23 Jul 2015

[TERBAIK] 3 Bekas Pesuruhjaya PAS NS Pimpin GHB Negeri Sembilan

Seremban - Tiga bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan membarisi ahli jawatankuasa Harapan Baru di negeri berkenaan.

Mereka terdiri daripada Zulkefly Mohamad Omar yang dilantik Pengerusi, manakala Mohd Taufek Abd Ghani dan MK Ibrahim A. Rahman, masing-masing memegang jawatan Timbalan Pengerusi I dan II.

Ketiga-tiga mereka pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan malah MK Ibrahim kini masih memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Seremban.

Sementara Mohd Faiz yang juga anak bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor turut memegang jawatan sebagai Setiausaha dan Yang Dipertua Pas Jelebu, Basri Sawar memegang jawatan sebagai Bendahari.

Menurut Zulkefly, barisan pemimpin parti baharu itu diyakini mampu memperkukuhkan PR dalam misi menawan Putrajaya.

“Agenda tubuhkan parti ini untuk kukuhkan PR. Sekarang kita tetap meneruskan misi untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

“Strategi dan dasar perjuangan kita berdasarkan Buku Jingga PR dan agenda rakyat tetap diutamakan dalam perjuangan kami,” katanya pada sidang media memperkenalkan ahli jawatankuasa Harapan Baru Negeri Sembilan di sini semalam.

Zulkefly berkata, kebanyakan barisan kepimpinan Harapan Baru masih ahli Pas dan status keahlian akan diperbaharui apabila parti baharu itu berdaftar secara rasmi.

“Kalau ikutkan perlembagaan, keahlian kami sebagai ahli Pas akan terbatal apabila menyertai parti lain tetapi kami akan keluar secara sukarela bila tiba masanya.

“Setakat ini, kami masih lagi ahli Pas dan kita yakin ramai ahli Pas yang lain akan menyertai Harapan Baru kerana kita menerima respons yang amat baik daripada semua tidak kira latar belakang parti dan agama,” katanya.

Zulkefly berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada Pas sekiranya parti itu bersetuju menjalinkan kerjasama dalam misi menawan Putrajaya.

“Tiada istilah musuh antara kami kerana perjuangan kami sama iaitu untuk menang pada PRU akan datang dan menumbangkan BN.

“Kita tidak mahu PR terkubur, jadi masing-masing mempunyai agenda dalam perjuangan parti. Apa yang lebih utama ialah untuk menang pada PRU nanti,” katanya. -SH





IKLAN BERBAYAR







32 ulasan:

Janggut Tupai berkata...

Apa pn taniah...satu soalan cepu emas...... Agak2 klau dpt twn putrajaya apakah hukum islam dan cara hidup islam yg Allah hendakkan dapat ditegakkan? Adakah DAP & PKR Akan setuju? Atau GHB hanya akan ikut telunjuk mereka berdua atau akan kluar dari pakatan 2.0 apabila x di persetujui.

Tanpa Nama berkata...

Allah maha berkuasa ,dia yang menentukan mana yang baiak mana ynag tidak baik,allah juag yang menggerakn hati manusia untuk tinggal dalam Pas dengan jiwanya yang tak tenang atau berhijrah kepada yang baru dengan hati yang tenang.Allah anugerahkan akal pada manuisa,dalam solat juga ada peraturanya ,kita bolih mufarqah dengan imam sekiarnya imam buat salah dalam solat ,inikan pula dalam parti,apakah kita mesti wala! pada seorang peminpin trtinggi yang tidak menunjukan perangai dan adab yang baik.semaunay musnah hany dengan lisan sahaja,teruskan GHB,aku sekelaurga menunggu mu di Selangor.

My Kakak berkata...

