24 Jul 2015

Hubungan PAS - DAP: Dulu Semua OK, Sekarang Semua Tak Boleh!

Kenapa PAS berkawan dengan DAP sebelum ini, soal Khalid Samad

Gesaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada ahli-ahli PAS agar tidak menganggap DAP sebagai “wali” lewat petang semalam, tidak disenangi Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut Khalid, seruan presiden PAS itu menimbulkan tanda tanya kepada sikap parti Islam itu yang sejak 2008 bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Apa yang berlaku dari 2008 sehingga sekarang ini, kita tertipulah dengan pimpinan yang selama ini cakap (berulang kali) kukuhkan PR, kukuhkan PR; tetapi kini dah mula menyerang DAP, kata DAP cauvinis, anti-Islam.

"Lalu yang selama ini kita berkawan dengan DAP, memerintah sejak 2008 ini, apa cerita? Jadi, mana logiknya?"
kata Khalid kepada The Malaysian Insider di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Hadi semalam mengingatkan ahli parti itu tidak menjadikan DAP sebagai ketua kerana mereka "tidak beriman".

Menurutnya, hanya ahli PAS yang sedar mengenai perjuangan Islam dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman," katanya dalam satu kenyataan.

Seruan itu dibuat Hadi selepas ketua umum PKR yang terpenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan gabungan pembangkang baharu selepas PR berkubur tidak lama dahulu apabila PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Ia juga dibuat selepas ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang mengumumkan pembentukan gabungan baharu parti politik sedang berlangsung tanpa melibatkan PAS.

Kenyataan itu turut dibuat selepas kumpulan profesional yang popular di peringkat nasional tewas dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 sedang membentuk parti baharu menerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) – satu tindakan yang didakwa PAS sebagai ditaja DAP.

Menurut Khalid, parti baharu yang ingin ditubuhkan itu tidak pernah didalangi DAP dan menurutnya, kenyataan Hadi seolah-olah menggambarkan PAS kini terpedaya dengan kempen politik Umno.

"Bagi saya apa yang dinasihatkan itu, tidak relevan malah saya mahu jawab, janganlah kita terjatuh dalam perangkap Umno.

"Jadi, mana logiknya? Saya merasakan pihak pimpinan PAS sedia ada termakan umpan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga ke tahap mereka sekarang ini kedengaran seakan-akan pemimpin Umno yang menyerang DAP selama ini," katanya.

Terdahulu, Khalid menyertai wawancara atas talian dengan kumpulan Facebook "The Rage for Liberty" selama sejam.

Dalam wawancara itu, Khalid menegur sikap PAS yang kebelakangan dilihat cenderung bermusuh dengan bekas sekutunya serta pendiri GHB dalam PR berbanding mengkritik Umno dan BN.

"Sepatutnya PAS lihat dulu parti yang ingin kami tubuhkan sebelum isytihar kami sebagai musuh. PAS kebelakangan ini bagaikan lebih minat berlawan dengan parti pembangkang daripada parti kerajaan. Tidak pelikkah?" kata Khalid.

Wawancara itu dibuat secara bertulis di dinding Facebook kumpulan itu dengan anggota-anggotanya bertanyakan soalan secara langsung kepada Khalid. -TMI

ULASAN GB

Hairan kita.

Sebelum ini tak timbul soal wali soal ketua di dalam Pakatan Rakyat. Tiba-tiba bila dah ada GHB, macam-macam "fatwa" dikeluarkan untuk menghalang ahli untuk menyertainya. Dia buat semua boleh, orang lain tak boleh.

Malah sebelum ini Haji Hadi sendiri yang memuji-muji DAP dan membuat kenyataan berikut:


Bila dah berseteru, sekarang hanya nampak yang buruk, yang baik semua sudah dihanyirkan.

Penyertaan wakil-wakil PAS di dalam kerajaan PR Pulau Pinang dan Selangor itu dikira bagaimana pula? Tidakkah wajar PAS mengarahkan wakil-wakil dan ahli-ahlinya untuk letak jawatan?

Pinjam balik syair itu, biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB berjalan terus ke Putrajaya bersama Pakatan baharu yang bakal ditubuhkan!

p.s. kami tak sebut pun siapa anjing dan serigala itu... ia berbalik kepada tuan yang awal menyebutnya... demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan...





IKLAN BERBAYAR







Isu Baiah Talak Tiga Papar Wajah Hodoh PAS

Mujahid: Bai'ah kepada PAS ada batasnya

Sumpah bai'ah yang dilafazkan oleh wakil rakyat PAS akan menghukum mereka yang mengkhianati parti.

Tetapi bagaimana jika parti itu yang mengkhianati wakil rakyat yang mengangkat sumpah, soal MP Parti Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof

"Isunya pengkhianatan. Apa pengkhianatan itu? Jika parti itu sendiri yang mengkhianati (orang yang mengangkat sumpah), jadi bagaimana kita nak ikut peraturan parti?

"Apa berlaku jika kita mengetahui bahawa parti tidak selari dengan apa yang mereka ajar? Bagaimana jika parti melakukan perkara lain? Bagaimana anda boleh kekal setia jika parti melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, sebagai contoh?

"Bahagian pengkhianatan itu terlalu luas dan ia menuntut persoalan sama ada ia terikat tanpa syarat,"
katanya kepada Malaysiakini.

Isu bai'ah tercetus baru-baru ini kerana kumpulan progresif dalam PAS bercadang untuk menubuhkan parti Islam baru. Sumpah tersebut bermaksud untuk menghalang anggota parlimen dan ADUN PAS melompat parti.

Dipercayai setiap negeri mempunyai sumpahnya masing-masing, yang paling kontroversi adalah di Kelatan dan Terengganu yang memasukkan klausa perceraian.

Selangor mempunyai sumpah yang sama selepas pilihan raya umum 2008 tetapi Khalid Samad memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu tidak menjadi sebahagian daripada sumpah pada pilihan raya umum 2013.

"Saya difahamkan bahawa Kelantan dan Terengganu ada (klausa perceraian) tetapi tidak di Selangor," katanya.

Mujahid yang merupakan sebahagian anggota Gerakan Harapan Baru, berkata tidak ada klausa perceraian di Perak tetapi orang yang melanggarinya bakal dikutuk "oleh Allah, Nabi Muhammad, dan malaikat-malaikat". -mk


SUMPAH TA'LiQ TALAK ISTERI AHLI PAS TIDAK SAH

Jabatan Mufti Neger Pulau Pinang menerima banyak pertayaan daripada orang ramai mengenai sumpah bai'ah (kesetiaan) yang dilafazkan oleh ahli DUN dan Parlimen Parti Islam Semalaysia (PAS) dengan tertalaknya isteri dengan talak 3 sekiranya keluar parti atau melompat ke parti lain.

Pertama sekali saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan rasa kesal terhadap sikap memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talaq semata2 untuk mencapai kepentingan diri atsu kumpulan sendiri, sedangkan talaq atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah walaupun ianya diharuskan di dalam syari'at dalam keadaan yg terpaksa dilakukan kerana mempertimbangkan kemudaratan yang lebih besar skiranya hubungan antara pasangan diteruskan.

Oleh yang demikian ikatan perkahwinan adalah tidak wajar sama sekali dileraikan semata-mata untuk memaksa kesetiaan seorang Muslim kepada sebuah parti politik atau apa jua pertubuhan yang berkepentingan.

Talaq tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh sisuami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.

Sehubungan ini, saya menasihatkan kepada setiap orang yang telah melafazkan sumpah ta'liq yang tersebut supaya menebus sumpah itu dengan cara memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang fakir miskin atau, jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 3 hari sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Qur'an, surah al-Maidah 89.

Difahamkan daripada ayat ini bahawa sumpah yang dipaksa ke atas seseorang melafazkannya boleh dikategorikan sebagai sumpah yang lagha atau tidak dilakukan dengan niat yang sebenar. Sekian, semoga mendapat pethatian semua pihak.

DATO' DR WAN SALIM WAN MOHD NOOR
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.



