Secebis ingatan buat TITM dan PAS yang semakin jauh meninggalkan perjuangan dan akhlak Islam.
Kpd: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Dpd: Madah Pujangga
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB.
Kerana merekalah lah PAS dikenali umum (melalui PAS4ALL)
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB.
Kerana pada merekalah ahli-ahli parti melihat contoh golongan yg ditarbiyah berkorban dan memahami perjuangan Islam.
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
kerana merekalah inilah PAS diberi sokongan bila bertanding dan memenangi di kerusi-kerusi yg PAS tidak pernah menangi.
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB
kerana ramai di antara mereka yg banyak berkorban masuk keluar penjara sedangkan golongan ustaz hanya bersilat dipentas ceramah dan menjual air liur serta menikmati elaun, gaji dan pencen.
Jangan melampau menghina tokoh -tokoh GHB ini
kerana bukanlah hak kepimpinan ulama mempersoalkan keikhlasan berjuang dan golongan ulama sendiri belum pernah diuji seperti yg telah mereka lalui
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
kerana ukhuwwah dan akhlak Islam tidak mengizinkan kita mencaci, mencerca dan memfitnah mereka kerana kita tidak tahu siapa lebih mulia di sisi Allah.
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepada mereka.
Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa tokoh - tokoh GHB ini sama - sama menyumbang hasil jerik perit untuk menolong PAS sebelum ini tetapi kini kamu mengelabah dgn kekuatan mereka. Ada di antara mereka telah berada di medan perjuangan ketika sebahagian pemimpin PAS masih di sekolah lagi.
Jangan melampau membenci tokoh - tokoh HB ini,
kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap, akhlak dan keterbukaan serta kematangan kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.
Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. Jangan lupa hisab diri sendiri.
IKLAN BERBAYAR
Kpd: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Dpd: Madah Pujangga
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB.
Kerana merekalah lah PAS dikenali umum (melalui PAS4ALL)
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB.
Kerana pada merekalah ahli-ahli parti melihat contoh golongan yg ditarbiyah berkorban dan memahami perjuangan Islam.
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
kerana merekalah inilah PAS diberi sokongan bila bertanding dan memenangi di kerusi-kerusi yg PAS tidak pernah menangi.
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB
kerana ramai di antara mereka yg banyak berkorban masuk keluar penjara sedangkan golongan ustaz hanya bersilat dipentas ceramah dan menjual air liur serta menikmati elaun, gaji dan pencen.
Jangan melampau menghina tokoh -tokoh GHB ini
kerana bukanlah hak kepimpinan ulama mempersoalkan keikhlasan berjuang dan golongan ulama sendiri belum pernah diuji seperti yg telah mereka lalui
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
kerana ukhuwwah dan akhlak Islam tidak mengizinkan kita mencaci, mencerca dan memfitnah mereka kerana kita tidak tahu siapa lebih mulia di sisi Allah.
Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepada mereka.
Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa tokoh - tokoh GHB ini sama - sama menyumbang hasil jerik perit untuk menolong PAS sebelum ini tetapi kini kamu mengelabah dgn kekuatan mereka. Ada di antara mereka telah berada di medan perjuangan ketika sebahagian pemimpin PAS masih di sekolah lagi.
Jangan melampau membenci tokoh - tokoh HB ini,
kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap, akhlak dan keterbukaan serta kematangan kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.
Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. Jangan lupa hisab diri sendiri.
Jangan melampau hina Pas, pesan Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengingatkan bekas-bekas pemimpin Pas yang telah meninggalkan perjuangan parti itu agar tidak melampau dalam menghina Pas.
Menurutnya, kerana parti itulah bekas-bekas pemimpin tersebut menikmati kelebihan termasuk dikenali serta menjadi wakil rakyat.
"Secebis ingatan buat sahabat yang semakin jauh meninggalkan bahtera perjuangan Pas. Jangan melampau menghina Pas, kerana Pas lah kamu dikenali umum.
"Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas parti inilah kita diberi tempat bertanding dan memenangi pelbagai gelaran dan jawatan.
"Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas nama parti Pas lah kamu menjadi YB (Yang Berhormat) dan menikmati elaun, gaji dan pencen," katanya melalui catatan terbaharu di Facebooknya.
Sejak kebelakangan ini, beberapa bekas pemimpin kanan Pas dilihat terus 'menyerang' parti itu susulan perancangan penubuhan sebuah pergerakan, Gerakan Harapan Baru.
