21 Jul 2015

Mat Sabu: GHB Akan Teruskan Agenda Pakatan Rakyat, Nafi Jadi Proksi DAP

1,000 beri sokongan pada 'Harapan Baru' di Perlis

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam siri ceramah kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS, di Perlis - negeri kelahiran Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din - malam tadi.

Meskipun hujan turun di sebelah petang, ia tidak menghalang hadirin memenuhi kawasan lembab di lokasi ceramah di Kangar bagi mendengar ucapan daripada kepimpinan GHB.

Diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, pemimpin gerakan itu begitu berhati-hati supaya tidak mengkritik secara terbuka kepada rakan mereka dalam parti termasuk kumpulan ulama dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang boleh mengundang kritikan balas.

Bagaimanapun, hadirin memberi maklum balas ketika barisan kepimpinan GHB membidas kepimpinan PAS yang baru-baru ini muncul dengan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang bergelut dengan dakwaan penyaluran wang 1MDB.

Antara yang berucap ahli parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Sepang Hanipa Maidin, peguam dan anak lelaki kepada bekas presiden PAS Faiz Fadzil Noor dan Aida Yusof Rawa yang membuat kenyataan untuk menunjukkan PAS beralih dari perjuangan asal dan mengapa GHB perlu disokong.

Mereka turut merayu supaya rakyat menyokong usaha "Selamatkan Malaysia" dengan menukar pemerintahan dan tidak hanya menukar Najib.

Mohamad atau mesra dipanggil Mat Sabu memberikan ucapan berapi dengan menyatakan bagaimana PAS memainkan peranan penting membawa Islam ke persada politik arus perdana sejak ditubuhkan pada 1951.

PAS juga telah menyertai BN sebelum ini seperti mana mereka menyertai Barisan Alternatif pada 1999 dan Pakatan Rakyat pada 2008 untuk mempromosikan perjuangan Islam.

"Tetapi sejak akhir ini, kita lihat ada beberapa perubahan dalam PAS. Malaysia adalah negara demokrasi dan kita mengadakan pilihan raya setiap lima tahun. Tapi sejak kita mengamalkan sistem first past the post, kemenangan kita ditentukan oleh siapa yang dapat banyak undi, bukan siapa yang kuat.

"Kita perlu berkerja dengan komuniti dan parti lain. Kita lihat sekarang parti ini yang banyak memberi sumbangan, telah meninggalkan arena yang menjadikan serba mungkin bagi semua kaum,"
katanya, merujuk kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk keputusan perwakilan PAS pada muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor bulan lalu yang mana cadangan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.-mk


DAP kedekut, tidak pernah bagi ‘proksi’ sesen pun, kata Mat Sabu

Dituduh proksi DAP, pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata, kumpulan yang baru dilancarkan itu tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada parti sekular itu.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, walau apa tuduhan dilempar PAS, GHB sebenarnya berfungsi dengan sendiri dan berdikari.

Walaupun beliau memberitahu media, tidak mahu bertindak balas terhadap tuduhan pengkritik yang pergerakan itu proksi DAP, beliau berkata sesuatu yang 'normal' bagi GHB dihentam sebegitu rupa.

"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP.

"Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.

Minggu lepas, bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa, GHB hanya berperanan sebagai proksi DAP.

Kumpulan yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan itu ditubuhkan bekas pemimpin PAS progresif, juga merancang menubuhkan sebuah parti Islam baharu.

Katanya, GHB yang dilancarkan Isnin 13 Julai lalu, tidak akan mendapat kepercayaan orang Melayu atau sokongan majoriti ahli PAS.

Wujud pergeseran ketika ini antara PAS, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh ulama, dan DAP.

DAP sangat kritikal terhadap agenda hudud PAS dan ia menyebabkan PAS memutuskan hubungan dengan parti sekular itu, menyebabkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terkubur.

GHB, diterajui pemimpin progresif PAS yang pro-PR dan popular di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP, kini sedang berusaha membentuk sebuah partinya sendiri, yang akan membuka jalan kepada penubuhan sebuah gabungan parti pembangkang yang baharu.