PERLU JUJUR JIKA INGIN BERBICARA TENTANG BAIAH

Bagi menjamin para wakil rakyatnya terus taat setia kepada Pas, Pas menyediakan satu akujanji taat setia kepada perjuangan parti untuk diikrarkan oleh mana mana calon yang bertanding pilihanraya . Ia bertujuan memastikan mana mana wakik rakyat yang dipilih atas tiket Pas akan terus bersama Pas selepas mereka memenangi pilihanraya.

Sudah tentu baiah untuk terus bersama sama Pas dibuat atas premis segala tindakan yang dibuat oleh Pas selari dengan ajaran dan prinsip Islam. Jika tidak , sudah tentu ia termasuk dalam baiah yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

Dari segi moral politik, baiah atau akujanji taat setia itu suatu yang baik bagi memastikan mana mana wakil rakyat yang dipilih tidak mengkhiananti amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya tersebut.

Sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya sudah tentu Pas bukan sahaja megharapkan mana mana wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat atas tiket Pas akan terus menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat melalui undi mereka kepada calon calon Pas tersebut malahan wakil rakyat Pas juga bertanggungjawab memastikan Pas juga dalam masa yang sama tidak sama sekali mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada Pas.

Sudah tentu , menurut hemat saya,bila kita berbicara mengenai akujanji taat setia kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas itu , ia merangkumi aspek tidak mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada calon calon Pas tersebut. Dengan lain perkataan ,wakil rakyat Pas bukan sahaja perlu bersama dengan perjuangan Islam tapi wakil rakyat Pas juga perlu memastikan Pas juga , dalam apa apa keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh parti tersebut, tidak dalam apa keadaan meremehkan jauh sekali mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada Pas melalui calon Pas tersebut.

Sudah tentu misalnya apabila rakyat memilih calon Pas sebagai Ahli Parlimen mereka mengharapkan Ahli Parlimen itu bukan sahaja turun ke kawasan Parlimen yang beliau tandingi tersebut dan mengambil tahu dan cuba menyelesaikan masalah rakyat malahan rakyat juga mahukan Ahli Parlimen tersebut juga turut hadir dalam mana mana persidangan Parlimen dan turut sama mengambik bahagian dalam perbahasan di Parlimen. Jika itu tidak dilakukan sudah tentu ia boleh ditafsirkan sebagai meremehkan sokongan rakyat dan dikhuatiri ia juga boleh tergolong kepada pengkhianatan sokongan rakyat kepada calon Pas tersebut.

Oleh itu jika kita berbicara tentang baiah ia harus dilihat secara holistik dan tidak seharusnya disempitkan kepada aspek tertentu sahaja.

Dalam pilihanraya umum yang lepas ada beberapa realiti politik yang perlu diambil kira jika kita serius ingin bercakap tentang isu baiah.

Saya perhatikan, dalam perbincangan mengenai isu baiah setakat ini , mereka yang lantang menuduh para Ahli Parlimen dan Adun Pas yang menyokong Harapan Baru telah melanggar baiah, nampaknya, atas alasan yang hanya mereka sahaja tahu, telah gagal sama sekali mengambil kira realiti tersebut sekaligus amat mudah dan cepat mereka menjatuhkan hukuman ke atas ahli ahli Parlimen dan adun adun tersebut.

Antara realiti politik yang wujud dalam pilihanraya umum yang lalu adalah seperti berikut.

Pertamanya Pas telah mengadakan tahaluf politik dengan Dap dan Pkr atas nama Pakatan Rakyat ( PR ) dan Pas menyertai pilihanraya tersebut atas nama Pakatan Rakyat meskipun ketiga tiga parti tersebut menggunakan lambang atau simbul masing masing.

Keduanya, kerana wujudnnya PR itu, boleh dikatakan hampir seluruh kerusi Parlimen dan Dun yang ditandingi oleh calon calon Pas tidak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas dengan sama ada calon calon Dap atau Pkr kecuali dibeberapa tempat sahaja antaranya Dun Kota Damansara. Dalam isu Kota Damnasara wujudnya "penyeludupan" baiah melalui cara yang saya berani katakan amat tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu kepada calon Pas di Dun tersebut. Kesannya calon PR ( Pas dan Pkr ) kalah dan calon BN yang menang !!!

Ketiganya, calon calon Pas yang bertanding atas platform PR menghadapi musuh bersama iaitu Barisan Nasional ( BN ) dan apabila rakyat menyokong calon calon Pas mereka mengambil kira faktor tersebut.

Keempatnya , dengan wujudnya PR calon calon Pas mendapat manfaat yang amat besar sehingga beberapa kerusi yang ditandingi tersebut menyaksikan calon calon Pas menang ( termasuk ada yang menang dengan majoriti yang amat besar ) kerana mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Kerusi kerusi yang menang itu bukanlah kerusi tradisi Pas.

Kelimanya, sokongan rakyat ke atan calon calon Pas bukan hanya datang daripada ahli ahli Pas sahaja sebaliknya ia melangkaui ahli ahli Pas. Malahan di kawasan yang tinggi peratusan pengundi bukan Islam calon Pas berjaya menang. Sebagai contoh di Dun Putri Wangsa, Negeri Johor, YB Abdullah Hussien yang pada masa itu memegang Ketua Dewan Ulama Pas Johor berjaya menang bila peratus pengundi bukan Islam di situ sebanyak 47 peratus.

Keenamnya, hasil sokongan pelbagai kaum , bangsa dan agama atas calon Pas , Pkr dan Dap maka kita berjaya memerintah Selangor atas nama PR maka bagaimanakah sokongan rakyat yang membawa Pas turut sama dalam Kerajaan PR tiba tiba Pas tidak rasa apa apa bila tindakannya mengkhianati sokongah rakyat tersebut.

Sebagai contoh , semua orang tahu bagaimana Pas, dalam isu MB Selangor , telah memberikan kepada pihak Istana tiga nama calon MB Selangor yang kesemuanya daripada Pas tanpa perbincangan dengan Dap, Pkr malahan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sendiri. Tidakkah ini satu tindakan pengkhianatan ? Saya tidak pasti Islam yang mana membenarkan pengkhianatan seperti ini ?

Isunya adakah dalam kita berbicara mengenai isu baiah, realiti realiti politik di atas wajar diremehkan begitu sahaja dan kita menghadkan isu baiah itu kepada satu sudut perbincangan sahaja dan melupakan sama sekali aspek aspek lain yang wajar diambil kira.

Ahli Ahli Parlimen dan Adun-Adun Pas , khususnya yang kalah dalam pemilihan AJK Pusat yang lalu, adalah mereka yang istiqamah memastikan Pas terus bersama sama PR dan atas dasar itu mereka telah menerima pelbagai gelaran dan ejekan. Mereka istiqamah mahukan Pas tidak mengkhianati sokongan rakyat kepada Pas melalui PR. Mereka yakin tindakan Pas yang bertentangan dengan permuafakatan bersama PR sekaligus meranapkan PR adalah satu pengkhianatan kepada sokongan rakyat dan ia tidak selari dengan ajaran dan prinsip Islam. Harapan Baru wujud antara lain atas kesedaran hal tersebut.

Oleh itu jika kita ingin berbicara isu baiah , permintaan kecil saya, paling kurang biarlah kita jujur dalam perbicaraan itu. Janganlah berbicara baiah yang terpilih.

Wallahu 'alam.

MOHAMED HANIPA MAIDIN



WAJARKAH BAIAH TALAK TIGA PAS?
- Prof Muhammad Agus

Bagi pendokong PAS, mereka kata wajar atas hujah berikut:

i. supaya pemimpin yang dipilih atas tiket parti PAS tidak mengkhianati perjuangan, apatah lagi perjuangan Islam PAS.
ii. sebelum baiah ini dibuat, pemimpin ini tidak bantah pun baiah tersebut.

Mufti Kelantan telahpun menyatakan baiah ini sah. Bermakna apabila pemimpin PAS tersebut keluar dari PAS, maka jatuhlah talak tiga ke atas isterinya. Jika ada pertikaian, rujuklah ke Mahkamah Syariah untuk keputusan autoritatifnya.

Bagi bukan pendokong PAS, mereka menyatakan tidak wajar atas hujah berikut:

i. Cerai perlu dibuat secara sukarela, bukan paksa.
ii. Cerai adalah perbuatan yang paling Allah tegah dan tidak boleh dibuat main-main.
iii. Baiah setia itu hanya pada Allah, bukan pada parti dan pemimpin.

