24 Jul 2015

Isu Baiah Talak Tiga Papar Wajah Hodoh PAS

Mujahid: Bai'ah kepada PAS ada batasnya

Sumpah bai'ah yang dilafazkan oleh wakil rakyat PAS akan menghukum mereka yang mengkhianati parti.

Tetapi bagaimana jika parti itu yang mengkhianati wakil rakyat yang mengangkat sumpah, soal MP Parti Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof

"Isunya pengkhianatan. Apa pengkhianatan itu? Jika parti itu sendiri yang mengkhianati (orang yang mengangkat sumpah), jadi bagaimana kita nak ikut peraturan parti?

"Apa berlaku jika kita mengetahui bahawa parti tidak selari dengan apa yang mereka ajar? Bagaimana jika parti melakukan perkara lain? Bagaimana anda boleh kekal setia jika parti melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, sebagai contoh?

"Bahagian pengkhianatan itu terlalu luas dan ia menuntut persoalan sama ada ia terikat tanpa syarat,"
katanya kepada Malaysiakini.

Isu bai'ah tercetus baru-baru ini kerana kumpulan progresif dalam PAS bercadang untuk menubuhkan parti Islam baru. Sumpah tersebut bermaksud untuk menghalang anggota parlimen dan ADUN PAS melompat parti.

Dipercayai setiap negeri mempunyai sumpahnya masing-masing, yang paling kontroversi adalah di Kelatan dan Terengganu yang memasukkan klausa perceraian.

Selangor mempunyai sumpah yang sama selepas pilihan raya umum 2008 tetapi Khalid Samad memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu tidak menjadi sebahagian daripada sumpah pada pilihan raya umum 2013.

"Saya difahamkan bahawa Kelantan dan Terengganu ada (klausa perceraian) tetapi tidak di Selangor," katanya.

Mujahid yang merupakan sebahagian anggota Gerakan Harapan Baru, berkata tidak ada klausa perceraian di Perak tetapi orang yang melanggarinya bakal dikutuk "oleh Allah, Nabi Muhammad, dan malaikat-malaikat". -mk


SUMPAH TA'LiQ TALAK ISTERI AHLI PAS TIDAK SAH

Jabatan Mufti Neger Pulau Pinang menerima banyak pertayaan daripada orang ramai mengenai sumpah bai'ah (kesetiaan) yang dilafazkan oleh ahli DUN dan Parlimen Parti Islam Semalaysia (PAS) dengan tertalaknya isteri dengan talak 3 sekiranya keluar parti atau melompat ke parti lain.

Pertama sekali saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan rasa kesal terhadap sikap memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talaq semata2 untuk mencapai kepentingan diri atsu kumpulan sendiri, sedangkan talaq atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah walaupun ianya diharuskan di dalam syari'at dalam keadaan yg terpaksa dilakukan kerana mempertimbangkan kemudaratan yang lebih besar skiranya hubungan antara pasangan diteruskan.

Oleh yang demikian ikatan perkahwinan adalah tidak wajar sama sekali dileraikan semata-mata untuk memaksa kesetiaan seorang Muslim kepada sebuah parti politik atau apa jua pertubuhan yang berkepentingan.

Talaq tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh sisuami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.

Sehubungan ini, saya menasihatkan kepada setiap orang yang telah melafazkan sumpah ta'liq yang tersebut supaya menebus sumpah itu dengan cara memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang fakir miskin atau, jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 3 hari sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Qur'an, surah al-Maidah 89.

Difahamkan daripada ayat ini bahawa sumpah yang dipaksa ke atas seseorang melafazkannya boleh dikategorikan sebagai sumpah yang lagha atau tidak dilakukan dengan niat yang sebenar. Sekian, semoga mendapat pethatian semua pihak.

DATO' DR WAN SALIM WAN MOHD NOOR
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.



PERLU JUJUR JIKA INGIN BERBICARA TENTANG BAIAH

Bagi menjamin para wakil rakyatnya terus taat setia kepada Pas, Pas menyediakan satu akujanji taat setia kepada perjuangan parti untuk diikrarkan oleh mana mana calon yang bertanding pilihanraya . Ia bertujuan memastikan mana mana wakik rakyat yang dipilih atas tiket Pas akan terus bersama Pas selepas mereka memenangi pilihanraya.

Sudah tentu baiah untuk terus bersama sama Pas dibuat atas premis segala tindakan yang dibuat oleh Pas selari dengan ajaran dan prinsip Islam. Jika tidak , sudah tentu ia termasuk dalam baiah yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

Dari segi moral politik, baiah atau akujanji taat setia itu suatu yang baik bagi memastikan mana mana wakil rakyat yang dipilih tidak mengkhiananti amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya tersebut.

Sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya sudah tentu Pas bukan sahaja megharapkan mana mana wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat atas tiket Pas akan terus menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat melalui undi mereka kepada calon calon Pas tersebut malahan wakil rakyat Pas juga bertanggungjawab memastikan Pas juga dalam masa yang sama tidak sama sekali mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada Pas.

Sudah tentu , menurut hemat saya,bila kita berbicara mengenai akujanji taat setia kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas itu , ia merangkumi aspek tidak mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada calon calon Pas tersebut. Dengan lain perkataan ,wakil rakyat Pas bukan sahaja perlu bersama dengan perjuangan Islam tapi wakil rakyat Pas juga perlu memastikan Pas juga , dalam apa apa keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh parti tersebut, tidak dalam apa keadaan meremehkan jauh sekali mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada Pas melalui calon Pas tersebut.

