9 Mac 2015

Subky: Jika Tiada Yang Mahu Kpd Anwar, Biar Saya Seorang Yang Mahu & Ingat Kepadanya...


Anwar sanggup mati di penjara kerana peribadi?
Oleh Subky Latif
SAYA tidak rapat dengan Dato’ Seri Anwar ibrahim sejak dia mencebur diri dalam politik. Sebelumnya saya memang mendekatinya.Semasa dia jadi menteri, ada dua/tiga kali terserempak dengannya. Selepas bebas penjara dua–tiga kali juga bertemunya sekalipun dia mengetuai pakatan yang parti saya PAS menjadi sekutunya.

Saya terharu dia dipenjara lagi dan saya bangga dia sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penindasan dan cengkaman kezaliman sejak merdeka.

Jika dia dikatakan berjuang untuk jadi perdana menteri, sedikit saja betulnya.

Tetapi jika dikata dia hendak jadi perdana menteri, ia adalah betul. Tetapi mengapa untuk jadi perdana menteri sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara sedang harapan jadi perdana menteri belum tentu jadi?


Lalu ada yang mengata tinggalkanlah dia jadi laksana haiwan raksasa yang dikatakan wujud zaman purba justeru perjuangannya demi peribadi saja, bagi yang bersamanya hanya memikul liabiliti. Dari masa ke semasa seteru politik akan menubi kelemahan yang dipaksa ke atasnya.

Jika dia hendak jadi Perdana Menteri biarkan dialah justeru perlembagaan membenarkan setiap rakyat yang lahir di Malaysia berhak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan perlembagaan juga tidak melarang setiap laki-laki ingin kahwin dengan Siti Nurhaliza sekalipun yang dapat mengahwininya hanya seorang saja.

Saya mahu bersama Anwar bukan sekadar hendak menjadikan perdana menteri saja tetapi dia mampu mengembleng tenaga dan pengaruh bagi meruntuhkan belenggu kezaliman dan penindasan golongan lintah darat sejak merdeka.

Kata Almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, Umno sudah jadi kurafat dan ia perlu diruntuhkan. Saya termakan dengan mantiknya, justeru kurafat boleh membelenggu kepercayaan rakyat dan selagi ia tidak dirunuhkan, maka sekalian terus menerus dibelenggu kurafat itu.

Kerana Umno yang menindas itu tidak dapat diruntuhkan, bukan saja sekalian jadi pencarum kurafat, maka banyaklah keroskan berlaku di alam kita, pada politik, ekonomi, sosial, akhlak, akidah dan lain-lain. Jika dibenarkan mustakbirin ini berterusan, maka tiada jaminan masa depan negara dan generasi terkemudian.


Banyak yang sudah kita laku dan korbankan bagi menghalang semua keruntuhan, tetapi belumlah banyak yang dapat dibuat, bahkan belum nampak kezaliman dan penindasan itu dapat dicegah.

Harapan meruntuhkan monopoli mustakbirin khurafat BN ini hampir dapat dilakukan dengan kita dapat bersama Anwar Ibrahim. Anwar sendiri pun tidak dapat buat apa-apa. Kita saja pun belum dapat buat apa-apa juga, tetapi dengan kita bersama Anwar tembok besi Putrajaya itu sudah digoncang.


Ia sekadar belum diroboh tetapi sudah pernah digegar.

Hanya nasib belum memihak kepada perubahan. Kita telah saksikan, sekalipun Anwar itu dikatakan tampil dengan agenda peribadi, tetapi kita sendiri rasakan, tembok yang tidak dapat ditembusi lebih 50 tahun itu telah retak di sana sini dengan paduan tenaga bersamanya sekalipun dia ada mimpi lain.

Saya boleh terima anwar masuk Umno dulu kerana hendak jadi perdana menteri. Dia hampir berjaya.

Jika ia semata-mata agenda peribadinya, dia setangga saja lagi, jika sanggup menangguk kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad atas semua yang dimahunya seperti yang Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak buat, dia sudah dapat agenda peribadinya itu. Tetapi dia dibuang ketika dia adalah pengerusi jawatankuasa kabinet antipenyelewengan.