Meneliti kedua-dua hujah, saya tidak berupaya untuk mengulas sah atau tidak sahnya baiah ini.

Tetapi sebagai pelajar politik, komen saya sederhana sahaja: saya terkejut isteri pun boleh dicagar sebagai syarat untuk setia pada parti bagi menjadi calon dalam pilihan raya. Bertanya saya dalam hati, apakah Islam membenarkan perbuatan sebegini?

Merenung seterusnya, jika betullah ada baiah cerai talak tiga jika keluar dari parti PAS, ini adalah sekarut-karut tindakan!



ULASAN GB

Isu Baian Talak Tiga sengaja diperbesarkan oleh para ulama PAS untuk menakutkan wakil-wakil rakyat PAS yang ingin bertindak meninggalkan PAS.

Dan ia sekaligus memaparkan wajah hodoh yang sebenar ada pada PAS yang tidak diketahui oleh rakyat selama ini dan sewajarnya rakyat amnya dan umat Islam khususnya perlu menjauhi PAS selama mana baiah talak itu dikekalkan.

Syukur kepada Alah kerana terbongkarnya isu ini, setidak-tidaknya rakyat dapat menilai bagaimana PAS menggunakan taktik paling hina untuk mempastikan kelansungan survivalnya.

Kedua kita bersyukur kerana ia adalah untuk membuang nanah (baiah talak) yang membusuk di dalam PAS.

GB sudah ulas sebelum ini:

Sayugia dimaklumkan bahawa baiah berkenaan dilakukan ketika PAS masih berada di atas landasan perjuangannya yang benar dan PAS PADA KETIKA ITU adalah rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apabila kedua-duanya sudah tidak wajud maka dengan sendirinya baian itu TEBRATAL.

PAS telah terpesong perjuangannya, sudah tidak Islamik.

Berkali-kali kita dedahkan perbuatan2 seperti memfitnah, melabel, mencaci, memaki sot jebon, anwarinas, binatang, barua, tolol dan lain lain, islamikkah itu? Parti sahaja masih bernama Parti Islam sedangkan tindakan, perbuatan dan akhlak para pemimpin dan ahlinya sudah tidak Islam lagi.

Kebetulan perbuatan memfitnah, mencerca dan memaki hamun itu dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat dari kalangan progresif. Ia seperti memerangkap kumpulan progresif dan kemudian menyatakan kamu telah berbaiah!

Mereka (kumpulan yang menamakan mereka ulama) cuba memerangkap dan menipu kumpulan progresif, sedangkan mereka sebenarnya cuba menipu Allah swt.


Apabila keadaan seperti itu berlaku yang akan menerima laknat ialah parti pas sendiri dan mereka yang melakukan tindakan-tindakan yang tidak Islamik itu termasuklah pimpinan dan ulama parti yang sengaja membiarkan gejala yang tidak Islamik itu berlaku di dalam parti (malah dalawam waktu tertentu ulama sendiri melakukan) semata-mata untuk menyingkirkan kumpulan progresif itu dari saf kempimpinan parti.

Oleh itu YB-YB tidak perlu takut untuk meninggalkan PAS kerana keyakinan kita bahawa PAS telah terpesong dari landasan perjuangan Islam, dipesongkan oleh ulama-ulama gila jawatan.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Maha Melihat, dan golongan professional tidak semudah itu boleh diperbodohkan. Alalh akan tetap memelihara dan menyayangi mereka. Kerana Allah Maha Tahu dengan kerana merekalah dulu PAS berjaya berada di aras yang ada kini... malah kita yakin merekalah ulul-albab (orang-orang yang mempunyai fikiran) seperti yang disebut berkali-kali oleh Al-Quran.

Hukum kebenaran dan keadlan akan tetap berjalan.

Wallahu 'alam.


Dan sebagai mengakhiri isu ini, tinggalkan ulama-ulama PAS dan lihat kepada paparan ayat-ayat di bawah.







IKLAN BERBAYAR







23 Jul 2015

[TERBAIK] 3 Bekas Pesuruhjaya PAS NS Pimpin GHB Negeri Sembilan

Seremban - Tiga bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan membarisi ahli jawatankuasa Harapan Baru di negeri berkenaan.

Mereka terdiri daripada Zulkefly Mohamad Omar yang dilantik Pengerusi, manakala Mohd Taufek Abd Ghani dan MK Ibrahim A. Rahman, masing-masing memegang jawatan Timbalan Pengerusi I dan II.

Ketiga-tiga mereka pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan malah MK Ibrahim kini masih memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Seremban.

Sementara Mohd Faiz yang juga anak bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor turut memegang jawatan sebagai Setiausaha dan Yang Dipertua Pas Jelebu, Basri Sawar memegang jawatan sebagai Bendahari.

Menurut Zulkefly, barisan pemimpin parti baharu itu diyakini mampu memperkukuhkan PR dalam misi menawan Putrajaya.

“Agenda tubuhkan parti ini untuk kukuhkan PR. Sekarang kita tetap meneruskan misi untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

“Strategi dan dasar perjuangan kita berdasarkan Buku Jingga PR dan agenda rakyat tetap diutamakan dalam perjuangan kami,” katanya pada sidang media memperkenalkan ahli jawatankuasa Harapan Baru Negeri Sembilan di sini semalam.

Zulkefly berkata, kebanyakan barisan kepimpinan Harapan Baru masih ahli Pas dan status keahlian akan diperbaharui apabila parti baharu itu berdaftar secara rasmi.

“Kalau ikutkan perlembagaan, keahlian kami sebagai ahli Pas akan terbatal apabila menyertai parti lain tetapi kami akan keluar secara sukarela bila tiba masanya.

“Setakat ini, kami masih lagi ahli Pas dan kita yakin ramai ahli Pas yang lain akan menyertai Harapan Baru kerana kita menerima respons yang amat baik daripada semua tidak kira latar belakang parti dan agama,” katanya.

Zulkefly berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada Pas sekiranya parti itu bersetuju menjalinkan kerjasama dalam misi menawan Putrajaya.

“Tiada istilah musuh antara kami kerana perjuangan kami sama iaitu untuk menang pada PRU akan datang dan menumbangkan BN.

“Kita tidak mahu PR terkubur, jadi masing-masing mempunyai agenda dalam perjuangan parti. Apa yang lebih utama ialah untuk menang pada PRU nanti,” katanya. -SH





IKLAN BERBAYAR







PAS Tersingkir Dari Pakatan Baharu Yang Bakal Diwajudkan

Gabungan baru pembangkang bakal lahir

Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sudah tentu PAS tidak termasuk," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Beliau ditemui di majlis hari raya Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menurut Lim, pengecualian PAS dibuat ekoran tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui sebelum ini.

"Namakan ia PR (Pakatan Rakyat) baru, PR 2.0 atau Gerakan Baru. Ia dalam proses pembentukan," kata Lim.

Difahamkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sedang mengadakan rundingan dengan PKR dan DAP.

Gerakan itu dibarisi ramai pemimpin progresif PAS yang 'dikorbankan' perwakilan dalam muktamar parti itu awal bulan lalu. -mk


Pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dibincang, kata Kit Siang

Cadangan penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dalam perbincangan, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata perbincangan masih dijalankan antara PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi mewujudkan sebuah pakatan pembangkang yang baharu setelah PAS menamatkan hubungannya dengan DAP.

"Terdapat perbincangan yang sedang berjalan. Dengan berakhirnya Pakatan Rakyat (PR), diperlukan kenderaan baharu di mana harapan dan aspirasi rakyat dalam pilihan raya umum boleh diteruskan.

"Oleh itu kami berbincang mengenai kenderaan baharu itu sama ada ia akan berupa pakatan baharu, pakatan rakyat 2.0 atau harapan rakyat. Ia sedang dalam proses dibentuk," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen, hari ini.

Lim berkata PAS tidak akan terlibat dalam pakatan baharu yang bakal diwujudkan kerana beliau mendakwa PAS merupakan punca utama 'kematian' PR. – Bernama,


ULASAN GB

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.

Pengkhianatan PAS terhadap rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat akhirnya menyebabkan PAS TERSINGKIR KELUAR dari gabungan baharu yang bakal dibentuk.

