24 Jul 2015

Hubungan PAS - DAP: Dulu Semua OK, Sekarang Semua Tak Boleh!

Kenapa PAS berkawan dengan DAP sebelum ini, soal Khalid Samad

Gesaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada ahli-ahli PAS agar tidak menganggap DAP sebagai “wali” lewat petang semalam, tidak disenangi Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut Khalid, seruan presiden PAS itu menimbulkan tanda tanya kepada sikap parti Islam itu yang sejak 2008 bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Apa yang berlaku dari 2008 sehingga sekarang ini, kita tertipulah dengan pimpinan yang selama ini cakap (berulang kali) kukuhkan PR, kukuhkan PR; tetapi kini dah mula menyerang DAP, kata DAP cauvinis, anti-Islam.

"Lalu yang selama ini kita berkawan dengan DAP, memerintah sejak 2008 ini, apa cerita? Jadi, mana logiknya?"
kata Khalid kepada The Malaysian Insider di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Hadi semalam mengingatkan ahli parti itu tidak menjadikan DAP sebagai ketua kerana mereka "tidak beriman".

Menurutnya, hanya ahli PAS yang sedar mengenai perjuangan Islam dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman," katanya dalam satu kenyataan.

Seruan itu dibuat Hadi selepas ketua umum PKR yang terpenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan gabungan pembangkang baharu selepas PR berkubur tidak lama dahulu apabila PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Ia juga dibuat selepas ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang mengumumkan pembentukan gabungan baharu parti politik sedang berlangsung tanpa melibatkan PAS.

Kenyataan itu turut dibuat selepas kumpulan profesional yang popular di peringkat nasional tewas dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 sedang membentuk parti baharu menerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) – satu tindakan yang didakwa PAS sebagai ditaja DAP.

Menurut Khalid, parti baharu yang ingin ditubuhkan itu tidak pernah didalangi DAP dan menurutnya, kenyataan Hadi seolah-olah menggambarkan PAS kini terpedaya dengan kempen politik Umno.

"Bagi saya apa yang dinasihatkan itu, tidak relevan malah saya mahu jawab, janganlah kita terjatuh dalam perangkap Umno.

"Jadi, mana logiknya? Saya merasakan pihak pimpinan PAS sedia ada termakan umpan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga ke tahap mereka sekarang ini kedengaran seakan-akan pemimpin Umno yang menyerang DAP selama ini," katanya.

Terdahulu, Khalid menyertai wawancara atas talian dengan kumpulan Facebook "The Rage for Liberty" selama sejam.

Dalam wawancara itu, Khalid menegur sikap PAS yang kebelakangan dilihat cenderung bermusuh dengan bekas sekutunya serta pendiri GHB dalam PR berbanding mengkritik Umno dan BN.

"Sepatutnya PAS lihat dulu parti yang ingin kami tubuhkan sebelum isytihar kami sebagai musuh. PAS kebelakangan ini bagaikan lebih minat berlawan dengan parti pembangkang daripada parti kerajaan. Tidak pelikkah?" kata Khalid.

Wawancara itu dibuat secara bertulis di dinding Facebook kumpulan itu dengan anggota-anggotanya bertanyakan soalan secara langsung kepada Khalid. -TMI

ULASAN GB

Hairan kita.

Sebelum ini tak timbul soal wali soal ketua di dalam Pakatan Rakyat. Tiba-tiba bila dah ada GHB, macam-macam "fatwa" dikeluarkan untuk menghalang ahli untuk menyertainya. Dia buat semua boleh, orang lain tak boleh.

Malah sebelum ini Haji Hadi sendiri yang memuji-muji DAP dan membuat kenyataan berikut:


Bila dah berseteru, sekarang hanya nampak yang buruk, yang baik semua sudah dihanyirkan.

Penyertaan wakil-wakil PAS di dalam kerajaan PR Pulau Pinang dan Selangor itu dikira bagaimana pula? Tidakkah wajar PAS mengarahkan wakil-wakil dan ahli-ahlinya untuk letak jawatan?

Pinjam balik syair itu, biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB berjalan terus ke Putrajaya bersama Pakatan baharu yang bakal ditubuhkan!

p.s. kami tak sebut pun siapa anjing dan serigala itu... ia berbalik kepada tuan yang awal menyebutnya... demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan...





IKLAN BERBAYAR







29 ulasan:

Abdul Said berkata...

