Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.
Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.
Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.
Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.
Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.
Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!
Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.
Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.
"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.
Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.
Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!
Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!
Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.
Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.
Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.
Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"
Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....
Matlamat sama..
Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"
Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.
Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.
Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak. -MerdekaReview
*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

67 ulasan:
kalau semua orang macam ni baru negara boleh maju. Berganding tangan bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama menegakkan keadilan !
this is trully 1msia
saya pulak terharu membacanya... taahniah sahabat! kita bersama-sama tumbangkan kerajaan bn yg zalim itu.
sy dan kawan sy berada di satu kelompok y terkena gas pemedih mata..di situ ade seorang perempuan berbangsa cina menangis..lalu kawan sy mencurahkan air botol ke atas kepalanya dan menggosok gosokkan mukanya..mungkin penulis ini adalah perempuan itu atau mungkin tidak..apa pn tahniah di atas kesepaduan ini..kami orang melayu, orang PAS sangat membenci rasis yg selalu dilaung2 kan oleh BN...mari kita berganding bahu hapuskan kezaliman...tidak kira bangsa dan agama...
walaupun aku tidak kesana kerana uzur dan jauh, aku terasa macam aku ada bersama bila membaca kisah ini, tak sedar air mata ku mengalir sekiranya benar cerita ini, telah lama aku berjuang dalam pas, pernah aku impikan saat sebegini, aku pernah berdoa " bila lagi ya allah kau akan satukan hati-hati kami untuk melawan kezaliman ini". telah nampak cahaya dihujung terowong.
beremang bulu roma wa beb...cerita lu. wa makin bersemangat
tahniah kpd semua peserta , anda semua adalah pejuang tulin,bersama2 kita berganding bahu agar tumbang kerajaan BN nnt.
tiba2 air mata aku mengalir! Semangat bangsa Malaysia semakin menggelegak! Aku harap bangsa melayu kita yang sering takut pada bayang2 sendiri dan bersifat perkauman yg menebal... Hentikanlah! Go MALAYSIA!
aq berazam akan berjuang bile aq pulang nanti..
dulu aq dah kene simbah asid tu sebelum anuar ibrahim masuk penjara lagi..kali ni..aq akan berjuang lagi walaupun aq yg masuk penjara...ayuh sahabat2!!!...kite berjuang hari ini...mungkin anak cucu kita akan dapat hasilnya klou bukan kite...
terharu sgt bile bace ni....semoge malaysia dilindungi oleh Allah sentiase....amin....=)
mohon dikongsikan bersama bro...
perjuangan yg tak akan selesai.. sehinggalah umno bee end tumbang.. pada saya ini adalah perjuangan seluroh rakyat malaysia.. yg cintakan keamanan... aman dari rasuah, penyelewengan kuasa, menggadai tanah milik rakyat... memperkayakan kroni... dan banyak lagi kebaculan yg sedang dan telah dilakukan oleh bee end.. tanpa disedari oleh penyokong2nyer yang tidak boleh diajar...
allahu akbar.. terharu mendengar luahan hati ini.. inilah yg dinamakan 1 malaysia. berjuang bersma menuntut kerajaan yg Bersih dan adil. takbir!!!
terharu. saya juga hadir dan dr kumpulan dr hatta yg brgerak setelah dihalau dr stadium. saya ingat hanya satu kumpulan rupanya byk kumpulan besar yg bergerak di sana sini. kali pertama terkena gas pemedih mata. saya semakin bersemangat.
menitik air mata baca cerita ni.. apa yg kita nampak masa bersih, itu la 1 Malaysia yg sebenarnya.. sama2 bersatu menuntut keadilan..
subhanallah...budi pekerti yang baik menarik orang lain untuk mengikut sama jejak langkah kite...alhamdulilah semoga menjadi panduan dan ikhtibar kepada kite semua..insyallah..hulurkn tangan ringankan beban sahabat2 kita...salam ukhuwah..
sedih,ikatan mcm ni la yang kita harapkan..sebaliknya UMNOlah yg banyak menjahanamkan ikatan dan pemahaman ini erti perpaduan,ikatan antara rakyat mesia yg lama terjalin melalaui akhbar dan media RAKUS serta pertubuhan pelampau melayu ...menayang dan melagakan isu cina-melayu-india,,jahanam lah UMNO!!!!!!!!!!!!
