21 Jul 2015

[PENDEDAHAN PANAS] Di Mana Mulanya Krisis PAS?

Apa yang terjadi dengan PAS sebenarnya? – Arifin Zakaria

1. Dua soalan popular ketika hari raya tentang PAS. Pertama kenapa habis sepasukan pimpinan lama dibuang? Sedangkan dengan merekalah kami kenal PAS. Era 80-an dan 90-an nama popularnya Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Solehudin Ayub dll. Pasca reformasi popular dengan Dr Dzul, Dr Mujahid, Mazlan Aliman, Ustaz Ghani Samsudin, Nizar Jamaludin dll. Tetapi kenapa mereka dibuang kesemuanya?

2. Soalan kedua popular. Benarkah bekas pimpinan yang tewas ini hendak tubuh parti? Kenapa perlu tubuh parti? Tidak bolehkah bersabar dan tunggu perubahan seterusnya dalam parti? Tidakkah nanti dituduh tidak boleh terima kalah lalu tubuh parti? Tidakkah UMNO sebenarnya yang mengupah mereka ini agar tubuh parti? Tidakkah mereka ini berada dalam percaturan JIM/IRC/IKRAM/HIS untuk ranapkan PAS? Inilah dua jenis soalan yang kerap ditanya. Saya cuba menjawab dengan pengetahuan dan maklumat yang ada pada saya.

4. Menjawab soalan pertama. Mereka ini dibuang setelah melalui kempen yang panjang. Ada yang mengatakan 18 bulan pasca muktamar 2013 hingga 2015 kempen non stop dilancarkan untuk membuang mereka. Sebenarnya tidak. Sebelum itu lagi. Sejak pemilihan tahun 2009 lagi.

Mereka ini dilihat menentang UG atau Kerajaan Perpaduan dengan PAS - Umno. Sebenarnya UG ini tidaklah sama maksud dengan apa yang Presiden lontarkan pada tahun 2009. Presiden TGHA lontarkan UG yang menggabungkan kesemua parti politik termasuk PKR dan DAP untuk buat perubahan dalam kerajaan.

Walaupun lontaran yang tidak masak, tetapi bukan UG itu yang ditentang. Tetapi jauh daripada itu sememangnya wujud usaha hendak menggabungkan PAS dengan Umno hasil kerja kuat bekas Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa (UN) dan bekas Naib Presiden Dato Dr Hasan Ali (DHA) dan bekas Timbalan Mursyidul Am yang kini menjadi Mursyidul Am Dato Dr Harun Din (DHD).



Pasca PRU 2008, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri bersama Khir Toyo berunding dengan pimpinan PAS untuk membentuk kerajaan PAS Umno di Selangor dan di Perak. Rundingan ini pada awalnya dinafikan Pengarah Pilihanraya PAS ketika itu Dato Mustafa Ali. Tetapi bocor apabila Pak Lah sendiri membocorkannya. Ada pertemuan di sebuah lokasi tidak jauh bangunan parlimen. Berakhir dengan PAS menolak pelawaan tersebut.

Tetapi Ustaz Nasha dan Hasan Ali meneruskan agenda ini. Kerap mereka berdua bertemu Pak Lah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tokoh tokoh Umno baik di bangunan parlimen atau di Hotel Meridien. Watak kedua orang ini dilihat pelik dalam tempoh 2008-2011. Dilihat mesra UMNO dan menjadi pengacau kepada Pakatan Rakyat dan kerajaan PR di Selangor. Kerap Hasan Ali mengambil tindakan berseberangan dengan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diantaranya pengakuan bekas Pengerusi ngo GERAK Nazree Yunus, beliau didatangi Hasan Ali dan orang orangnya termasuk Roslan SMS dan SETPOL Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri untuk membuat pendedahan tentang salahguna kuasa Tan Sri Khalid. Beliau membuat report SPRM, TS Khalid Ibrahim sudah menguna peruntukan kerajaan untuk menghadiahkan lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak kawasannya sendiri. Kemudian tuduhan kedua menggunakan peruntukan kerajaan untuk servis kereta peribadi. Tujuannya adalah untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid dan menaikkan Hasan Ali sebagai MB. Tetapi setelah disaman Tan Sri Khalid, Nazree berubah dan menyertai PKR serta mendedahkan perancangan jelik ini.

Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha dilihat meneruskan usaha ini sehinggalah sebelum PRU 2013 pertemuan diantara Hasan Ali, Ustaz Nasha dengan PM Najib di Hotel Meridien. Pertemuan ini didedahkan Hasan Ali kepada rakan-rakannya sendiri. Kata beliau PM Najib sedia memberi kerjasama membantu beliau dan Ustaz Nasha membuat satu gerakan politik Melayu Islam atas nama ngo ala ala PERKASA. Najib sedia bantu wang ringgit dan segala kepakaran.

Targetnya mereka sedia bertanding calon bebas di kerusi PAS. Ngo ini akhirnya ditubuhkan selepas Hasan Ali dipecat iaitu ngo JATI. Pertemuan untuk membuat kerjasama dengan Najib dan menubuhkan platform baru itu bocor ke pengetahuan Presiden dan SUA Dato Mustafa Ali. SUA menjalankan siasatan. Di tengah siasatan berjalan, Ketua Penerangan PAS Selangor YB Shaari Sungip mengeluarkan kenyataan nama Dr Hasan Ali tiada dalam senarai calon PAS Selangor.

Kemudian melentinglah Hasan Ali dan pengikutnya dan berlakulah perang media yang berleluasa sehinggalah membawa pertemuan beliau dengan TGNA di Kelantan. Berakhir dengan beliau dipecat daripada PAS yang kesemua pihak melihat kononnya hasil serangan awal Shaari Sungip itu. Walhal kisah sebenarnya memang dia sedang disiasat SUA dan Presiden atas isu pertemuan beliau dan Ustaz Nasha dengan Najib di Hotel Meridien.

Pokoknya selepas dipecat belangnya dengan Umno semakin jelas. Ucapan beliau menyeru penyatuan Umno PAS sangat jelas. Begitu juga Ustaz Nasha. Kelibatnya kerap bersama Najib jika Najib ke negara negara Arab dalam keadaan dia masih ahli PAS. Tetapi beliau tidak dipecat. Itu yang pelik.


Dalam kes Perak pula. Seawal kemenangan 2008 UMNO berusaha memujuk PAS membentuk kerajaan bersama di Perak dengan janji PAS sebagai MB. Kisah Zahid Hamidi bekejar ke rumah Ustaz Ahmad Awang PJ Perak ketika itu untuk memujuk membentuk kerajaan sudah menjadi rahsia umum.

Ustaz Ahmad Awang mendedahkan ketika muktamar 2011 ketika ucapan penggulungannya memang wujud usaha menggabungkan PAS Umno. Jangan ada sesiapa nafikan. Saya ada maklumat. Kata Ustaz Ahmad Awang.


Beliau mendedahkan 3 pihak menghubungi beliau memohon dibentuk kerajaan PAS Umno di Perak. Iaitu Zahid Hamidi, Mufti Harusani dan Dato Dr Harun Din. Inilah 3 pihak yang berusaha mewujudkan kerajaan PAS Umno di Perak.


Inilah perkara yang ditentang Husam, Mat Sabu, Mahfuz, Solehudin dan kumpulan mereka. Namun dengan mudah mereka disabitkan menentang Presiden. Maka bermulalah wujud kononnya kumpulan penentang Presiden. Datanglah isu apa sekalipun mereka ini akan dikaitkan. Walaupun sekarang terbukti Hasan Ali dan Ustaz Nasha jelas menjadi pembantu Umno. Jelas dan terbukti apa yang dikatakan fitnah sebelum ini. Tetapi perkara itu diabaikan. Kumpulan Husam, Mat Sabu dll ini kekal diletakkan dikandang bersalah. Sedangkan Ustaz Nasha kekal kebal sebagai ahli PAS tanpa dipecat.








IKLAN BERBAYAR







16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Senang cerita Haji Hadi marah dengan golongan profesyenal kerana mereka menghalang beliau menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri. Itu saja. Itulah wajah sebenar ulamak yang kononnya pewaris nabi!! Haji Hadi bukan lupa tetapi sahaja melupakan pengorbanan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang terseksa, merana dan binasa kerana percaya yang PAS bertujuan menegakkan kalimah Allah s.w.t dibumi ini. Rupanya ramai yang tertipu kalau tak berjuta mungkin juga beratus ribu. Rupanya yang berkorban wang ringgit, tenaga, masa, masa hadapan dan kerjaya hanyalah sia-sia sahaja. Mereka telah berkorban untuk memudahkan beberapa ulamak-ulamak dunia mendapatkan kemewahan dan kesenangan dunia. Tak salah kalau ada yang akan bekerja untuk menghapuskan PAS!! Selama ini ayat-ayat AlQuran hanya pemanis kata dan pelindung niat jahat sahaja!!

