti telah bercahbelah

Timnajib Jomfikir berkata...

Bila siku dan lutut letak dalam serban..beginilah jadinya..

So pity Nasrudin hasan tantawi..

Tanpa Nama berkata...

Propesional sgt ler...

air gunung berkata...

Bro omar daud.wa caya lu.
Sekiranya terjadi sperti ramalan bro,sama2 kita pakat gerak.gunakan media gb dll utk atur gerakerja sprti bro katakan.insya Allah ramai yg anak muda dlm ni bekobar semangatnya akn turut serta.sayu cadangan dan permulaan yg baik.

Malaysiabaru berkata...

Says bg 30 hari untuk pasma buka keanggotan sementara party Islam progresif..

Keluarkan borang dulu Dari 00000001 - 00003000

The first 3000 sign up dapat kurma percuma... Yusof tahi ...

Bila party dah lulus absorb lah ke databass baru...

Pasma bagi kami borang 00000001- 00000080 ... Dah ada standby...
Saya punya 000000007 ...ok!!!

Tanpa Nama berkata...

Anjurkan majlis keluar pas beramai2, secara pakej...se elok2 nya pada majlis2 sambutan hari raya nanti, jemput pemimpin2 G18, PKR, DAP & semua NGO pro PR. Adakan liputan media seluas2nya.

Tanpa Nama berkata...

Anjurkan majlis keluar pas beramai2, secara pakej...se elok2 nya pada majlis2 sambutan hari raya nanti, jemput pemimpin2 G18, PKR, DAP & semua NGO pro PR. Adakan liputan media seluas2nya.

Tanpa Nama berkata...

Anjurkan majlis keluar pas beramai2, secara pakej...se elok2 nya pada majlis2 sambutan hari raya nanti, jemput pemimpin2 G18, PKR, DAP & semua NGO pro PR. Adakan liputan media seluas2nya.

tokgurusikulutut. berkata...

heran aku dengan mamak ni!
dah heboh satu negara! akhbar dah keluar, tv dah siar, blog dan facebook dah di download, twiter dah dicatat dan dalam whapsap dah dibahas panjang lebar. Bahkan dah dihurai jelas dalam muktamar PAS, bahawa "PAS nak bercerai dengan DAP". Menariknya DAP dah setuju bercerai dan mengishtiharkan bahawa "DAP telah menceraikan PAS dengan talak tiga".
Apakah dosa PAS sehingga terpilihnya mamak ini sebagai pemimpin parti.
Apakah kesalahan ahli PAS sehingga diqadhakan mendapat pemimpin seperti ini!.
Apa lagi nak dicakap? bukankah sayap kanan PAS yang paling kanan, Dewan Ulamak secara jelas menolak tahaluf dengan kafir DAP. Usul inj diterima TANPA bahas dan menanti disahkan oleh majlis syura. Bukankah majlis syura dimiliki 99.99% sahamnya oleh ulamak PAS. Bagaimana ketika berpakaian ulamak tahaluf mesti ditamatkan dengan DAP, sedangkan dalam mesyuarat ulamak tahaluf dengan DAP diharuskan?.
Siapa ahli akar umbi PAS yang boleh terima kenyataan bahawa ulamaknya, " hari ini boleh meludah dan esoknya pula menjilatnya". Tidakkah kita berpikir kesan kepada kepercayaan dan kethiqahan ahli akar umbi kepada ulamak dalam PAS.
Bagaimana ahli akar umbi seperti kami sanggup menghadapi tomahan hodoh yang dihala kepada ahli PAS.
"Sejarah akan membuktikan bahawa jenerasi PAS akan datang akan menyumpah perpecahan dan huruhara yang sengaja ditimbulkan dengan tujuan berebut jawatan oleh pimpin PAS yang gelojoh"

zamani berkata...

pimpinan ulamak pas sudah gila mereka cuma melihat dimana ada wang dan bersedia untuk menjual agama bila2 masa saja.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kita tak nak akui. DAP pada masa ini adalah parti politik yang paling efisen, cekap dan focus tak macam Pas yang banyak berdrama dan berani cakap depan penyokong sahaja. Pas tak akan jadi mainstream parti politik.

kulo berkata...

Dasar gila talak.

wan amero berkata...

Ketua Penerangan PAScai betul2 standard ubi kayu.Bodoh bangang tolol.Memang cap ayam...tak ader class langsung.

Tanpa Nama berkata...

Puak2 mu ni asyik nak salahkan ore saja.Puak2 mu ni buke ulamak .Kalu yang betul2 ulama Allah akan bagi SIDDIQ AMANAH TABLIGH FATONAH.PUAK2 mu ni Allah bagi sifat berlawanan.PUAK MU NI JENIS ULAMAK CIPTAAN SENDIRI ULAMAK "APE"BUKAN CEASER TAPI KOBA TUIIIIIIIIH.