Itulah yang dikatakan kesedaran, tidak kira bangsa dalam membentuk satu negara yang mengamalkan demokrasi yang benar tulus dan ikhlas.Dalam fenomena bersih ni, mana dia MCA,MIC,Gerakan dan parti-parti lain komponen BN? Yang nampak cuma org UMNO yang lebih-lebih. Mudah-mudahan PR nanti adanya, gelombang besar dalam pembentukan negara Malaysia yang tercinta yang bebas dari amalan-amalan yang tidak diberkati Allah.
menangis baca ini....
apa tujuan makcik dan orang tua datang pada hari tersebut?
1st time baca citer orang aku bole meleleh air mata !!! lawan tetap lawan beb !!!!!
Salam, ini ikrar saya,
selagi ada nafas kurnian Allah.., saya haramkan diri saya untuk mengundi BN kini dan selamanya
baca komen2 di atas ni pun lagi2 terharu huhu....ya Allah..kau berkatilah kami
Sedih dan terharu membaca, meleleh air mata jantan aku dow. Melayu perlu bersatu dan kemudian kita satukan juga kaum lain, barulah negara Malaysia ini gilang gemilang.
kalau dulu umno melebel pas sebagai parti perkauman kerana pas hanya dianggotai orang islam dan bertanding semata2 atas tiket pas tapi hari ini umno pula berlakun cuba menjadi jagoh perkauman semata2 untok pengaroh orang melayu supaya menjauhi pas,sebenarnya pehak british meanugerah kemerdekaan kepada tanah melayu dengan syarat bangsa2 lain yang berada dalam negara ini waktu itu misti diberi status pendudk yang berhak membuang undi seperti mana bangsa melayu sebagai penduduk asal umno ketika itu dipimpin oleh t,abdulrahman telah menerima syarat yang diberi oleh pehak british maka tanah melayu dimerdekakan oleh british.
Penyokong2 BERSIH adalah seperti pejuang2 seperti pejuang yang menuntut Kemerdekaan.. Novel Debu Merah karya Shanon Ahmad..jalan cerita nya sama..Keberanian, Kekuatan, jitu Semangat yang berkobar2...Tahniah anda semua! Teruskan perjuangan suci...biarpun anda dicemuh, dihina dan di maki tapi sedikitkit pun tidak akan membiarkan darah keturunan kita dipijak dengan kuasa zalim...
polis malaysia adalah zionis!!!!!
terharu lak baca nih.,.nice one.
Ya Allah, Kau permudahkanlah apa yang sedang kami usahakan ini. Berkatilah perjuangan kami ini demi menegakkan sebuah kebenaran.. Rahmatilah roh pejuang kami dan himpunkanlah dia di kalangan orang-orang yang Kau sayangi.. Amiiiin..
aku menahan sebak dan terharu bila membaca catatan ini......memang dah menangis pun....perjuangan yg suci memang dipenuhi dengan onak duri....
berganding bahu majukan negara aku sokong.. klu berhimpun secara haram mcm ni, tembak mati lagi baik...
Together,we shall see BN fall!!
yes,we can!
aku salute kpd ssp yg ada join perhimpunan!
Inilah barulah 1Malaysia!
Jahanamlah BN dan UMNO yg x boleh pakai!
saya amat terharu apabila membaca original version, fb saya floaded dengan cerita, gambar dan video 709, kami amat terharu, semua rakyat malaysia berganding baru untuk fight for better future, inilah semangat satu malaysia, hidup selama 28 tahun, kini mulanya kebanggaan saya sebagai seorang Malaysian.Terima kasih kepada Bersih...
During 709
a group of Malay friends were lifting up the gate infront of tong shin hospital and shouted : 'bagi cina lalu dulu!'