Disebabkan usaha GHB ini, kepimpinan PAS dilaporkan mengambil tindakan tatatertib terhadap Mohamad dan PAS bekas naib presiden Salahuddin Ayub.

Kedua-dua pemimpin dilabel pengkhianat kerana didakwa "memusnahkan parti dari dalam", ketua penerangan PAS Nasruddin Hassan dipetik berkata, dalam satu laporan minggu lalu, selepas GHB dilancarkan secara rasmi.

Ditanya jika ada dipanggil bagi menjelaskan tuduhan pengkhianat itu, beliau berkata tidak menerima komunikasi sebegitu daripada parti.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim, yang juga salah seorang penceramah malam tadi, juga ketawa dengan label "proksi DAP" yang diberi kepada GHB.

"Kalau sesiapa hendak jadi proksi, mereka akan pergi kepada Umno, mereka yang ada duit.

"Kenapa pula satu pihak yang mempunyai agendanya tersendiri mahu menjadi proksi DAP apabila ia tiada duit banyak untuk dihulurkan? Fikirlah sendiri," katanya dalam ucapannya pada awal majlis itu. -TMI



GHB ingatkan orang Melayu jangan terpedaya mainan

Orang Melayu mesti berhenti membiarkan diri mereka ditipu dan terperangkap dengan permainan perkauman, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Susulan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini yang berkaitan sentimen perkauman, ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kelakuan yang baik atau buruk tiada kaitan dengan mana-mana kaum.

"Dalam semua kaum, ada orang yang baik, ada jahat. Apabila kita menentang Umno, kita menentang pemimpinnya. Itu tidak bermakna kita menentang orang Melayu, tetapi kita menentang semua orang Melayu yang korup.

"Jika seorang Melayu mencuri, kita tidak boleh pertahankan orang itu," katanya menyifatkan tindakan sebegitu sebagai ‘asabiyah dan jahiliah’.

"Cukuplah. Janganlah kita diperdayakan lagi," katanya pada ceramah GHB yang dihadiri ratusan orang di Kangar, Perlis, malam tadi.

Dalam kejadian di Plaza Low Yat 11 Julai lalu, sekumpulan belia Melayu didakwa melarikan telefon pintar dari sebuah kedai ketika jurujual yang melayan mereka berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma.

Kejar-mengejar terjadi dan peniaga telefon bimbit di kedai lain menangkap suspek dan dikatakan membelasah mereka sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan plaza itu yang kemudiannya menghubungi polis.

Salah seorang suspek kemudiannya dibebaskan polis, dan dia dipercayai kembali ke plaza itu dengan rakan-rakannya dan menyerang kedai di mana pekerjanya membantu menahan suspek itu sebelumnya.

Malam esoknya, kira-kira 200 orang berkumpul di plaza itu selepas kejadian itu menjadi viral di media sosial, memaksa pihak berkuasa mengarahkan perniagaan di premis itu ditutup awal.

Polis mengepung kawasan itu, tetapi orang ramai berkumpul semula selepas tengah malam dan pergaduhan tercetus dengan topi keledar dan barangan lain dilempar kepada satu sama lain.

Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk kakitangan media, dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Polis sedang menyiasat beberapa orang kerana kesalahan menghasut, termasuk blogger Papagomo dan ketua bahagian Umno Bagan Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin. Setakat ini, hanya aktivis Mohd Ali Baharom didakwa atas tuduhan memfitnah susulan kenyataan yang dibuatnya ketika pergaduhan itu.

Mujahid berkata, orang Melayu perlu sedar, bukan orang Cina yang menjadi punca masalah dan kontroversi yang melibatkan Putrajaya.

"Bukan DAP atau orang Cina yang mendatangkan mudarat kepada negara," katanya, mengambil contoh skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) Inc terlebih bayar RM66.2 juta bagi tiga hartanah di Melbourne, dan pelbagai masalah dengan Felda.

Beliau juga menggesa orang ramai memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghukum mereka yang mengganggu keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia, tanpa mengira siapa mereka.