Unknown berkata...

Takhta, harta dan wanita. Membuat matahati mrnjadi buta dan hati menjadi lupa.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak sepatutnye menunjukkan jalan yg benar,skrg ulamak pas yg menyesatkan manusia

Tanpa Nama berkata...

Saya nampak PAS yang jadi macam sekarang hanyalah atas angkara dua tiga ekor langau2 ini iaitu Hassan JATI, Nasa UG, Tantawi dan beberapa kerat lagi saja. Dan Presideng yang pula tak berapa cerdik politik, serban dan janggutnya saja yang hebat. Yang jelas sejak dulu lagi Presidengnya bodoh. Masakan tidak, bagi pegang T'ganu, satu penggal sudah kantoi. Saya selaku ahli PAS sejak dulu sangat sedih atas episod ini. Tapi saya akan sokong group Mat Sabu. Maaflah bernaung dalam pakatan orang2 bodoh samalah kita macam mereka.

Tanpa Nama berkata...

dari dulu hassan ali memang tk boleh dipercaya

dia mungkin agen umno yg diinject utk hancurkan PR

dia masuk PAS sebb rasa PAS lebih senang dia menyusup dgn imej agamanya.

dialah dalang setiap isu agamam di selangor.

malah dia lah yg fitnah teresa kok arah azan subuh tanpa guna pembesar suara. walhal ia fitnah sebb pembesar suara rosak. dn teresa kata amat memalukan org islam buat fitnah di bulan ramdhan

kemudian hassan ali fitnah dlm ceramah bahawa azmin kongsi isteri dgn anwar. sungguh fasik hassan ali ni. video itu ada dlm youtube, bukan fitnah kt dia.

nk kenal org jahat senang je. hassan ali suka ceramah motivasi berlebih2 berdoa nangis2 dan video fokus kt muka lawak dia yg menangis.

dia menggunakan bakat motivasinya dan air mata buayanya utk pengaruhi org ramai.

org mcm ni tk peduli apa pun janji matlamat tercapai. agama memang mainan je bagi dia.

dia berdendam dgn PAS kerana tk dpt jd MB selangor dn dipecat dr PAS.

sekarang dia mesti berpesta kerana dendam kesumatnya terhadap PAS terbalas dgn kerosakkan PAS

tp dia masih tk puashati kerana progresif PAS sudah mula menggerakan harapan baru.

jauhi org perangai ular putar belit mcm hassan ali. org yg sanggup menggunakan air mata munafik utk mencapai matlamat

Tanpa Nama berkata...




Sehingga sekarang mereka yang bukan progresif tetapi bertaraf ulamak bermatian-matian menafikan ujud nya perancangan@agenda menggabungkan PAS dengan UMNO. Sedangkan rundingan@pertemuan untuk tujuan tersebut di dedahkan oleh Pak Lah sendiri dan diakui oleh dua orang dalang yang memainkan wayang tersebut.

Pada masa ini, kita melihat seolah-olah usaha menggabungkan PAS dan UMNO telah terhenti sedangkan pada masa ini Hasan Ali dan Ustad Nasha seperti kura-kura yang menyorok dalam kulit cengkerang nya yang keras sedangkan bila keadaan selamat mereka akan keluar dan meneruskann usaha ke arah gabungan tersebut.

Usaha yang telah bertahun-tahun mustahil akan terhenti begitu sahaja atau cukup dengan penafian dari Mustafa Ali. Selain itu mereka berdua sudah terlalu banyak termakan budi Najib. Yang paling teratas dari semua yang di sebut mereka berdua adalah tokoh yang paling sesuai melakukan kerja terkutuk tersebut.

PAS menambahkan lagi kekuatan cerita mereka seolah-olah berita tersebut tidak betul dengan 'kelihatan seperti PAS benar-benar bersendirian sekarang ini.'

Rundingan sulit untuk bergabung tersebut adalah lebih pada kehendak mereka menandingi kehebatan progresif yang di anggap hebat oleh orang ramai.

Mereka gagal menjadi kan pro ulamak lebih baik dari kumpulan progresif dengan mencipta rundingan sulit tersebut. Mereka juga berharap mereka dikatakan lebih bagus dari kumpulan progresif bila menang cai. Dan mereka bertambah-tambah teruk apabila dibandingkan kehebatan G18 bila GHB di lancarkan.

