22 Sep 2015

PAS Dapat Kawan Baharu: Baju Merah Ingin Sertai H60K


Jamal diminta bertemu penganjur baju hijau

Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah, diminta bertemu jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K), bagi membincangkan penyertaan mereka ke program PAS itu pada bulan depan.




"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama dalam sebarang agenda nasional untuk menuntut ketelusan pentadbiran negara dan bukan dengan tujuan mendiamkan diri atas penyelewengan negara.

"(Penganjur himpunan) Baju merah boleh berhubung dengan jawatankuasa himpunan untuk perbincangan lanjut," kata anggota Jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K) Datuk Khairuddin Aman Razali.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan perkara itu kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas hasrat baju merah menyertai himpunan mereka pada 17 Oktober depan.

Jamal dilapor bercadang menyertai H60K, yang termakan baju hijau, jika objektif himpunan itu ke arah menyatupadukan orang Melayu.

PAS melalui timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata menerima sesiapa sahaja untuk hadir jika menyokong dasar dan perjuangan mereka.

Beliau bagaimanapun menegaskan kepada Malaysiakini, parti Islam itu menentang golongan rasis dan menyokong pembinaan kerukunan dan keharmonian bernegara.

PAS pada 15 September lalu, sehari sebelum himpunan baju merah pada Hari Malaysia, mengumumkan H60K untuk menguatkan kembali sokongan akar umbinya.

Himpunan itu dianjurkan selepas mereka diheret pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan pembangkang mahu pun bekas kepimpinan kanan parti itu sendiri.

Perhimpunan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu.

Ia dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ketiadaan ikon legenda mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat dan kemungkinan perebutan anggota dengan parti serpihan, Parti Amanah Negara (AMANAH). -mk


PAS terima siapa saja ke himpunan baju hijau

PAS akan menerima sesiapa sahaja untuk hadir ke Himpunan 60,000 (H60K) di Kelantan bulan depan yang menyokong dasar dan perjuangan mereka.

“Kita mengalu-alukan semua pihak,” kata timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengulas hasrat kumpulan baju merah menyertai himpunan mereka pada 17 Oktober depan.

Beliau bagaimanapun menegaskan kepada Malaysiakini, parti Islam itu menentang golongan rasis dan menyokong pembinaan kerukunan dan keharmonian bernegara.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan semua rakyat mesti menghormati kebersamaan rakyat menentang rasuah, dan salah guna kuasa.

Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah minggu lalu, berkata beliau bercadang menyertai H60K jika objektif himpunan itu ke arah untuk menyatupadukan orang Melayu.

PAS pada 15 September lalu, sehari sebelum himpunan baju merah pada Hari Malaysia, mengumumkan H60K, yang bertemakan baju hijau untuk menguatkan kembali sokongan akar umbinya.

Himpunan itu dianjurkan selepas mereka diheret pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan pembangkang mahu pun bekas kepimpinan kanan parti itu sendiri.

Perhimpunan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu.

Ia dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ketiadaan ikon legenda mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat dan kemungkinan perebutan anggota dengan parti serpihan, Parti Amanah Negara (AMANAH).
-mk


ULASAN GB

Bravo!!! Nampaknya gayung bersambut... PAS akan mendapat kawan baharu untuk H60K nanti... iaitu si baju merah! PAS memang terdesak dan mengharapkan perhimpunan H60K itu akan berjaya, untuk membuktikan bahawa mereka juga boleh membuat perhimpunan yang"puluhan ribu" akan menyertainya. Untuk lawan perhimpunan BERSIH 4.0 yang mendapat sambutan luarbiasa dari rakyat.

Pada minggu lalu si baju merah... rata-ratanya dari UMNO... berhimpun untuk memberi sokongan kepada Najib ... dengan menjadikan agenda "Melayu" sebagai tema himpunan mereka. Dihentamnya dan dimakinya kaum Cina habis-habisan. Difahamkan juga PM memberi penajaan sebanyak RM3 juta kepada ketua penganjur himpunan merah berkenaan.

Citarasa PAS kini menyamai citarasa UMNO. Walaupun tidak mahu mengakui mereka bersifat rasisma sepertimana UMNO, namun PAS memang telah turut memaki kaum Cina terutama DAP dengan menggelar mereka sebagai DAPigs. Baju merah pula di dalam himpunan mereka memanggil Cina Babi.