Terbaharu, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyebut bahawa Pas sudah tidak relevan dan Gerakan Harapan Baru itu merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu.
Melalui catatan sama, Tuan Ibrahim turut berkata, jangan melampau dalam menghina Pas kerana ramai yang berjuang untuk pemimpin-pemimpin itu.
"Jangan melampau menghina parti ini kerana ribuan ahli yang ikhlas berjuang tanpa mendapat kesenangan sebagaimana yang kamu kecapi.
"Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa inilah hasil jerih perit ahli parti yang kamu cerca ini berkorban bagi memenangimu," katanya.
Malah beliau menegaskan agar bekas-bekas pemimpin itu tidak menghina Pas hanya kerana sudah tidak sekapal lag.
"Jangan melampau menghina parti ini, hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepadanya.
"Jangan melampau membenci parti ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini. Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi," tulisnya.
32 ulasan:
Perbuatan hina orang ni adalah perkara biasa bagi pengikut ayoh hadi Ping marang
TMTI hanya berucap nak sedap mulut katakan,tetapi dia lupa apa yang diucapkan itu mneyembur kena mukanya sendiri..benar seperti apa yang dijelaskan oleh Mada Pujangga.TMTI sengaja buat lupa bahawa pejuang yang disingkirkan sebar zalim itulah yang menjemput jiwa aku sekeluarga menjadi ahli Pas dulu ,kini maaflah ,aku sekeluarga 10 orang telah putus hubangan denag Pas ,sebab parti itu sudah jadi hamPAS.
Wahai tuan berahim, ketahuilah yg memenangkan pas dulu adalah org seperti aku penjawat awam dan golongan mereka yg tidak berparti. Ttp kini aku dan pemgundi di kelantan mula bercakap soal kebejatan akhlak pimpinan pascai sekaligus bunga2 kebencian pd padcai mula mengembang. Tunggu pascai kami tak sabar menunjuk jalan keluar pd pascsi.
dia ni dah gile ke? u turn mcmm presideng?
tu ari minta maaf. skrg siap kutuk dan ugut...
apa jenis ularmcuk ni?
Pada TITM ingatlah di mana kamu ketika kalangan GHB ini berkorban berjuang bersama PAS kamu sedang berglamour di pentas bersama Hassan Ali, Harun Din dan lain-lain ustaz-ustaz celebrity di pentas program hal ehwal Islam menempah nama glamour menumpang tuii Anwar Ibrahim ketika menjadi TPM. Dah tak laku barulah nampak PAS. Jangan nak tunjuk baik sangat kalau kamu adalah bersama gerombolan geng ustaz yang cakap berbelit-belit dan bermuka-muka. Bukan geng ustaz saja yang memenangkan semua ADUN dan ahli parlimen PAS. Kami rakyat yang memenangkan kamu semua. Sedarlah sikit. Undi rakyat dab bukan undi PAS atau geng ustaz sahaja yang boleh memenangkan wakil PAS. DAN BUKANnya semua pengorbanan geng ustaz disegi wang ringgit dan keringat yang memenangkan wakil PAS. Tolong sedar sikit, kalau tidak ada sumbangan kami rakyat dan penyokong luar sini jangan harap PAS berada ditahapnya kini. Bawa beringat ye. Buatlah kerja kamu yang kamu ustaz ularmak fikir baik untuk Islam dan dakwah Islam. Biarlah GHB dengan usaha mereka. Kata hanya akan hidup 2 tahun, bairkan sajalah. Tak ke berbelit namanya cakap tu!!! Tak habis-habis lidah bercabang, nama saje ustaz berserban berjubah, hati busuk lagi busuk membusukkan!!!
Tuan ibrahim dipersilakan duduk senyap2 sambil merancang masa depan pas. Bawa rancangan hebat tu jumpa tuan hadi dan rakan2. Bincang sungguh2 macam mana nak tewaskan bn dan merebut putra jaya.
Kalau tuan hadi kata matlamat pas sekarang bukan nak menang lawan bn atau ke putra jaya, tuan ibrahim sila pindah masuk ghb lagi bagus.
Tuan ibrahim jangan buang masa memerhatikan ghb ni. Ini grup budak2 tak berguna, tak islamik, tak reti apa2 dan mengacau pas sahaja. Nanti tuan bengang dengar macam2 cerita menyakitkan hati saja. Relax le, 2 tahun sahaja lagi bungkuslah kata tuan hadi.