Sudah tentu misalnya apabila rakyat memilih calon Pas sebagai Ahli Parlimen mereka mengharapkan Ahli Parlimen itu bukan sahaja turun ke kawasan Parlimen yang beliau tandingi tersebut dan mengambil tahu dan cuba menyelesaikan masalah rakyat malahan rakyat juga mahukan Ahli Parlimen tersebut juga turut hadir dalam mana mana persidangan Parlimen dan turut sama mengambik bahagian dalam perbahasan di Parlimen. Jika itu tidak dilakukan sudah tentu ia boleh ditafsirkan sebagai meremehkan sokongan rakyat dan dikhuatiri ia juga boleh tergolong kepada pengkhianatan sokongan rakyat kepada calon Pas tersebut.

Oleh itu jika kita berbicara tentang baiah ia harus dilihat secara holistik dan tidak seharusnya disempitkan kepada aspek tertentu sahaja.

Dalam pilihanraya umum yang lepas ada beberapa realiti politik yang perlu diambil kira jika kita serius ingin bercakap tentang isu baiah.

Saya perhatikan, dalam perbincangan mengenai isu baiah setakat ini , mereka yang lantang menuduh para Ahli Parlimen dan Adun Pas yang menyokong Harapan Baru telah melanggar baiah, nampaknya, atas alasan yang hanya mereka sahaja tahu, telah gagal sama sekali mengambil kira realiti tersebut sekaligus amat mudah dan cepat mereka menjatuhkan hukuman ke atas ahli ahli Parlimen dan adun adun tersebut.

Antara realiti politik yang wujud dalam pilihanraya umum yang lalu adalah seperti berikut.

Pertamanya Pas telah mengadakan tahaluf politik dengan Dap dan Pkr atas nama Pakatan Rakyat ( PR ) dan Pas menyertai pilihanraya tersebut atas nama Pakatan Rakyat meskipun ketiga tiga parti tersebut menggunakan lambang atau simbul masing masing.

Keduanya, kerana wujudnnya PR itu, boleh dikatakan hampir seluruh kerusi Parlimen dan Dun yang ditandingi oleh calon calon Pas tidak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas dengan sama ada calon calon Dap atau Pkr kecuali dibeberapa tempat sahaja antaranya Dun Kota Damansara. Dalam isu Kota Damnasara wujudnya "penyeludupan" baiah melalui cara yang saya berani katakan amat tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu kepada calon Pas di Dun tersebut. Kesannya calon PR ( Pas dan Pkr ) kalah dan calon BN yang menang !!!

Ketiganya, calon calon Pas yang bertanding atas platform PR menghadapi musuh bersama iaitu Barisan Nasional ( BN ) dan apabila rakyat menyokong calon calon Pas mereka mengambil kira faktor tersebut.

Keempatnya , dengan wujudnya PR calon calon Pas mendapat manfaat yang amat besar sehingga beberapa kerusi yang ditandingi tersebut menyaksikan calon calon Pas menang ( termasuk ada yang menang dengan majoriti yang amat besar ) kerana mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Kerusi kerusi yang menang itu bukanlah kerusi tradisi Pas.

Kelimanya, sokongan rakyat ke atan calon calon Pas bukan hanya datang daripada ahli ahli Pas sahaja sebaliknya ia melangkaui ahli ahli Pas. Malahan di kawasan yang tinggi peratusan pengundi bukan Islam calon Pas berjaya menang. Sebagai contoh di Dun Putri Wangsa, Negeri Johor, YB Abdullah Hussien yang pada masa itu memegang Ketua Dewan Ulama Pas Johor berjaya menang bila peratus pengundi bukan Islam di situ sebanyak 47 peratus.

Keenamnya, hasil sokongan pelbagai kaum , bangsa dan agama atas calon Pas , Pkr dan Dap maka kita berjaya memerintah Selangor atas nama PR maka bagaimanakah sokongan rakyat yang membawa Pas turut sama dalam Kerajaan PR tiba tiba Pas tidak rasa apa apa bila tindakannya mengkhianati sokongah rakyat tersebut.

Sebagai contoh , semua orang tahu bagaimana Pas, dalam isu MB Selangor , telah memberikan kepada pihak Istana tiga nama calon MB Selangor yang kesemuanya daripada Pas tanpa perbincangan dengan Dap, Pkr malahan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sendiri. Tidakkah ini satu tindakan pengkhianatan ? Saya tidak pasti Islam yang mana membenarkan pengkhianatan seperti ini ?

Isunya adakah dalam kita berbicara mengenai isu baiah, realiti realiti politik di atas wajar diremehkan begitu sahaja dan kita menghadkan isu baiah itu kepada satu sudut perbincangan sahaja dan melupakan sama sekali aspek aspek lain yang wajar diambil kira.

Ahli Ahli Parlimen dan Adun-Adun Pas , khususnya yang kalah dalam pemilihan AJK Pusat yang lalu, adalah mereka yang istiqamah memastikan Pas terus bersama sama PR dan atas dasar itu mereka telah menerima pelbagai gelaran dan ejekan. Mereka istiqamah mahukan Pas tidak mengkhianati sokongan rakyat kepada Pas melalui PR. Mereka yakin tindakan Pas yang bertentangan dengan permuafakatan bersama PR sekaligus meranapkan PR adalah satu pengkhianatan kepada sokongan rakyat dan ia tidak selari dengan ajaran dan prinsip Islam. Harapan Baru wujud antara lain atas kesedaran hal tersebut.