During 709
an indian was shielding a malay who was falling down from the water cannon and yelled
:' cepat lari,i takleh tahan lama nie!'
During 709
a chinese was giving out his one and only face mask to a malay couple who was paralyzed by teargas although his eyes were hardly open and breath.
a thousand of malaysians have withnessed these.
this is the beauty of malaysia.
Malaysia.
this is my land, and this is our land.
Status Fb dari seorg kawan cina saye
perasaan aku~air mata mengalir,rasa terharu.kali pertama dlm hidupku menyaksikan perhimpunan bersih ini yg megeratkan lagi pepaduan bebilang kaum.. harap selepas 709 ni~semua rakyat malaysia bersatu utk menyingkirkan kerajaan yg x prihatin ni
Lagi banyak artikel dalam bahada cina di malaysiakini yang menghurai pengalaman hari bermakna itu. Semuanya ada persamaan: melayu tolong cina, cina tolong melayu. Pertama kali saya berasa begitu bangga sebagai warga malaysia. Mereka semua kata pertama kali merasa lagu kebangsaan kita betapa sedap. Orang melayu begitu prihatin. Najib mesti cemburu, 1malaysia tak jadi-jadi dalam kempennya, tapi dijayakan oleh bersih yang diharamkannya.
saya berada disitu(BERSIH), saya amat terharu apabila saudara melayu tolong-menolong dengan cina.. Saya harap keadaan itu boleh kekal selama-lamanya.. Harap BN akan hancur dan Satu Malaysia yang benar akan wujud atas pimpinan ketua baru.. Hancur hancur! Hancur BN! Hidup Hidup! Hidup Rakyat! Bersih Bersih! Bersih Rasuah!
Saya Raymond Wong, seorang budak Cina yang terharu dengan catatan diatas ini. Lebih - lebih lagi dengan comment - comment yang kawan berikan sehingga kini. Sebenarnya kaum Cina semakin tahu kerja - kerja KOTOR yang memisahkan kita semua adalah dari UMNO & BN. Merekalah yang menyuruh pihak media massa dan penyikutnya memberi kenyataan yang tidak benar asalkan dapat memusnahkan persahabatan antara kita. Sekarang masih ada pemuda - pemudi diracuni oleh sebutan mereka, saya dan sahabat saya sentiasa memberi kenyataan dan fakta kepada pemuda - pemudi supaya mereka dapat fakta yang benar. Saya juga selalu berkata kepada sahabat saya (yang masih dalam penipuan MCA & BN) sebenarnya orang Melayu terutamanya orang Melayu dari PAS tidak mempunyai unsur perkauman seperti mana telah lama dihantui oleh UMNO. Apa tujuan mereka adalah sesama dengan kita, iaitu hidup bersatupadu, aman dan damai. Sangat bangga sekali dengan perjuangan Bersih 2.0 kali ini, dimana kita tak mengira bangsa, agama, warga tua atau muda, kita tetap berjuang sesama sebagai anak Malaysia, melindungi tanah air kita. Syabas kepada semua, biarlah perjuangan ini memberi satu Malaysia yang BERSIH dan baru.
komen pemuda ini berkenaan dengan ahli PAS memang betul. berani, taat dan ada semangat setiakawan. contohnya ialah ahli PAS jugalah yang sanggup berdemo dan berguling-guling di atas jalan menuju istana di perak dahulu. walaupun mereka sendiri tidak faham hakikat tujuan sesuatu demo itu. kaum lain cuma akan mengaut hasil dari perjuangan mereka. kesian....
this is real malaysian... we dont kira bangsa, agama...we are all MALAYSIAN...
this is real malaysian... we dont kira bangsa, agama...we are all MALAYSIAN...
terharu apabila membaca apa yang ditulis dan comment2 di atas..go go go,kita semua bangsa Malaysia,tumpang BN yang racist tu.
