20 Jul 2015

[VIDEO & GAMBAR] Sambutan Luar Dugaan Himpunan GHB Di Kota Bharu & Kangar


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib melahirkan rasa gembiranya dan mengucapkan tahniah dengan sambutan yang sangat baik rakyat terhadap majlis Hari Raya Gerakan Harapan Baru yang diadakan serentak di dua negeri malam tadi iaitu di Perlis dan Kelantan.

Di dalam satu kenyataannya, Muhammad berkata GHB nyata lahir tatkala rakyat Malaysia umumnya ternanti-nanti dan tertanya-tanya bilakah suatu wadah baru akan wujud agar mahu diberi mandat untuk memimpin negara supaya negara dapat keluar dari kemelut serta gejala tidak keyakinan rakyat kepada pimpinan Umno dan BN sekarang.

Beliau mengamnggap ombak telah ppun bermula dan ombak berkenaan kian membesar.

"Kepimpinan Mat Sabu dan seluruh pendukungnya dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) dilihat bergerak sebagai satu pasukan dan tahu membaca gerak hati rakyat Malaysia yg kini amat dahaga kepada kepimpinan yg baik serta beramanah sesuai dengan ajaran Islam," tambah kenyataan itu lagi.

Muhammad Taib telah menyertai PAS pada April 2013 dan merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986.

Tetapi telah beberapa kali meluahkan perasaan kecewanya pernah menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Pas. Katanya, tindakan itu berpunca daripada rasa kecewanya kepada Pas, yang mana parti itu dilihat seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini

Namun beliau merasa gembira dengan sambutan rakyat terhadap GHB dan beliau telah turut serta menghadiri perhimpunan "Perjuangan Baru Bermula" oleh kumpulan progresif PAS di Bakri Muar beberapa bulan lalu.

GHB sama pegangan dengan Nik Aziz, ganti kerajaan sedia ada, kata Husam

Datuk Husam Musa melihat tiada salahnya puak profesional PAS yang tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dilihat selari dengan pegangan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, Nik Aziz selama ini berharap agar agenda islah bernegara dan berkerajaan dapat diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada wajib digantikan secara total.

"Kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisme murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Ini satu usaha 'al-birri' (kebajikan) dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.

"Sekalipun saya pemimpin kecil PAS, saya melihat telur GHB ini perlu disantuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Husam berkata, hasrat ramai rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa dan penindasan ke atas rakyat jelata, hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, serta segala macam kemungkaran politik, ekonomi dan agama, tidak harus dikecewakan.

"Derita rakyat adalah derita kita bersama. Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.

"Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor di Kelantan itu berkata, menjadi harapannya untuk hadir ke ceramah GHB di Kangar, Perlis pada malam tadi, namun kesihatannya belum pulih sepenuhnya.

Katanya, tiada sebab baginya untuk tidak menghadirkan diri malam tadi kerana Aidilfitri itu sendiri menuntut untuk memperkukuhkan silaturahim.

"Saya dijemput untuk hadir dalam perjumpaan Hari Raya pada malam ini. Saya memang bercadang untuk hadir, sekalipun penganjurnya atas nama GHB, satu nama bagi gerakan masih di alam rahim.

"Apa salahnya kita memperkukuh silaturahim sesama umat?" soalnya.

Malam tadi, dua majlis perhimpunan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) diadakan - satu di Kota Baru, Kelantan dan satu lagi di Kangar, Perlis - selepas ia dibentuk dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu.

Kehadiran di Dewan Himpunan Cina Kota Bharu, diketuai Dr Mohd Hatta Ramli dan Khalid Samad, melimpah hingga keluar. Begitu juga keadaannya di Dataran Paduka Sena, Kangar yang dipimpin pengerusinya, Mohamad Sabu. -TMI


KEKENYATAAN PENUH DATO HUSAM MUSA

ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5;2]

Saya dijemput untuk hadhir dalam perjumpaan Hari Raya pada malam ini. Saya memang bercadang untuk hadhir, sekalipun penganjurnya atas nama Gerakan Harapan Baru, satu nama bagi gerakan masih di alam rahim.