"Jika seseorang menghasut kebencian dan menimbulkan kekacauan, individu itu mesti dihukum," katanya sambil menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak rang undang-undang keharmonian cadangan Majlis Perundingan Perpaduan Negara bagi mengekalkan Akta Hasutan.

Sementara itu, pengerusi pro tem GHB Mohamad Sabu berkata, mainan perkauman pernah dimainkan sebelum ini, terutamanya menjelang pilihan raya, dan menggesa rakyat supaya tidak terperangkap di dalamnya.

Beliau juga menyokong saranan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang supaya satu Suruhanjaya Diraja Kebenaran dan Rekonsiliasi ditubuhkan bagi mendedahkan punca sebenar keganasan di Plaza Low Yat.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim, dalam ceramahnya berkata, parti berasaskan Melayu memainkan perasaan takut rakyat bagi mengekalkan kawalannya atas pengundi Melayu.

Katanya, parti tersebut dapat meneruskan kuasa dengan membuat masyarakat percaya yang kepentingan mereka menjadi pertaruhan dan mereka akan kehilangan bahasa, budaya dan agama mereka.

Beliau berkata, gerakan baharu yang dimulakan pemimpin PAS progresif itu, diketuai Mohamad, akan memperkenalkan politik jenis baru yang memberikan keyakinan kepada orang Melayu, bukan menanam sifat takut dalam diri mereka.

"Kami berharap untuk mempunyai politik baharu yang akan memberikan rakyat keyakinan... Tanpa mengira kaum, kita semua dalam kapal yang sama dan kita semua boleh maju bersama," katanya.

GHB, cetusan idea ahli PAS yang progresif, dan disokong kumpulan sivil, sedang dalam proses untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebelum ia meneruskan untuk menjadi sebuah parti politik Islam yang baharu, yang berjanji untuk menjadi lebih inklusif, progresif dan terbuka kepada semua kaum.


HARAPAN BARU DI PERLIS




ULASAN GB

Nampaknya PAS kini semacam "bersatu" dengan UMNO menyerang DAP, sekaligus menyerang GHB.

Sebelum ini GHB dituduh dengan pelbagai tuduhan, cacian dan makian kerana masih berbaik-baik dengan DAP. Isu perkauman dan keagamaan dicanangkan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu & Islam terhadap DAP.

Namun mujur rakyat sudah membuka mata lebih awal rentak permainan kedua-dua parti tersebut dimana PAS yang sebenarnya telah dipermainkan oleh UMNO BN di dalam isu hudud.

Sehingga kini, bil persendirian yang dihebohkan berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah masih gagal dibentangkan. PAS kini akhirnya menjadi mangsa kepada kebodohan sendiri apabila Bil tersebut lansung tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO BN dan PAS kehilangan rakan yang selama ini banyak membantunya mencapai kemenangan di dalam pilihanraya, iaitu DAP, terutama di kerusi-kerusi pengundi campuran.

GHB mengisi ruang kosong yang ditinggalkan PAS itu, menjalinkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Dan apabila itu berlaku, GHB dituduh pula proksi DAP.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS terus menjadi mangsa perbodohan oleh UMNO BN. GHB pula terus menerima sokongan rakyat, kini bukan sekadar dari kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam kerana parti baharu yang bakal ditubuhkan ini adalah sebuah parti kendatipun berteraskan Islam namun akan membuka pintunya untuk bukan Islam menyertainya asalkan menerima dasar Islam.





IKLAN BERBAYAR





21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas ni bodoh dan munafik. "Dapig" yang pas selalu buat label Hina mana Ada duit bayar proxy??

Adakah masuk neraka kerana kata pas no bodoh dan munafik?

Yang nyata pas dan umno dan sokong satu sama lain.

Soalan: siapa barua kepada siapa?

Malaysiabaru berkata...

GHB adalah sebuah organisasi yg sgy lengkap

Ex pas with a combined 600 years experienced of a former 1million members

Ex deputy president
Ex sexretary general
Ex vice President
Ex election director
Ex treasurer
Ex political research director
Ex youth chief
Ex cwc
Ex State comissioner
Ex Mp
Ex Adun
Ex 1million members!!!!