Aha, tuan boleh jumpa zuhdi sekali. Bincang panjang lebar macam mana nak jatuhkan najib yang terpalit dengan macam2 tuduhan tu. Kalau dia kata, eh mana boleh jatuhkan najib..Lebih baik tuan cabut terjun tingkap dan datang bergabung dengan budak2 ghb.
Tuan mesti buat keputusan yang betul demi nama baik tuan yang masih disayangi lagi dihormati di negara ini.
Tidak ada ahli politik yang waras mahu duduk bersama2 ketua parti yang tiada matlamat untuk memerintah dan membela musuhnya yang sedang tenat.
cepat sikit tubuhkan ghb supaya dapat tutup mulut geng ni,
Jangan suka menasihati orang jika tidak di minta, kelak nanti jadi 'mengata' orang kamu yang lebih.
Jangan suka menyibuk hal orang kalau orang yang di sibukkan itu pernah di jebonkan oleh kamu.
Jangan suka mengingati orang begitu begini kalau tak suka di kaitkan yang dengan yang dulu dan yang terkini.
Jangan suka berpesan pada orang kalau diri sendiri pun tak pernah berpesan.
Jangan melampau sampai mengunakan cai dan jangan berbangga dengan usul tanpa bahas , kerana itu lah ahli-ahli TELAH menghukum kamu dan meluat dengan sikap kamu, dan kesudahan hidup kamu di dunia ini pasti dengan penyesalan demi penyesalan. Sedih melihat gelagat Ulamak. Hebatnya petunjuk Ilahi.
Kepada Allah kita kembalikan.
kepada PAS: Jangan melampau Hina dan Tikam pengundi cina. Engkau orang bukan tuhan tetapi hanya kaki politik munafik
Jolo ko dop mu ni... nyo karut kok sir kok de teh.. srupo lagu ni.. siap ado bungo2 lagi.. hahaha
Jenis ulama pas suci mulia betul my tinggi. Sama jenis ulama dengan presudebg iaitu jenis ulama suci mulia yang ahli pas sokong.
Setelah MSUPAS buat keputusang,elok rasanyeng Wakil PAS hok menang dalam kawasang cine dan india letok jawatang dan adakang pemilihang semule..sebab mereka2 ini menang pung atah undi cine dan india..jadi kite bertanding semule kecuali yang menyokong penubuhang ghb..itu baru betul2 ISLE yg nok bawok hukum HUDUD tu..baru adr kebenarang tentang isle yg syumul..segalanya ditentukang oleh Allah..kebenarang dan kemenangang adalah di dalam ilmu Allah..
Tuan jangan melampau membenci Puak GHB.Kerna rakyat yang berfikiran sedang memerhati dan menilai bagaimana sikap puak2 awak.Yang amat melihat sekelumit kesilapan puak lain tapi tak pernah nak akui kesilapan dan kelemahan puak sendiri walaupun sebesar bukit.Saya melihat gelagat TITM yang meliuk lintuk macam cacing kepanasan.Jangan zahirkan sangat keresahan tuan,nampak sangat bodoh dan biulnya.Hebatnya pengajaran Illahi.Haa haaaaa haaaaaaaaa haaaaaaaaaaaa.
Kesian betul tengok lebai-lebai ni. Mulut berbuih. Mengelabah tak tentu arah. Berlagak macam orang kalah. Kalau siang macam ini, bila malam tak tahulah boleh tidur ke tidak. Sepatutnya bila sudah menang tentulah gumbira. Bila sudah berjaya menyingkirkan parasit mestilah seronok. Ini tidak. Apa masaalah nya lebai-lebai ni. Macam dirasuk jembalang pulak. Bawa bertenang. Lagi satu apasal taik-taik yang dipalit oleh pemimpin-pemimpin PAS hanya dibersihkan oleh timbalan presiden saja. Yang berak banyak, yang kencing banyak macam Hadi, Amar, Snake, Taliban, Hellfire dan ramai lagi apasal senyap sunyi. Adakah timbalan presiden ditugaskan untuk 'damage control'? Mungkin juga yang lain sibuk mengiringi presiden berunding dengan geng songkok tinggi kot? Apa kata nya rundingan untuk menbahagikan hasil rampasan perang. Agaknyalah. Saja nak tahu.
Pelik betul knp yg pas takut sangat dgn GHB nie.
Mereka yang tamak mana berani buat? Mereka dah angkat diri tinggi Sampai langgit. Ini parti politik dah nak taraf jadi agama. Hebat.