Satukan hati, satukan iltizam. Jgn buruk sangka, tawadhuk dan jangan bnyak cakap. Banyakan kerja. Doa kami bersama anda. Selamat berjuang saudaraku. Be the best.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Nampaknya PAS semakin canggung di selatan tanahair, adakah PAS bakal menjadi parti pantai timur sahaja? Sokongan dari selatan dan barat Malaysia terhadap GHB semakin membuak-buak maka proses meremaja PAS nampaknya semakin pudar kerana golongan yang merencanakan program tersebut tidak lagi dengan PAS. Manakala pemimpin-pemimpin PAS yang baru sibuk dengan agenda politik memaki hamun dan tuduh menuduh tidak langsung mengeluarkan idea atau halatuju yang jelas bagi memartabatkan PAS. Mereka tidak langsung bertemu ahli-ahli sebaliknya mengeluarkan kenyataan glamour di dada akhbar. Ugutan dan fitnah menjadi sumber kepada mereka. Tidak nampak langsung sebarang kekuatan atau kemampuan yang ditunjulkan oleh pemimpin pemuda PAS yang baru. Sudah hampir 3 bulan muktamar berlalu tetapi tiada sebarang gerak kerja atau agenda memperkukuhkan PAS yang berjaya memikat hati ahli-ahli. Semoga Allah kurniakan pemimpin-pemimpin PAS pertunjuk bagi memperkukuhkan PAS dan akhirnya 'kiambang kembali bertaut'.

Tanpa Nama berkata...

Tegakkan cara hidup islam dulu perlahan2.jgn gelojoh,nabi muhammad pun x membuta tuli terus buat hudud,hidupkan cara hidup islam dulu sbb kbykn rakyat malaysia sudah sama mcm org barat,malah org barat

asri adnan berkata...

PAS akan kembali ke asal iaitu kuat hanya di utara semenanjung dan pantai timur, tempat lain akan bungkus.

Malaysiabaru berkata...

Inalilahiwailaihirajiun

Ana ucapkan kepada Pas

Selamat berkubur parti islam semalaysia

Ana sponsor batu nisan tiga biji ( tiga sebab main kayu tiga)

Tanpa Nama berkata...

Dkt pantai timur pun pas blum tentu boleh mengekalkan rekod cemerlang..

yen uchop berkata...

Demi nak selamatkan Imanku dan menghindari suasana meloya, aku berhijrah keluar negara dan didaftarkan kelahiran anak kami bukan sebagai rakyat Malaysia, namun perjuangan tetap diteruskan dari perantauan," I shall return " General MacArthur.

yen uchop berkata...

I shall return di hari mengundiGHB walaupun belanja flight ticket $7000 cause money is intrinsic

My Kakak berkata...

Dgn gerakerja tersusun, tanpa konfrontasi, hikmah dan berakhlak, bahasa mudah dan lojik kita hidupkan aura GHB. X mustahil pantsi timur juga tumbang. Panglima Husam. Gerakan anak muda dgn berkesan di Kelantan. Raja Baharin bangkitkan anak muda Terengganu . Gunakan media sosial dgn berkesan.tetapkan hala tuju. Fokus. Kita kukuhkan GHB setiap penjuru. Dgn azam yg 1. Tumbangkan BN!

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya PAS ni dah tak ada modal. Menjaja hudud ke hulu ke hilir tanahair sejak 60tahun lepas. Apakah hasilnya? Jangan kata nak masuk Parlimen.....mendidik rakyat pun gagal...islam atau bukan islam..kalau tak di didik manakah akan disokong.
Hudud hanya satu cabang didalam memertabatkan agama islam...islam itu luas...kenapa tak maju didalam berbagai bidang? Biar rakyat dapat menafaat dan rahmat islam.
Pas serupa dengan Umno, satu momokkan melayu satu lagi momokan islam.

Tanpa Nama berkata...

Syabas GHB, kami pemuda bersamamu..

Tanpa Nama berkata...

Tujuan utama ialah menumbangkan UMNO. UMNO banyak mendatangkan masaalah kepada rakyat dan negara. Bila PAS join UMNO Malaysia lagi parah. Bila PR menang banyak perkara perlu dibuat. Pertama kedaulatan undang-undang. Jangan kacau kerja polis dan hakim!! Kemudian memulihkan ekonomi. Mana projek yang merugikan rakyat dan negara batalkan terus. Memisahkan kembali 3 struktur pemerintahaan yang telah dirosakkan oleh mahathir iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Dalam agenda juga perlu dimasukan menghapus elemen yang mengugat keharmonian negara. Mana-mana pertubuhan yang mempunyai agenda permusuhan perlu dihapuskan. Lepas tu baru cerita hudud!! Kalau nak hudud dahulu dengan mengenepikan kesejahteraan rakyat dan keamanan lagi elok duduk dalam PAS. Mangsa banjir pun tak boleh settle nak cerita hudud!! Sibuk pasal hudud tapi mulut macam kolam taik buat apa??

