23 Jul 2015

PAS Tersingkir Dari Pakatan Baharu Yang Bakal Diwajudkan

Gabungan baru pembangkang bakal lahir

Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sudah tentu PAS tidak termasuk," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Beliau ditemui di majlis hari raya Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menurut Lim, pengecualian PAS dibuat ekoran tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui sebelum ini.

"Namakan ia PR (Pakatan Rakyat) baru, PR 2.0 atau Gerakan Baru. Ia dalam proses pembentukan," kata Lim.

Difahamkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sedang mengadakan rundingan dengan PKR dan DAP.

Gerakan itu dibarisi ramai pemimpin progresif PAS yang 'dikorbankan' perwakilan dalam muktamar parti itu awal bulan lalu. -mk


Pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dibincang, kata Kit Siang

Cadangan penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dalam perbincangan, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata perbincangan masih dijalankan antara PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi mewujudkan sebuah pakatan pembangkang yang baharu setelah PAS menamatkan hubungannya dengan DAP.

"Terdapat perbincangan yang sedang berjalan. Dengan berakhirnya Pakatan Rakyat (PR), diperlukan kenderaan baharu di mana harapan dan aspirasi rakyat dalam pilihan raya umum boleh diteruskan.

"Oleh itu kami berbincang mengenai kenderaan baharu itu sama ada ia akan berupa pakatan baharu, pakatan rakyat 2.0 atau harapan rakyat. Ia sedang dalam proses dibentuk," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen, hari ini.

Lim berkata PAS tidak akan terlibat dalam pakatan baharu yang bakal diwujudkan kerana beliau mendakwa PAS merupakan punca utama 'kematian' PR. – Bernama,


ULASAN GB

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.

Pengkhianatan PAS terhadap rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat akhirnya menyebabkan PAS TERSINGKIR KELUAR dari gabungan baharu yang bakal dibentuk.

Di dalam sesebuah orginasasi seperti Pakatan Rakyat kita perlu bertoleransi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-cita utama. Dan apabila ada di kalangan parti komponen yang tidak dapat untuk berlaku setia, maka sewajarnyalah ia dinyahkan dari organisasi berkenaan.

Jikalah hudud menjadi sebab utama PAS tidak dapat menyatakan persetujuannya dengan PR, kita merasakan ia adalah hanya helah PAS kerana Presiden PAS sendiri pernah mengakui bahawa hudud bukan agenda utama PAS dan DAP berhak tolak hudud.


Apatah lagi Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi sendiri pernah menyakan bahawa Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud.


Presiden PAS sebenarnya tidak berakhlak dan tidak berdisiplin apabila gagal menghadiri mesyuarat Majlis Presiden berkali-kali Presiden PAS menunjukkan keangkuhannya apabila beliau dengan bersahaja menjawab: Atas sayalah nak hadir atau tidak! Apabila di tegur DAP dan LGE, maka dimakinya DAP dan LGE, bukan hendak muhasabah dan perbaiki diri. Malah Pak Samad sendiri pernah menegur Haji Hadi... pun tidak dihiraukan.


Malah beliau juga kerap kali ponteng Parlimen!

Dan pilihan yang ada bagi PAS kini ialah menyertai BN atau berjuang bersendirian. Dan kita sedia maklum bahawa jika PAS bersendirian, maka ramai calon PAS bakal kehilangan depositnya kerana selama ini, kemenangan PAS adalah kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kepada PAS semata-mata.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap menghukum PAS akhirnya!





IKLAN BERBAYAR







22 ulasan:

My Kakak berkata...

Semua perkara boleh dibincang. Semua dah tua. Mesyuarat kena hadir. Hadir awal baru tunjuk akhlak baik. Org lain kena wala. Kita ? Tak taat kesepakatan. Cina pun hairan. Mcmana nak dakwah org lain. Dah hebat sgt berpolitik , bahterapun dah gah . Silalah belayar menuju destinasi. Jgn peduli jebon dan sekularis. Anwarinas dan chauvanis. Jgn pndg belakang. Dua tahun lg pupuslah mereka. Selamat belayar menuju Destinasi. Mudah2an sampai. Semua dlm ilmu Allah!

Tanpa Nama berkata...

Aku nak gelak bila ulasan GB kata Presiden PAS sebenarnya tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Kelakar betul. Bayangkan kalau orang macam ni jadi pemimpin negara.'Atas sayalah nak hadir atau tidak'. Agaknya itulah sebabnya rakyat Terengganu tendang si Hadi keluar. Nasib baik sepenggal. Macam ni pun ada hati nak jadi menteri kerajaan persekutuan. Berhenti dari politikla Hadi ooi. Duduk kat masjid bagi kuliah dan jadi imam. Takde orang marah... tapi jangan buat ...'atas sayalah nak hadir ke tidak'...naya ke jemaah.