Ini macam pkr dan dap tak nak sokong ka?

Rugiiii oooo

aku berkata...

bila yb husam pun sokong ghb pasti kelantan akan jatuh ke tangan bn, yang pasti titik peluh usaha tgna sepanjang 20 tahun diranapkan oleh geng ustaz ni apabila secara sistematik menyingkirkan golongan progresif.

5sal berkata...

apa2 pun sekalung tahniah dan syabas kpd penganjur diKangar dan Kota Bahru.kpd saff kepimpinan cetusan idea GHB yg akan diberi nama parti baharu yg bakal 'dilahirkan' itu akan dipermudahkan oleh ALLAH swt dan mendapat tempat dihati rakyat kebanyakkan yg dahagakan dan ingin perubahan langsap politik m'sia dan mendapat 'laluan mudah' oleh ROS dgn izin ALLAH swt!

Tanpa Nama berkata...

Aku dan suku sakat penyetuju yang ke 1001 - 1023

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tidak memperdulikan kejadian di Low Yat. Yang dok minta bertenang dan tidak sudah-sudah membangkitkan kejadian Low Yat ialah pemimpin UMNO. Buat majlis nak menunjukkan rakyat terus bersatu padahal kejadian tersebut tidak di endahkan oleh orang-ramai melainkan penyokong UMNO sendiri.

Suka atau tidak, PR lah yang telah berjaya menghiris rasa syak dan sangka buruk diantara kaum diMalaysia. Mujur lah G18 meneruskan perpaduan dan persamaan diantara parti PKR dan DAP.

Jika disebabkan tidak ada sambutan orang melayu dengan kejadian di Low Yat jangan salahkan orang melayu, salahkan lah UMNO. Siapa yang nak bermandi darah sedangkan pemimpinnya senang dan mewah dengan menguna kedudukan dan kuasa ??

Masa ini lah melayu yang sokong PR 2.0 dan Cina India yang sokong GHB bersama-sama bergerak dari Perlis hingga ke Sabah.

Kepada Allah kita kembalikan.



Tanpa Nama berkata...

Demi memelihara kerukunan dalam berpolitik dan kebebasan bersuara, kami berjanji tidak akan mencemuh siapa pun secara peribadi kecuali menyatakan kenapa kami perlu wujud sebagai sebuah parti pilihan rakyat untuk masa depan negara.

Memang kalau kita membaca keluhan hati rakyat terutamanya rakyat di pantai timur, wujud keresahan akan berlakunya pecah undi dalam pilihan raya nanti apabila ghb-pas-bn saling bertarung. Rata2 golongan rakyat bingkas menyesali hal ini, takut kalau akhirnya memberi kemenangan kepada bn.

Memang kemungkinan ini boleh terjadi atau tidak mungkin terjadi. Ahli2 pas dan umno kemungkinan besar akan menyertai ghb. Walaupun mereka tidak mendaftar sebagai ahli ghb tetapi isu2 tekanan hidup serta lemahnya kepimpinan pas akan menyebabkan mereka memilih ghb secara senyap2. Senario ini mungkin 50-50 di seluruh negeri. Ghb hanya perlu gunakan isu royalti sekuat2nya. Di akhirnya kita yakin ghb dapat memperolehi kemenangan walau pun majoriti kecil.

Hal lain yang mungkin benar2 terjadi adalah bn kekal di terengganu dan merampas kelantan. Tiada masalah sama sekali bagi pakatan ghb kalau sudah berjaya merampas putra jaya. Janji2 kebaikan pakatan tetap dilaksanakan. Kerajaan baru akan memberi terus elaun atau royalti minyak kepada setiap rakyat di dua negeri tersebut. Bolehkah anda yakin bn mampu menongkat lagi kalau kerajaan baru benar2 dapat menunaikan janji untuk rakyat?

Tanpa Nama berkata...

Putar Belit Tuan Presiden ?
Seri Maharaja Ming


Perasmian Facebook smile emoticon

Jom kita belajar cara ustaz lebai menipu

Wartawan: apa akan jadi kepada PR jika Pas fasakh Dap?