My Kakak berkata...

Benar. Kita fokuskan kempen kita kearah menghapuskan UMNO yg telah dan sedang menjahanamkan negara. Terangkan habis2an pada rakyat. Kita JANGAn kutuk PAS. Kalau PAS masih menjebonkan kita dan melabelkan kita dgn apajua label, pedulikan. Jalan terus. Tunjukan usaha dan kerja profesional. Kita akan buat usaha sehingga UMNO dan BN tumbang. Kalau tidak satu hari nanti kita jadi mcm Greece. Baru nak tengadah. Apa nasib peneroka FELDA dimasa dpan kita x tahu. Saham RM5 dah jd RM1 lebih. Tupun x sedar2 lagi. Sedih sekolah rosak kerajaan xda duit nak baiki. Duit billion2 mana pegi? Rakyat sakit kena minta derma! Apa nak jadi Malaysia ni. Justeru singsing lenganmu saudaraku, kita selamatkan Malaysia. Bersatu kita teguh. PAS biarkan dia dgn kebodohsombongan siku dan lututnya. Suci dan serba reti. Biar dia berjalan sendiri. Lagipun PAS bukannya mahu ke Putrajaya. Jalan kita dah berlainan arah.

Tanpa Nama berkata...

Tuan gb

Pasal isu sumpah keluar parti kena cerai isteri, Saya minta maaf jika kapir Tak layak Tanya isu ni. Sahaja untuk pengetahuan. Minta jangan marah.

Yang dapat saya baca, mufti kelantan cakap sah tapi mufti Penang / Perlis kata tidak. Apa penyelesaain?

TK

Tanpa Nama berkata...



Mufti P Pinang kata bai'ah talak tiga pas tak boleh pakai.

Boleh ditebus dgn puasa 3 hari berturut-turut dsbgnya.

Apa mcm ketua pemuda bas ?

Mufti kata boleh langgar bai'ah yg tidak baik ?

Jd hampaslah korang.

Sudah jatuh d timpa tangga. Jgn jd gang ostad malang.

Pergi makan sushi lah.

Hanya pandai melabel dan menjebonkan orang.

Gua ta'ada hormat sama ini gang ostad.

Tanpa Nama berkata...

Ahli-ahli se umur hidup ke atau yang baru setengah masak ke, tolong lah jangan nak teragak-agak lagi. Tolong lah jangan nak tunggu dan berfikir lagi.

Jangan lagi nak cari alasan. PAS dah tak boleh di selamatkan.

Ketiga-tiga mereka ini, masing-masing setiap seorang adalah pakar bius, pakar urat saraf dan pakar sakit mental. Mereka telah mengesahkan yang PAS ... mesin hayat nya terpaksa di cabut.

Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

Saya cukup heran dengan puak2 yang kononnya nak laksanakan hudud tetapi perkara yang penting di lupakan. Bukan kah yang bukan Islam juga tidak bersetuju bahawa Allah itu tuhan? Adakah dengan meminggir, menghina, memusuhi dan memfitnah mereka akan membuka hati mereka kepada Islam? Allah atau hudud? mana satu lebih penting? Bukan kah tugas seorang Islam untuk menyebarkan agama Islam?

PAS sudah jauh tersasar dari landasan, GHB adalah harapan kami..

Tanpa Nama berkata...

Macam mana kalau kira yang mana mudah sahaja? Macam pembayaran zakat Imam Syafie yang perlu guna bijirin ditukar dengan bayaran wang.

Pening2. Berbelas mufti berbelas fatwa.... macam LUKMAN HAKIM DAN ANAK DENGAN KALDAI.

Tanpa Nama berkata...

Asyik geng sekular, kapir laknat, liberal je yg kena tindakan dan disekat tak boleh keluar negara.. bila plak nik abduh, tantawi, takiri dan geng syurga nak kena cam tu? Baru la nampak berjuang melawan.. kalau takut nak main isu yang melibatkan ekonomi, angka, nombor, fakta yang memerlukan intelektual yang tinggi, cuba la gerak demo besar besaran desak kerajaan laksana hudud atau buat bancian dan kajian nilai sejauh mana rakyat bersedia laksana hudud. Jangan la dilihat mandul berbanding geng 'sekular', 'liberal', dan 'kapir laknat'...