Semenjak tamat mesyuarat agung PAS banyak betul berlaku kekecohan, pertunjukan sarkas, permainan silap mata dam juga lakonan drama berbabak-babak dari orang gulungan yang kononnya ulamak. Banyak fakta tersorok telah dikeluarkan, banyak fakta diputar belit dan dipesongkan. Kini bertambah banyak fatwa mula dijaja. Kesian betul tengok perangai lebai-lebai ni. Dulu orang hormat kerana mereka ada ilmu, mereka banyak menyebarkan berita gembira (Alquran) dan panduan hidup (Assunnah), perwatakan yang lembut dan menunjukan sifat-sifat mulia lagi positif. Hari ini kumpulan ini ibarat telah telanjang bulat. Maka nampaklah segala parut, penyakt kulit, bulu berterabur dan lemak-lemak yang bergumpalan. Kita tengok pun malu. Itulah ibaratnya wahai encik-encik dan tuan-tuan yang dipanggil ulamak. Semenjak sudah kenal hidup mewah, rumah besar, kereta bear, bini bertambah, gaji dan elaun beribu-ribu maka nafsu pun membuak-buak dan rakus terhadap dunia pun tidak dapat dibendung lagi. Sifat tamak kuasa, congokkan harta dunia tidak diselindungi lagi. Kesian, pak ali yang menumpang tanah orang ditepi sawah dan mengibarkan bendera PAS yang lebih cantik dari pelikatnya yang lusuh. Kesian Makcik Wok yang menyiang ikan buat kepok dan memuja Hadi setiap masa. Kesian, kesian saudara seugamaku yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang,sedangkan orang yang dipanggil ustad, tuan guru dan syeikh kehulu ke hilir dengan kereta setengah juta menuju kerumah isteri muda sedangkan pak mat baring sambil mengira berapa lubang yang ada dibumbungnya.

Anti Fitnah berkata...

Semakin hari semakin pelik kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS. Kenyataan depa semakin hari semakin menjelaskan betapa jeliknya dan kemunafikan serta kurangnya "ilmu". Menuduh ikut dan sahaja.
Kalau dulu PAS tuduh DAP tidak beriman, oklah tapi sekarang PAS dah tak boleh tuduh sedemikian kerana di dalam DAP pun ada manusia MUSLIMIM yang kiblatnya sama dengan PAS. Budiman ... DAP lebih budiman berbanding PAS. DAP bercakap berdasarkan fakta tetapi PAS lebih kepada sentimen. DAP bertindak mengikut perjanjian/perundangan tetapi PAS bertindak mengikut hati. DAP rajin menegakkan keadilan tetapi PAS rajin menegakkan kemungkaran walaupun ingin menegakkan Hukum Hudud. DAP tidak tikam belakang sahabat (khianat) tetapi PAS berbuat sedemikian. Ada hati PAS nak nyatakan DAP tidak budiman?
Sejak akhir ini, PAS lebih cenderung kepada UMNO yang memperjuangkan assobiyah. Saya sedar dan insaf bahawa Melayu begitu khuatir akan kehilangan kuasa pemerintahan terutama oleh UMNO. Yang hairan ialah mungkinkah Melayu hilang kuasa? Sebenarnya yang hilang kuasa ialah Melayu UMNO sahaja. Apakah penting Melayu kekalkan kuasa sedangkan begitu banyak kemungkaran / kezaliman dilakukan oleh pemimpin Melayu yang ada sekarang. Bukankah wajib kita mengundurkan pemimin Melayu yang ada sekarang dengan yang baru? Walaubagaimanapun saya lebih suka pada pemimpin yang lebih Islamik, jujur, rajin dan tegas dalam menlaksanakan amanah. Sudah tentu pemimpin PAS yang ada sekarang juga tidak ada dalam senarai dan pilihan.
Kita tidak mahu pada pemimpin yang mulutnya memperjuangkan Islam tetapi sikap dan tindakannya tidak mencerminkan Islam malahan menjatuhkan serta memalukan Islam. Apa itu Melayu Islam? Dalam kamus Allah swt hanya ada Islam dan bukan Islam. Sesiapa yang bercakap tentang Melayu Islam sebenarnya depa ni adalah rasis yang berselindung di bawah panji Islam. Sekiranya kita tidak mahu DAP sebagai ketua, adakah cara kerja, sikap, budi pekerti,... lebih baik dan lebih berhemah daripada DAP? Walaupun DAP tu kafir tapi depa tak rasuah, tak menzalimi muslimin, tidak melabel orang lain, tidak fitnah, tidak booo sahabat sendiri, .... kita yang digelar ulama PAS ... adakah kita sebegini sifatnya?????