Tanpa Nama berkata...

PASCAI tak usah joinlah Pakatan Rakyat 2.0 tu kalau setakat nak jadi gunting dalam lipatan...ceramah berdegar degar pasal akhlak tapi adab berjamaah pun tak tau...
bila tersepit dlm sesuatu hal maka DAP lah yg akan dikambing hitamkan... Anwarinaslah, jebonlah, penjilat DAPlah dan mcm2 lagi... bila ajak debat isu sebenar penakut hapah...bila org kata kat dia tak boleh...bila dia kat org tak apa pulak...muhasabah dulu diri sendiri sebelum nak kata kat org lain... selamat berjaya GHB...saya mesti pilih...

Anak Poksoh berkata...

perkemaskan selendang dan bersiap sedia untuk kita bersama membawa panji2 harapan baru untuk membentuk malaysia baru.

Anak Poksoh berkata...

mari pakat perkemaskan langkah untuk sama2 bersiap sedia untuk menginarkan panji2 harapan baru untuk membentuk malaysia baru.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai ketua parti islam pas, hadi tak patut fitnah bakal calon pkr sebagai tokey pil kuda. Tak baik macam tu. Berdosa. Masuk neraka. Kena bakar api neraka. Kalau kita sokong, kita pun terima saham jugak.

Bila dah fitnah orang, bila dah sedar kenalah cepat2 minta maaf sementara orang tu masih hidup. Hadi dah minta maaf ker belum? Kalau dah minta maaf, baguslah. Kalau belum mintak maaf, lebih baik minta maaf sebelum dia sendiri mati. Maklumlah umur pun bukan muda lagi, dah tua dah.

Lain kali sebagai ketua parti islam pas, hadi jangan senang2 keluar perkataan kesat spt jibon, munafik, kafir, serigals, anjing, barua dan lain2. Itu bahasa budak bodoh tak sekolah. Jagalah bahasa. Kalau dah terlepas cakap baik mintak maaf. Kalau tak nanti dosa. Masuk neraka. Tutup mulut lagi baik drp sembang guna bahasa kesat.

Tanpa Nama berkata...

BAGUS!!!!!!

Tak guna sekongkol dengan bahalol PAS pon

Moga moga Melayu boleh maju dan matang politik tidak mudah di tipu orang orang UMNO PAS

Tanpa Nama berkata...

Semua ini kerana DIA
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. ahli pas buat solat hajat nak kekalkan kahild sbg mb walhal org tua tu sengaja tinggal solat? org yg istiqimah dlm solat mohon pd Allah swt supaya kekalkan org munafiq jd pemimpin dia?
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran haram, barua, tolol, jebon dan tak Islam?
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?

dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Tanpa Nama berkata...

Kalau sebagai Presiden PAS dia boleh kata "Atas sayalah nak hadir atau tidak!" bila tak hadir mesyuarat.

Agak-agaknya kalau dia sekadar imam masjid boleh tak dia jawab, "Atas sayalah nak hadir atau tidak!" bila tidak mengimamkan solat kariahnya.

Tanpa Nama berkata...

Habis tu ahli ahli nak sokong dia juga Tak berdosa?

Tanpa Nama berkata...

.


Sebelum itu nak sentuh pasal Abduh yang tegur jangan guna nama TGNA. Guna nama yang tak eluknya ialah jika ada yang mengaku rapat dengan TGNA. Kemudian buat cerita yang TGNA kalau nak tidur buat macam ini, macam itu. Mengaku pernah TGNA cakap macam ini macam itu.Ini kerja orang seperti MSO yang perlu berjumpa dan rapat dengan pemimpin yang hebat-hebat bukan saja dengan TGNA bahkan kalau boleh dengan Tun Mahathir sekali. Ini bidang MSO.

Yang kita kait kan dengan TGNA ialah perjuangan nya, cita-cita nya, istiqamahnya dan kebijaksanaanya. Kalau ini yang dimaksudkan tak boleh guna nama TGNA, apa punya anak lah??

Teringat dulu masa sekolah rendah, main bola dengan tiga, empat orang kawan. Bila bergaduh, salah se orang akan kata 'kita tak kawan dengan awak lagi' Pergi lah kawan yang sorang ni duduk bawah pokok dan sesekali bila bola tersepak kat dia, dia pun berlari ambil bola dan pulangkan kepada bekas kawan-kawan nya.

Bergaduh masa kecik lain. Bergaduh masa dah tua lain. Bergaduh orang politik lain. Apa lagi orang yang di pulaukan ialah yang memusnahkan segala usaha bersama.