Ntahlah.ghb baru nk buat parti baru tp nampak pas dah gegak gempita mcm kena bencana besar,hadi kata xkan sampai 2 tahun tp knp nampak terlalu takut pada ghb.patut hadi kata "dalam ilmu Allah".hahahaha
Harapan baru akan kawal besar kepala Pas dalam Pakatan > Jika Pas kekal dlm Pakatan 1/3 hak Pas dlm pakatan wajar diambil oleh GHB. Ingat GHB akan kuat dengan tongkat dari PKR dan DAP. PAS yg akan lemah dan pilihan kekal dgn PR, Sendiri atau Join Umno. Tiada pilihan melainkan kekal dlm PR kerana sekurang-kurangnya masih ada 2/3 kekuatan. Jika sendiri pasti BUNGKUS jika join Umno pasti pepecahan gelombang kedua pasti berlaku.
Mereka pun tahu selepas muktamar PAS semakin lemah bukan semakin kuat cumanya secara perlahan lahan.
KES DI SELANGOR > Jika 2 Adun yg DIBARUA meneyrtai GHB maka 1 post exco Selangor perlu diberi pada GHB, eloknya post Iskandar di beri pada Saari Sungib, DAP mesti desak begitu. Semua jawatan lantikan di Penag dan Selangor kena beri 1/3 hak PAS kepada ahli GHB. Jika ini berlaku apa berani PAS keluar PR, Boleh keluar tapi kena serah semua jawatan lantikan di Penang dan Selangor. Apa ingat mudah mesti tidak sebab Lebai Lebai tu pun suka duit juga suka elaun juga kan. Gerak sendiri pun boleh " kan ke Pas dah KUAT ? ki ki ki ki @ ha ha ha ha
Kepimpinan Cai cinta Duviddddd
Tak sabarnya nak join GHB, bye bye PAS..!!!
helo tuang
kau dan UG dh tkade keje ke asyik komen pasal GHB saja
KERJA PASUG SEKARANG IALAH MENEGAKKAN HUDUD YG SEBENAR DIKELANTAN DAN MALAYSIA
INI KERJA URGENT DAN PERLU DIGEMBELING SEMUA PAS UTK LAKSANA HUDUD
bukankah DAP dn 'berambus' bersama jebon2 . apa lagi alasan PASUG utk main2 dgn hudud di hadapan Allah nanti
Tuang Berahim
kau mcm tkede keje . sedangkan kerja PAS hanya satu iaitu hudud
apa tunggu lagi... jgn sampai PASUG terbukti munafik harakiri sebb dolak dalih dgn hudud
PASUG memang pemalas dan tande keje. ayik komen GHB , hudud dh lama tk kedengaran
penipu betul
HUDUD kat mane, Hadi awak kat mane (yeaa)
HUDUD kat mane, Hadi awak kat mane (ditanya tanya lagi)
HUDUD kat mane, Hadi awak kat mane (yeaa),
HUDUD kat mane, Hadi awak kat mane (ditanya tanya lagi)
HUDUD kat mane, Hadi awak kat mane (ditanya)
HUDUD kat mane, Hadi awak kat mane (ditanya tanya lagi),
HUDUD kat mane, Hadi awak kat mane (yeaa)
DULU MASA DI DALAM JEMAAH DIHINA DIKEJI DIKUTUK.
BILA DI LUAR JEMAAH DIHINA DIKEJI DIKUTUK JUGA.
APA MASALAHNYA PAS NI.
ana kat jepong makang sushi
kat selangor dulu pas tak pernah menang walau pun satu kerusi,atas penmgaruh anwar dan kekuatan pakatan rakyat pas menang banyak kerusi,kini ulamak pas lupa diri pulak,tumggu le pru 14 ni nanti,pas akan jadi kain buruk yg hanya sesuai jadi kain pengelap kaki,ulamak pas akan jadi pecacai mcm cerita dlm filem 3 abdul
mengata dulang paku serepih. mengata orang kau yang lebih.
Pas melalui kepimpinan ulama dah mengikut jejak kepimpinan mullah di Iran. Segala yg dibuat oleh Mullah adalah betul & suci dari dosa, siapa yg bantah dianggap derhaka. Syukur PR tak menang pd PRU13 yg lalu kalau tidak tak tahulah apa yg akan terjadi mungkin PR dah berpecah dari awal dan pas akan berUG dgn umno utk selamatkan melayu agaknya.