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah ke dia. Dia pegawai penerangan maka dia terangkanlah apa yang dia tahu walau pun orang tahu yang dia tu tak tahu apa yang dia tahu. Berapa punya banyak tahu daaa. Ini mamat kena ada bodyguard laa. Kalau salah tempat dia masuk nanti serban kena baling dengan tembelang ayam. Ada faham????

mohd shahran berkata...

Knp kononnya ulamak tp dungu. Sbb ikut pnglmn aku masa seklh men. Ramai2 kwn yg kantol spm ke seklh arab bg cr peluang kedua. Masa tu tak ada stam asal lulus arab tahun 4 dpt g sana. So baya2 aku yg jd ustaz n konon labelkn mereka ulama. Sbb tu otak mereka lemah

mohd shahran berkata...

Hari tu ketua pemuda yg tolol cabar putuskn lah jgn jd perempuan. Lepas putuskn lain pulak. Now kita tgk siapa yg ada kmluan ank jntan atau yg telh dikasi

Tanpa Nama berkata...

Maaf yea , ini gaya budak bahalol

Makan Gaji Buta SAJA

Kesian Rakyat Temerloh

Tanpa Nama berkata...




Tak kira lah apa pun alasan. Sebagai Islam yang bermaruah MSU kena jaga DUPP dan DUPP kena jaga Muktamar. Begitu lah sebaliknya saling bersefahaman dan mengiya kan satu sama lain. MSU kena menguatkan hujah lagi sebab niat usul tersebut ialah menjaga maruah Hj Hadi bukan mencari alasan yang usul tersebut tidak bijak.

Tanpa Nama berkata...

din vellfire ckp mcm bagus sgt,,,nak buat keputusan pun makan masa lama...belum lagi nak perang...kalau mcm ni dah hangus baru nak buat keputusan..

ini zaman maklumat alam maya...kau nak sembang lebeh pulak..

Tanpa Nama berkata...

In resond to

Anonymous June 29, 2015 at 1:03 PM

Anonymous said...
semalam saya bertemu secara tidak sengaja dengan DSNizar di surau Tol Chgt Jering. Kami bertiga berbual. nampaknya ramai yang ternanti2 akan parti baru. Insyaallah, jika orang minat tu ada. tak macam HAMIN dulu nanmpaknya. sekarang kuasa media sosial yang mempromosi parti ini sangat kuat. Kesilapan PAS ialah seolah2 menolak pandangan/pendapat umum terhadap kepimpinan mereka. Saya bukan penyokong mat sabu dan kumpulan tetapi saya sangat terkilan cara mereka dikelaurkan daripada saf kepimpinan.

Balas.

Gua percaya lah lu jumpa DS Nizar.

Tapi kalau lu kata lu mimpi, sori lah

Tanpa Nama berkata...

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.

Duvid ka maruah ka

Tanpa Nama berkata...

WOI!!! bila majlis syoru nak bersidang? cepatlah luluskan usul putus dgn dap. nak tunggu pru 14? takut kena berhenti kerja? muka tak malu.

mana redha Allah kalau beriman pd manusia? rezeki pas bukan lim guan eng yg tentukan!

ketua penerangan penakut bacul tak ada telor. kat parlimen diam mcm tikus kena hendap dgn kucing kurap. lebih baik letak serban dlm jubah tu. nampak sikit mcm ada telor.


Abd Din berkata...

Apa la komen mengarut banyak2 ni,
x kan hangpa x tau ULAGMAUT ni kan MAKSUM.
MANA ADA SALAH???
apala dah lama ahli PAS pun x paham paham.
Jom pakat amik borang ...

Abdul Said berkata...

Bila tengok gelagat pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya ulamak teringat aku akan satu dokumentari mengenai satu kumpulan tariqat di Senegal. Pemimpin-pemimpinnya hidup mewah sampaikan settee pun diimport dari luar negara. Rumah-rumah mereka besar dan kenderaan mewah. Kebanyakan pengikut pula hidup miskin. Duduk dirumah dibuat dari tanah dan kayu (bukan papan!). Masak pun diluar rumah. Begitulah PAS. Sama dengan UMNo. Pemimpin bertambah materialistik. Cakap angkuh. Pengikut-pengikut diancam bukan dengan penjara atau denda tetapi diugut dengan neraka kerana bermesra dengan jemaah lain!! Ahli-ahli yang bodoh main angguk saje. Bukan nak semak dengan guru-guru lain atau dengan kitab-kitab lama. Macam mana nak semak kitab, kitab pun tak ade dan malas membaca pulak (tabiat umum Bani Melayu!!). Kesianla ahli-ahli yang tak reti ape ke benda. Pintu hati sudah tertutup. Pandangan pemimpin PAS sahaja yang betul. Kalau orang berpendidikan ugama tidak menyertai PAS mereka dianggap musuh. Walau apa pun kita diberi otak untuk berfikir. Rasulllah contoh terbaik takkan itu pun tak tau!!