Haji hadi: saya tak tahu itu semua dalam ilmu ALLAH
......
(after a month)

Wartawan: Bagaimana pandangan tuan guru dengan Harapan Baru

Haji hadi: Harapan Baru mampu bertahan selama 2 tahun

Ana: macam mana haji hadi boleh tahu selama 2 tahun bukannya ia adalah bawah pengetahuan Allah

Haji hadi: Ermmm... Barua... Broker... Jebon... Anjing... Kipidap

Tanpa Nama berkata...

Permudahkan segala urusan penubuhan parti baru.kami rakyat biasa menunggu dgn penuh sabar

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni lebai2 PAS boleh le panjat pokok gantung bendera sendiri ye...kami anak2 muda profesional dh x kebuloq nak buat keja2 tu...kami halalkan tenaga dan wang ringgit kami semasa membantu PAS dalm PRU & PRK..

Minta PAS jangan buat statement berkaitan GHB yg mana berbaur fitnah, nanti x pasal2 dapat malu dan abis duit bayar saman. Kesian sikit pada Ahli2 yg masih nak bersama PAS, sbb diaorang yg nak tanggung malu, nak berdepan dengan masyarakat, sedangkan yg buat statement tu semua kebanyakannya dari 'pemerintah' tertinggi PAS.

Tanpa Nama berkata...

Aikkk?
Biar betul ktanya hnya 1000 bil rakyat yg hadir??
Rsanya x bpa betul kot..
Gua pusing kaw tuh kiri kanan..
Mmg lbh dr 1000 bil rakyat yg hadir..hee.

Lbh syahdu bila rmai geng2 pencen yg trun siap sanggup bentang paper dduk ats padang lecak..
Nostalgia ceramah zaman PAS dolu2..

Cma len sket kali nih sbb xda tabung bgerak..hee.

Tahniah GHB..

Gua antara 4 juta rakyat yg blm bparti tetap..

Distime gua pasti istiqamah dgn GHB..

Tanpa Nama berkata...

Proksi tu kira bahasa politik lah tu. Kalau bahasa kasarnya jebon atau barua. Atas sebab apa DAP perlukan proksi sedangkan dalam DAP sendiri ada ramai orang melayu yang menjadi ahli ? Jika ia berkaitan dengan hudud, DAP telah menolak hudud tanpa melalui mana-mana proksi.

GHB adalah gerakan yang berlandaskan Islam dan sekiranya GHB adalah proksi DAP bermakna DAP tidak ada masalah dengan Islam.

Dakwaan Mustafa Ali adalah semata-mata untuk menghalang mana-mana kumpulan lain yang ingin menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya. Islam mengalakkan dan menuntut kita menjadikan Islam sebagai dasar tetapi Mustafa sebaliknya mahu GHB mengambil fahaman lain sebagai dasar perjuangan nya. Ini tidak kena dan tidak betul samasekali. PAS boleh menolak kerjasama dengan GHB tetapi PAS bukan PAS bila menghalang GHB menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.




Tanpa Nama berkata...

Respek dengan geng-geng Perlis. Ramai macam ini maknanya ada yg tak kena sikit dgn Mursyidul Am PASjika di bandingkan kisah dan pengalaman beliau dgn TGNA yg hny mkn dlm nasi bungkus, beli air minuman tepi jalan, pernah solat dikawasan terbuka dan berkebun,

Tanpa Nama berkata...

Itulah yang sebaiknya. Meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat. Teruskan kerja. Teruskan usaha membasmi kemungkaran dan berusaha untuk memahukan rakyat dan negara tanpa kira bangsa, ugama dan budaya. Orang nak maki ke atau nak tuduh apa bende ke biarkanlah. Itu sudah memang kerja mereka. Nak buat kerja lain tak reti jadi pada duduk-duduk saja eloklah kutuk orang dan maki orang. Bukan Abang Mat tak tahu. Bila pihak lawan sudah macam cacing kepanasan itu ertiya perjuangan Abang Mat dan rakan-rakan memang memanaskan. Teruskan usaha dan berdo'a semoga perjuangan diberkati Allah s.w.t. Kita mesti ingat bahawa ulamak-ulamak jahat bukan sahaja ada di Mesir, Iraq dan Jordan. Kat Malaysia pun ada berlori-lori dan dalam berbagai warna jubah dan serban!!!