Malah PAS enggan untuk bersama di dalam Pakatan 2.0 kerana tidak mahu bersama DAP. PAS menuduh bekas pemimpin mereka yang menyertai Parti Amanah Negara sebagai kuda Cina, kuda DAP. Kerana gagal berdakwah kepada DAP, dihentamnya DAP kerana telah menolak hudud.

Itulah persamaan UMNO dan PAS, dan kerana itulah juga si baju merah akan bersama-sama si baju hijau di dalam H60K nanti.


Kenyataan TITM bahawa "semua rakyat mesti menghormati kebersamaan rakyat menentang rasuah, dan salah guna kuasa" hanyalah omongan kosong dan kata-kata kosmetik kerana si baju merah tidak memperdulikan itu semua. Si baju merah mendokong kepimpinan Najib yang rasuah dan salahguna kuasa.

Presiden PAS pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan mereka yang dituduhnya sebagai "pengkhianat". Maksudnya bersedia bekerjasama dengan UMNO tetapi tidak dengan AMANAH. Malah di dalam pemilihan muktamar yang lalu, Presiden PAS itu menuduh calon yang melawannya sebagai proksi DAP.

Mungkin ramai menteri-menteri UMNO juga bakal hadir di dalam H60K nanti untuk bersama-sama dengan pemimpin PAS untuk merealisasikan apa yang disebut "perpaduan Melayu". Begitu assabiyah sekali bunyinya.

. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... PAS dan UMNO ke arah penyatuan....TAHNIAH!








40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takpa la GB...biarkan baju merah sertai baju hijau.

Kita tengok nanti spanduk jenis apa yang baju merah julang. Harap-harap baju merah julang spanduk dan poster Najib banyak-banyak. Atau pun poster gambar Haji Hadi berpeluk denan Haji Najib. Barulah meriah sakan.

Tanpa Nama berkata...

Cepat2lah Pas belaki dengan Umno.Tunggu apa lagi.Ambo nak tengok reaksi sek2 penyokong karat ejau Pas di kampong ambo yang selama ni amat benci pada Umno.Sene ambo nak ludah muka dia.

Unknown berkata...

Ketahuilah..yg akan berhimpun nanti, mereka2 yang telah dibeli,ditipu dan yang jenis berjuang tidak tahu mende apa2.



Tanpa Nama berkata...

Jamal racist JUmPa Jamal extremist

Hebat

Tanpa Nama berkata...

seronok nak lihat mcmana style ulamak dan tok guru nanti bila nak bergabong...berapa banyak hadis dan dalil nk d persembahkan...berapa banyak air mata doa dlm setiap kali bacaan doa diutarakan...nak menggambarkan islam dah d tekan ke dinding oleh puak DAP...
kuasa media yg satu masa dulu menindas pas akan bangkit memuji para ulamak pas dan masa itu nak tengok kelibat pakeda dan unit amal bersatu tenaga dalam pilihanraya....perghhhh hipokrit tahap gaban

Tanpa Nama berkata...

isu talak belum reda, pas masuk umno? talak pemimpin secara borong?

oh tidakk..

talak jangan buat main, dibenci Allah!!

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah hilang arah sekarang nak sekongkol dengan kumpulan lahanat bangsa

Bersama akan memalu kan Islam dan Orang Melayu

Ber bangga lah orang orang Melayu dengan kebodohan mereka

Pasti nya mereka bukan di kalangan Melayu Bukit Damansara dan Bukit Tunku

Bahalol nya Melayu memang tiada batas , kekuatan ekonomi di kira ZERO dan kualiti OTAK pon tahap Gred 3.

Kalau bukan Melayu tak mungkin Cina atau India. Habis siapa lagi ???

Tanpa Nama berkata...



Itulah sebabnya Hj Hadi berulang-ulang menyebut perkara yang sama setiap hari. Pengkhianat. Baiah. Pengkhianat. Baiah.

Sementara dua tiga pemimpin PAS pulak mainkan lagu PAS akan menghadapi kesukaran sekiranya bersendirian.

