2 Jun 2016

[BERGAMBAR] Azhar Ab Shukur, Calon Pakatan Harapan P093 Sungai Besar

Azhar Abdul Shukur telah diumumkan sebagai calon Parti Amanah Negara mewakili Pakatan harapan untuk PRK P093 Sungai Besar.

Pengumuman itu dibuat di Dewan Sri Sekincan yang dihadiri oleh barisan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook, Ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum AMANAH, Mohamad Sabu, Presiden Amanah, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Naib Presiden AMANAH dan beberapa orang pimpinan yang lain.


Azhar, 50,  yang lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar adalah seorang anak tempatan Sungai Besar, merupakan bekas guru yang sebelum ini mendahului dua calon senarai pendek lain yang dikemukakan Amanah Selangor kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional. Azhar ialah Pengerusi Amanah Kawasan Sungai Besar.


Beliau mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Nor'adzimah Hassanuddin.

Mempunyai ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian islam dari Jamiah Abi Bakr Islamiyah Karachi Pakistan pada 1993.

Sebagai bekas guru beliau mempunyai pengaruh dalam hubungan dengan masyarakat setempat.  Beliau juga seorang yang berjaya di dalam perniagaan. Memegang jawatan sebagai Pengarah urusan beberapa buah syarikat serta pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Islam Puchong dan Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar .

Berikut ialah sedikit biodata beliau.


MAKLUMAT CALON PAKATAN HARAPAN P.93 SUNGAI BESAR

MAKLUMAT PERIBADI

Nama : USTAZ AZHAR BIN DATO' AB SHUKUR
Umur : 51 Tahun
Tempat Lahir : Sungai Besar, Selangor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin
Isteri : Nor’adzimah Binti Hassanuddin (3 orang anak)

PENDIDIKAN


Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Karachi Pakistan (1990-1993)

KERJAYA

• Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd (2012-kini)
• Pengarah Urusan EZ Kembara Sdn Bhd (2012-kini)
• Pengarah Minda Project Management Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EZ Fada’ Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EX Career Sdn Bhd (2015-kini)
• Penyelia Maahad Tahfiz Al-Mahmudi, Temerloh (2005-2006)
• Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (2003-2004)
• Guru Penolong Kanan Sek Men Islam Puchong (1999-2003)
• Guru Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar (1997-1998)

PENGALAMAN

Berpengalaman mengendalikan program bersama IKIMFM dan TV9 dalam beberapa siri rancangan.

PENCAPAIAN

• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of MOHA SENA (Kemboja 2015)
• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of THIPDIN (Kemboja 2014)

JAWATAN DALAM PARTI

Ketua AMANAH Sungai Besar




++++++++++++++++++++++++++++++++++++

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah diucapkan...akhirnya Pakatan Harapan secara rasmi telah menghantar wakil utk berhadapan dgn pascai dan umngok...

Tanpa Nama berkata...

GB, saya cadangkan slogan "Amanah For All" digunakan pada kempen prk sg besar dan kuala kangsar.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberi kemenangan kepada calon PH @ AMANAH Ustaz Azhar. YB Rafizi akan berkampong di Sungai Besar, YB Ng Suee Lim akan kempen all out, Azmin mana?

Go AMANAH go

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...fresh tp berkualiti

omar daud berkata...

Salam:


Alhamdulillah,syukur,tiada kekecohan berlaku,akhirnya kak wan,rafizi and the group "making thing happen".TAHNIAH CIKGU Azhar,Kelahiran sg.besar,mempunyai pengaruh tempatan cukup hebat,5 undi dari keluarga tuan sudah di dalam tangan.Kelayakkan pribadi yg cukup habat,saorang ahli perniagaan yg berjaya.

Insyallah,ramai keluarga saya,yg bermazahabkan umno berada di sana,dicuba sedaya upaya untuk mengundi PH/Amanah.

Para petugas PH,sudah boleh gerakkan jentera,yg paling utama tuan-tuan kena dapatkan TOTAL list pengundi2 PR13 YG LAYAK MENGUNDI DULU.Mungkin ramai pengundi yg sudah meninggal,saya rasa masa masih ada Masa uNtuk VISIT kesemua pengundi,terutama pengundi melayu,tentang pengundi cina/india jgn risau pkr/dap bantu,CONCENTRATE pada kawasan2 undi melayu terutamannya umno.Kalau boleh gunakan strategy kempen dekelarasi rakyat,dipergiatkan dikawasan2 ini bersama muhyidin/mukriz/mahathir...bersama pemimpin2 PH.

Gunakan tactic man to man marking.
Insyallah akan turun bantu.

go Amanah GO.

lelaki dicermin berkata...

Meratap azmin nak letak org dia..tak kesampaian..

Tanpa Nama berkata...

Wah...hebat calonnya...cayalah Amanah...

Tanpa Nama berkata...

PRK Parlimem Selangor...MB Selangor tak turun????

Malaysiabaru berkata...