Kerana dia mengutamakan membersih penyelewengan semua orang yang bersamanya, maka mereka buang dia dulu sebelum dia buang mereka.

Dan jika agenda peribadi jadi keutamaannya, dia tahu kesaktian Umno, bukanlah mudah untuk dileburkan.

Hanya melalui Umno saja kuasa dapa dicapai, itu jua fikiran khurafat, dia tidak cari jalan untuk masuk semula Umno seperti yang banyak orang sangka. Dia tubuh parti dan terus bersama pembangkang. Dia tahu selama lebih 50 tahun pembangkang tidak dapat tumbangkan kerajaan.

Mengapa dia mahu kekal bersasma pembangkang bagi melakukan perubahan?

Kita tahu Anwar ditawarkan jawatan besar dalam agensi PBB sebaik lulus universiti.

Dia tolak gaji empat angka dolar Amerika tetapi buka Yayasan Anda bergaji kecil. Perjuangan peribadi jarang menolak tawaran lumayan.


Orang balik Mesir, Jordan dan Madinah tak tolak jawatan mufti dan penasihat agama perdana menteri, tetapi Anwar plih kerja yang bergaji kecil.

Banyak yang tempelak Anwar utamakan diri dan peribadi, tetapi dia buat kerja yang memungkinkannya hidup di pejara lebih lama dari duduk dalam kabinet. Orang yang berkokok itu buat apa?

Sedarkah tentang rasuah menjadi-jadi dan penyelewengan merata-rata, tapi lebih senang terima jawatan bergaji besar sedang rakyat menderita dan ditindas?

Saya sedar politik Anwar hari ini tidak sama d engan politiknya sebelum masuk politik itu. Pandangan Islam sudah berbeza. Tidak nampak ada persamaannya dengan apa yang PAS mahu dulu dan akan datang.

Tetapi kita mesti faham bahawa suasana selepas 50 tahun lebih negara dibawah politik zalim dan penindasan, tidak semua yang hendak bua ketika PAS diubuhkan dulu dapat dibuat.

Banyak yang tidak dapat dibina di samping ada banyak lagi yanag dapat dibuat.

Kehadiran Anwar dalam Pakatan Rakyat memberi harapan boleh menggantikan kerajaan yang ada dengan kerajaanyang kita sertai b e r sama Anwar nanti.

Walaupun kerajaan yang Anwar pimpin itu tidak dapat memberi sesmua apa yang PAS mahu, tetapi yang pertama, kita sama-sasma boleh runtuhkan mustakbirin. Sekalipun Anwar tidak penuhi semua yang PAS mahu, tetapi dia tentu tidak teruskan penindasan dan kezaliman seperti yang kerajaan mustakbirin buat sekarang.

Perjanjian kita d engan Anwar bukanlah ditentukan hingga kiamat. Sekali pun kita bercadang untuk bersama selama mungkin, tetapi kita boleh kaji dari masa ke semasa.

Kita boleh bersama selagi kita mahu dan selagi Anwar mahu. Jika Anwar jadi perdana menteri, belum tentu dia terima hudud yang PAS mahu.

Dia mungkin terima dam mungkin tawakuf, tetapi pada peringkat awal kerajaan itu akan bekerja siang malam bagi membasmikan penyelewengan, membendung dan maenghukum gejala rasuah, menegakkan keadilan dan paling utama memastikan negara tidak muflis seperti Greece dan lain-lain.

Dan jika Anwar pula masa itu buat pula macam yang Umno, suatu yang malaikat simpangkan dengan izin Allah, maka kita berfikir pula pada ketika itu. Yang penting kurafat Umno sudah dibersihkan.

Kiranya Umno ada lagi masa itu, ia tentunya Umno lain. Kita akan hadapi pula mana-mana pihak yang jadi macam Umno lagi.

Maka pada saya, ajaiblah kalau Anwar itu utamakan peribadi dan perjuangan ummah dengan sanggup duduk lama dan berkali-kali dalam penjara, berpisah dari muda hingga tua dengan isteri, anak- anak dan cucu.

Orang yang utamakan peribadi tidak sanggup tinggalkan cucu dan dalam usia yang warga emas itu, sanggup bermalam sendirian semasa sakit dan demam.