Oleh itu jika kita ingin berbicara isu baiah , permintaan kecil saya, paling kurang biarlah kita jujur dalam perbicaraan itu. Janganlah berbicara baiah yang terpilih.

Wallahu 'alam.

MOHAMED HANIPA MAIDIN



WAJARKAH BAIAH TALAK TIGA PAS?
- Prof Muhammad Agus

Bagi pendokong PAS, mereka kata wajar atas hujah berikut:

i. supaya pemimpin yang dipilih atas tiket parti PAS tidak mengkhianati perjuangan, apatah lagi perjuangan Islam PAS.
ii. sebelum baiah ini dibuat, pemimpin ini tidak bantah pun baiah tersebut.

Mufti Kelantan telahpun menyatakan baiah ini sah. Bermakna apabila pemimpin PAS tersebut keluar dari PAS, maka jatuhlah talak tiga ke atas isterinya. Jika ada pertikaian, rujuklah ke Mahkamah Syariah untuk keputusan autoritatifnya.

Bagi bukan pendokong PAS, mereka menyatakan tidak wajar atas hujah berikut:

i. Cerai perlu dibuat secara sukarela, bukan paksa.
ii. Cerai adalah perbuatan yang paling Allah tegah dan tidak boleh dibuat main-main.
iii. Baiah setia itu hanya pada Allah, bukan pada parti dan pemimpin.

Meneliti kedua-dua hujah, saya tidak berupaya untuk mengulas sah atau tidak sahnya baiah ini.

Tetapi sebagai pelajar politik, komen saya sederhana sahaja: saya terkejut isteri pun boleh dicagar sebagai syarat untuk setia pada parti bagi menjadi calon dalam pilihan raya. Bertanya saya dalam hati, apakah Islam membenarkan perbuatan sebegini?

Merenung seterusnya, jika betullah ada baiah cerai talak tiga jika keluar dari parti PAS, ini adalah sekarut-karut tindakan!



ULASAN GB

Isu Baian Talak Tiga sengaja diperbesarkan oleh para ulama PAS untuk menakutkan wakil-wakil rakyat PAS yang ingin bertindak meninggalkan PAS.

Dan ia sekaligus memaparkan wajah hodoh yang sebenar ada pada PAS yang tidak diketahui oleh rakyat selama ini dan sewajarnya rakyat amnya dan umat Islam khususnya perlu menjauhi PAS selama mana baiah talak itu dikekalkan.

Syukur kepada Alah kerana terbongkarnya isu ini, setidak-tidaknya rakyat dapat menilai bagaimana PAS menggunakan taktik paling hina untuk mempastikan kelansungan survivalnya.

Kedua kita bersyukur kerana ia adalah untuk membuang nanah (baiah talak) yang membusuk di dalam PAS.

GB sudah ulas sebelum ini:

Sayugia dimaklumkan bahawa baiah berkenaan dilakukan ketika PAS masih berada di atas landasan perjuangannya yang benar dan PAS PADA KETIKA ITU adalah rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apabila kedua-duanya sudah tidak wajud maka dengan sendirinya baian itu TEBRATAL.

PAS telah terpesong perjuangannya, sudah tidak Islamik.

Berkali-kali kita dedahkan perbuatan2 seperti memfitnah, melabel, mencaci, memaki sot jebon, anwarinas, binatang, barua, tolol dan lain lain, islamikkah itu? Parti sahaja masih bernama Parti Islam sedangkan tindakan, perbuatan dan akhlak para pemimpin dan ahlinya sudah tidak Islam lagi.

Kebetulan perbuatan memfitnah, mencerca dan memaki hamun itu dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat dari kalangan progresif. Ia seperti memerangkap kumpulan progresif dan kemudian menyatakan kamu telah berbaiah!

Mereka (kumpulan yang menamakan mereka ulama) cuba memerangkap dan menipu kumpulan progresif, sedangkan mereka sebenarnya cuba menipu Allah swt.


Apabila keadaan seperti itu berlaku yang akan menerima laknat ialah parti pas sendiri dan mereka yang melakukan tindakan-tindakan yang tidak Islamik itu termasuklah pimpinan dan ulama parti yang sengaja membiarkan gejala yang tidak Islamik itu berlaku di dalam parti (malah dalawam waktu tertentu ulama sendiri melakukan) semata-mata untuk menyingkirkan kumpulan progresif itu dari saf kempimpinan parti.

Oleh itu YB-YB tidak perlu takut untuk meninggalkan PAS kerana keyakinan kita bahawa PAS telah terpesong dari landasan perjuangan Islam, dipesongkan oleh ulama-ulama gila jawatan.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Maha Melihat, dan golongan professional tidak semudah itu boleh diperbodohkan. Alalh akan tetap memelihara dan menyayangi mereka. Kerana Allah Maha Tahu dengan kerana merekalah dulu PAS berjaya berada di aras yang ada kini... malah kita yakin merekalah ulul-albab (orang-orang yang mempunyai fikiran) seperti yang disebut berkali-kali oleh Al-Quran.

Hukum kebenaran dan keadlan akan tetap berjalan.

Wallahu 'alam.


Dan sebagai mengakhiri isu ini, tinggalkan ulama-ulama PAS dan lihat kepada paparan ayat-ayat di bawah.







IKLAN BERBAYAR







34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tengok Wajah Hodoh parti khianat rakyat? Senang jer sila tepngok muka ular hellfire hodoh makan apa beli kereta mewah jelas dia Tak mampu

Omar Daud berkata...