Tuan Ibrahim kata PAS menerima sesiapa sahaja tetapi jawatankuasa pulak cakap diminta bertemu jawatankuasa. Ini macam ada babi di atas bukit je...... tapi anjing tidak menyalak pulak.

PAS tidak mampu bersendirian untuk mengumpul 60,000 orang. Bererti juga pilihanraya yang akan datang PAS tidak mampu bersendirian.

Rupa-rupanya yang di sangka anjing menyalak ialah anjing laut yang hidup dua alam. Dalam menentang rasuah berkawan dengan perasuah dan penyangak !

Tanpa Nama berkata...



PKR tidak berputus asa dan terus berusaha memperlawa PAS untuk bersama-sama dalam gabungan Pakatan Rakyat atau sebagai pembangkang.

Azmin dan Wan Azizah tahu bahawa PAS lebih berminat dengan si Baju Merah.

Pemimpin PAS pro Hj Hadi pula terpaksa membuat kenyataan menolak pelawaan PKR berkali-kali.

Tetapi tindakan pemimpin PAS yang pro Hj Hadi akan di persoalkan oleh ahli akar umbi hasil dari usaha PKR mempelawa PAS untuk bersama pakatan rakyat.

Akhirnya semua perangai dan sikap Hj Hadi selama ini adalah kerana untuk bersama UMNO. Semua ini dapat di lakukan tanpa TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Sy pun x sbr2 nk tgk pas umno brsatu dan brsama2 himpunan tu nnti,nak muka2 karat hijau mcmana ludah jilat balik

Tanpa Nama berkata...

Mmg betul d kampung sy la ni,geng2 karat hijau dh asobiyah,la ni sembang2 pun nk p bljr selendang merah dan parang terbang 13 mei,semcm nk nk p perang dgn cina,geng hijau dg mcm umno,liqoq fikri pun burukkan cina

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah. Cantik sungguh Allah Taala punya kerja. Ini betul2 susun atur tuan penguasa seluruh alam untuk menghasilkan suatu natijah yang amat baik kepada ummat akhir zaman. Mari kita melihat pada sisi positifnya mengapa aku kata cantik.

Tuan2 akan menyaksikan satu persembahan atau perhimpunan dari gabungan team gerombolan pro pm najib. Team pas pasti akan terserlah tidak perlu disuluh2 lagi, sudah jelas mereka selesai meniti jambatan menuju kepada pm najib. Team baju merah pula selesai membantu memimpin parti pas menuju sarang segala bapa penyamun.

Maka rakyat tidak keliru lagi. Orang2 kampung tak celaru lagi. Pak2 lebai tak boleh nafi lagi. Pak2 iman tidak ragu2 lagi BAHAWA pas sudah bernikah dengan umno.

Selamat jalan pas. Aku melepaskan kamu dengan deraian air mata kerana rupanya sampai di sini sahaja jodoh kita. Kalau aku kenang2kan peristiwa lalu di mana aku jatuh dan bangun membina parti islam ini dengan darah aku dan kekanda2 aku di memali yang telah lama meninggalkan aku dalam kerinduan syahid, aku mahu memaki kau sepuas2 hatiku. Aku mahu berdoa agar Allah SWT binasakan pas hari juga dari aku melihat si baju hijau dan si baju merah berpelukkan penuh ceria se mata2 hendak membela pm najib.

Ya ALLAH SWT aku serahkan segala yang terjadi esok adalah di tanganMu. Kerana Dikaulah yang mengaturkan tiap2 satu kejadian dari sekecil2 noutron kepada sebesar2 planet matahari. Aminn..

Tanpa Nama berkata...

Pas ckp besar mampu bersendirian tp yg nyata Pas tk mampu. Org nk kuasa tk kira siapa org tu janji dia dpt kuasa walaupun kongsi dgn musuh Pas selama ini.

Tanpa Nama berkata...

Masa perhimpunan merah pas hantar anggota. Datuk Anuar Musa pulok pecah lobang. Terkedu Datuk Takiyuddin bila Anuar Musa kantoikan beliau.

Kini himpunan hijau Datuk Jamal secara gentle utk hantar anggota bagi ramey2 majlis pas....!! Haha elok le tu.."I HELP YOU...YOU HELP ME" kah kah kah

Tanpa Nama berkata...