NAA ZAR berkata...

Gerak kerja teraula selepas muktamar.....
Apa lagi....... Rakam lagu/nasyid la bro!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dh tertekan isu ekonomi,kos sara hidup tinggi, kesempitan hidup tp puak2 bodoh pas sibuk gaduh pasal hudud/baiah. Apa ke bodoh sgt pemimpin2 pas skrg ni.

Tanpa Nama berkata...




Macamana bai'ah sudah bertahun lamanya masih di gunakan? Sepatutnya setiap kali menang sebagai Wakil Rakyat atau Ahli Parlimen, bia'ah perlu di perbaharui bukan ambil yang mula-mula dulu. Apa lagi mereka yang menang mungkin pernah kalah dan bila menang kali ini bia'ah tersebut boleh pulak valid lagi ?? Gila ke apa?? Semua wakil rakyat setiap kali angkat sumpah bila Perlimen atau Bersidang selepas pru.

Lagipun rasanya bia'ah tersebut belum tentu sah kerana melibatkan si isteri. Kerana si isteri menjadi mangsa maka sepatutnya persetujuan si isteri mesti lah di ambil kira. Ia nya juga melibatkan anak dan cucu sekali.

Islam begitu menjaga institutisi kekeluargaan tapi pelik sungguh ada pulak bia'ah yang boleh menceraikan Isteri. Apa salah isteri ? Cerai talak tiga pulak tu sedangkan perkataan cerai sahaja Allah tidak suka.

Pihak yang berkaitan kena beri penjelasan kepada masyarakat mengenai bia'ah. Jangan bila sentuh anjing boleh pulak selesaikan cepat-cepat tapi bila bia'ah macam nak lepas tangan pulak.

Mereka yang meninggalkan PAS bukan sebab lain melainkan kerana sudah tidak yakin kepada perjuangan PAS dan pemimpin nya tidak lagi mengikut cara Islam.

Dan yang paling pelik sekali ialah 'Mereka ambil dari PAS bukan mereka di beri oleh PAS. Jadi mereka kena kembalikan kepada PAS' Bia'ah ini atas nama PAS ke atau atas nama Allah?


cerita kedai kopi berkata...

kalu gabung dgn umno pun.. hudud x bleh buat. umno lebih syg mca n mic...
smp srang x bentang2...
pas kene kencing n sggup di kencing lg...

Tanpa Nama berkata...

Jangan tersilap faham, saya suka tafsiran-tafsiran baru, beragam dan progresif terhadap Islam.

Tetapi, dalam konteks politik pilihan raya saat ini, saya mengkritik projek parti baru Islam ( Gerakan Harapan Baru) ini.

Saya selalu percaya, walau jarang saya tulis dan huraikan, serpihan PAS ini sebenarnya sama totok saja dengan PAS lama yang mereka mahu tinggalkan.

Percayalah anak-anak muda, kalian akan kecewa dengan slogan "progresif" kumpulan Islamis baru ini.

Sebab apa? Sebab "progresif" hanyalah wayang kata-kata tanpa inti perbahasannya.

Semua mereka ini ahli politik yang mencaturkan diri dalam persaingan kekuasaan; bukan pemikir dan idealis yang mengutamakan perbahasan yang mendalam tentang idealisme atau ideologi mereka.

Lihat kata YB Khalid Samad: "Beza ‘Parti Baru’ dengan PAS hanya satu. Aqeedahnya sama, dasar perjuangan sama, kefahaman terhadap Islamnya sama.

Yang membezakan hanyalah kejujuran berkerjasama dan kommitmen kepada kaedah tahalluf siyaasi dan konsep PR."

Tidak ada bezanya serpihan PAS dengan PAS lama kecuali soal tahalluf siyasi dan komitmen pada tahalluf siyasi.

Lihat kenyataan asas Mohamad Sabu, pengerusi kumpulan serpihan ini, yang tidak mengiktiraf tokoh-tokoh progresif PAS seperti Dr Burhanuddin al-Helmy.