Sepatutnya pro ulamak hebat dan di lihat lebih baik didalam PAS apabila G18 sedang berkemas untuk meninggalkan PAS.


Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa satu lagi watak agen umno dalam PAS iaitu Dr Zuhdi. Dia juga tali barut, gunting dalam lipatan....kenapa tak pecat saja?? Banyak kenyataan nya menyimpang jauh dari bersama PR (Pakatan Rakyat).

Tanpa Nama berkata...

Aku masih ingat akan ceramah Hadi tentang toghut. Berapi-api menawan hati audien. Tak lupa juga menjajakan ayat Alquran..bermaksud 'jangan cenderung kepada orang yang zalim kelak akan disambar oleh api neraka'!! Hebat kau Hadi. Kelakuan kau samalah dengan pegawai pencegah maksiat yang menangkap orang bermaksiat dan dalam gelap dia pun buat projek juga bila berpeluang. Dulu aku segan sebut Haji Hadi. Mesti sebut Tuan Guru. Itu dulu, sekarang kau setaraf dengan Najib jadi aku akan panggil kau Hadi sahaja!!

Tanpa Nama berkata...

Mmm. Macam tu rupanya kisah puak2 serban jubah pas ye. Yang kita ni mati2an berlawan. Ada yang cedera dan ada yang mati semasa melawan umno bn.

Kalau benar seperti dinyatakan, kami sangat2 berharap agar pas segera bergabung dengan umno sekarang jugak!! Tolong bergabung sekarang, jangan lagi permainkan ahli2 yang masih berjuang kononnya nak lawan bn. Biar jelas siapa kamu yang sebenarnya.

Kalau pas tidak mahu bergabung dengan umno, kamu akan dirancang sebagai abdi tunggangan semata2 untuk menghancurkan pakatan rakyat. Bn pasti menaja pas agar berlaku pertandingan 3 penjuru dalam pru 14 nanti. Kamu mana duit. Kami pernah dengar, betul atau tidak yang katanya ku n-n menaja projek kamu menendang kawan2 selama ini.

Pas akan dicop selama2nya sebagai parti islam munafik. Buku sejarah pasti ditulis peristiwa ini. Bahawa pas telah melalui jalan politik yang amat bertentangan dengan dasar dan perjuangan asalnya di mana menang atau kalah tetap berjuang. Setiap langkah dianggap jalan2 menuju syahid.

Selamat jalan pas menuju saudaramu umno. Kalau kamu masih bercokol di situ dan masih kononnya nak melawan umno bn, kamu sebenar2nya munafik. Kamu telah hinakan diri kamu di kalangan ahli2 kamu yang telah syahid di memali dan di mana2 saja keringat dan darah mereka tertumpah.

Hanya yang kami harapkan adalah kiranya kami diberi kesempatan untuk mengkhabarkan kepada seluruh rakyat bahawa:

JANGAN SESIAPA PUN MENGUNDI PAS LAGI.

Tanpa Nama berkata...

Selepas TGNA meninggal dunia, ULAMA PAS sekarang berubah pegangan dan menjadi ULAMA SYIAH. MACAMANA kami (ASWJ) nak ikut...?

Tanpa Nama berkata...

Tuan Sila hormat ulama pas, tiada orang lain lebih mulia drpd ulama pas suci mulia

Tanpa Nama berkata...

Zuhdi si rasis , ni lar orang parti ajaran sesat mati mati nak sokong

Tanpa Nama berkata...

Seriously, aku da mula pening dengan politik malaysia.. -_-# sesungguhnya skg zmn fitnah.. So beware lah..

Tanpa Nama berkata...

laa ini pun nak gaduh.. UMNO org ISLAM PAS pun ISLAM.. apa pasal tak boleh gabung... otak dah kena bius oleh pemikiran dia saja yg betul orang lain salah.. sama jenis ISIS...

Tanpa Nama berkata...

Islam tapi perangai macam yahudi mabuk buat apa

Tanpa Nama berkata...

kesian betul,aku yang bukan org pas ni pelik btul dgn org2 pas ni.lagi pelik dengan golongan progresif dan professional ni,korang mampu jatuhkan Hasan Ali,Nasha UG tapi lari bila kalah pemilihan parti...kalau kuat,stayla dalam parti...bila korang lari maknanya korang cuma sembang takde batu jela..