Atas dua sebab,

Pertama : Idil fitri itu sendiri adalah untuk menyambung silaturrahim. Apa salahnya kita memperkukuh silaturrahim sesama ummat?

Kedua : Saya melihat Harapan Baru sama pegangan dengan saya, juga rasanya sama pegangan dengan guru kita semua - al Marhum Tok Guru Nik Aziz - meneruskan agenda Islah bernegara dan berkerajaan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib di gantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Ini adalah satu usaha al 'birri' dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.

Apa lagi ada pepatah, musuh kepada musuh kita seharusnya menjadi kawan kita, kecuali kita mencari sebab menjadikan mereka musuh kita.

Sekalipun saya adalah pemimpin kecil Pas, saya melihat telur GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu di anggap taghut sudah di harap menjadi kawan.

Malangnya, saya masih belum sembuh sepenuhnya sehingga saya terhalang untuk bersama.

Hasrat teramai rakyat Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama dll, tidak harus dikecewakan. Derita rakyat adalah derita kita bersama.

Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.

Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan. 'Berlumba lah kamu untuk melaksanakan kebaikan kebaikan....'

Sekian.

Husam Musa
3 Syawal 1436H






Mujahid anggap sertai GHB keputusan paling sukar dalam hidup

Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganggap keputusannya melancarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama pemimpin progresif lain dari parti itu awal minggu ini sebagai paling sukar dalam hidupnya.

Titik perubahan dalam dunia politiknya itu mungkin menyaksikan beliau meninggalkan parti Islam itu dan menjadi anggota pengasas sebuah pertubuhan politik baharu bersama rakan-rakan yang "dipinggirkan".

"Ia keputusan yang paling sukar dalam hidup saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam politik PAS. Ibu saya mengandungkan saya apabila bapa saya berkempen di Perlis pada tahun 1964.

"Apabila saya dilahirkan pada 25 Oktober tahun itu, bapa saya terpaksa mencari nama yang mencerminkan cabaran yang beliau lalui. Sebab itu saya dinamakan Mujahid, maksudnya seorang pejuang yang tidak berputus asa.

"Saya mesti menghidupkan nama saya dengan kesukaran yang saya hadapi. Ia membentuk diri saya sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mujahid, 50, dan pemimpin PAS progresif lain disingkirkan kumpulan konservatif dalam pemilihan parti awal bulan lalu.

Penyingkiran itu, katanya, membuatkan mereka sedar, parti itu tidak berpegang teguh kepada prinsip Islam dan menerima pakai kefahaman agama yang jumud, menjauhkan mereka yang ingin mengetahui Islam dengan lebih mendalam.

"Hari ini, di dunia sekarang, Islam dianggap pengganas, agama yang mundur dan konservatif, seperti apa yang Isis (Negara Islam Syria dan Iraq) lakukan.

"Menjadi tanggungjawab kita membetulkan persepsi dan realiti. Itulah yang kami cuba lakukan dengan Harapan Baru ini," katanya, merujuk kepada parti baharu yang beliau dan rakan-rakan progresif sedang pertimbangkan.

Mereka berharap parti baharu itu akan menjadi parti Islam alternatif kepada PAS dan seterusnya membawa kepada penubuhan pakatan pembangkang baharu menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang terkubur selepas PAS putus hubungan dengan DAP pada muktamar lalu.

Mujahid berkata, mereka mahu membawa imej Islam yang berlainan melalui parti baharu itu bagi menunjukkan ia agama keamanan, kasih sayang dan belas kasihan, serta meraikan kepelbagaian.

"Ia satu perjuangan yang besar, bukan hanya mengenai sekumpulan pemimpin yang hilang kedudukan mereka.

"Jika anda tanya sama ada saya akan memilih parti atau menyelamatkan Islam, maka saya memilih menyelamatkan Islam. Parti politik datang dan pergi tetapi Islam itu kekal."

Mujahid berkata, keluarganya menyokong tindakannya kerana mereka juga melihat PAS kini berubah.