Mama azming

Dan kartelnya takde pun

Mcmn pkr pusat saja yg sokong tapi pkr negeri tiada

Celako jo azming;

TAHNIAH USTAZ AZHAR DATO SHUKOR

MP SUNGAI BESAR DI PARLIMEN

Tanpa Nama berkata...

Saya sekeluarga dari Johor mendoakan calon Parti Amanah Sg.Besar dan Kuala Kangsar mencapai kemenangn dlm prk ini...aamiin

Tanpa Nama berkata...

Tak ada video ker ?????

abrarmujahideen berkata...

Zuraida kata Azmin kat London sbg die graduate...sial betul sbbb tiada arahan rasmi PKR Selangor utk jentera PKR membantu calon PRK Sungai Besar. Kahkah kartel Azmin kena maen dgn Hadi Awang.

Tanpa Nama berkata...

Saya doakan AMANAH menang besar!

Pangkah AMANAH di Kuala Kangsar!!

Tanpa Nama berkata...

Mana cartel azming ....kah2 hajat tidak kezampaian

Tanpa Nama berkata...

Kalau calun nya Abang Mat, entah apa lah strategik PAS. Baru di sebut nama Abang Mat sebagai calun dah kena serang. Begitu juga jika kalangan pemimpin yang menubuhkan AMANAH yang di calonkan, akan di serang.

Pemimpin PAScai tidak senang jika tak dapat melepaskan geram mereka terhadap pemimpin AMANAH yang menubuh parti baru yang mana ahli nya ramai dari parti PAS. Apalagi jika orang nya seperti Ustaz Azhar.

PAS akan menumpukan serangan kepada pemimpin AMANAH dan menuduh DAP telah menyebabkan tertubuhnya AMANAH. Tetapi semua itu tidak menjadi dengan meletakkan Ustaz Azhar anak tempatan sebagai calun PAKATAN HARAPAN.

Fokus utama ialah kelebihan calun PAKATAN HARAPAN berbandingkan dengan BN UMNO dan PAS. Jangan terlalu lebihkan 1MDB yang berselirat dengan penipuan. Kalau kita yang follow pun terkeliru apalagi kebanyakkan pengundi di Sungai Besar.

Tunjuk kan kerjasama yang luar biasa antara PAKATAN HARAPAN.

malaysian berkata...

Amanah ada berapa cawangan di Sg Besar? Dari segi kekuatan perlu sekurang2 30 cawangan untuk kaw parlimen. Jika tak sampai byk tu maka amanah perlu sgt bantuan dari pkr dan dap. nampak macam tak ada masalah batuan dari dap, awal2 lagi dah all out. Tapi amat khuatir dengan commitment pkr. harap2 pemimpin pkr negeri selangor segera insaf dan dapat gerakan petugas utk mula berkempen.

Pencolekhangek berkata...

Saya tidak kenal Ustaz Azhar, tidak pernah dengar kuliah ustaz, tidak pernah dengar nama ustaz dan tidak duduk di kawasan ustaz. Sudilah ambil berat pesanan saya. Ustaz berkhidmatlah untuk rakyat kerana Allah s.w.t. Jangan memaki orang, jangan abaikan tanggungjawab dan berbuat baiklah kepada semua orang. Ingatlah rakyat bukan Islam juga manusia dan mereka berhak ditadbir secara adil dinegara ini. Janganlah disempitkan ajaran Rasulillah s.a.w. kerana baginda adalah rahmat bagi sekalian alam. Semoga Allah merahmati kita semua, diampunkan dosa-dosa kita dan perjuangan ustaz diredhoi.

Ammy Hassan berkata...

Tahniah! Moga Allah swt memberikan kemenangan yg besar kpd Ustaz Azhar Amanah di Sungai Besar dgn menewaskan dua orang calon Recycle atau Kitar Semula! Aamiin.

Arouse Mah berkata...

TAHNIAH terpilih sebagai calon parti masa depan. amanah akan menang

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Ustaz Azhar adalah usahawan berjaya yang banyak menyumbang khidmat bakti dan kebajikan untuk masyarakat setempat dan antarabangsa. Persatuan Anak Prihatin Malaysia (APM) adalah NGO yang beliau tubuhkan untuk memberi bantuan keapada segelintir masyarakat yang memerlukan. Lantaran, berminat dengan ilmu agama, dan selepas mengammbil SPM beliau merantau ke Pakistan untuk mendalami iklmu agama. Selepas lima tahun belajar pada tahap sekolah "menengah agama" di Pakistan, barulah beliau diterima masuk di salah sebuah universiti di sana. Sebelum tragedi penyingkiran dan pembersihan Pas melalui Muktamar Jun 2015, belaiu adalah aktivis Pas di Gombak, Selangor dan Temerloh, Pahang. Isteri beliau berasal dari Temerloh. Beliau juga adalah penyumbang terbesar kepada tertubuhnya Parti Amanah Negara Kawasan Sabak Bernam.