Di dalam sesebuah orginasasi seperti Pakatan Rakyat kita perlu bertoleransi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-cita utama. Dan apabila ada di kalangan parti komponen yang tidak dapat untuk berlaku setia, maka sewajarnyalah ia dinyahkan dari organisasi berkenaan.

Jikalah hudud menjadi sebab utama PAS tidak dapat menyatakan persetujuannya dengan PR, kita merasakan ia adalah hanya helah PAS kerana Presiden PAS sendiri pernah mengakui bahawa hudud bukan agenda utama PAS dan DAP berhak tolak hudud.


Apatah lagi Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi sendiri pernah menyakan bahawa Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud.


Presiden PAS sebenarnya tidak berakhlak dan tidak berdisiplin apabila gagal menghadiri mesyuarat Majlis Presiden berkali-kali Presiden PAS menunjukkan keangkuhannya apabila beliau dengan bersahaja menjawab: Atas sayalah nak hadir atau tidak! Apabila di tegur DAP dan LGE, maka dimakinya DAP dan LGE, bukan hendak muhasabah dan perbaiki diri. Malah Pak Samad sendiri pernah menegur Haji Hadi... pun tidak dihiraukan.


Malah beliau juga kerap kali ponteng Parlimen!

Dan pilihan yang ada bagi PAS kini ialah menyertai BN atau berjuang bersendirian. Dan kita sedia maklum bahawa jika PAS bersendirian, maka ramai calon PAS bakal kehilangan depositnya kerana selama ini, kemenangan PAS adalah kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kepada PAS semata-mata.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap menghukum PAS akhirnya!





IKLAN BERBAYAR







22 Jul 2015

Anwar Umum Gabungan Baharu Bakal Ditubuhkan

Anwar umum gabungan baharu pembangkang

Sebuah pakatan baharu pembangkang yang termasuk kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa rakyat Malaysia menyertainya dalam menyelamatkan negara.

Dalam perutusan dikeluarkan melalui peguamnya semalam, ketua umum PKR yang dipenjarakan itu menyuarakan kebimbangan mengenai situasi negara yang disifatkannya sedang melalui "krisis semakin teruk" akibat skandal rasuah dan kewangan, juga kejatuhan nilai ringgit.

Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

"Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

"Tindakan bersama pelbagai kumpulan ini, yang komited terhadap pembaharuan dan perubahan, akan menawarkan demokrasi tulen dan satu alternatif yang adil kepada rakyat.

"Marilah kita mengenepikan segala pertimbangan dan perbezaan lain, dan memberi tumpuan kepada perjuangan yang hebat ini untuk menyelamatkan Malaysia," kata Anwar dalam perutusan itu.

Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan sekutunya DAP serta PAS, tidak lagi wujud apabila parti Islam itu membuat keputusan pada muktamar bulan lepas memutuskan hubungan dengan DAP.

Bekas timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sebelum ini berkata pakatan pembangkang baharu akan diumumkan selepas Hari Raya.

Bulan lepas, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui PR tidak lagi wujud, susulan usul PAS pada muktamarnya memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP kerana perbalahan mereka dalam isu hudud yang menjadi agenda parti Islam itu.

Gerakan Harapan Baru (GHB) dilancarkan minggu lalu oleh sekumpulan pemimpin progresif PAS yang tersingkir pada pemilihan awal Jun lalu, termasuk Mat Sabu dan bekas pemimpin kanan seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. -TMI

ULASAN GB

Sebuah gabungan baharu bakal ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Menurut Anwar, gabungan itu akan turut dianggotai semua kumpulan progresif termasuk Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

"Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

Samada PAS diterima untuk menyertai gabungan yang baharu nanti, adalah bergantung kepada keputusan gabungan parti-parti baharu yang menyertainya. Dan sepastinya pembentukan gabungan yang baharu akan mempunyai struktur kepimpinan yang lebih teratur, lebih progresif dan lebih berdisiplin, tidak seperti Pakatan Rakyat dahulu dimana "ada ketua parti yang sentiasa ponteng" dan membelakangkan suara bersama di dalam Majlis Presiden.

Dan inilah juga bahananya apabila PAS membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP dan PAS perlu terima hakikat penubuhan gabungan yang baharu mengggantikan Pakatan Rakyat.

PAS juga sepatutnya sudah mengetahui "risiko" itu, dan sepatutnya juga sudah bersiap sedia untuk keluar dari kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

InsyaAllah, dengan pelbagai skandal yang terdedah di dalam kerajaan kerajaan UMNO BN, akan memudahkan laluan gabungan baharu ini untuk menang cemerlang di dalam pilihanraya yang akan datang seterusnya menguasai parlimen dan Putrajay.





IKLAN BERBAYAR







Jawapan Untuk TITM: Jangan Melampau Hina GHB

Secebis ingatan buat TITM dan PAS yang semakin jauh meninggalkan perjuangan dan akhlak Islam.

Kpd: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Dpd: Madah Pujangga

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB.
Kerana merekalah lah PAS dikenali umum (melalui PAS4ALL)

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB.
Kerana pada merekalah ahli-ahli parti melihat contoh golongan yg ditarbiyah berkorban dan memahami perjuangan Islam.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
kerana merekalah inilah PAS diberi sokongan bila bertanding dan memenangi di kerusi-kerusi yg PAS tidak pernah menangi.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB
kerana ramai di antara mereka yg banyak berkorban masuk keluar penjara sedangkan golongan ustaz hanya bersilat dipentas ceramah dan menjual air liur serta menikmati elaun, gaji dan pencen.

Jangan melampau menghina tokoh -tokoh GHB ini
kerana bukanlah hak kepimpinan ulama mempersoalkan keikhlasan berjuang dan golongan ulama sendiri belum pernah diuji seperti yg telah mereka lalui

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
kerana ukhuwwah dan akhlak Islam tidak mengizinkan kita mencaci, mencerca dan memfitnah mereka kerana kita tidak tahu siapa lebih mulia di sisi Allah.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepada mereka.

Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa tokoh - tokoh GHB ini sama - sama menyumbang hasil jerik perit untuk menolong PAS sebelum ini tetapi kini kamu mengelabah dgn kekuatan mereka. Ada di antara mereka telah berada di medan perjuangan ketika sebahagian pemimpin PAS masih di sekolah lagi.

Jangan melampau membenci tokoh - tokoh HB ini,
kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap, akhlak dan keterbukaan serta kematangan kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.

Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. Jangan lupa hisab diri sendiri.


Jangan melampau hina Pas, pesan Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengingatkan bekas-bekas pemimpin Pas yang telah meninggalkan perjuangan parti itu agar tidak melampau dalam menghina Pas.

Menurutnya, kerana parti itulah bekas-bekas pemimpin tersebut menikmati kelebihan termasuk dikenali serta menjadi wakil rakyat.

"Secebis ingatan buat sahabat yang semakin jauh meninggalkan bahtera perjuangan Pas. Jangan melampau menghina Pas, kerana Pas lah kamu dikenali umum.

"Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas parti inilah kita diberi tempat bertanding dan memenangi pelbagai gelaran dan jawatan.

"Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas nama parti Pas lah kamu menjadi YB (Yang Berhormat) dan menikmati elaun, gaji dan pencen," katanya melalui catatan terbaharu di Facebooknya.

Sejak kebelakangan ini, beberapa bekas pemimpin kanan Pas dilihat terus 'menyerang' parti itu susulan perancangan penubuhan sebuah pergerakan, Gerakan Harapan Baru.

Terbaharu, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyebut bahawa Pas sudah tidak relevan dan Gerakan Harapan Baru itu merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu.

Melalui catatan sama, Tuan Ibrahim turut berkata, jangan melampau dalam menghina Pas kerana ramai yang berjuang untuk pemimpin-pemimpin itu.

"Jangan melampau menghina parti ini kerana ribuan ahli yang ikhlas berjuang tanpa mendapat kesenangan sebagaimana yang kamu kecapi.

"Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa inilah hasil jerih perit ahli parti yang kamu cerca ini berkorban bagi memenangimu," katanya.

Malah beliau menegaskan agar bekas-bekas pemimpin itu tidak menghina Pas hanya kerana sudah tidak sekapal lag.