"Ketika arwah bapa masih ada, dia memberitahu abang dan kakak saya supaya sentiasa menyokong saya kerana saya satu-satunya yang mengikuti jejaknya dalam politik.

"Salah seorang kakak saya menyertai sayap Muslimat PAS... Tentunya, dia juga digulingkan pada muktamar lalu.

"Itulah yang paling menggembirakan... mempunyai keluarga di belakang kita, mereka yang menyokong kita dan mempercayai kita. Adik-beradik saya percaya adik lelaki mereka ini tidak akan melakukan perkara yang bodoh," katanya mengenai 10 abang dan kakaknya.

Arwah bapa Mujahid, Yusof Abdullah atau lebih dikenali sebagai Yusof Rawa, merupakan bekas timbalan menteri, bekas duta ke Afghanistan, Turki dan Iran, bekas presiden PAS dan mursyidul am pertama parti itu.

Mujahid menyertai PAS pada 1992 selepas pulang ke Pulau Pinang dari Mesir. Beliau kemudian berpindah ke Melaka, di mana beliau menjadi seorang pensyarah, dan tidak lama kemudian mula berminat secara serius dengan parti.

Beliau meninggalkan dunia akademik untuk menjadi ahli politik sepenuh masa pada 1999, bertanding kerusi Parlimen Jasin. Beliau kalah sekali lagi pada pilihan raya umum 2004 apabila bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Tetapi, beliau berusaha sendiri dari bawah. Beliau berkata, bantuan yang diberikan ayahnya hanya dalam bentuk kata-kata nasihat – satu-satunya cara untuk naik ialah dengan membuktikan kemampuan dirinya, jangan meminta apa-apa dari parti dan serahkan segalanya kepada Tuhan.

Mujahid tidak lama kemudian berjaya ke peringkat jawatankuasa kebangsaan Pemuda PAS sebelum menganggotai jawatankuasa kerja PAS Pusat pada 2005 dan ditugaskan mengendalikan biro perpaduan negara.

Beliau menubuhkan Kongres Penyokong bukan Islam PAS dan terus mempromosikan parti dan menggalakkan orang ramai lebih memahami Islam dalam sebuah negara berbilang kaum.

Mujahid juga membentuk slogan "PAS Untuk Semua" bagi parti itu pada pilihan raya umum 2013, yang melembutkan imej keras parti Islam itu dan mendapat sokongan pengundi bukan Islam.

Mujahid juga dikenali dengan kerja-kerja antara agama, terutama kejayaannya berbincang dengan gereja dan orang Kristian walaupun terdapat ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam berhubung isu kalimah "Allah".

"Parti mendapat manfaat daripada usaha itu tetapi akhirnya, PAS berhenti menghala ke jalan yang betul.

"Saya cuba menggalakkan amalan yang melibatkan agama lain melalui dialog dan saling menghormati antara semua agama, tetapi bagi PAS, ia seolah-olah idea yang pelik.

"Tidak ramai yang menyokong dan terdapat cakap-cakap yang kami menjadi sebahagian agenda Kristian, yang kami berkawan dengan musuh Allah. Semua ini teori konspirasi.

"Ia menyukarkan kerja saya tetapi saya teruskan juga dan oleh kerana itu, saya dilabel liberal dan seorang yang pro-Kristian."

Mujahid berkata beliau tidak akan membuat keputusan drastik menerajui GHB jika tidak ada satu pasukan pemimpin PAS yang berfikiran serupa dengannya dan ahli akar umbi yang tidak berkenan dengan apa yang terjadi dengan PAS kini.

Jelajah seluruh negara mereka, katanya, dibincangkan di kalangan ahli PAS dan ada yang bertanya bagaimana bekas timbalan presiden parti seperti Mohamad Sabu boleh ditendang keluar selepas begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya.

"Di Johor, 80% daripada akar umbi bersama kami kerana mereka tidak suka dengan keadaan sekarang. Kongres Penyokong PAS, yang merupakan idea saya, akan menyertai kami. Banyak lagi akan turut serta."