Mana orang penting diri sanggup mati dalam penjara. Saya tidak sanggup. Maka saya tidak boleh perkecilkan orang yang sanggup seperti Anwar . Saya bangga dengannya, jika tiada lagi yang mahu kepadanya, biarlah saya seorang yang mahu dan ingat kepadanya. Pengorbanannya untuk membebaskan negara dari penyelewengan dan penindasan akan dikenang selama-lamanya. -detikdaily



37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org yg memperlekehkan Anwar Ibrahim itu sebenarnya cemburu,dengki kpd kejayaan beliau menyatukan rakyat malaysia utk menolak kezaliman,rasuah dan yg sewaktunya.sebab itulah beliau di fitnah.alangkah jahatnya mereka2 yg memfitnahnya.Mudah2an Allah mengembalikan fitnah itu kpd si pemiftnah dan melaknati hidup si pembuat dan penyebar fitnah dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Terharu baca nukilan Tuan Subki

Tanpa Nama berkata...

Jika DS Anwar mengutamakan agenda peribadinya, dah lama ahli keluarga dan kaum kerabatnya menjadi kaya-raya sekarang ini dengan hasil wang rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu pun mau sama Anwar.

zarisa berkata...

Saudara. Sila berdiri depan cermin. Lihat dan nilai diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah ustaz fadzil noor masih ada... harapkan hj hadi dok rok sekepeng...
ramai calon pr yg berjaya jadi mp hasil penat lelah dan pengaruh kuat anwar...bila dah senang dah lupa pada pengorbanan anwar... skrg ni siapa yg berani berdepan dgn umngok tu? Nik amar? Nik abduh? Hj hadi? Din ayam? Puiii...

Tanpa Nama berkata...

Wahai saudara Anwar kami rakyat M'sia sentiasa mendoakan anda dan keluarga anda. Pengorbanan anda tidak ternilai. Semoga Allah menjaga anda dan mendengar doa kami tentukan yg terbaik utk rakyat M'sia.

Tanpa Nama berkata...

Itu pandangan org yg seangkatan almarhum ustaz fadzil, tapi bagi ulalama muda serta pemikir2 muda dlm pas lebih senang bersama2 khurfat bn

Tanpa Nama berkata...

Mereka semua inilah pejuang bangsa, Anuar, Mat Sabu, Dr Hatta, Mahfuz, Husam dan ramai lagi golongan profesional dlm PAS dan PKR. Tetapi sesetengah tok2, pak2, abang2 seraban yg memikul status uztaz dlm PAS hanyalah pejuang utk keperluan peribadai yg menggunakan agama utk mencapai hasrat mereka. Dlm sejarah politik Msia berapa ketul shj uztaz2 dlm PAS lebih2 lagi uztaz2 pemimpin muda PAS yg pernah terpenjara kerana memperjaungkan hak rakyat dan menentang kebenaran?

Tanpa Nama berkata...

Saya lebih mahu dan ingatkan padanya. Dia tidak sempurna seperti kita tidak sempurna tetapi dia lebih baik daripada orang2 yang mencacinya dan mengatakan dia telah memecah belahkan orang Melayu....betapa dangkal fikiran orang yang berkata begitu..tapi tak apa...lubang kubur menanti kita semua..bersedialah untuk kita menjawab di padang masyar nanti!!!

Tanpa Nama berkata...

TERBAIK

ahmad fuaad berkata...

Biar pak subky dan saya berdua yg ingat dan mahu kepada sdr anuar ibrahim

Saiful berkata...

Apakah saudara Anwar..tk ..semoga Allah permudahkan disitu..semoga nyamuk2 pun kesian padamu saudaraku..tk..jika blh ingin aangat diri ini utk menziarahi
.
...pd yg mampu berkokok mcm ayam serama pondan ingat masa anda berkuasa sudah semakin akhir..tunggu ditermerloh bn akan menang kembali

Tanpa Nama berkata...