Tanpa Nama berkata...

40 tahun dulu aku ingat haji hadi ini wali rupanya buntut kuali. Dulu kata umno toghut sokong umno rosak akidah kerana umno asobiyah. Sekarang dia pulak bela asobiyah tak rosak pulak asobiyah dia. Hadi...hadi. hadi sajalah hadi oooiii. Tak kuasa aku nak layan.

Tanpa Nama berkata...

KumpulanPas kini dibaratkan bertelanjang bulat,malah ternampak si anunya itu tidak berkhtan,lagi haru.ini ibarat sahaj ,maknya malu habis maruahnya.ramai orang mempertikaikan apa yang telah di ucapkan oleh hadi,jauh langit dengan bumi pendekatan dakwah TGNA dengan ularmak yang ada dalam Pas sekarng dari no1 hingga no ? tak tahu nak sebut daaaa.

Tanpa Nama berkata...

Sedihnya kali ini, kenapa lah TGHH terlalu membenci DAP tetapi tidak pula MCA? Selagi DAP itu bersama PR (Pakatan Rakyat) kenapa perlu memusuhinya? Dan kenapa benci sangat dengan DSAI (Dato' Sri Anwar Ibrahim?) Mana perginya Tahaluf Siyasi yang selama ini diperjuangkan untuk memenangkan Pakatan Rakyat? Beginikah orang alim melayan mereka? Mentaliti macam Syiah pun ada!.. Pelik sungguh!...

Tanpa Nama berkata...

Hadi awang level paria 4 calit..
Kepada tuan GB,
Tolong jgn guna istilah ulamak dlm pas.cari pengunaan katanama lain,lebai ke,..
Selagi diguna katanama ulamak,kita seolah mengiktiraf pengkhianat2 agama itu sebagai ulama.lagi satu,tak payah la ber haji hadi.tulis hadi je.sebabnya,memalukan kita mengiktiraf seorang haji sedangkan perangai mengalahkan orang awam yg jahil.
Sekian,teruskan penulisan tuan.
Wassalam

My Kakak berkata...


Rupanya pesta menlabel dikalangan PAS belum reda malah nampaknya hari demi hari bertambah berselera..burung kakak tua, kuda tunggangan, lahir cacat x cukup bulan, pengkhianat dan serba mak nenek label lagi nampaknya telah dan bakal dikata hamburkan.

Apa tindakbalas GHB?

Diam adalah jawapan yang terbaik.

Teruskan kerja dan buat persiapan rapi bagi melahirkan parti baru.
Pedulikan semua tekaan, tohmah dan cercaan serta kenyatan akhbar.

Senyum dan teruskan agenda.
Susun kerja baik-baik. Teliti dan sistematik.
Tunjukan tuan-tuan benar profesional ( tapi tetap cintakan dan perjuangkan kemuliaan Islam)

Jangan satu gololongan tertinggal.
Jangan satu sudut diabaikan.
Jangan satu ruang propaganda "musush" diluangkan.
Jangan satu Daerah di Malaysia dicuaikan.

Rakyat sedang menanti parti dari GHB.
PAS? biarkan dengan pesta label melabelnya yang tak habis2.


Tanpa Nama berkata...

Semakin lama pas semakin bodoh

Tanpa Nama berkata...

hanya org jahil akan mengambil orang kafir sebagai wali. dan hanya orang jahil juga yang akan menyokong hadi dan ug.

Saadun Sulaiman berkata...

Bertahun tahun sebelum ini saya kerap melayari laman terengganukini untuk mendengar kuliah di setiap pagi juma'at. Malah kalau ada isi kuliah yang perlu di kongsi bersama dengan kawan kawan yang tak punyai internet. Saya akan down-load, burn kuliah kuliah dan ceramah ceramah yang saya kira boleh menambah ilmu pengetahuan. Malah sejak Markaz kami mula mengadakan solat sunat kedua dua hari raya saya akan print teks khutubah yang di terbit kan oleh laman tersebut untuk di baca oleh khatib.

Kini setelah beliau yang di gelar ulamak dan presiden PAS "MERESTUI" pemilihan secara "CHAI" saya mula kecewa. Berpegang kepada ayat 113 dari surah HUD maka saya mengistihar diri saya keluar dari PAS kerana beranggapan bahawa pemilihan cara itu ada lah zalim. Perlu kah peranggai orang "ZALIM" di ikuti?"