PAS bukan sahaja bersendirian tetapi PAS kini kesunyian bila kedua-dua rakan meninggalkan nya. Lebih malang lagi, bukan sahaja rakan nya yang meninggalkan nya, tetapi termasuk ahli-ahli kerana PAS sudah tidak mampu berjuang untuk agama dan rakyat Malaysia.

PAS sudah jadi sumbang !! Jangan sampai di kutip oleh UMNO. Demi maruah yang ada, lebih baik PAS minta Harun Din dan Hj Hadi cepatkan cita-cita mereka untuk berUG dengan UMNO.

Kepada Allah kita kembalikan.

Saiful berkata...

Kami tunggu..kami akan tolong sedaya mampu..sama2 kita Tamatkan bn

Tanpa Nama berkata...

Umno bukan bodoh, umno Tak akan "kutip" pas yang munafik.

Tanpa Nama berkata...

JAUHI ANAK2 ANADA DAN TOK2 GURU ANDA HATTA PRESIDENG ANDA DPD PIL KUDA

PIL KUDA ADALAH SEJENIS DADAH BAHAYA YANG AKAN MENYEBABKAN PENAGIHNYA MERASAKAN SENTIASA DI'PERKUDA'KAN OLEH RAKAN2 SENDIRI

Peringatan :

Kerajaan Malaysia dan AADK

omar daud berkata...

Salam tuan:

Saya nak mencadangkan pada parti baharu untuk mengukuhkan parti dan prolong hayat parti dan ahli-ahlinya.

Memperkukuhkan economy ahli-ahli parti supaya mereka2 boleh commited terhadap perjuangan parti secara menyeluruh, tidak bergantung pada contract-contract atau mengharap dari pemimpin-pemimpin untuk pertolongan, dengan cara ini boleh mengurangkan pergeseran sesama ahli-ahli berebut-rebut meminta project.Inilah masalah besar yg dihadapi oleh umno,terbaru PKR dan PAS.Bila sudah berkuasa masing2 berebut-berebut nak dapatkan jawatan,kuasa dan wang.Kita boleh contohi masyarakat community islam di America, seperti di Texas dan di Carlifornia.Bagaiman mereka nak menghadapi "RIBA" Andaikata Ahli-ahli GHB mempunyai 100k ahli, setiap sesaorng diwajibkan berzakat,saorang membayar zakat 100rm setahun jumlahnya setahun GHB memperolehi 10juta,kalau rm1000 setahun,GHB akan kumpulkan 100juta:Apa faedah pada ahli-ahli,salah satu yg dibenarkan oleh zakat membayar hutang.Apa kata kita memberi kemudhan pada parti,ahli-ahlinya boleh mengeluarkan untuk tujuan1.membeli rumah,2.membeli kereta.3.Modal bisnes.
1.andaikata rumah berharga 300k rm,Ahli akan mendapat cash300krm,Bayaran balik mengikut kemampuan ahli sekeluarga andaikata satu keluarga mempunyai 5 orng keluarga ini boleh membayar pinjaman 300krm tanpa faedah mengikut kemampuan,jika bayaran balik 30thn,andaikata peminjam pertama meninggal keluarga kedua boleh menyambungnya dan seterusnya.Begitu juga pinjaman kereta dan perniagaan.Selain dari duit zakat,sesaorng ahli yg berjaya dalam busisness pinjaman duit zakat boleh memberikan sedekah potongan bulanan pada parti mengikut kadar termampu.Duit-duit ini digunakkan untuk membayar sewa markas, activiti parti,seperti berdakwah,dan kidmat masyarakat.Mungkin kalau ada xtra tujuan kemekah utk ahli-ahli parti.

Bayangkan jika pehak parti beramanah,dan bijak menguruskan keewangan zakat ahli-ahli nescaya ini merupakan tarikkan yg menarik.Selama ini kita bayar zakat dan diuruskan pusat zakat,kita tak tahu apa yg mereka buat.Sekurang-kurangnya GHB menunjukkan contoh yg baik pada rakyat malaysia inilah jalan terbaik untuk mengelakkan "RIBA".

UMNO BOLEH SURVIVE lama sejak 1946 hingga kini,disebabkan ketua-ketua bahagian menyalurkan banttuan pada ahli2,tetapi wang yg didapati dari project 2 melalui rasuah.kita jangan tiru cara begini,kita memberi kemudahan pada ahli-kita dengan cara ahli-ahli itu sendiri menyalurkan zakat kepada parti,dan parti uruskan untk ahli-ahli daripada berhutang "riba" pinjaman bank.Di peringkat permulaan pinjaman dibuat cara FIFO,First in first out.

just my 2 cents.
wassalam.

Tanpa Nama berkata...

sila baca blog mso.