Salam semua: Lawak PAS tak habis-habis,tak faham macamana idea karut talak3 boleh berlaku.PAS NAK Survive kena buat aku-janji,apabila orang-orang awam, mengetahiunya, ramai lagi orang menyampah.Confirm orang-orang awam takkan join parti ini.yang tinggal cuma pengtabsub sahaja.

sambungan dari idea yg lalu:

Okay let's move back idea "luar kotak" memperbaiki ekonomi ahli-ahli GHB:
dicadangkan GHB set-up Satu department kusus untuk kebajikan ahli-ahlinya:
Kenapa S46,BERJASA dan HAMIM Fail sebab mereka gagal tiada plan untuk ahli2nya,mereka cuma digunakan pada pilihanraya sahaja, lepastu buat haluan masing2.PKR pun menuju kearah itu mungkin 10-20thn lagi.Baru2 ini 4 ahli2nya yg hardcore,sanggup bersama kena acid fru,masuk penjara,mereka telah meningalkan kita ini.Apa jadi pada keluarga mereka,tidak terurus,sedangkan kematian mereka tiada ketua ranting dan cabang datang menjiarahi mereka.sedihkan apa akan jadi sokongan keluarga2 mereka.
contoh yg baik dari umno,walaupun saya dan sekeluarga dah meninggalkan umno sejak 1988, surat jemputan hariraya masih lagi sampai dipeti surat rumah saya.
cadangan hasil kutipan zakat untuk ahli gunakan modal untuk berniaga:
Perniagaan yg paling menguntukan sekarang ini ialah membuka kedai makan:orang malaysia ni kuat makan,pagai,petang,malam..makan..maka..makan..
Apa kata memulaka kedai makan style mamak,24hrs:umpamanya Harapan baru curry house.Di buka di setiap DUN,tempat strategic,orng2 awam tertumpu 24 jam,ada screen besar,bila ada primier league,mu lwn liverpool,penuh.
Disebelah kedai, didirkan markas,surau.
Bila time sembahyang,azan berkumandang dikuatkan.
Bila adanya kedai makan ahli-ahli lain boleh tumpang semangkuk,hantar kueh-muih,nasi lemak ,buat sate dan pelbagai lagi.
Di kedai makan ini,kita boleh letakkan surat khabar keadilan,roketkini,selangor kini,harakah....ooops silap..AKbar GHB..yg baru..
Contoh yg terbaik ialah AMJAL restaurant depan university malaya.Baru-baru ini AMJAL memberi laluan ceramah GHB..hebat2 ramai yg hadhir.

Sekian sahaja,idea yg tak seberapa.Kita focus menjatuhkan BN,disamping tidak mengabaikan ahli-ahlinya.

Just my 2 cents.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

cukup jelas ulasan GB!

Tanpa Nama berkata...

sudah tentu hujung dpd baiah itu adalah islam

bagaimana jika sebuah parti islam itu tidak islamik lagi?

maka pemimpin yg menyebabkan dan menyubur dan menyokong tidak islamik itulah yg patut disabit dgn baiah itu...

makanya isteri2 mereka lah yg lebih relevan utk tertalak 3 !


adapun golongan yg nk buat parti baru kerana nk menjaga islamik perjuangan itulah yg sebenarnya kekal dan menjaga baiah

kecuali lah hujung dpd perjuangan PAS itu sebenarnya hanyalah WALA' TOTAL PADA PRESIDENG DN MURSYIDUL AM.... MCM SYIAH

ustazCakarRimau berkata...

kah kah kah
sekarang semua orang pening!.
bagaimana pula boleh pening, sedangkan sumpah baiah yang dibuat begitu jelas dan terang lagi bersuluh.
Siapa yang melanggar sumpah (baiah) yang dibuat, kesannya adalah : "maka akan tertalaklah isteri / isteri-isterinya dengan tiga talak".
Dalam undang-undang kekeluargaan Islam, sumpah baiah ini dikategorikan sebagai talak (cerai) takliq. Dimana pihak suami mensyaratkan pelanggaran sumpah untuk mengesahkan penceraian dengan isteri / isteri-isterinya. Ini bermakna perceraian tergantung kepada sumpah yang dibuat. Jika dilanggari maka perceraian akan disahkan.
Isu utama disini tiada kaitan dengan persoalan moral atau tujuan sumpah. Namun isu yang mesti dibincang, adakah sumpah takliq ini sah atau pun terbatal.
Saya berpendapat bahawa sumpah takliq ini sah, kerana orang yang bersumpah melakukan sumpah takliq dengan kerelaan hati dan dalam keadaan sedar.
Semua ini terbukti dengan tanda tangan yang dibuat oleh orang yang bersumpah. Begitu juga, tidak terdapat ikrar dari orang yang bersumpah yang menyatakan bahawa beliau dipaksa bersumpah.
Kesan dari sumpah ini juga menjelaskan lagi bahawa sumpah ini adalah talak (cerai) takliq. Dimana orang yang bersumpah secara terang menyatakan bahawa pelanggaran sumpah akan menyebabkan isteri @ isteri-isterinya tercerai dengan cerai tiga.
Dalam istilah fiqh, cerai talak tiga adalah cerai baien kubra. Dimana suami tidak boleh merujuk kembali @ berkahwin dengan bekas isterinya, kecuali bekas isteri berkahwin lain dan kemudian telah dicerai pula oleh suaminya.
Ada orang yang mendakwa, suami hanya perlu membayar kifarat sumpah apabila melanggari sumpah yang telah dibuat.
Sebenar sumpah talak (cerai) takliq tidak sama dengan sumpah biasa yang dilanggari. Mengqiyas sumpah talak takliq dengan sumpah biasa adalah qiyas songsang yang tidak boleh dijadikan hujah.
Ada juga mereka yang berhujah bahawa sumpah (takliq cerai) yang dibuat di fatwakan batal oleh beberapa orang ulamak yang masyhur dan fatwa ini telah dijadikan sebagai undang2 kekeluargaan islam Mesir (saya sendiri pun berminat pendapat ini).
Namun sesuatu yang mesti diberi perhatian khusus, bahawa sumpah ini telah dibuat di negeri Kelantan. Dimana pihak berkuasa agama negeri Kelantan secara jelas menjadikan mazhab Syafie sebagai rujukan dalam undang-undang kekeluargaan Islam negeri Kelantan. Mengikut pendapat mazhab as-Syafie, cerai takliq adalah sah dan diterima pakai dalam perundangan Islam.
Ini bermakna sumpah takliq talak yang telah dibuat telah disahkan dan akan terlaksana apabila dilanggari oleh orang yang bersumpah.
Mungkin (???) dengan menjadi warga negara Mesir atau berpindah ke negara Mesir orang yang bersumpah boleh melepaskan diri dari sumpah ini.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