Sebelum ini pun saya sudah lama tidak menyukai beliau kerana pada satu ketika kenalan saya yang merupakan ahli PAS dari Segamat pernah membeli sebuah buku. Beliau dengan rasa bangga pergi berjumpa dengan yang empunyai tubuh. Kenalan saya merasa begitu kecewa bila tuan tubuh seolah olah dipatsa menanda tangan buku tersebut dengan wajah yang yang "MENCUKA" tanpa mahu melihat kearah orang yang berjumpa dengan nya. Jangan lupa episode "LANGKAH KAJANG", bermaruah kan kalau seorang presiden bersifat flip-flop di dalam tindakan dan ucapan beliau.

Tahu kah Tuan Presiden bahawa di PRU ke 13 dulu rumah beliau bertukar menjadi MARKAZ. Tanpa derma ikhsan orang ramai PAS tak boleh bergerak kerana menurut kata kenalan saya itu dua beradik berbangsa CINA telah berbelanja lebih RM300,000.00 semasa PRU tersebut gara gara untuk memenangkan Cikgu Normala. Cuba tanya Mokthar Senik, berbaloi kah cadangan "LAKNAT" yang beliau lontar kan di muktamar yang baru lalu? Yang lebih mengharu biru kan bila MSU merestaui nya. Mungkin kebanyakan mereka yang menang melaui cai otak mereka berada di kepala lutut dan siku. Yang seorang tu memiliki otak yang tak "MENENTU" kerana kerap melakukan "CAKAR HARIMAU".

Apa pun tomahan yang di keluarkan oleh puak puak yang bergelar ulamak ni, me and the gang terus menanti kan akan penjelaman parti baru dengan penuh harapan.

Tanpa Nama berkata...

sudah2 la serang hadi..dah naik menyampah nk baca. point noted hadi mmg tak boleh pakai. fokus la kpd ghb..apa langkah seterusnya.
macamana nak take over fungsi PAS kt kampung2..sapa nk lead tahlil etc...ingat imam2 tua kat kg masih sokong hadi. pengaruh dorang bukan kecik. markas..pusat tarbiyah etc still atas nama Pas.. Fokus kan la pemberitaan ke situ.. Ini tak habis2 nak hentam hadi..so apa beza korang dgn PAs?

Tanpa Nama berkata...

Round pertama GHB menang.Pas menari2 dalam gelanggang tumbuk sini tumbuk sana macam beruk gila satu sasaran pun tak kena.Tahniah GHB.Round kedua tunggu GHB realisasikan parti baru.Firasat ambo Pas akan tewas lagi dengan kiraan TKO.Round ketiga PRU 14.Kali ni firasat ambo kata Pas kena KO.Bagi pendokong GHB terus mara jangan layan apa saja bentuk provokasi.Terus istiqomah demi anak bangsa MALAYSIA .KAMI MENUNGGU KELAHIRAN PARTI MU.

Tanpa Nama berkata...

Aku biasa terserempak dengan haron din di dalam lif 30 tahun dahulu. Ya Allah baru aku tahu. Tak mesra alam lansung. Bila dia jadi timbalan mursyidul am dulu aku dah tak sedap hati. Sekarang aku dah tak ada hati.

Tanpa Nama berkata...

rasanya tghh taklah benci sangat kat DAP tu.

pendapat saya dia sangat benci pada DSAI dan keluarga.

jadi dia bersekongkol dgn umno supaya DSAI/KAK WAN tak jadi PM.

wala'un-wala'un tak nampak atau buat tak nampak. tu yang dok meroyan tahap
gila umno.

macam-macam fatwa dan ramalan di keluarkan pada ghb itu sebenarnya mereka
dah silap langkah dan takut.

kalau pas hebat sangat tak payahlah dok meroyan.

para wala'un cubalah lapangkan dada dan renung dan fikir apakah ustaz
pas tu semuanya betul sehingga orpas sanggup kafirkan ghb.dulu kafirkan umno.
sekarang nak ug ug pulak

Tanpa Nama berkata...