Dah berapa kali kita turun jalan raya?
Perasan tak....ada beberapa kali semua pemimpin besar berjaya sampai destinasi.
Tapi ada sorang pemimpin besar ni, baru ja mula nak berkumpul dah kena tangkap.
Tangkap pulak macam menyerah diri. Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Mana orang penting diri sanggup mati dalam penjara. Saya tidak sanggup. Pinjam kata kata Subky

Yang berustad berdakwah je Nak mengatakan Anwar seperti yang Subky katakan pun tak berani Habis title Ustad

Satu peringatan yang baik untuk semua khususnya kepada anak anak muda yang bergelar ustad ulamak

Tanpa Nama berkata...

Tergenang air mata ini membaca tulisan pak subky..dari awal DSAI di pecat lagi hingga ke saat ini saya masih percaya kpd kebenarannya..masih mendokan Allah melindungi DSAI dan keluarganya.. sgt sedih bila ada rakan2 dan saudara mara yg percaya dengan fitnah yg dilemparkan kpd DSAI..malah sama mengutuk dan menghinanya..mengapa mereka tidak dapat berfikir spt saya dan berfikir spt pak subky..

Tanpa Nama berkata...

APA YG DITULIS OLEH SUBKY TENTANG ANWAR ADALAH BETUL,KAMI BERSAMAMU

Tanpa Nama berkata...

Apa yg dikata kan oleh subky adalah betul terhadap anwar,cik subky x berseorangan

Tanpa Nama berkata...

Mujur anwar dipenjara, kalau tak mesti najib dah kena gst(gasak sampai tersungkur) dengan keadaan skrg ni.1mdb dan cukai gst antara isu yg sangat mantap jika bijak diangkat oleh pr buat buka mata totok umno. Walaupun ada dua tiga kerat yg bijak main isu ni, tapi nampak tak solid dan tak all out. Mungkin sebab terlalu banyak isu kot, jadi tak fokus.. kalau nak harap geng mokthar snake, entah dia tau ke tidak yg 1mdb ni wujud..

Tanpa Nama berkata...

Setuju benor youp

Tanpa Nama berkata...

Saya salute DSAI dn keluarga beliau. Moga Allah panjangkn umur DSAI utk melihat keadilan dan kebenaran mengatasi kebatilan di negara kita.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah saya bersam pak subky dan seangkatan mengenang anwar sebagai insan yang perlu dikenang.

Tanpa Nama berkata...

Maaf Pak Subky, janganlah terlalu tinggi memuji DSAI sedangkan dalam masa yang sama tuan bersekongkol dengan golongan proulama memaki hamun beliau. Hipokrit adalah penyakit yang sukar diubati terutama pada usia yang telah lanjut.

missa69 berkata...

Baru lah saya ketemu satu kenyataan yang dapat memuas kan hati nurani bila ada seorang yang menulis tentang diri seorang hamba Allah yang paling di zalimi oleh pemerintah dan rakyat yang benci dengan nya shabas Saudara Subky terus kan senjata pina mu biar akal yang di kurnia kan ASWT akan dapat menimbang kan yang mana benar dan yang mana bathil

Tanpa Nama berkata...

Jika tiada yang mahu kepada Subky, biar saya seorang yang mahu dan ingat kepadanya

Boley Jalan berkata...

Masa ustaz Fadzil ameno telah jadi kurafat. Sedih di zaman Hadi, din wel payer, din ayam dan zuhdi marzuki pun jadi kurafat.......berjangkit rupanya penyakit kurafat ni ye! Perasan jadi ulama pun kurapat juga malah bila mereka ini terlibat dgn koporat, mereka dah jadi kurapat keparat lah pula! Alahai nipis nya semangat juang keparat2 ini.......

Tanpa Nama berkata...

syabas tn hj subky. kpd macai2 umno dan ngo pejuang (konon!) melayu dan geng2 ustaz pas, berapa ekoq yg sanggup masuk penjara demi perjuangan? rasanya baru kena jentik dgn fru dah turnover. tak payah bercakap berdekah2 tp belum kena uji. kpd geng ustaz muda pas, cuba ambil iktibar drpd tim presiden hj mat sabu. dah puluh tahun cebur diri dlm pas tp hidup serba sederhana. tak bernafsu besar mcm kamu nak milik bmw, vellfire, mini cooper lps tu nak cakap pasal perjuangan. apa yg kamu dah perjuangkan utk rakyat? nak bantah kenaikan harga minyak atau kenaikan harga barang pun tak pernah dengar! gst jauh sekali

Tanpa Nama berkata...

teruskan menulis untuk kebaikan semua,sebab pembaca bolih menilai apa yang ditulis,sekurang2nya pak Subky dah sedar kesilapan menulis yang dulu dan kini memberi satu penilaian tinggi tentang Anwar,semoga Pak Subky menulis untuk membetulkan puak2 ustaz UALRMAK.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah bersama DS Anwar Ibrahim

air gunung berkata...