Saya siewying , orang cina memang terharu berada sama dengan kawan-kawan sini pada 709, kerana banyak kawan cina saya yang kenal dengan tidak kenal pun ada perasaan yang sama dengan saya. Kami, semua penghadiran 709 tunjuk semangat 1 malaysia yang benar.Tolong menolong penghadiran tidak kenal,tidak kira agama dengan bangsa.
Dalam media cina ada banyak catatan yang terharu tentang perasaan orang cina yang dibantu oleh orang melayu dan india.
Ada satu catatan yang make saya cry bila saya tengok "bagi cina semua keluar dulu......"
Ini telah translate ke bahasa english, share with all of you Malaysian!
https://www.facebook.com/notes/ken-tan/translated-709-%E7%9A%84%E8%8A%B1%E7%B5%AE%E5%92%8C%E6%84%9F%E6%83%B3-something-about-709/10150236257683068?notif_t=note_reply
Cina dan Melayu Boleh berKAWAN BAIK. 华人与马来人可以成为好朋友
http://www.facebook.com/pages/Cina-dan-Melayu-Boleh-berKAWAN-BAIK-%E5%8D%8E%E4%BA%BA%E4%B8%8E%E9%A9%AC%E6%9D%A5%E4%BA%BA%E5%8F%AF%E4%BB%A5%E6%88%90%E4%B8%BA%E5%A5%BD%E6%9C%8B%E5%8F%8B/220770504627160
selama ini, kita memang hidup bersatu padu, ahli politik yang cuba mengkategorikan kita, kami hidup tanpa mengira bangsa, kerana kami orang malaysia
terharu mendengar cerita ni.tak kira apapun bangsa mahupun agma kita,matlamat untuk negara tercinta adalah satu=)
Salute to every participant in BERSIH 2.0 rally! NEVER FORGET 709!
salute to our Malay friends.Thnks so much.
Salute to our Malay Friends.Thnks so much.
Apa yang saya mendapati ialah Melayu dalam UMNO tak sama dengan Melayu dalam PAS.
Melayu dalam PAS kuat berpegang kepada ugamanya, sebab itu mereka tidak takut apa-apa pun kecuali Tuhan.
Kami rasa cemburu... tapi kami gembira mendapat sahabat yang mempunyai hati yang kuat macam itu.
Jauh lagi perjalanan kami untuk menyamai seperti mereka.
Dalam bangsa Cina ada juga yang kuat hatinya, tetapi banyak yang tersalah guna dan tidak digunakan untuk satu perjuangan seperti kamu.
skrg ia membuka mata kami yang mana permata yang mana kaca di kalangan orang Melayu.
This is a touching story.
I feel even more touched when i read through the comments.
Great to be one of the protestor on 709.
And i know we sure would have a bright future ahead us!
Let's gambateh!!!=)
pada zaman sultan pertama lag 1malaysia telah terucap.. hak2 melayu cine or india adil.. tp kini semua musnah atas kepentingan diri.. biar la nagara kite tidak maju sperti us NY or mane ngare yg kaya.. yg penting rakyat aman kaya n selamat... itu lah ngara yg maju sbnarnyer..