semua ulamak ditolak, sepakat ulamak juga ditolak yang betul hanya yang kalah atau ditewaskan dan rakan yang menolak hudud. Siapakan gerangan mereka ini? apakah cita-cita asal kehidupan mereka in? Hukum seakan perkara terkebelakangkah dalam hidup ini?. Sukakah Islam dan melayu terpecah pecah? Kalau 50% ahli pas sokong golongan ini masih tidak kemana. Tidak mungkin boleh perintah Malaysia. Mungkin satu dua tempat akan dimenengi kamu. Tapi untuk mempertahankan kemenangan dengan mengherdik ilmuan agama sendiri (trend semasa kini) adalah sukar dan mengundang murka Allah. Orang kafir pun akan menjauhi agama ini. Malah ia namapak satu peluang untuk menggunakan ***** memusuhi dan menghentam agama ini seperti yang berlaku di negara arab kini. Rata-rata kawasan yang Amerika kuasai akan diserah pada Syiah dan ahli sunnah akan diperangi. Kita amat bimbang trend ini akan menular kesini melalui cara ini. Mula musuh ulamak, pentingkan diri berkuasa dsbnya. Sekian harap maaf.

Tanpa Nama berkata...



Siapa?

Siapa WALI itu??

WALI = PEMIMPIN-harapan

WALI = LEAD...MERIT/idea didepan

WALI = SUMBER obor-CAHAYA ddlm kgelapan

WALI = Dpt mmBACA sgl RAHSIA/muslihat "laduni" dgn TERANG

WALI = Spasrah7KEKASEH yg bnar7Pasrah-CINTAnya hanya utk ALLAH

WALI = TIADA szarah NIATpon mncari nobat-GLAMOR-pntingDIRI

WALI = Swktu HADIRnya hampir TAK sorg pon dpt kenal/mnyedari

WALI = Smutlak7NAFAS nya hanya utk ALLAH seutuh7nya

WALI = Hidupnya cintakan kbhagiaan UMAH smata2

WALI = Hero-CAHAYA dicemuh TAK diendah..

WALI = sberat2 ujian dtg dr ALLAH

WALI = dsisinya rahsia ALLAH

WALI = sglnya mnjd INDAH



NOTA:

Dgn izin'NYA...'WALI' bukan dtg dr bangsa Arab shj...'WALI' hadir dr sgl bangsa manusia yg smutlak7PASRAH-mnyerah-SURRENDER kpd ALLAH

...mrk mungkin TIDAK "brkulit/brnama" ISLAM ttpi jiwa-NAFAS-roh mrk smutlak7PASRAH-surrender-MUSLIM/Islam kpd ALLAH, dan ALLAH mmilihnya mnjd WALI/Saint yg hampir TIADA siapa pon dpt mngenalinya ddunia ini..

...ALLAH tidak ssekali mmandang pd rupa-PARAS-KULIT-lafaz2 kamu..tp ALLAH tepat terus TEMBUS mlihat sterang7CAHAYA kdlm "HATI" kamu..

...oleh itu, hanya Jauhari shj yg mngenal maknikam?

Tanpa Nama berkata...

tuan

Apa yg sedang berlaku kpd PAS sekarang betul2 menepati skrip yg dibuat oleh Hassan Jati. Saya rasa semua ini adalah ciptaan Hassan Jati dan pelakon utama nya ialah Haji Hadi.

Tanpa Nama berkata...

bila sudah ada kekasih baru negro yg besarrr 'duit' nya

maka kekasih lama dikhianati dan ditinggalkan

dulu semua wangi sekarang perfume kekasih lama pun dikatakan
bau petai basi

dulu kekasih lamalah yg baik membela dirinya

sekarang dianggap pembelaan dulu tu berniat jahat aje



kita tunggu je habis madu sepah di sepah2kan

ketika itu nk merayu.. kami tk sudi..

sebb kau sudah dijangkiti hiv

pergi kau dari sini

gunakanlah siku dn lutut mu utk mencari rezeki

Tanpa Nama berkata...

HADI bukan maksum.... dia bukan malaikat yang tak buat salah
tak perlu umno utk dia buat silap.... bilamana seseorang dah mula perasan dia bagus
makanya tak terkejut kalau langkah mula sumbang.. yg mengikut tanpa akal jadi ketam

Tanpa Nama berkata...

anom :July 24, 2015 at 3:28 PM

Ya tuan, kita respect panduan tuan,tapi tolong jgn emosi,kita tahu tuan dari sebelah sana,Jangan menuduh mereka2 yg kritik tidak sayangkan ulamak,Cuma ulama dari PAS sahaja yg problem,Ulamak pewaris nabi di luar sana adalah ulamak yg sebenarnya(ulama pewaris nabi).Ulama yg sebenarnya dia tidak akan memilih satu kaum sahaja,(melayu),ulamak yg sebnarnya bersama umat,tak kira bangsa (mereka adalah umat muhammad).