Sebaliknya hanya menerima tokoh-tokoh PAS era fundamentalisme Islam pasca-1982.

Fundamentalisme Islam PAS pasca-1982 yang membawa bala dan malapetaka kepada serpihan PAS ini!

Kenyataan ini dokumen utama hasrat penubuhan mereka.

Tetapi lihatlah betapa pendeknya perspektif mereka melihat sejarah PAS dan kemelut politik Islam di tanah air kita!

Mohamad Sabu: "Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan gerakan ini bagi pembentukan semula kerjasama dan muafakat politik sebagai penerusan legasi perjuangan pemimpin terdahulu seperti Al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjayakan usaha penubuhan Pakatan Rakyat 2.0."

Sebab itu saya berani sebut begini: Menjadi progresif dan berpura-pura progresif dua hal berbeza.

Budak-budak mentah bolehlah kita tipu!

- Fathi Aris Omar

ULASAN GB: komen di atas tidak akan keluar dlm blog GB kerana GB serupa macam blogger macai UMNO yang pengecut takut kena kritik.. bajet konon semua post dia takde org bole jawap... ptuihh..

Tanpa Nama berkata...

SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Tanpa Nama berkata...

kalau sesiapa mengikuti Fathi Aris Omar, sejak zaman reformasi,beliau ni,semua orang tak betul,umno tak betul,PKR tak betul,pas lagi tak betul,semua gerakkan islam tak betul,gerakkan reformasi pun tak betul,DAP tak betul,gerakan anak muda pun tak betul,menganggap semua orang lain tak ada Idealisma,Dia saorang sahaja yg betul.dia bertugas di Malaysiakini dgn cerita Malaysiakini pun tak betul.dah kena terajang dari malaysiakini.Yang betul cuma kena dengar cakap dia.

Tanpa Nama berkata...

aku mintak ajk penaja di kemaskimikan nanti...

Tanpa Nama berkata...

Kamu Fathi anhgap kami yg so long GHB adalah budak2 mentah?
Kamu lah sebenarnya yg mentah.
Kami penyokong GHB telah lihat & analisa dari semua segi.
Dan kamu Fathi jangan perlekehkan kami penyokong GHB sebagaimana kami tak kisah dengan pendirian kamu.
Hanya Allah Maha Mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

nk banding fathi aris dgn semua pemimpin GHB ??

mcm langit dgn lubang tandas jauhnya

cukuplah tk perlu ulas lagi

tolong carikan setitik darah atau peluh fathi aris dijalanan
sepanjang zaman perjuangan PR selama ini?

kalau takde biarkanla dia sorang2

Tanpa Nama berkata...





Ada yang betul tapi banyak yang tak betul apa yang di komen oleh Fathi Aris Omar yang Anon July 23, 2015 at 9:20 PM tak ambil dengan berfikir.


Kita tak nak hurai panjang-panjang. Kita bagi perumpamaan pertandingan terjun papan anjar renang. Perbezaan markah antara penerjun-penerjun tidak jauh antara kedudukan nombor satu hingga nombor 4 dan mungkin nombor 5.
Bila kita tenguk cara dan style terjunan hampir-hampir sama tetapi hanya sedikit sahaja beza nya, kadang-kadang satu markah sahaja.

Memang antara PAS dengan GHB tu sama. Tapi mesti ada satu ciri yang tak serupa. Yang tak serupa ini lah yang menjadi perbezaan besar antara PAS dan GHB.

Dan jika kedua-dua nya ibarat penerjun kolam renang, PAS berjaya mendapat markah 7.0 dan GHB dapat markah 9.5. Ini kerana semasa PAS buat terjunan PAS ulamak pakai serban dan jubah. GHB pulak pakai seluar panjang dan baju t-shirt. Hehehe..

Kepada Allah kita kembalikan.

p/s anon jangan ambil komen/pandangan orang lain lepas tu kata "komen di atas tidak akan keluar dlm blog GB kerana GB serupa macam blogger macai UMNO yang pengecut takut kena kritik.. bajet konon semua post dia takde org bole jawap... ptuihh.." Sekurang-kurang anon rumuskan ikut kefahaman anon. Wassalam