"Jangan melampau menghina parti ini, hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepadanya.

"Jangan melampau membenci parti ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini. Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi," tulisnya.






IKLAN BERBAYAR







21 Jul 2015

[PENDEDAHAN PANAS] Di Mana Mulanya Krisis PAS?

Apa yang terjadi dengan PAS sebenarnya? – Arifin Zakaria

1. Dua soalan popular ketika hari raya tentang PAS. Pertama kenapa habis sepasukan pimpinan lama dibuang? Sedangkan dengan merekalah kami kenal PAS. Era 80-an dan 90-an nama popularnya Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Solehudin Ayub dll. Pasca reformasi popular dengan Dr Dzul, Dr Mujahid, Mazlan Aliman, Ustaz Ghani Samsudin, Nizar Jamaludin dll. Tetapi kenapa mereka dibuang kesemuanya?

2. Soalan kedua popular. Benarkah bekas pimpinan yang tewas ini hendak tubuh parti? Kenapa perlu tubuh parti? Tidak bolehkah bersabar dan tunggu perubahan seterusnya dalam parti? Tidakkah nanti dituduh tidak boleh terima kalah lalu tubuh parti? Tidakkah UMNO sebenarnya yang mengupah mereka ini agar tubuh parti? Tidakkah mereka ini berada dalam percaturan JIM/IRC/IKRAM/HIS untuk ranapkan PAS? Inilah dua jenis soalan yang kerap ditanya. Saya cuba menjawab dengan pengetahuan dan maklumat yang ada pada saya.

4. Menjawab soalan pertama. Mereka ini dibuang setelah melalui kempen yang panjang. Ada yang mengatakan 18 bulan pasca muktamar 2013 hingga 2015 kempen non stop dilancarkan untuk membuang mereka. Sebenarnya tidak. Sebelum itu lagi. Sejak pemilihan tahun 2009 lagi.

Mereka ini dilihat menentang UG atau Kerajaan Perpaduan dengan PAS - Umno. Sebenarnya UG ini tidaklah sama maksud dengan apa yang Presiden lontarkan pada tahun 2009. Presiden TGHA lontarkan UG yang menggabungkan kesemua parti politik termasuk PKR dan DAP untuk buat perubahan dalam kerajaan.

Walaupun lontaran yang tidak masak, tetapi bukan UG itu yang ditentang. Tetapi jauh daripada itu sememangnya wujud usaha hendak menggabungkan PAS dengan Umno hasil kerja kuat bekas Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa (UN) dan bekas Naib Presiden Dato Dr Hasan Ali (DHA) dan bekas Timbalan Mursyidul Am yang kini menjadi Mursyidul Am Dato Dr Harun Din (DHD).



Pasca PRU 2008, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri bersama Khir Toyo berunding dengan pimpinan PAS untuk membentuk kerajaan PAS Umno di Selangor dan di Perak. Rundingan ini pada awalnya dinafikan Pengarah Pilihanraya PAS ketika itu Dato Mustafa Ali. Tetapi bocor apabila Pak Lah sendiri membocorkannya. Ada pertemuan di sebuah lokasi tidak jauh bangunan parlimen. Berakhir dengan PAS menolak pelawaan tersebut.

Tetapi Ustaz Nasha dan Hasan Ali meneruskan agenda ini. Kerap mereka berdua bertemu Pak Lah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tokoh tokoh Umno baik di bangunan parlimen atau di Hotel Meridien. Watak kedua orang ini dilihat pelik dalam tempoh 2008-2011. Dilihat mesra UMNO dan menjadi pengacau kepada Pakatan Rakyat dan kerajaan PR di Selangor. Kerap Hasan Ali mengambil tindakan berseberangan dengan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diantaranya pengakuan bekas Pengerusi ngo GERAK Nazree Yunus, beliau didatangi Hasan Ali dan orang orangnya termasuk Roslan SMS dan SETPOL Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri untuk membuat pendedahan tentang salahguna kuasa Tan Sri Khalid. Beliau membuat report SPRM, TS Khalid Ibrahim sudah menguna peruntukan kerajaan untuk menghadiahkan lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak kawasannya sendiri. Kemudian tuduhan kedua menggunakan peruntukan kerajaan untuk servis kereta peribadi. Tujuannya adalah untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid dan menaikkan Hasan Ali sebagai MB. Tetapi setelah disaman Tan Sri Khalid, Nazree berubah dan menyertai PKR serta mendedahkan perancangan jelik ini.

Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha dilihat meneruskan usaha ini sehinggalah sebelum PRU 2013 pertemuan diantara Hasan Ali, Ustaz Nasha dengan PM Najib di Hotel Meridien. Pertemuan ini didedahkan Hasan Ali kepada rakan-rakannya sendiri. Kata beliau PM Najib sedia memberi kerjasama membantu beliau dan Ustaz Nasha membuat satu gerakan politik Melayu Islam atas nama ngo ala ala PERKASA. Najib sedia bantu wang ringgit dan segala kepakaran.

Targetnya mereka sedia bertanding calon bebas di kerusi PAS. Ngo ini akhirnya ditubuhkan selepas Hasan Ali dipecat iaitu ngo JATI. Pertemuan untuk membuat kerjasama dengan Najib dan menubuhkan platform baru itu bocor ke pengetahuan Presiden dan SUA Dato Mustafa Ali. SUA menjalankan siasatan. Di tengah siasatan berjalan, Ketua Penerangan PAS Selangor YB Shaari Sungip mengeluarkan kenyataan nama Dr Hasan Ali tiada dalam senarai calon PAS Selangor.

Kemudian melentinglah Hasan Ali dan pengikutnya dan berlakulah perang media yang berleluasa sehinggalah membawa pertemuan beliau dengan TGNA di Kelantan. Berakhir dengan beliau dipecat daripada PAS yang kesemua pihak melihat kononnya hasil serangan awal Shaari Sungip itu. Walhal kisah sebenarnya memang dia sedang disiasat SUA dan Presiden atas isu pertemuan beliau dan Ustaz Nasha dengan Najib di Hotel Meridien.

Pokoknya selepas dipecat belangnya dengan Umno semakin jelas. Ucapan beliau menyeru penyatuan Umno PAS sangat jelas. Begitu juga Ustaz Nasha. Kelibatnya kerap bersama Najib jika Najib ke negara negara Arab dalam keadaan dia masih ahli PAS. Tetapi beliau tidak dipecat. Itu yang pelik.


Dalam kes Perak pula. Seawal kemenangan 2008 UMNO berusaha memujuk PAS membentuk kerajaan bersama di Perak dengan janji PAS sebagai MB. Kisah Zahid Hamidi bekejar ke rumah Ustaz Ahmad Awang PJ Perak ketika itu untuk memujuk membentuk kerajaan sudah menjadi rahsia umum.

Ustaz Ahmad Awang mendedahkan ketika muktamar 2011 ketika ucapan penggulungannya memang wujud usaha menggabungkan PAS Umno. Jangan ada sesiapa nafikan. Saya ada maklumat. Kata Ustaz Ahmad Awang.


Beliau mendedahkan 3 pihak menghubungi beliau memohon dibentuk kerajaan PAS Umno di Perak. Iaitu Zahid Hamidi, Mufti Harusani dan Dato Dr Harun Din. Inilah 3 pihak yang berusaha mewujudkan kerajaan PAS Umno di Perak.


Inilah perkara yang ditentang Husam, Mat Sabu, Mahfuz, Solehudin dan kumpulan mereka. Namun dengan mudah mereka disabitkan menentang Presiden. Maka bermulalah wujud kononnya kumpulan penentang Presiden. Datanglah isu apa sekalipun mereka ini akan dikaitkan. Walaupun sekarang terbukti Hasan Ali dan Ustaz Nasha jelas menjadi pembantu Umno. Jelas dan terbukti apa yang dikatakan fitnah sebelum ini. Tetapi perkara itu diabaikan. Kumpulan Husam, Mat Sabu dll ini kekal diletakkan dikandang bersalah. Sedangkan Ustaz Nasha kekal kebal sebagai ahli PAS tanpa dipecat.