Mana mungkin ulama 1981 mengeluarkan amanat bertentangan apa yg diamalkannya pada 2015,mana mungkin ulamak yg sama boleh berpelokkan pada 2008 orng yg bencinya,tapi pada 2015 difatwakan jangan berkawan.Musuh utama kita bukanlah orang yg nak menjatuhkan melayu,islam,musuh utama kita ialah diri kita sendiri.Kesalahan-kesalahan kita ,kita menuding pada orang lain.Kita gagal menghadiri mesyuarat kita salahkan DAP,kita gagal hadiri parlimen kita salahkan DAP,Kita berkelahi sesama sendiri kita tuduh DAP nak ganggu akidah kita...habis semua kesalahan yg kita sendiri lakukan kita tuding jari pada orang,4 jari lagi menuding pada kita balik.Mengapa jadi begini tuan,sebab manusia allah jadikan kelemahan sebagai "UJIAN" semata-mata.Allah amat sayang pada umat yg "MEMPERBAIKI DIRI" di dalam AL-quran banyak ayat2 yg menganjurkan memperbaiki diri,jangan salahkan orang lain.Itu sebablah allah hantar adam kedunia,setelah ianya melakukan kesilapan di syurga,bertujuan memperbaiki diri.Iblis dijadikan allah ,saorang yg berilmu tapi sombong tidak mahu memperbaiki diri,menganggap dia sahaja mempunyai ilmu.

Apa kita nak takut tuan,nabi dah tunjuk kat kita,kalau ulamak itu IHKLAS,segala DOAnya di Balas CASH oleh ALLAH,kan SENJATA umat ISLAM ialah DOA yg Di MAKBULkan.
wallahualam/..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tuan tuan tidak bersuara semasa kepulan ni buat macam macam fitnah dan Hina kepada cina?

Salah cina pula kerana kempulam ni Tak berjaya objective hud....?!? Siapa pegang kuasa 57 tahun? Cina ker??

Kenapa ahli parti diam jer biar cina kena Hina keba fitnah kena belasah?

Lepas tu kata cina ni sombong Tak nak duduk bersama seripa Hina agama. Dah kena belasah teruk takut Sangat ! Siapa berani duduk bersama lagi??

Tanpa Nama berkata...

Kat mana saya nak bagi sumbangan kewangan kepada GBH?

Tanpa Nama berkata...

TOLOL

PAS SUDAH JADI TOLOL!

Tanpa Nama berkata...




Ketawa lah bila Hj Hadi kata hanya ahli PAS yang sedar mengenai perjuangan Islam dapat membezakan antara kawan dan wali.

Sekarang DAP bukan wali.
Sekarang UMNO dah jadi kawan PAS.

Kerana GHB lah PAS terpinggir dalam pembentukan PR 2.0. Jika tidak peluang PAS untuk berunding dan memujuk untuk bersama PKR dan DAP masih ada lagi. Kerusi PAS bersama PR masih kekal.

Tetapi PRU akan datang PR 2.0 akan menentang BN UMNO. PAS pandai-pandai lah bawa diri.

Ni nak bagitahu lah awal-awal, dulu orang cina bawak bendera PAS dan pakai T-shirt PAS kan ? Tunggu PRU nanti orang melayu bawak bendera DAP dan pakai T-shirt DAP lawan calun PAS.





Tanpa Nama berkata...

Ya Allah permudahkan urusan2 pihak yg benar

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada undi tidak percaya untuk Najib di Parlimen kata Lim Kit Siang ia akan gagal kerana Hadi and the gang akan belot dan sokong Najib. Snake in sthe sgrass.!!

Tanpa Nama berkata...

Didunia Nabi diutus bukan untuk bangsa arab sahaja... begitu juga di Malaysia... Ulama bukan khas untuk Melayu sahaja... tiada sepoting ayat pun yg Allah turunkan yang melebih2 kan Bangsa Arab berbanding bangsa2 lain di dunia ini.. kenapa pula di Malaysia.. terdapat ulama yg mendahulukan melayu berbanding bangsa yang lain...

pelangsing wsc biolo berkata...

politik bisa jadi kawan bisa jadi musuh

jamkho berkata...

siap gerak