Hairan sungguh bertanding pilihanraya mahukan sokongan bukan Islam tetapi bila menang lawan mereka dan tegakkan " Hidup Melayu". Agak2lah pd PRU14 nanti ada ke bukan Islam yg mahu sokong pas lagi? Pas tak tahukah kita ni negara berbilang kaum & mengamalkan demokrasi iaitu siapa yg menang majoriti kerusi parlimen akan berkuasa?
Bertanding pilihanraya tapi tak mahu menang, lebih baik jangan bertanding langsung.Buat kerja sia-sia.
Bolehkah tanpa kuasa laksanakan hukum hudud?
Masaalahnya PAS ni ialah pemimpin yang tinggal tidak tahu buat kerja. Geng-geng lebai mercun ni boleh bagi ceramah dalam surau dan masjid. Itu pun sebab jemaah yang mendengar tak mahu berhujah kerana menghormati guru. Bila keluar surau dan masjid, mulalah terserlah kebodohan mereka. Mungkin dulu dijanjikan habuan kalau berjaya halau kumpulan pro. Tiba-tiba tak ada habuan. Itu yang pening kepala. Mulalah meracau macam disampok hantu. Apa lagi buatlah road show lawan GHB. Oh ye baru aku perasan dan korang perasan tak. Ramai juga bekas-bekas pemimpin PAS era 80an dan 90an senyap je. Maksud aku yang masih hidupla. Ini pun menjadi teka-teki. Apasal tak komen? Apasal tak backing Hadi and the gang. Cuma Nakhaie sahaja yang komen.
Sekarang parti pas sudah bersih dan suci dipimpin ulamak sedunia.Segerakanlah pembentangan hudud tanpa impian menang pilihanraya dan impian menguasai putrajaya.Lojiknya hudud tidak dapat dibentang dari negara jepun.
Ini mungkin petunjuk dari Allah. Kalau dulu kita sering menghina orang lain ...kemungkinan hinaan tsb kini kembali kpd kita. Allah Maha Adil ..dan kita perlu mengambil iktibar dariNya. Lidah2 kita byk membawa kerosakan
Yang aku mushkil, kalau wakil rakyat PAS GHB baiah talak 3,
Ha ha ha PRESIDEN PAS pun baiah talak 3..... ha ha ha kantoi-kantoi...
Ha ha ha Tuan Ibrahim Tuan Man pun baiah talak 3.... ha ha ha kantoi-kantoi...
Ha ha ha Iskandar exco Selangor pun baiah talak 3.... ha ha ha kantoi-kantoi...
Ha ha ha Idris Ahmad pun baiah talak 3..... ha ha ha kantoi kantoi....
Ha ha ha Nik Beduh anak TGNA pun baiah talak 3.... ha ha ha.... kantoi kantoi
Hellfire pun baiah talak 3 ... ha ha ha... kantoi kantoi...
Sapa lagi2 PASCAI bertalak 3.... ha ha ha kantoi kantoi,
MAT SABU PUN BAIAH TALAK 3 JUGA... KANTOI? TAK KANTOI SEBAB SUARANYA TIADA DI PARLIMEN MAHUPUN DEWAN UNDANGAN NEGERI.... DIA KALAH DI PENDANG.... KENA SABOTAJ.
Yang menumpang bahtera tu siapa kalau bukan ulamak sedangkan yang bersusah-payah mengemudi dan yang menjaga bahtera tersebut ialah G18. Sekarang Bahtera perjuangan PAS sedang berlabuh tengah laut, tak bergerak ke mana-mana. Nak naikkan sauh pun tak reti.
Secebis ingatan buat TITM, yang pergi biarkan lah mereka pergi. Yang tinggal dalam bahtera itu lah yang tuan kena jaga dan jadikan mereka dikenali umum. Ingat lah pepatah yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.
kumpulan hularmak Pas mulanya nak sabotaj G18 dengan cara korek kapal agar kapal jadi karam,tetapi kuasa Allah pekerja2 G18 diberhentikan tugas oleh kapitan dan kumpulanya .mereka rasa G18 akan merana tetapi Allah hantar sebuah bahtera baru yang masih belum ada kapitanya dan kesemua kumpulan G18 bersetuju untuk melayari bahtera tersebutmini mnejdikan kapita Pas dan hularmaknya mengeluarkan berbagaai Fatwa,baiah lah ,sumpahlah ,seranahlah, maki hamunlah,agar G18 jangan tinggal kapal lama.semau dah kecut telr sebab selama ni tak pernah tarik sauh ,tak pernah kibar layar tak pernah buat apa juga ,sekarang Padan muka.
Catat Ulasan