IKLAN BERBAYAR







Mat Sabu: GHB Akan Teruskan Agenda Pakatan Rakyat, Nafi Jadi Proksi DAP

1,000 beri sokongan pada 'Harapan Baru' di Perlis

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam siri ceramah kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS, di Perlis - negeri kelahiran Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din - malam tadi.

Meskipun hujan turun di sebelah petang, ia tidak menghalang hadirin memenuhi kawasan lembab di lokasi ceramah di Kangar bagi mendengar ucapan daripada kepimpinan GHB.

Diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, pemimpin gerakan itu begitu berhati-hati supaya tidak mengkritik secara terbuka kepada rakan mereka dalam parti termasuk kumpulan ulama dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang boleh mengundang kritikan balas.

Bagaimanapun, hadirin memberi maklum balas ketika barisan kepimpinan GHB membidas kepimpinan PAS yang baru-baru ini muncul dengan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang bergelut dengan dakwaan penyaluran wang 1MDB.

Antara yang berucap ahli parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Sepang Hanipa Maidin, peguam dan anak lelaki kepada bekas presiden PAS Faiz Fadzil Noor dan Aida Yusof Rawa yang membuat kenyataan untuk menunjukkan PAS beralih dari perjuangan asal dan mengapa GHB perlu disokong.

Mereka turut merayu supaya rakyat menyokong usaha "Selamatkan Malaysia" dengan menukar pemerintahan dan tidak hanya menukar Najib.

Mohamad atau mesra dipanggil Mat Sabu memberikan ucapan berapi dengan menyatakan bagaimana PAS memainkan peranan penting membawa Islam ke persada politik arus perdana sejak ditubuhkan pada 1951.

PAS juga telah menyertai BN sebelum ini seperti mana mereka menyertai Barisan Alternatif pada 1999 dan Pakatan Rakyat pada 2008 untuk mempromosikan perjuangan Islam.

"Tetapi sejak akhir ini, kita lihat ada beberapa perubahan dalam PAS. Malaysia adalah negara demokrasi dan kita mengadakan pilihan raya setiap lima tahun. Tapi sejak kita mengamalkan sistem first past the post, kemenangan kita ditentukan oleh siapa yang dapat banyak undi, bukan siapa yang kuat.

"Kita perlu berkerja dengan komuniti dan parti lain. Kita lihat sekarang parti ini yang banyak memberi sumbangan, telah meninggalkan arena yang menjadikan serba mungkin bagi semua kaum,"
katanya, merujuk kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk keputusan perwakilan PAS pada muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor bulan lalu yang mana cadangan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.-mk


DAP kedekut, tidak pernah bagi ‘proksi’ sesen pun, kata Mat Sabu

Dituduh proksi DAP, pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata, kumpulan yang baru dilancarkan itu tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada parti sekular itu.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, walau apa tuduhan dilempar PAS, GHB sebenarnya berfungsi dengan sendiri dan berdikari.

Walaupun beliau memberitahu media, tidak mahu bertindak balas terhadap tuduhan pengkritik yang pergerakan itu proksi DAP, beliau berkata sesuatu yang 'normal' bagi GHB dihentam sebegitu rupa.

"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP.

"Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.

Minggu lepas, bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa, GHB hanya berperanan sebagai proksi DAP.

Kumpulan yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan itu ditubuhkan bekas pemimpin PAS progresif, juga merancang menubuhkan sebuah parti Islam baharu.

Katanya, GHB yang dilancarkan Isnin 13 Julai lalu, tidak akan mendapat kepercayaan orang Melayu atau sokongan majoriti ahli PAS.

Wujud pergeseran ketika ini antara PAS, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh ulama, dan DAP.

DAP sangat kritikal terhadap agenda hudud PAS dan ia menyebabkan PAS memutuskan hubungan dengan parti sekular itu, menyebabkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terkubur.

GHB, diterajui pemimpin progresif PAS yang pro-PR dan popular di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP, kini sedang berusaha membentuk sebuah partinya sendiri, yang akan membuka jalan kepada penubuhan sebuah gabungan parti pembangkang yang baharu.

Disebabkan usaha GHB ini, kepimpinan PAS dilaporkan mengambil tindakan tatatertib terhadap Mohamad dan PAS bekas naib presiden Salahuddin Ayub.

Kedua-dua pemimpin dilabel pengkhianat kerana didakwa "memusnahkan parti dari dalam", ketua penerangan PAS Nasruddin Hassan dipetik berkata, dalam satu laporan minggu lalu, selepas GHB dilancarkan secara rasmi.

Ditanya jika ada dipanggil bagi menjelaskan tuduhan pengkhianat itu, beliau berkata tidak menerima komunikasi sebegitu daripada parti.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim, yang juga salah seorang penceramah malam tadi, juga ketawa dengan label "proksi DAP" yang diberi kepada GHB.

"Kalau sesiapa hendak jadi proksi, mereka akan pergi kepada Umno, mereka yang ada duit.

"Kenapa pula satu pihak yang mempunyai agendanya tersendiri mahu menjadi proksi DAP apabila ia tiada duit banyak untuk dihulurkan? Fikirlah sendiri," katanya dalam ucapannya pada awal majlis itu. -TMI



GHB ingatkan orang Melayu jangan terpedaya mainan

Orang Melayu mesti berhenti membiarkan diri mereka ditipu dan terperangkap dengan permainan perkauman, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Susulan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini yang berkaitan sentimen perkauman, ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kelakuan yang baik atau buruk tiada kaitan dengan mana-mana kaum.

"Dalam semua kaum, ada orang yang baik, ada jahat. Apabila kita menentang Umno, kita menentang pemimpinnya. Itu tidak bermakna kita menentang orang Melayu, tetapi kita menentang semua orang Melayu yang korup.

"Jika seorang Melayu mencuri, kita tidak boleh pertahankan orang itu," katanya menyifatkan tindakan sebegitu sebagai ‘asabiyah dan jahiliah’.

"Cukuplah. Janganlah kita diperdayakan lagi," katanya pada ceramah GHB yang dihadiri ratusan orang di Kangar, Perlis, malam tadi.

Dalam kejadian di Plaza Low Yat 11 Julai lalu, sekumpulan belia Melayu didakwa melarikan telefon pintar dari sebuah kedai ketika jurujual yang melayan mereka berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma.

Kejar-mengejar terjadi dan peniaga telefon bimbit di kedai lain menangkap suspek dan dikatakan membelasah mereka sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan plaza itu yang kemudiannya menghubungi polis.

Salah seorang suspek kemudiannya dibebaskan polis, dan dia dipercayai kembali ke plaza itu dengan rakan-rakannya dan menyerang kedai di mana pekerjanya membantu menahan suspek itu sebelumnya.

Malam esoknya, kira-kira 200 orang berkumpul di plaza itu selepas kejadian itu menjadi viral di media sosial, memaksa pihak berkuasa mengarahkan perniagaan di premis itu ditutup awal.

Polis mengepung kawasan itu, tetapi orang ramai berkumpul semula selepas tengah malam dan pergaduhan tercetus dengan topi keledar dan barangan lain dilempar kepada satu sama lain.

Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk kakitangan media, dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Polis sedang menyiasat beberapa orang kerana kesalahan menghasut, termasuk blogger Papagomo dan ketua bahagian Umno Bagan Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin. Setakat ini, hanya aktivis Mohd Ali Baharom didakwa atas tuduhan memfitnah susulan kenyataan yang dibuatnya ketika pergaduhan itu.

Mujahid berkata, orang Melayu perlu sedar, bukan orang Cina yang menjadi punca masalah dan kontroversi yang melibatkan Putrajaya.

"Bukan DAP atau orang Cina yang mendatangkan mudarat kepada negara," katanya, mengambil contoh skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) Inc terlebih bayar RM66.2 juta bagi tiga hartanah di Melbourne, dan pelbagai masalah dengan Felda.

Beliau juga menggesa orang ramai memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghukum mereka yang mengganggu keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia, tanpa mengira siapa mereka.

"Jika seseorang menghasut kebencian dan menimbulkan kekacauan, individu itu mesti dihukum," katanya sambil menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak rang undang-undang keharmonian cadangan Majlis Perundingan Perpaduan Negara bagi mengekalkan Akta Hasutan.