erm... btolkn if slh.. sy xphm.. knpa kite prlu burukkn sesama umat? sy pn msih muda n xthu yg mane ptut sy sokong. sbb, melalui kjian sy, stiap parti de kekurangan.. pe yg sy dpt lhat politik d mlysia adlh lbh kpd kpntingan individu mhupun bn or pas or mne2 parti... knpa kita xleh nk bersatu... spya kkurangan td dpt kita atasi brsama? dh la kita sesama islam.. cube anda pk.. parti yg brsifat politik d gabungkn or d bimbing dgn prti islam yg bkn utk kpntingan sndiri.. betapa harmoninyew ngara kite.. yg mane de kekurangan di parti kerajaan skg di bntu oleh parti pmbangkang.. yg mane kkurangn prti pmbangkang d bntu parti krajaan. bkn utk kpntngan sndiri tp demi agama dan rakyat.. indah sngguh if ia benar2 brlaku.. ~~sekadar idea yg xseberapa~~
Salam,
Kepada Anon 9:48 AM,Benar seperti yang saudara impikan itu adalah sesuatu yg begitu harmonis sekali jika menjadi kenyataan. Tetapi saya berasa sgt pelik dgn kajian yg saudara lakukan tetapi tidak nampak kebejatan yg begitu menonjol yg menjadi penyebab kpd impian saudara dan juga impian semua orang tdk menjadi kenyataan. Senang cerita macam ni lah, Dasar kerajaan BN yg memerintah tdk membenarkan setiap wakil dari BN menyokong apa-apa cadangan/keputusan dari pihak pembangkang walau pun cadangan/keputusan itu adalah sgt baik utk dilaksanakan bagi membantu pemerintah utk mentadbir negara. Saya pasti saudara akan terkejut beruk spt mana yg telah saya alami apabila membuat analisa perbahasan didlm parlimen. Jadi kebejatan ini akan berterusan selagi pemerintah sedia ada yg berkuasa dlm semua urusan pentadbiran negara ini masih diberi kepercayaan utk memerintah. Fikir-fikirkan lah......
Reall pround to be Malaysian :) Forever Malay,Cina,India, dll
terBAEKKKK..
allahu robbi,
sebak rasa baca post ni..
smga Allah memberikan ganjaran pahala yg blipat ganda untuk mereka yang membantu dalam urusan ini..indahnya agama Allah ni
aku bkn melayu-cina-india..
selepas membaca artikel ini,
aku tahu siapa yg aku akan pilih dlm pru-13 ini
di kws aku, cuma ada calon BN vs PAS..org2 bangsa aku ditakutkan kononnya PAS jahat dan tak bertoleransi...
aku bukan Islam & bkn melayu-cina-india, tapi aku mahu kwn2 Melayu Islam mengamalkan sikap perpaduan spt dlm artikel ini. begitu juga dgn cina dan india.
aku tahu siapa yg akan kupilih nanti...
thanks 4this article
terharu baca artikel ni
inilah perjuangan sebenar satu malaysia
x mengira bangsa dan agama
cuma umno bn yg memporak perandakan rakyat malaysia agar terus kekal berkuasa
jahanam BN utk pru-13
takbir
Bila disebut org tua tu kata " komunis pun tak macam ni... " saya berpendapat Komunis pun sangat zalim kalau baca sejarah komunis di negara lain.. cuma cara kezaliman masing2 berbagai2..
salam,
tak berdaya tahan air mata dari mengalir...kita berdemo berarak krn suara kita tak didengar selama ini, jd kita bersatu beramai2 supaya 'org atas' nampak dan dengar kata rakyat....
dibuat rakyat macam kucing kurap.
Orang PAS memang berani. tahniah. berani kerana benar.
Moga Allah merberkati usaha rakyat menumbangkan Be End..
inilah semangat bangsa Malaysia... Syabas!!! :)
bersatu pasti kuat
jika pemuda bersatu pasti kuat
orang muda adalah tiang negara
dasar sesebuah negara mengikut agama islam..yang pertama ialah..AGAMA..dan bukan BANGSA....apa kata bagi sahabat yang bukan beragama islam?? setuju x??
saya cakap macam tu kerana sy percaya..setiap agama/kepercayaan yang ada dimalaysia..semuanya mengajar untuk kearah kebaikan. betul x? sy xpernah dengar lagi ada agama yang mengajar untuk menghancurkan negara dan bangsa..melainkan yahudi!...jadi perjuangan bersih adalah untuk memartabatkan agama...xkira agama apa yg ada dimalaysia..semuanya inginkan keharmonian dan kesejahteraan...jadi..kepada be..end...sedarlah diri..kamu sebenarnya lebih kejam dan racist...dan satu lagi kepada polis malaysia..sy taw kamu kerja sama govemnt...tp jgn jd anjing govemnt!..jgn sebab periuk nasi korang..sanggup tukar dengan agama.
perjuangan pakatan ialah untuk menegakkan keadilan.
Catat Ulasan