Dah habis modal lah puak ni...main ugut2 pulak, guna bai'ah pulak dah, mufti Pulau Pinang cakap bai'ah talak 3 tu tak sah, boleh bayar kifarrah. Amacam pak-pak lebai...ok?

Tanpa Nama berkata...

Dah habis modal lah puak ni...main ugut2 pulak, guna bai'ah pulak dah, mufti Pulau Pinang cakap bai'ah talak 3 tu tak sah, boleh bayar kifarrah. Amacam pak-pak lebai...ok?

Tanpa Nama berkata...

Apa yg ustcakarharimau tu merepek...

Dia menulis:
"Saya berpendapat bahawa sumpah takliq ini sah, kerana orang yang bersumpah melakukan sumpah takliq dengan kerelaan hati dan dalam keadaan sedar."

Sedangkan kondisi semasa sumpah itu dilakukan tidak pula disebut. Ia itu keadaan parti atau jemaah. Mereka rela hati kerana keadaan parti atau jemaah adalah dilandasan yang betul.

Apabila parti dan jemaah sudah terpesong maka sumpah itu sudah gugur dan terbatal.

Dalam Islam telah jelas dengan hadith Nabi
"Yassiru wala tu 'assiru, basysyiru wala tunaffiru"

"permudahkan jangan persulitkan,
berikan khabar gembira, bukan khabar buruk"

Tanpa Nama berkata...

Mestikah pegang baiah pada peminpin yang mengkianati pakatan dan lari apa yang mereka katakan dahulu. Dulu haji hadi mengatakan hudud tidak perlu didahulukan kerana gaji minima belum terlaksana. Sekarang telah mengkianati perkataan sendiri. Adakah orang ramai mesti mengikut apa saja yang dikatakan oleh ulamak atas dasar walak. Sudah menjadi rahsia umum yang beliau mempertahankan umno yang beliau kafirkan dahulu atas dasar asobiyah. Adakah dasar umno telah berubah. Sila amati amanatnya di baggol pradong.sangat bercanggah dengan sikapnya sekarang.

Tanpa Nama berkata...

nas yg disiar tuan GB

dan ulasan Dr MAZA

sudah jelas tidak sukar
utk membatalkan sumpah
yg dipaksakan ini

dont worry la

small matter, kan islam
ada kaedah penyelesaian
masalah

yg menyusahkan ialah manusia2
yg ada kepentingan


Tanpa Nama berkata...

anon732 am. dulu tarak asyuuuk sikalang atak masyuuuk.

ustazCakarRimau berkata...

kah kah kah!
jangan kata aku merepek ....
nanti yang tergila-gila nak tubuh baru .... bertukar pula tergila-gila kerana talak ...

kau baca betul-betul :
"Bahawa saya dengan nama Allah, Wabillahi, Watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya ...."
Sumpah baiah jelas "sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya". Ini bermakna meninggalkan parti PAS untuk menyertai parti lain atau melompat ke parti lain dengan kerelaan sendiri, maka sumpah baiah akan disahkan disertai dengan kesannya " isteri tertalak dengan talak tiga?????.

yang kau bawa aku merepek! aku hanya nak nasihatkan orang yang berbini 2 dan 3, jangan cari bala dengan perbuatan bodoh.

Tanpa Nama berkata...

dah puas aku post tp tak ada org komen. mufti boleh komen skit cadangan aku nih:

1. ceraikan isteri yang sah dengan talak 1.
2. lepas tu baru daftar masuk (atau lompat) ke parti lain.
3. akhir sekali, rujuk balik dgn isteri2.

dgn cara ini, kemasukan dlm parti lain berlaku ketika tiada isteri. so talak tak berlaku.

begitu juga, kalau rujuk kembali, talak tinggal 2. maka taklik talak 3 dengan sendirinya terbatal.

sah ke camni?

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya sikit pada anon 2.20.dikatakan sumpah dengan rela hati jatuh talaq ,kalau tak dengan kerelaan hati bagaiman pulak,mulut kita je mengaku tetapi dalam hati setiap calun Pas menyumpah dengan taktik begini ,bagaiman.?jatuh juga ke,

Abdul Said berkata...