Nama perhimpunan bunyi macam orang bongkak je ' Himpunan 60k' Kenapa tak buat himpunan 26k ? Kan ada significant dengan matlamat sebenar.

Tak pernah di buat orang nama kan perhimpunan dengan jumlah peserta. Kalau berjaya mendapat kehadiran 60 k, tak kiralah mana datangnya. dari pesilat ke dari kedai nombor ekor ke janji 60 k, mereka akan jadi orang yang sombong dan takbur.

Matlamat sebenar nya ialah bukan menolak rasuah atau salah guna-kuasa tetapi mengumpul 60 k. Jika di namakan Himpunan seperti Tolak sebagai contoh ianya tidak selari dengan tujuan Baju Merah. Sebab itu PAS berniat jahat dengan meletakkan jumlah sebagai judul perhimpunan hijau.

Himpun PAS ini sekadar perhimpunan yang tidak membawa apa-apa makna pada rakyat .

Tanpa Nama berkata...

Hebatnya Anon 22 12:21am...
Mendahului apa yang telah Allah firmankan didalam Al-Quran:
Tuhan Allah berfirman; (lihat QS.2:30-33)
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi’, malaikat berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) dibumi itu orang yang akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau?’. Tuhan berfirman,

‘Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Pikir-pikirkan la Anon 22sept..Tuan menjangka perkara yang tidak baik tetapi adakah sangkaan tuan itu benar ? Bagaimana jika sangkaan Tuan meleset malah jadi sebaliknya? Saya sendiri tidak berani mengatakan kerana ianya diluar jangkauan saya yang hidup di muka bumi Allah ini sekarang ni pun nafas yang saya ada kini hanya dipinjamkan olehnya iaitu pemilik yang berfirman
‘Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” iaitu Allah Swt.

Bersangka baiklah atas segala perancangan Allah biarpun H60K itu adalah perancangan manusia tapi ketetapan perancangan itu samada ianya terjadi atau tidak bukankah dah tertulis pada Qada dan Qadr yang ditentukan Allah? KUN FAYAKUN Tuan..Allah berfirman jadi maka jadilah ianya..jika ianya penghasilan yang baik itu adalah rahmat/kurniaan Allah..jika penghasilannya membinasakan dan merusakkan itu adalah berpunca dari sikap kita sendiri dan sama-samalah kita merasai azab Allah atas kebinasaan dan kerusakkan yang kita sendiri laksanakan.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum GB said PAS bersifat rasis i dah lama predict perkara ni.

TAPI PAS INI DAH LUPA U HINA CINA BUT FACT UMAT ISLAM BERBANGSA CINA DI CHINA MELEBIHI PENDUDUK MALAYSIA 2X GANDA BAHKAN MOST OF THEM MENGUASAI EKONOMI NEGARA CHINA. MELAYU YG BERAGAMA ISLAM DI M'SIA TAK MAMPU NAK MENGUASAI EKONOMI SEDANGKAN UMAT ISLAM DI CHINA DIKENAKAN SERIBU SATU HALANGAN MASIH LAGI MAMPU MENGUASAI EKONOMI CHINA. U TAK RASA MALU MELAYU GELARKAN ISLAM EKSULIF FOR U BUT TEWAS DGN MUALLAF BERAGAMA ISLAM DI SEBERANG SANA. I DON CARE WAT HAPPEN TO MALAY BUT WAT CARE IS WAT HAPPEN TO ISLAM. OF CAUSE U MALAY SPECIAL BECAUSE OF THE MALAYSIA LAWS YG U KEKALKAN IAITU KEISTIMEWAAN ORG MELAYU WHICH NON SENSE, SEDANG TAMADUN ISLAM WILL BRING PREVILAGE KPD MEREKA BRRAGAMA ISLAM BUKAN SPESIFIC UTK SESUATU BANGSA SEBAGAI 1 OF THE WAY UTK SAMPAIKAN AJARAN ISLAM. I HOPE TIS LAW MUST BE CHANGE TO KEISTIMEWAAN UMAT ISLAM NOT MELAYU AS ALL RACE INCLUDING MUALLAF DILINDUNGI OLH UNDANG-UNDANG DAN KES MURTAD LINA JOY YG SKR SUDAH PUN SEPI TAKKAN BERLAKU AND I GUARANTEE BECAUSE LAWS ISLAM IS FOR ALL TAKKAN ADA ISSUE MUALLAF KENA BAWA KE MAHKAHMAH. SO TIS IS THE WAY PROFESIONAL THINK AND ALWAYS SUITE DENGAN KEADAAN SEMASA. FOR ULAMA PAS DO U HAVE THE WAY TO THINK AS WAT I THINK?