Abdul Said berkata...

Satu jawatankuasa dalam GHB perlu dibentuk untuk menyenaraikan nama-nama pemimpin PAS peringkat parti, negeri, dan kawasan yang beria-ia sangat mengutuk GHB. Tujuannya ialah kita nak kenal dari awal. Dalam ramai tu ada yang akan cari makan dengan GHB. Jadi bila ada berbau hangit atau meloyakan dalam satu-satu program atau majlis GHB kita tahu siapa yang bawak bau itu. Senang kita kenalpasti dan halau keluar!! Saya jangka ramai akan berpindah ke GHB bukan kerana prinsip atau perjuangan tetapi kerana geng ulamak-ulamak bolot semua dan kerak pun tak bagi kat ayam-ayam!! Jangan lupa nama Moktar, Din Hellfire dan Taliban!!!

Tanpa Nama berkata...

kata hanya boleh tahan 2 tahun
tapi cara maki hamun macam dah mula goyang
baru angin sepoi2 bahasa dah goyang
adakah baiah dgn benda yg allah benci di bolihkan.
walaun masih kekenyangan makan ketupat
jebon2 dah mula kerja
itu beza org guna otak
dgn org guna siku dan lutut.

Unknown berkata...

Mohon update dh brape ramai ahli ghb dan pengikut pas sertai ghb ni...

Tanpa Nama berkata...

kAPADA PIMPINAN PAS BO LAH DOK KUTUK GHB.LO NI MU CARA HAL MU AKU CARA HAL AKU.HAK NAK IKUTMU DIA IKUTMU HAK NAK IKUT AKU DIA IKUT AKU.BIAR RETI BASO GETEK.KAPADA AHLI PAS JADILAH MANUSIA YANG ADA OTAK DAN BERFIKIRAN.JANGAN IKUT PEMIMPINMU BUTA TULI.KALU PEMIMPINMU KATA UMNO TOGHUT MU IKUT KATA TOGHUUT KALU PEMIMPINMU KATA UMNO KAPIR MU IKUT KATA KAPIR KALU PEMIMPINMU KATA DAP JAHAT MU IKUT KATA JAHAT KALU PEMIMPINMU KATA GHB PENGKHIANAT MU IKUT KATA PENGKHIANAT KALU PEMIMPINMU BELA NAJIB MU IKUT BELA NAJIB.JANGAN JADI LEMBU JADI ORE[MANUSIA YANG BEROTAK WARAS] KITA BERSATU HANCURKAN KEZALIMAN UMNO BN.

Unknown berkata...

Mohon pemimpin GHB jgn membalas cercaan dan tohmahan dgn cercaan dan maki makian. Be profesional. fokus kpd masalah rakyat dan negara. Bili Rasulullah naik mikraj berbagai ujian ditemui tapi baginda fokus. Akhirnya misi selesai. Rancang dgn teliti laksanakan dgn gigih. Rintislah jalan ke Putrajaya.kami ,rakyat marhaen akan bersamamu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada lagi golongan professional atau bukan dikaalangan ustaz/zah yg nak joint PAS gak tak tahu nak kata apalah. Mereka ni akan jadi pak angguk saja, nak tegur tak boleh.

Tanpa Nama berkata...

sampai bila PASUG ni nak ....

diperalatkan umno
asyik kena tipu dgn umno
diperkudakan umnu
dipengaruhi NAJIBRINAS
bicara pasal GHB


last...

bila PASUG nk laksana HUDUD SEBENAR??????


we want hudud
we want hudud
we want hudud

jgn tipu kami umat islam wahai PASUG
jgn salahkan DAP kunun bantah hudud
rakyat nk tgk PASUG laksana hudud SEKARAAAAAAAAAAAAAAANGGG !