Nampak sangatla geng ulamak ni mabuk macam makan pil kuda. Dulu keji kawan-kawan, hina, halau, suruh buat masjid sendiri, halau pukul borong, sekarang pulak bila tengok yang dihalau kuat pengaruhnya mula kelam kabut, berhujah mulut berbuih, ugut baiahla, macam-macam ada. Jarang tengok ulamak-ulamak mengelabah. Dalam hati menyesal tapi ego kuat maka buat tak tau saja. Elok lu orang berjimat cermat. Lepas ni makan pencen. Yang tak bekerja silap-silap bawa tempurung. Lu orang ingat orang ramai nak derma kat ustaz-ustaz PAS? Kirim salam.

Malam tadi berbual dengan imam masjid tersebut pulak hal PAS. Bila kita bagi fakta dia pun mengelak. Katanya parti lain pun bergolak. Eh eh kesitu pulak. Itulah kuatnya indoktrinasi puak PAS. Sampai imam masjid pun tak nampak ketua partinya kaki maki orang dan sombong. Yang patut dan wajib kita taat hanya kepada Allah s.w.t. dan Rasulimpang dari ajaran Rasulullah s.a.w. Bertambah rosak Malaysia bila ulamak pun mulut berbuih!!!!

ustazCakarRimau berkata...

kah kah kah!
nas yang MAZA siarkan aku belum baca!
namun yang GB siarkan di atas, tiada kaitan langsung dengan "cerai / talak takliq".
ingat! sumpah baiah yang dibuat hanya untuk menguatkan lagi perakuan dan ikrar orang yang bersumpah.
ayat-ayat yang dikemukakan GB tidak boleh dijadikan hujah untuk membatalkan cerai takliq yang dibuat. Bahkan ayat-ayat tersebut diturunkan untuk menidakkan perangai jahiliyah orang arab yang suka bersumpah.
yang mengomen mesti berhati-hati kerana kesan sumpah ini terlalu besar kepada orang yang bersumpah.
Wakil-wakil rakyat PAS Kelantan akan ketar lutut bila nak keluar parti. Ramai di kalangan mereka yang memiliki 2@3 isteri. Ada yang baru kahwin isteri yang muda selepas isteri tua mati.
ingat orang draf sumpah baiah ini adalah orang yang tahu undang-undang.

Tanpa Nama berkata...

Tu la lain kali sapa2 yg mau bertanding kerusi parlimen atau dun kena sedar lah dalam PAS ada baiah atau akur janji taat setia....jgn nanti bila dah kalah mula lah nak petikai itu dan ini.....Masa nak bertanding dulu tak timbul pun bab baiah nie......terserah lah pada yang terlibat nak langgar atau tak sbb depa yang melafaz kn nya dulu....pada yang tak terlibat jgn lah nak komen lebih2....berani lafaz berani lah tanggung kn....ingat lah Allah swt Maha Mendengar dan Melihat apa yang kita laku kan.....be positif dan cari lah yg terbaik...jgn menurut hawa nafsu yang tak bertepi.....

Tanpa Nama berkata...

Puak ulamak2 pas makin bersuara makin nampak kebodohan nya.hai xtau la sape lg sanggup sokong pas....

ustazCakarRimau berkata...

kah kah kah!
cadang kau ni bukan membina, tapi mejahanamkan.
kau ingat cerai macam pakai baju, nak tukar boleh tukar bila-bila masa. Hanya orang gila sahaja yang ceraikan isterinya tanpa dosa tanpa marah.
hukuman ke atas gila nak jadi wakil rakyat sehingga rela talak takliq isterinya hanya dua pilihan.
1-menahan diri dari melompat atau bertukar ke parti lain sehingga tamat perkhidmatan wakil rakyat.
2-Langgar sumpah dan kahwin baru dan cari bini baru @ cari cina buta untuk dikahwinkan dengan isteri tersayabg.

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Apa susah sangat. Cerai dulu isteri talak satu lepas tu baru keluar PAS. Bini dah takde mcm mana nk jatuh talak. Bila dah keluar PAS rujuk lah semula hahaha.

Malaysiabaru berkata...

Nik ajis pun syiah jugak???

Mcm muttah jer baiah pas pis pus nih

Alamak nik abudoh pun mcm nik ajis

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pada kebiasaannya, taklik pencaraian dilafazkan oleh suami jika isteri melakukan sesuatu yang sangat-sangat tidak disukainya. Taklik perceraian biasanya berlaku antara ikatan perjanjian perkahwinan antara suami dan isteri, dan tidak melibatkan pihak ketiga. Anehnya, berlaku taklik menceraikan isteri jika adun dan MP Pas keluar parti di Kelantan. Senerio ini membongkar betapa Pas Kelantan menyalahgunakan agama untuk membela dan mempertahankan parti. Lebih memalukan lagi, Pas Kelantan sanggup mengorbankan kebahagian dan kerukunan keluarga wakil rakyatnya semata-mata kerana parti. Pas hanyalah parti siasah. Pas bukan agama. Pas juga bukan akidah. Gugur akidah jika keluar Pas adalah satu doktrin yang sengaja diciptakan oleh golongan-golongan ulama untuk mengekalkan kedudukan mereka. Keluar dari Pas bukan berpindah kepercayaan, tetapi berpindah kepada parti yang lebih baik, dan matlamat perjuangan yang sama tetapi pendekatan yang berbeza.