Sosok Ustaz Azhar bin Dato Abdul Shukor sangat 'low profile" (merendah diri), walau pun beliau adalah anak kepada mantan wakil rakyat dun Sungai Burung. Bahasanya cukup santun dan gerak-geri bersahaja. Pastinya beliau boleh mendapat undi simpati dari penyokong-penyokong ayahanda beliau. Dato Abdul Shukor bin Siraj adalah pemimpin yang berjiwa rakyat dan tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa skandal dan penyelewengan. Seandaainya pengundi-pengundi Sungai Besar memberi undi kemenangan, pasti beliau mampu menyumbang perkhidmatan untuk penduduk Sungai Besar. Itulah sedikit latar belakang Ustaz Azhar yang tinggal satu daerah dengan saya.

nordin Abu Bakar berkata...

Pemilihan calon menepati kehendak rakyat di parlimen sg besar. Ini lah bersefahaman yg mesti ada dn dikekalkan smpai bila2...selamat maju jaya gurubesar..kami akan berusaha sedaya mampu utk kemenangan Amanah...Insya Allah. Kita nk tengok jentera paspispus yg mendabik dada kononya mereka lah yg paling kuat kerja...kuat kerja tp tak pakai otak..

Tanpa Nama berkata...

Syabas ustaz Azhar, kerana terpilih wakil kami di Sg.besar, kami pengundi bersorak HO!HO!HO (bagus,bagus bagus dalam bahasa cina) dan PAS/UMNO kita sorak TOH!TOH!TOH! (tumbang,tumbang,tumbang, dalam bahasi cina).

Tanpa Nama berkata...

Kalau boleh nasihat sekali kpd hadi n nik abdoh...

Tanpa Nama berkata...

Cantik baju baru Pakatan Harapan ada jalur warna oren, biru dan merah...harap nanti ada dijual kat prk sg besar dan kuala kangsar...nanti aku nak gi beli...

Saiful berkata...

IA ..tgk gaya pun dah menang..org sanasanan kena tolong...

Tanpa Nama berkata...

Terbaik pilihan calon amanah sg besar.insylh menang.bgmana pula calon dikuala kangsar,harap2 nizar dapat bertanding sbb peluang sgt cerah,drp pas dan umno semua wanita, kalau ikut kata hadi,wanita xblh jadi pemimpin.harap2 nizar yg btanding confirm menang punya.

Tanpa Nama berkata...

Calon AMANAH paling sesuai utk MP Sg. Besar... Insya-Allah peroleh kemenangan...

AF Global berkata...

First time dgr nama ustaz azhar bg kami ra'yat biasa..alhamdulillah dengan latar blkg, profile yang hebat saya yakin calon amanah/ph tepat, winnable, likeable, di rahmati Allah utk capai kemenangan di P093

Cik Minah berkata...

Tumpukan KEMPEN Amanah kepada GST.
Najib kata, RAKYAT SUDAH DAPAT TERIMA GST.
Tanya penduduk Sungei Besar, "BENARKAN KAMU SEMUA SUDAH
DAPAT TERIMA GST.........................?????????"

Tanpa Nama berkata...

Mu tunggu 5 Panglima turun ke Sungai Besar, satu termasuk Dr Rani, yang berkeris dan bertanjak.


Tanpa Nama berkata...

Apabila membaca maklumat@profile peribadi beliau tanggapan awal mengenai beliau ialah beliau orang yang lebih banyak berkerja dari banyak bercakap.

Beliau telah memiliki semua kriteria menjadi seorang wakil rakyat sebelum sampai ke peringkat di tonjolkan sebagai wakil rakyat. Berpengalaman luas, bergaul dengan masyarakat dan idea nya tidak boleh di ketepikan begitu sahaja.

Pemilihan yang tepat, anak tempatan yang tidak ada masalah dengan isu-isu nasional.

Terima kasih atas pemberitahuan mengenai Ustaz Azhar.

Tanpa Nama berkata...

Calon terbaik dlm konteks Sg. Besar. Insya-Allah akan peroleh kemenangan. Takbirrr....

Tanpa Nama berkata...

Baju panglima boleh dibeli di gerai pas atau gerai umno...dua2 ada....beli 1 baju dpt hadiah 2 keris...lepas beli kena tabik spring sekali...hahahaaa...

Tanpa Nama berkata...

Fokus untuk mengalahkan PAS dan UMNO di KK dan SB

Cerita-cerita Azmin dan PKR tangguh dulu la

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH

AMANAH FOR ALL

AMANAH UNTUK SEMUA


PILIHAN CALON YANG TEPAT SEKALI.

Timnajib Jomfikir berkata...

Well done Ust Azhar! Berilmu.

Tak sabar pengumuman rasmi calon AMANAH untuk Parlimen Kuala Kangsar! Dengar, hebat gak calon nya...Pakar sains dan fizik? anak tempatan, keluarga besar..disukai ramai.

Pemuda parit kings berkata...

Alhamdulillah...tahniah buat semua gerak kerja amanah...calon yg terbaik buat semua...kemenangan demi rakyat...

Porak Den berkata...

Andai azmin & kartel dia tk membantu, lepas prk bkn Saja pecat exco2 PAS tapi juga tlk 100% azmin & kartel dia di persada Selangor. Pirahhh.... tk de smgt setiakawan.