Seorang ahli perniagaan asal Kelantan dikata diberi kontrak memajukan sebidang tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan syarat kontrektor berkenaan akan menyediakan dana kepada Pas Kelantan untuk mengekalkan kerajaan Kelantan pada pilihan raya akan datang.

Tanah yang diperuntukan itu merupakan bekas tapak kilang sebuah syarikat luar negara yang sudah tamat tempoh pajakannya. Nilai tanah yang terletak di Bangsar itu mencecah ratusan juta ringgit.

Dalam pada itu ada maklumat mengatakan perundingan awal untuk memberikan tanah itu kepada ahli perniagaan berkenaan melibatkan salah seorang ahli parlimen dari Kelantan?

Tanpa Nama berkata...

Memang benar hujah tuan omar. Sistem ekonomi islam tanpa riba mendapat keberkatan dan memberi kesejahteraan kepada ummah.

Syarikat wakaf dan perniagaan milik syaidina osman ra masih wujud hingga sekarang. Allah kekalkan syarikat itu dan jasad pemiliknya dari binasa untuk menjadi bukti akan kehebatan sistem ekonomi islam serta memberi pengajaran kepada kita betapa kasih Allah tetap kekal abadi kepada hamba2 yang menurut perintahNya.

Bacalah sejarah. Kerana pemimpin ummat di akhir pemerintahan islam turki mengambil sistem riba dan berhutang dengan satu keluarga kafir maka runtuhlah negara islam turki. Sampai hari ini negara2 ummat islam terjerat dengan keluarga kafir yang memberi hutang tersebut.

Sistem zakat itu sendiri amat dahsyat kesannya kepada kesejahteraan negara kita jika diamal secara berperlembagaan, amanah dan ketegasan dalam soal mengutip dan membahagi2kan. Malangnya di sana ada tunggul penghalang yang menahan perlaksanaannya. Malangnya tunggul penghalang itu sendiri dipertahankan bermati2an oleh pemimpin2 yang mengaku beragama islam. Sistem riba juga jadi pilihan mereka.

Sebab itu rakyat mesti bangkit untuk memilih pemimpin2 islam yang beriman supaya dapat membina semula cara urus tadbir ekonomi secara islam yang asli dan tulin.
Tanpa kekuasaan politik, cita2 ummat islam untuk memurnikan keseluruhan nilai2 islam tidak akan berjaya.

Malanglah kalau ummat islam tidak berpeluang untuk menunjukkan cantiknya islam di hadapan mata orang2 DAP yang sangat2 ditakuti itu.

Oleh itu berilah GHB satu peluang untuk membina sebuah negara berteraskan islam dalam negara pelbagai kaum. Usah serba salah dan ragu. Kalau GHB dan gabungannya gagal atau mungkir dengan rakyat, anda dipersilakan lempar jauh2 geng2 GHB pada pilihan raya yang seterusnya.

jamkho kolesterol berkata...

GAYA BARU HIDUP BARU

wsc biolo berkata...

jadikan pelajaran tuk membina masa depan

air gunung berkata...

Menarik...sgt menarik.boleh dipjg dan perhalusi.sy sokong.

Tanpa Nama berkata...



Satu-satu nya pertubuhan yang berjaya melakukannya ialah pertubuhan Al Arqam jika tidak di haramkan atas sebab-sebab yang di ketahui umum. Macamana berlaku pada PAS begitu lah juga yang berlaku kepada Al Arqam.

Masih ingat tidak satu ketika dulu dizaman emak ayah kita ketika kita berumur 30an, saham Johor, saham Selangor dan KUBB sehingga melibat kan orang-orang kampung.

Kita gagal kerana kita di naungi oleh perasuah dan pembodek. Mereka akan hantar SB-SB mereka menyelinap dalam pertubuhan dengan wang ringgit dan dengan kata-kata yang manis dan memuja sehingga yang jadi ketua boleh terlupa diri. Semua nya bermula dengan memancing orang kiri kanan ketua tersebut.

Pertubuhan yang berjaya tidak disenangi oleh puak ini selagi tidak menunjukkan sokongan kepada mereka. Bagi puak ini hanya UMNO sahaja yang boleh merancang ekonomi orang melayu walaupun terbukti sebaliknya.

Selain perancangan yang rapi, kita kena bersiap sedia dengan serangan secara sulit ini. Kita kena adakan satu sistem yang dapat menghalang diri kita sendiri berbuat sesuka hati dan berkuasa penuh dalam semua hal.

Dalam keadaan kos yang tinggi sekarang ini dan keyakinan orang ramai terhadap pemimpin melayu, kerja untuk mengukuhkan ekonomi kita terpaksa melalui jalan yang payah.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Sebab selalu kata kat orang, bibir dia jadi rabik.