Pas adalah parti yang terbaik dari segi undang-undang tubuhnya. Namun begitu, saf kepimpinan parti pasca-muktamar 2015 menjadikan parti milik golongan yang mengaku diri mereka sebagai ulama. Golongan cendikiawan yang bukan ulama dinyahkan melalui grand design yang dirancang secara licik oleh golongan ulama. Secara tidak langsung, taklik menceraikan isteri dengan talak tiga bukan bertujuan untuk mempertahankan parti, tetapi mempertahankan ulama. Ulama dalam Pas tidak semesti ulama Islam yang tulen, kerana mereka manusia biasa dan bukan maksum. Dikhuatiri ada di kalangan mereka ulama jahat (suu').

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi.

Kepada para pendokong dan ahli-ahli, Pas kini bukan berjuang untuk membela rakyat, sebaliknya hanya membela golongan-golongan yang mengaku diri mereka sebagai ulama. Isu-isu negara seperti kejatuhan nilai mata wang, skandal 1MDB, Mara, Tabung Haji, rasuah, keborosan dan ketirisan perbelanjaan kerajaaan, pengangguran, hutang negara dan kebanjiran pendatang-pendatang asing tidak diagendakan dalam perjuangan Pas kini. Apa yang penting bagi mereka dapat mempertahankan Kelantan dari terlepas ke tangan GHB melalui senjata taklik mentalak isteri. Kini rakyat dibiarkan, ulama dipertahankan menjadi tag line Pas di bawah kepimpinan Pas pasca muktamar 2015.

hisham nor hisham berkata...

Kita tunggu aa kata uai ttg baiah ni..tungggggguu

Tanpa Nama berkata...

Kaedah licik tu nampaknya spt Sah..

kita dah maklum talak tetap dikira walau pun diucap dlm bergurau.

Tak perlu tunggu bini buat dosa atau marah. Tambahan pula talak dibuat demi mengelakan mudarat yg lebih besar(tertalak tiga). Apa pun cubalah mintak pandangan org yg lebih pakar.. no hal

Tanpa Nama berkata...



Sesiapa

Sesiapa yg bnar7INGIN pasrah spasrah7Nya kpd ALLAH

Yg bnar7SURRENDER = bnar7PASRAH = bnar7ISLAM/Muslim kpd ALLAH

Yg bnar7BERHAJAT = bnar7CINTA = bnar7KHUSYUK kpd sterang7CAHAYA-ALLAH


Ssungguhnya..

Islam itu sgt7SIMPLE skali...ia terbit dr dasar HATI yg kudus suci..murni

Islam itu sgt7MUDAH skali...ibarat CAHAYA yg maha7LURUS..maha7TERANG tepat mnyinari

Islam itu sgt7MELAPANGkan...mmberi ruang & pluang kpd sgl masaalah2 utk diatasi

Islam itu bnar7mnDEWASAkan...bukan mnjd budak2-HINGUSAN yg gila-NOBAT-haloba pntingDIRI

Islam itu smutlak7KBNARAN..sgl2 RAHSIA gelap-khianat-ONAR-FITNAH-rasuah dpt dbongkar



Ddlm

Ddlm surah Al-Fatehah...disebut jln:"JALAN-yg-maha7LURUS"..dpt mlihat onar-BENGKOK-putar

Ddlm Al-Baqaroh...disebut: "BACAAN-yg-bnar7TEPAT"..dpt mncungkil sgl khianat-LICIK-ksumat

Ddlm An-Nuur...disebut: "CAHAYA-mnyinari-CAHAYA-keatas-CAHAYA"..spot'LIGHT yg sgt7POWER

Ddlm As-Shaft...disebut: "BARISAN-bangunan-SYSTEM"..yg halus-TELTI-bnar7brINTEGRITY tggi

Ddlm Al-Ikhlas...disebut: "AHAD-AHAD-AHAD"..mnjd smutlak7HAKIKAT, tiada SATU yg trsmbunyi



Nabi SAW..

Mengajar sbnr7ERTI 'baiah' kdasar HATI yg bnar7LURUS dan bnar7KUDUS..

'Baiah' nabi SAW itu adalah dbwh spot'LIGHT-CAHAYA yg maha7TERANG yg tak wujud ksangsian

TIADA sbarang syarat ddlm 'baiah'itu..slain syarat sbnr7KJUJURAN demi sbnr7HAQ dr TUHAN

'Baiah' smaskali bukan & bukan utk onar-PUTAR-FITNAH-rasuah yg mngeliru mnjahanamkan umah

'Baiah' smaskali bukan & bukan utk parti & utk khianat-haloba-NOBAT-gelap-songlap-glamor budak2-HINGUSAN yg pentingkanDIRI..



NOTA:

'Baiah' itu demi smutlak7HAQ-KESUCIAN dsisi ALLAH, mmberi sbnr7DAMAI-KSEJAHTERAAN ummah..







Tanpa Nama berkata...

Celaru sungguh pas la ni.. dulu nak halau sangat, bila dah orang nak blah boleh ugut pulak... mujur la tak dapat perintah negara lagi, kalau tak lagi celaru dari bn.. betul la orang kata kekuatan pas adalah islam, tapi islam yang ditonjolkan tgna.. yang sekarang ni lebih mencemarkan nama islam je.. rindunya rasa..

Tanpa Nama berkata...

Celaru sungguh pas la ni.. dulu nak halau sangat, bila dah orang nak blah boleh ugut pulak... mujur la tak dapat perintah negara lagi, kalau tak lagi celaru dari bn.. betul la orang kata kekuatan pas adalah islam, tapi islam yang ditonjolkan tgna.. yang sekarang ni lebih mencemarkan nama islam je.. rindunya rasa..