Di tengah-tengah perkembangan ini, Mujahid berkata, kehidupan diteruskan seperti biasa di kawasan Parlimennya, Parit Buntar, di mana pengundi lebih mementingkan sama ada beliau akan dapat meluangkan masa untuk mereka atau tidak.

"Mereka tidak begitu peduli tentang apa yang berlaku, selagi mereka lihat anda sebagai seorang yang baik dan wakil rakyat yang boleh memenuhi permintaan mereka. Mereka hanya akan risau dan sedih kalau kita tak hadir jemputan mereka untuk puasa berbuka atau kenduri."

Seperti pemimpin progresif lain, Mujahid juga sibuk bercakap dengan orang ramai di seluruh negara mengenai Gerakan Harapan Baru dan tidak dapat mengadakan sebarang acara antara agama mutakhir ini.

Katanya, selepas beliau tewas pada pemilihan parti, Biskop Pulau Pinang Sebastian Francis memberitahu beliau dalam mesej teks yang beliau akan mendoakannya dan Mujahid harus meneruskan kehidupan.

"Hubungan (antara kami) masih aktif," katanya, sambil berjanji kerja-kerja antara agamanya akan diteruskan dan ia seharusnya menjadi lebih mudah dalam parti baru mereka itu dengan rekodnya sebelum ini bersama komuniti berlainan agama. – TMI


HARAPAN BARU DI PERLIS








11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon keberkatan dan kemajuan yang diizinkan allah.semoga usaha setiakawan G18 akan membuahkan hasil yang murni.insyallah aku sekeluarga menunggu untuk menjadi ahli GHB

Unknown berkata...

Bersama kita melakar sejarah menulis satu riwayat utk dikenang anak cucu akan sebuah perjuangan membina Malaysia Harapan Baharu yg sekian lama diharapharapkan.

Unknown berkata...

Syabas GHB. .teruskan perjuangan ini...sama2 kita semua memberi sokongan pada wadah hebat ini.

Unknown berkata...

Syabas GHB....teruskan perjuangan ini...sama2 kita semua memberi sokongan kepada wadah hebat ini..biarkan barisan cai 2015/2017 dengan agenda taksub mereka...GHB mesti terus ke hadapan..

Saiful berkata...

Dah lama tunggu...bila kat Penang ni...

Tanpa Nama berkata...




Mengapa?

Mengapa bila ada BMW & Proton..dr segi kualiti kita pilih BMW?

Mengapa & mengapa??

Apb dtg model baru..kita pilih model iPhone yg BARU & tinggalkan yg lama?

Mengapa mengapa & mengapa???

Klu kita nak cepat sampai ksuatu tempat kita naik FLIGHT tak naik basikal?

Mengapa klu ada peluang belajar kat Oxford atau UiTM...kita tentu mmilih belajar di OXFORD?

...Itulah yg disebut2 "'kecanggihan-sophistikated-deen-SYSTEM-mnjd-pilihan"'...

SYSTEM

Yess! SYSTEM

Deen = SYSTEM




Ciri-Ciri..

Ciri2 yg diattas ITU..

ITU lah ciri2 yg tlh diwariskan oleh smua nabi2 as..

ITU lah juga ciri2 UTAMA yg tlh dibawa oleh nabi Muhammad SAW..




Mengapa?

Mengapa Kaum Quraish diMekah "gempar" dgn khadiran nabi SAW?

Mengapa & mengapa??

Mengapa ularrMak/AhlulKitab2 Yahudi "gempar" apb nabi SAW hadir diMadinah?

Mengapa mengapa & mengapa???

Empayar Rom & Parsi "gempar" dgn realiti-MIRACLE-spiritual deen-SYSTEM nabi SAW yg tlh mrk dengar itu?

Mengapa ramai yg berbondong-bondong dr sluruh plusuk dunia dtg-MERUJUK kpd deen-SYSTEM yg nabi SAW bawa pd wktu itu?

JAWAPAN..