Sementara itu, pengerusi pro tem GHB Mohamad Sabu berkata, mainan perkauman pernah dimainkan sebelum ini, terutamanya menjelang pilihan raya, dan menggesa rakyat supaya tidak terperangkap di dalamnya.

Beliau juga menyokong saranan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang supaya satu Suruhanjaya Diraja Kebenaran dan Rekonsiliasi ditubuhkan bagi mendedahkan punca sebenar keganasan di Plaza Low Yat.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim, dalam ceramahnya berkata, parti berasaskan Melayu memainkan perasaan takut rakyat bagi mengekalkan kawalannya atas pengundi Melayu.

Katanya, parti tersebut dapat meneruskan kuasa dengan membuat masyarakat percaya yang kepentingan mereka menjadi pertaruhan dan mereka akan kehilangan bahasa, budaya dan agama mereka.

Beliau berkata, gerakan baharu yang dimulakan pemimpin PAS progresif itu, diketuai Mohamad, akan memperkenalkan politik jenis baru yang memberikan keyakinan kepada orang Melayu, bukan menanam sifat takut dalam diri mereka.

"Kami berharap untuk mempunyai politik baharu yang akan memberikan rakyat keyakinan... Tanpa mengira kaum, kita semua dalam kapal yang sama dan kita semua boleh maju bersama," katanya.

GHB, cetusan idea ahli PAS yang progresif, dan disokong kumpulan sivil, sedang dalam proses untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebelum ia meneruskan untuk menjadi sebuah parti politik Islam yang baharu, yang berjanji untuk menjadi lebih inklusif, progresif dan terbuka kepada semua kaum.


HARAPAN BARU DI PERLIS




ULASAN GB

Nampaknya PAS kini semacam "bersatu" dengan UMNO menyerang DAP, sekaligus menyerang GHB.

Sebelum ini GHB dituduh dengan pelbagai tuduhan, cacian dan makian kerana masih berbaik-baik dengan DAP. Isu perkauman dan keagamaan dicanangkan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu & Islam terhadap DAP.

Namun mujur rakyat sudah membuka mata lebih awal rentak permainan kedua-dua parti tersebut dimana PAS yang sebenarnya telah dipermainkan oleh UMNO BN di dalam isu hudud.

Sehingga kini, bil persendirian yang dihebohkan berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah masih gagal dibentangkan. PAS kini akhirnya menjadi mangsa kepada kebodohan sendiri apabila Bil tersebut lansung tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO BN dan PAS kehilangan rakan yang selama ini banyak membantunya mencapai kemenangan di dalam pilihanraya, iaitu DAP, terutama di kerusi-kerusi pengundi campuran.

GHB mengisi ruang kosong yang ditinggalkan PAS itu, menjalinkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Dan apabila itu berlaku, GHB dituduh pula proksi DAP.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS terus menjadi mangsa perbodohan oleh UMNO BN. GHB pula terus menerima sokongan rakyat, kini bukan sekadar dari kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam kerana parti baharu yang bakal ditubuhkan ini adalah sebuah parti kendatipun berteraskan Islam namun akan membuka pintunya untuk bukan Islam menyertainya asalkan menerima dasar Islam.





IKLAN BERBAYAR





20 Jul 2015

[VIDEO & GAMBAR] Sambutan Luar Dugaan Himpunan GHB Di Kota Bharu & Kangar


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib melahirkan rasa gembiranya dan mengucapkan tahniah dengan sambutan yang sangat baik rakyat terhadap majlis Hari Raya Gerakan Harapan Baru yang diadakan serentak di dua negeri malam tadi iaitu di Perlis dan Kelantan.

Di dalam satu kenyataannya, Muhammad berkata GHB nyata lahir tatkala rakyat Malaysia umumnya ternanti-nanti dan tertanya-tanya bilakah suatu wadah baru akan wujud agar mahu diberi mandat untuk memimpin negara supaya negara dapat keluar dari kemelut serta gejala tidak keyakinan rakyat kepada pimpinan Umno dan BN sekarang.

Beliau mengamnggap ombak telah ppun bermula dan ombak berkenaan kian membesar.

"Kepimpinan Mat Sabu dan seluruh pendukungnya dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) dilihat bergerak sebagai satu pasukan dan tahu membaca gerak hati rakyat Malaysia yg kini amat dahaga kepada kepimpinan yg baik serta beramanah sesuai dengan ajaran Islam," tambah kenyataan itu lagi.

Muhammad Taib telah menyertai PAS pada April 2013 dan merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986.

Tetapi telah beberapa kali meluahkan perasaan kecewanya pernah menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Pas. Katanya, tindakan itu berpunca daripada rasa kecewanya kepada Pas, yang mana parti itu dilihat seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini

Namun beliau merasa gembira dengan sambutan rakyat terhadap GHB dan beliau telah turut serta menghadiri perhimpunan "Perjuangan Baru Bermula" oleh kumpulan progresif PAS di Bakri Muar beberapa bulan lalu.

GHB sama pegangan dengan Nik Aziz, ganti kerajaan sedia ada, kata Husam

Datuk Husam Musa melihat tiada salahnya puak profesional PAS yang tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dilihat selari dengan pegangan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, Nik Aziz selama ini berharap agar agenda islah bernegara dan berkerajaan dapat diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada wajib digantikan secara total.

"Kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisme murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Ini satu usaha 'al-birri' (kebajikan) dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.

"Sekalipun saya pemimpin kecil PAS, saya melihat telur GHB ini perlu disantuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Husam berkata, hasrat ramai rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa dan penindasan ke atas rakyat jelata, hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, serta segala macam kemungkaran politik, ekonomi dan agama, tidak harus dikecewakan.

"Derita rakyat adalah derita kita bersama. Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.

"Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor di Kelantan itu berkata, menjadi harapannya untuk hadir ke ceramah GHB di Kangar, Perlis pada malam tadi, namun kesihatannya belum pulih sepenuhnya.

Katanya, tiada sebab baginya untuk tidak menghadirkan diri malam tadi kerana Aidilfitri itu sendiri menuntut untuk memperkukuhkan silaturahim.

"Saya dijemput untuk hadir dalam perjumpaan Hari Raya pada malam ini. Saya memang bercadang untuk hadir, sekalipun penganjurnya atas nama GHB, satu nama bagi gerakan masih di alam rahim.

"Apa salahnya kita memperkukuh silaturahim sesama umat?" soalnya.

Malam tadi, dua majlis perhimpunan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) diadakan - satu di Kota Baru, Kelantan dan satu lagi di Kangar, Perlis - selepas ia dibentuk dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu.

Kehadiran di Dewan Himpunan Cina Kota Bharu, diketuai Dr Mohd Hatta Ramli dan Khalid Samad, melimpah hingga keluar. Begitu juga keadaannya di Dataran Paduka Sena, Kangar yang dipimpin pengerusinya, Mohamad Sabu. -TMI


KEKENYATAAN PENUH DATO HUSAM MUSA

ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5;2]

Saya dijemput untuk hadhir dalam perjumpaan Hari Raya pada malam ini. Saya memang bercadang untuk hadhir, sekalipun penganjurnya atas nama Gerakan Harapan Baru, satu nama bagi gerakan masih di alam rahim.

Atas dua sebab,

Pertama : Idil fitri itu sendiri adalah untuk menyambung silaturrahim. Apa salahnya kita memperkukuh silaturrahim sesama ummat?

Kedua : Saya melihat Harapan Baru sama pegangan dengan saya, juga rasanya sama pegangan dengan guru kita semua - al Marhum Tok Guru Nik Aziz - meneruskan agenda Islah bernegara dan berkerajaan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib di gantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Ini adalah satu usaha al 'birri' dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.

Apa lagi ada pepatah, musuh kepada musuh kita seharusnya menjadi kawan kita, kecuali kita mencari sebab menjadikan mereka musuh kita.

Sekalipun saya adalah pemimpin kecil Pas, saya melihat telur GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu di anggap taghut sudah di harap menjadi kawan.

Malangnya, saya masih belum sembuh sepenuhnya sehingga saya terhalang untuk bersama.

Hasrat teramai rakyat Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama dll, tidak harus dikecewakan. Derita rakyat adalah derita kita bersama.

Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.

Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan. 'Berlumba lah kamu untuk melaksanakan kebaikan kebaikan....'

Sekian.

Husam Musa
3 Syawal 1436H






Mujahid anggap sertai GHB keputusan paling sukar dalam hidup

Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganggap keputusannya melancarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama pemimpin progresif lain dari parti itu awal minggu ini sebagai paling sukar dalam hidupnya.

Titik perubahan dalam dunia politiknya itu mungkin menyaksikan beliau meninggalkan parti Islam itu dan menjadi anggota pengasas sebuah pertubuhan politik baharu bersama rakan-rakan yang "dipinggirkan".

"Ia keputusan yang paling sukar dalam hidup saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam politik PAS. Ibu saya mengandungkan saya apabila bapa saya berkempen di Perlis pada tahun 1964.

"Apabila saya dilahirkan pada 25 Oktober tahun itu, bapa saya terpaksa mencari nama yang mencerminkan cabaran yang beliau lalui. Sebab itu saya dinamakan Mujahid, maksudnya seorang pejuang yang tidak berputus asa.

"Saya mesti menghidupkan nama saya dengan kesukaran yang saya hadapi. Ia membentuk diri saya sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mujahid, 50, dan pemimpin PAS progresif lain disingkirkan kumpulan konservatif dalam pemilihan parti awal bulan lalu.

Penyingkiran itu, katanya, membuatkan mereka sedar, parti itu tidak berpegang teguh kepada prinsip Islam dan menerima pakai kefahaman agama yang jumud, menjauhkan mereka yang ingin mengetahui Islam dengan lebih mendalam.

"Hari ini, di dunia sekarang, Islam dianggap pengganas, agama yang mundur dan konservatif, seperti apa yang Isis (Negara Islam Syria dan Iraq) lakukan.

"Menjadi tanggungjawab kita membetulkan persepsi dan realiti. Itulah yang kami cuba lakukan dengan Harapan Baru ini," katanya, merujuk kepada parti baharu yang beliau dan rakan-rakan progresif sedang pertimbangkan.

Mereka berharap parti baharu itu akan menjadi parti Islam alternatif kepada PAS dan seterusnya membawa kepada penubuhan pakatan pembangkang baharu menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang terkubur selepas PAS putus hubungan dengan DAP pada muktamar lalu.

Mujahid berkata, mereka mahu membawa imej Islam yang berlainan melalui parti baharu itu bagi menunjukkan ia agama keamanan, kasih sayang dan belas kasihan, serta meraikan kepelbagaian.

"Ia satu perjuangan yang besar, bukan hanya mengenai sekumpulan pemimpin yang hilang kedudukan mereka.

"Jika anda tanya sama ada saya akan memilih parti atau menyelamatkan Islam, maka saya memilih menyelamatkan Islam. Parti politik datang dan pergi tetapi Islam itu kekal."

Mujahid berkata, keluarganya menyokong tindakannya kerana mereka juga melihat PAS kini berubah.

"Ketika arwah bapa masih ada, dia memberitahu abang dan kakak saya supaya sentiasa menyokong saya kerana saya satu-satunya yang mengikuti jejaknya dalam politik.

"Salah seorang kakak saya menyertai sayap Muslimat PAS... Tentunya, dia juga digulingkan pada muktamar lalu.

"Itulah yang paling menggembirakan... mempunyai keluarga di belakang kita, mereka yang menyokong kita dan mempercayai kita. Adik-beradik saya percaya adik lelaki mereka ini tidak akan melakukan perkara yang bodoh," katanya mengenai 10 abang dan kakaknya.

Arwah bapa Mujahid, Yusof Abdullah atau lebih dikenali sebagai Yusof Rawa, merupakan bekas timbalan menteri, bekas duta ke Afghanistan, Turki dan Iran, bekas presiden PAS dan mursyidul am pertama parti itu.

Mujahid menyertai PAS pada 1992 selepas pulang ke Pulau Pinang dari Mesir. Beliau kemudian berpindah ke Melaka, di mana beliau menjadi seorang pensyarah, dan tidak lama kemudian mula berminat secara serius dengan parti.

Beliau meninggalkan dunia akademik untuk menjadi ahli politik sepenuh masa pada 1999, bertanding kerusi Parlimen Jasin. Beliau kalah sekali lagi pada pilihan raya umum 2004 apabila bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Tetapi, beliau berusaha sendiri dari bawah. Beliau berkata, bantuan yang diberikan ayahnya hanya dalam bentuk kata-kata nasihat – satu-satunya cara untuk naik ialah dengan membuktikan kemampuan dirinya, jangan meminta apa-apa dari parti dan serahkan segalanya kepada Tuhan.

Mujahid tidak lama kemudian berjaya ke peringkat jawatankuasa kebangsaan Pemuda PAS sebelum menganggotai jawatankuasa kerja PAS Pusat pada 2005 dan ditugaskan mengendalikan biro perpaduan negara.

Beliau menubuhkan Kongres Penyokong bukan Islam PAS dan terus mempromosikan parti dan menggalakkan orang ramai lebih memahami Islam dalam sebuah negara berbilang kaum.

Mujahid juga membentuk slogan "PAS Untuk Semua" bagi parti itu pada pilihan raya umum 2013, yang melembutkan imej keras parti Islam itu dan mendapat sokongan pengundi bukan Islam.

Mujahid juga dikenali dengan kerja-kerja antara agama, terutama kejayaannya berbincang dengan gereja dan orang Kristian walaupun terdapat ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam berhubung isu kalimah "Allah".

"Parti mendapat manfaat daripada usaha itu tetapi akhirnya, PAS berhenti menghala ke jalan yang betul.

"Saya cuba menggalakkan amalan yang melibatkan agama lain melalui dialog dan saling menghormati antara semua agama, tetapi bagi PAS, ia seolah-olah idea yang pelik.

"Tidak ramai yang menyokong dan terdapat cakap-cakap yang kami menjadi sebahagian agenda Kristian, yang kami berkawan dengan musuh Allah. Semua ini teori konspirasi.

"Ia menyukarkan kerja saya tetapi saya teruskan juga dan oleh kerana itu, saya dilabel liberal dan seorang yang pro-Kristian."

Mujahid berkata beliau tidak akan membuat keputusan drastik menerajui GHB jika tidak ada satu pasukan pemimpin PAS yang berfikiran serupa dengannya dan ahli akar umbi yang tidak berkenan dengan apa yang terjadi dengan PAS kini.

Jelajah seluruh negara mereka, katanya, dibincangkan di kalangan ahli PAS dan ada yang bertanya bagaimana bekas timbalan presiden parti seperti Mohamad Sabu boleh ditendang keluar selepas begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya.

"Di Johor, 80% daripada akar umbi bersama kami kerana mereka tidak suka dengan keadaan sekarang. Kongres Penyokong PAS, yang merupakan idea saya, akan menyertai kami. Banyak lagi akan turut serta."

Di tengah-tengah perkembangan ini, Mujahid berkata, kehidupan diteruskan seperti biasa di kawasan Parlimennya, Parit Buntar, di mana pengundi lebih mementingkan sama ada beliau akan dapat meluangkan masa untuk mereka atau tidak.

"Mereka tidak begitu peduli tentang apa yang berlaku, selagi mereka lihat anda sebagai seorang yang baik dan wakil rakyat yang boleh memenuhi permintaan mereka. Mereka hanya akan risau dan sedih kalau kita tak hadir jemputan mereka untuk puasa berbuka atau kenduri."

Seperti pemimpin progresif lain, Mujahid juga sibuk bercakap dengan orang ramai di seluruh negara mengenai Gerakan Harapan Baru dan tidak dapat mengadakan sebarang acara antara agama mutakhir ini.

Katanya, selepas beliau tewas pada pemilihan parti, Biskop Pulau Pinang Sebastian Francis memberitahu beliau dalam mesej teks yang beliau akan mendoakannya dan Mujahid harus meneruskan kehidupan.

"Hubungan (antara kami) masih aktif," katanya, sambil berjanji kerja-kerja antara agamanya akan diteruskan dan ia seharusnya menjadi lebih mudah dalam parti baru mereka itu dengan rekodnya sebelum ini bersama komuniti berlainan agama. – TMI


HARAPAN BARU DI PERLIS