Tanpa Nama berkata...

bai'ah Pas ini sebenarnya hanya meletakkan parti itu tidak lebih dan tidak kurang tarafnya dengan Pekida yang ada sumpah setia dan "salam cangkuk" yang tersendiri di kalangan ahli-ahlinya.

Tanpa Nama berkata...

1. Sumpah tu tertakluk pada mereka2 yg jadi adun dan ahli parlimen je kan? Kalau bukan mcm mana? tak tertakluk le kan?
2. Adakah sumpah tu terpakai kalau mereka dipecat dari jadi ahli? Kalau dipecat sumpah kedua je la terpakai kan iaitu mesti letak jawatan dari jadi ahli parlimen atau adun pas?

Tanpa Nama berkata...



Baca dan fahamkan sekali lagi :

"Bahawa saya dengan nama Allah, Wabillahi, Watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya ...."

Sumpah baiah jelas "sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya".

Melompat ke parti lain bukan talak kan Isteri.

1. Pemimpin-pemimpin GHB tidak rela (berat hati) untuk meninggalkan parti PAS;
2. Bia'ah tidak menyatakan kerelaan ceraikan Isteri tetapi kerelaan meninggalkan parti;
3. Ada ke terus talak tiga? Bukan ke talak satu lepas tu talak dua dan kali ketiga baru lah jatuh talak tiga ?
4. Bia'ah ini orang yang tahu undang-undang ke atau orang yang tahu pasal hukum ?

Mana yang terikat sekiranya bia'ah tersebut sah, duduk je dalam PAS. Tu pun kat Kelantan je, berapa ramai sangat lah. Tapi jangan duduk diam-diam, mana gelagat Hj Hadi tak betul, suarakan. Orang buat kacau dalam parti pun PAS nak simpan...

Ingat ahli-ahli PAS tak melompat sebab iman kuat tapi rupanya ada sumpah.

Bia'ah ini hanya sah sekiranya mendapat persetujuan dari Isteri, barulah adil seperti mana kita baca taklik selepas akad nikah.

Waallahuallam.
Kepada Allah kita kembalikan,

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula saksi sumpah tersebut?

Boleh pakai ke tidak? Sebab ramai yang fasikh dan munafik rupanya.

Sepatutnya bia'ah ini tak perlu di hebuh-hebuhkan. Buat malu. Itu antara orang yang bersumpah dengan Allah lah. Kalau dia yakin sumpah dia betul, dia tanggung lah. Yang pro ulamak PAS nak sibuk-sibuk apahal? Pecat lah G18 kalau dah macam ini. Atau G18 keluar dulu dari parti sebab GHB bukannya parti politik yang berdaftar lagi.

Kepada Allah kita kembalikan.


Tanpa Nama berkata...





Tentu kan siapa pengkhianat dulu.

Kalau ketua yang pengkhianat kita ikut sejarah para sahabat.

Tanpa Nama berkata...

Melihatkan komen-komen dan pelbagai reaksi dari pemimpin-pemimpin PAS adakah sanggup kita pilih mereka sebagai wakil kita di ADUN dan di Parlimen? Adakah kita sanggup orang-orang seperti mereka meneraju, bidang ugama, ekonomi, kewangan, pertahanan, pentadbiran, sains, pendidikan, keselamatan, persekitaran, kebajikan sosial dan sebagainya. Tanyalah orang Kedah dan Terengganu mengapa mereka beri masa sepenggal sahaja kepada kumpulan Hadi and the gang!!. Jangan sebut Kelantan kerana Kelantan telah dibayangi oleh tarikan dan aura dari perwatakan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Orang ramai mengundi PAS kerana Almarhum dan bukan kerana PAS dalam erti kata yang sebenar. Adakah kita yakin lebai-lebai mercun boleh berhujah mengenai keselamatan negara dengan mengambil kira peranan pengaruh aktor-aktor lain dirantau ini? Adakah kita yakin lebai-lebai ini akan mengkaji selidik mengenai kesan satu-satu undang-undang yang akan dibahaskan di Parlimen? Tuan-tuan jawablah sendiri. Sudah tiba masanya kita membuka minda tentang ugama kita. Ingatlah ulamak-ulamak dan cendikiawan Islam ada dimerata dunia jangan tutup minda kita kerana ilmu Allah s.w.t teramatlah luas. Manusia yang hanya ada sekeping kertas dipanggil Phd belum tentu dapat menandingi ulamak silam apatah lagi kalau mulut berbuih hanya berbekalkan BA sahaja!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam islam dah gariskan panduan talak..
Jika seaeorang itu bertaklik dan taklik itu membawa penyesalan. Maka seseorang itu boleh tarik balik sebelum perkara yg dikaitkan tu berlaku. Dlm kes ghb ni, bulan 9 ni baru nak sahkan daftar parti politik. Jadi sebelum tu seseorang tu mesti tarik balik sumpah yg dibuat dengan bhadapan isteri2 mereka.jadi terbatal lah lafaz taklik tu..apa kata ustaz?yang stahu saya macm tu lah. Tapi jika bersumpah tanpa melibatkan perceraian,seseorang itu boleh tarik balik dengan.minta pengampunan dosa dari Allah swt. Mintak perkara baik2 dan jauhkan dari sikap suka bersumpah atas perkara yg membawa keburukkan pada diri dan agama..manusia ini lemah..sentiasa berubah hati.jadi jgn ambil mudah sumpah..
Kan bgtu ustaz2..