Tanpa Nama berkata...

Aamiin..dri Kupang,Baling Kedah..

Tanpa Nama berkata...

Bersenggama laa korang puas-puas kat padang stadium tuuu. Jgn lupa bawa gambar nik aziz dan fadhil noor yer.

Tanpa Nama berkata...

hadi kata pas tak akan bekerjasama dgn DAP dan PAN.
tapi hadi kata pas bersedia bekerjasama dgn PIHAK LAWAN.
serban besar kata pas tak mampu bersendirian.
aaron deen kata pas akan putus hubungan dgn pkr jika pkr bersama GHB.

inilah kata2 pemimpin pas yg memberi gambaran mrk bersedia bersama2 umno.

bacalah telahan blog mso bgmn segala kepincangan pentadbiran Kelantan di diamkan oleh umno yg sepatutnya boleh digunakan utk hentam kerajaan pas.

Abdul Said berkata...

Saya rasa kalau Aji Hardy dan Aaron Dean join grup lawak 'Allah Made Me Funny' mesti kumpulan tu terima punya. Hari-hari mesti ada berita kelakar dari mereka. Tentu famous beb kat Canada dan US. Tak payah kutip derma pakai kantong lagi!!

Naazar berkata...

Ostad TALIBAN mana gi.......gapo sengap jer........

Tanpa Nama berkata...

Jika allahyarham nik aziz masih hidup, alangkah sedihnya beliau. Hikamah Allah mengambilnya supaya beliau tidak melihat penyatuan dgn umno ini kerana umno masih belum berubah malah lebih teruk.

Tanpa Nama berkata...

Jika berlaku, maknanya pas mwngiktiraf rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Bila nak berUG maka akan keluarlah hadis / nas ini. Dulu, hadis ini tak pernah sebut. Sekarang hadis tentang hudud, tentang rasuah, tentang asobiah, ttg fasik dll semua dah hilang....

Munafikun betul.

Tanpa Nama berkata...

Nak pergi mana pas nih?
Nasib baik Amannah ada sebagai ganti

Tanpa Nama berkata...

Hari tu bisnes tshirt merah..ni ada bisnes lg tshirt hijau pulak..janji masuuukk..ikan bakar dh susah nak jual...

Tanpa Nama berkata...

Anon - September 22, 2015 at 1:20 AM

Tidak ada salahnya apa yang di katakan oleh September 22, 2015 at 12:21 AM

Ada juga yang di ketahui oleh Allah di ketahui oleh manusia. Tetapi ketentuan dari Allah dan ketetapan pun dari Allah. Dan manusia mengetahui nya pun atas keizinan dari Nya jua.

Jika Allah mengkehendaki anon 12:21 AM tahu dan lalu anon pun membuat jangkaan maka tidak menjadi sulit bagi Allah untuk menjadikan anon membuat ramalan dan dijadikan nya nyata dengan 'Kun' kata Nya.

Kita memberi pandangan dan menjangkakan begini begitu dengan setakat ilmu yang ada pada kita sebagai manusia yg di jadikan oleh yang Maha Mengetahui. Manusia di perintah sentiasa dalam kebenaran di mana-mana sekalipun bukan untuk menandingi Allah.


Tanpa Nama berkata...

sesiapa yg kerja dgn kerajaan negeri Kelantan, glc atau sykt yg ada projek dgn kerajaan negeri, TOLONG JANGAN KRITIK KERAJAAN NEGERI. NANTI KENA PECAT!

si amar pernah kata - aku kalau ada kuasa aku pecat!!!