Sedaree..bljrl laaa dgr dan berfikir dr pendapat org lain..berfikir dgn tenang.bkn dgn kepala or otak sehala serta berkecamuk..

Mattamam berkata...

WALLAHI..TERHARU & MENITIS AIR MATA DENGAN NUKILAN PAK SUBKI..SAYA JUGA BERSAMA PAK SUBKI MENDOKONGI PERJUANGAN DS ANWAR MENGHAPUS KHURAFAT UMNO.. CUMA SEDIKIT TERKILAN DENGAN APA YANG BERLAKU DALAM PAS SEKARANG..SELAMA INI TURUT SERTA DALAM DEMONSTRASI SEMATA2 NK MENURUNKAN KHURAFAT BN, SEKARANG KECEWA DENGAN SEBAHAGIAN USTAZ2 PAS YANG TELAH MENURUNKAN GEAR RENDAH DALAM MEMACU KE PUTRA JAYA..AMAT MENGECEWAKAN..

Tanpa Nama berkata...

Hari ini puak mustakbirin beramai ramai ketawa kerana mereka sangka mereka berkuasa selamanya...mereka lupa firaun mati makan pasir dilautan merah....mereka lupa mereka juga akan mampus keseorangan menanggung azab kezaliman mereka...oleh itu perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan akan terus menumbangkan khurafat dan kebatilan umno bn..meskipun tak ramai pendukungnya...kerana Allah Maha Berkuasa dari umno bn, syaitan dan toghut seluruhnya

Tanpa Nama berkata...

Jangan kan sanggup dipenjara 5 tahun 5 bulan pun dah lesi Jangan kan 5 bulan 5 minggu pun kecut telur Jangan kan 5 minggu 5 hari pun belum tentu Jangan kan 5 hari 5 jam pun kira macam aku jugak lah tapi ada jugak sedikit keberanian turut serta demo demo di KL

Terasa yang berkokok ini di tuju kepada ostad ostad tak kira lah dalam PAS ke atau luar PAS Sampai ada yang nasihat Anwar duduk luar negara ! Dan ada yang terus senyap bila Liwat II di katakan isu peribadi Anwar

Besar sungguh pengorbanan Anwar Nak cakap Anwar Hebat nanti ada pulak yang cemburu

Tanpa Nama berkata...

Yang penting kurafat Umno dibersihkan.

Kena buang kata kata dan fikiran yang UMNO tak boleh tumbang

Kepercayaan kurafat ini lah yang ujud nya usaha usaha UG

lan44646 berkata...

Tiada yg lebih layak untuk memimpin Rakyat Malaysia ,
Selain DSAI.
Kearah Malaysia maju seiring dengan sejahtera Rakyat yg berbilang bangsa dan agama,
Komitmen beliau diperingkat antarabangsa serta pengalaman yg luas bakal menyelamatkan Malaysia yg hampir parah,
Malangnya ada golongan yg tidak waras melumpuhkan Harapan
Majoriti Rakyat untuk lihat kemajuan negara yg boleh dibanggakan,
Semoga Allah beri kekuatan buat pemimpin Harapan Rakyat.
Dimana separuh kekuatan Rakyat baru meniggalkan Kita,
Banyak kan doa DSAI dan keluarga ,kerna doa org dizalimi tiada sekatan.cuma bila dan dimana cuma Allah yg menentukan,

Tanpa Nama berkata...

To ustaz@ulamak UG Pas, u are nothing compared to Anwar. Tak guna ada pelajaran agama tp. Mentaliti hampeh! Aku akan pastikan tidak mengundi mereka ini!

SUDUT PAK DIN berkata...

Nak tahu umno amanah atau tidak, saya cabar istihar kekayaan pemimpin mereka baru tahu.