..jawapanya adalah krn "'deen-SYSTEM-miracle"' nabi SAW itu dpt mnewaskan & MENGATASI sgl2-SYSTEM yg ada didunia ini pd wktu itu..



JADI

Jadi apakah resepi?

Apakah resepi "deen-SYSTEM-miracle" nabi SAW yg mnjdkan nya sgt7MIRACLE itu??

Lihat,

CAHAYA..

CAHAYA maha7TERANG..

CAHAYA maha7LURUS..maha7KUDUS kdasar HATI yg paling7Dalam..

Deen = SYSTEM


System-CAHAYA..


...CAHAYA sjujur7KJUJURAN yg tiada tandingan

...CAHAYA seikhlas7KEIKHLASAN yg tiada tolok bandingan

...CAHAYA stiggi7AMANAH-integrity-trnsparency-SUCI yg sgt7Murni skali

...CAHAYA shebat7BAKAT-MERIT-only d TOP from all d best yg wajib dihargai

...CAHAYA seadil7KEADILAN-univrsal-SEJAGAT-azali utk isi langit & bumi

...CAHAYA slembut7KASEH-CINTA-ABADI, smua SATU-titisan zuriat Adam as sjak azali


...CAHAYA smutlak7HAQ-KBNARAN-HAKIKI, mnjd-SELFLESS tiada sezarah pon pentingDIRI lg



Apb..

Apb tlh disuloh CAHAYA..

Sbnr7CAHAYA-resepi "'deen-SYSTEM-miracle"' yg diatas itu..maka mnjelmalah..

..."li yuzhirohu alad DEENI kullihi.." Quran: As-Shaft(61:9)

"..dgn petunjuk-CAHAYA itu DIA memenangkan deen-SYSTEM itu keatas smua system2 yg lain ksemuanya skali.."


..itulah Islam

..Islam sbg deen-SYSTEM

..Islam ibarat produk-SYSTEM yg bnar7"MENGGEMPARkan"

SYSTEM yg sgt INDAH lg mngindahkan jiwa2 yg mncari CINTA suci abadi..

SYSTEM mudah yg maha7MEMUDAHkan-LURUS-KUDUS maha7MELAPANGkan skali

SYSTEM terang maha7MENERANGI, tiada sklumit tipu-korup-FITNAH yg mnjd punca kpd sgl masaalah2

SYSTEM laju-efisyen bnar7TERPANTAS sbg penyelesai sgl massaalah ummah..

SYSTEM-miracle-univrsal-UNVERSE yg berSATU dgn kuasa-UNIVERSE-centralise ddlm genggaman-ALLAH

SYSTEM-miracle-FLYING-to-heaven yg menjanjikan damai-KEMENANGAN-hakiki disisi TUHAN


Itulah sbnr7HAKIKAT deen-SYSTEM-miracle "ISLAM" yg tlh dibawa oleh nabi Muhammad SAW..

PEACE...wssalam

Unknown berkata...

inshaalah terus komited dengan harapan baru. dan aku telahpun menyumbang sedikit hartaku semalam dalam program dikota bharu.

didoakan terus majujaya

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. Minta blh register online supaya mudah.kami org muda nk daftar

Tanpa Nama berkata...

Harapan kembali berbunga-bunga.

Jika sebaliknya mereka G18 tidak berbuat apa-apa selepas muktamar, hari ini harapan kita berkecai. Kita jadi kosong-kosong.

Pasti, jika tidak kerana GHB, kita akan dapat melihat bagaimana ulamak cai menyelamatkan Najib tanpa segan-silu sehingga tidak memperdulikan rakyat lagi.

Tanpa Nama berkata...

mari kita menyumbang wang ringgit kpd GHB

sila jawatankuasa GHB urus bayaran sumbangan online.



pedulikan NAJIBRINAS UGPAS semua tu. anggpa mereka mcm unggas nyamuk2 yg memekak di telinga kita

Tanpa Nama berkata...

zuhdi tgk foto tu mesti pening

mcmana ni aku dh ambik deposit dr umno utk hancurkan PAS

tp dh depa buat GHB pulak

aduuuh miss syuruu aku laaa