Gara-gara bertindak berdasarkan sentimen politik dan enggan berunding, Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias) institusi pengajian agama milik kerajaan negeri Kelantan terpaksa membayarkan RM200,000.00 kepada bekas pekerjanya Che Ibrahim Mohamed apabila diarah oleh Mahkamah Perusahaan.

petikan dr blog mountdweller:

Akhirnya Asran Bin Alias diminta untuk BERHENTI KERJA di sykt Swasta @ Kontraktor yang beliau kerja, ada kaitan dengan projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Kelantan di Gua Musang. Sebab tegur Kerajaan isu Pembalakan Ulu Sat, yang kini disiasat SPRM dan SAH ada tebangan luar kawasan R&R lebih drpd 20 Hektar.

membangun bersama Islam.
melingkup bersama pasCAI.

Tanpa Nama berkata...




Baju merah Baju hijau
Hj Hadi buat kacau.

Baju hijau Baju merah
Dua-dua kaki mentedarah

Baju merah Baju hijau
Satu lintah satu langgau

Baju hijau Baju merah
Najib berundur Hadi parah

Baju merah Baju hijau
Cahaya hudud berkilau-kilau

Tanpa Nama berkata...



Ada lapuran melapurkan seorang artis berumur 18 tahun ketika itu di tawar apa sahaja asalkan gadis tersebut bersetuju dibela oleh seorang Datuk.

Datuk tersebut telah cuba merogol gadis tersebut.

PAS sepatutnya membela nasib gadis tersebut dan sebelum menerima se orang kawan baru, PAS hendak lah berjumpa gadis tersebut untuk kesahihan cerita tersebut.

LGE sanggup ke penjara kerana membela nasib seorang cucu berbangsa melayu.

PAS hanya perlu melupakan kawan baru tersebut jika PAS benar-benar berjuang atas kebenaran Islam.

PAS tidak perlukan 4 saksi kerana tindakan yang di ambil bukan untuk kenakan hudud ke atas kawan baru tersebut tetapi menjauhkan PAS dari orang seperti kawan baru tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Aaminn...

DIALOG RAKYAT berkata...

Membaca komen2, saya merasakan apa yang disuarakan terhadap PAS adalah seperti lahir dari politik dendam terhadap parti tersebut.Bukan kerana komen ikhlas....

Apakah tuan punya komen merasakan PAS sudah sebagai musuh yang perlu ' dibunuh ' di mana sahaja dia wujud ?. Dulu2 komen yang dilahirkan hampir semuanya ditujukan kepada UMNO/BN. Laaaa sekarang dihalakan pula kepada PAS ?

Rakyat berharap akal terus memmandu kepada perkara kebaikan , bukan untuk menghina dan membalas dendam !

Tanpa Nama berkata...

Hello Dialog Rakyat 8:47 PM

Anda tak bacakah bagaimana PAS memaki-hamun, mengherdik dan melabel golongan yang tak disukai selama ini dengan pelbagai gelaran spt JEBON, ANWARINAS, TOLOL, BARUA, BROKER, PENGKHIANAT dan sbgnya?

Bukankah PAS yang memulakan gerakan permusuhan itu??

Tanpa Nama berkata...

I vote your statement 1000%. Excellent.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju sebahagian dari pendapat Tuan utk tidak membalas maki hamun dgn maki hamun juga, tetapi elok juga disenaraikan kesilapan atau kepincangan yg telah dilakukan oleh PAS utk kesedaran rakyat yg sedang ketagihkan keamanan.

Anti Fitnah berkata...

Banding Cina dengan Melayu ... siapa Islam dahulu? Di Tanah Melayu sahaja, Cina dikatakan saudara baru. Kalau berbandaing dengan China di Negara China, maka Melayu akan menjadi saudara baru kot. Betul kata anon 3.49, muslim di negara China boleh hidup dengan baik di bawah regim komunis. Kenapa muslim yang hidup di dalam negara "Islam" anjuran UMNO masih bersifat mengharapkan ehsan .... Hairan ya.

Tanpa Nama berkata...

Abaikan mereka...puak2 ni memang tunggu nk maki hamun.jgn dilayan.mudah2an mereka dpt hidayah sblm malaikat maut menjemput...

Tanpa Nama berkata...

Sama juga tempat saya di KL... dah jadi rasist giler... pejuang Islam asobiyah tegar... kesian betul

Tanpa Nama berkata...

Kat KL pon sama skrg