Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.
Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.
Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy.
Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.
"Kerusi Pas dikurangkan selepas mengambil kira semua pandangan PR semalam," ujar Azmin pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.
Semalam, Azmin telah menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.
“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya di Twitter.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memperkenan senarai nama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baharu.
Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu semalam yang ditemui selepas kunjungan hormatnya ke pejabat MB Selangor semalam berkata,
"Tidak ada perbincangan mengenai senarai Exco. Itu terserah pada menteri besar," katanya ketika ditemui di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Semalam, Pas Selangor bertegas mahu mempertahankan komposisi empat orang Exconya dalam pentadbiran Selangor. Pengerusinya, Iskandar Abdul Samad berkata, adalah tidak patut meminta Pas yang memenangi 15 kerusi Dun mengurangkan kuota empat orang Exconya.
Namun beberapa pihak di dalam Pakatan Rakyat mahu exco PAS dikurangkan kerana PAS dilihat tidak bersama Pakatan Rakyat semasa krisis MB Selangor.
"Kemenangan 15 kerusi PAS semasa PRU13 adalah kerana rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan PAS semata-mata", menurut sumber.
Sementara itu jawatan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor akan diisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS.
“Nik Nazmi Nik Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.
“Saya bersetuju supaya jawatan Timbalan Speaker disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat,” kata Mohamed Azmin dalam sidang media di Bilik Gerakan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pagi ini.
Jelas beliau keputusan ini sudah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Exco akan dilangsungkan pada hari ini, jam 3.00 petang di Istana Alam Shah, Klang.
1. Elizabeth Wong - PKR
2. Daroyah Alwi - PKR
3 Nik Nadzmi Nik Ahmad - PKR **
4. Amiruddin Shari - PKR **
5. Teng Cang Khim - DAP
6. Ean Yong Hian Wah - DAP
7. V Ganabatirau - DAP
8. Iskandar Samad - PAS
9. Ahmad Yunus Hairi - PAS
10. Zidi Abdul Talib - PAS**
** muka baru
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
46 ulasan:
Sebagai penyokong tegar PAS saya rasa sangat kecewa sebab dapat 3 post exco. Patutnya berikan satu post je sebab kami bukan pelahap kepada jawatan..meyusah betul la.
BARUA terus menimpa PAS nampaknya. Lepas kalah di Pengkalan Kubor, hari ini exco Selangor pula dikurangkan.
Inilah bahana mempunyai presiden parti yang bermulut celupar...
HIDUP MENANTU!!!!
Itu la sepatutnya.pas letak jwt aja pada kerisis mb.supaya dewan dibubar kan.ini la nama nya politik duri dlm pktn.
Komen mcm ni GB pilih..trbaik
in response to BARUA terus menimpa PAS nampaknya. Lepas kalah di Pengkalan Kubor, hari ini exco Selangor pula dikurangkan.
Inilah bahana mempunyai presiden parti yang bermulut celupar...
HIDUP MENANTU!!!! , by Anonymous
Parti mana yg bebel taat n serah kpd soltan n sembunyik blakang keris soltan hari tu?so inilah masanya taat ampun2 dgn soltan.jgn derhaka.dia dah perkenan tuh.nanti meroyan nak 4 org juga dia sumpah jd hard rock cafe baru tau.
agaknya kalau pilihanraya negeri diadakan semula boleh dapat tak 15 kerusi lg? aku ghase 5 kerusi pun lom tentu.
yg aku x puashati bukan pasal kerusi pas kurang dari 4 kepada 3, tapi aku x puashati mangkuk Hassan Ali tu terlantik lagi i.e. Iskandar. Aku cukup berbulu dgn si gemuk ni.,,
tujuan pas berpolitik bukan untuk jawatan tapi untuk menegakkan syiar islam dan menjaga kepentingan orang melayu. jawatan itu tak penting yang penting sereban.
kah lah kah sendiri buat sendiri tanggung da !ABU !
Semuanya salah puak tu lah. Wala'lah, brokerlah, barualah, pil kuda lah.
PAS Selangor sewajarnya tidak perlu minta kekal 4 jawatan u...nampak sgt kemaruk jawatan dan cuba ambil kira kerusi terbanyak pula untuk menjustifikasikannya.
Sewajarnya tunjuklah persepakatan dan usaha untuk kembalikan persepakatan dalam PR. Isu MB sudah selesai...jangan kelak PAS dilihat kemaruk jawatan sangat...Dalam isu MB 4 exco kekalkan jawatan dengan alasannya untuk mempertahankan kerajaan PR...apakah dalam isu pelantikan exco ini PAS tidak boleh berlapang dada dan menerima hakikat pentingnya mempertahankan PR.
Hidup MENANTU....Hidup AT TAKIRI...hidup AlMarangi..... PAS semakin hebat dan semakin BerGAYA, berMUTU dan berkeUNGGULAN...
oklah tu, exco kurang 1 tapi dpt jadi timbalan speaker.
selamat bekerja
ok la yg sudah sudah la,kalau lantik 4 exco dari pas baru kita berjiwa besar, tak la nampak mcm nak balas dendam
Balas dendam apanya?
Setiap MB ada kuasa memilih barisan exconya.
Azmin pon tidak bertindak sendirian, dia rujuk kepada semua jawatankuasa pr dan pas pun dah setuju.
in response to ok la yg sudah sudah la,kalau lantik 4 exco dari pas baru kita berjiwa besar, tak la nampak mcm nak balas dendam by Anonymous
HIDUP MENANTU HANTU!!!!
Sama sahaja perangai kamu semua nie bila dah ada kuasa semua sudah lupa...Aku rasa Pakatan Rakyat sudah tiada apa yang boleh dibanggakan...sudah tiada pakatan...Muka diluar nampak manis tapi hati di dalam semuanya BUSUK...Tiada lagi harapan rakyat untuk melihat perubahan pemerintahan di Malaysia...Dulu kata BN UMNO teruk tapi Pakatan Rakyat pun 2 kali 5 sahaja...Buat semua rakyat Jika anda semua cuba lari dari mulut buaya BN UMNO dapat duduk dalam Pakatan Rakyat pun sama seperti mulut Naga...Hakikatnya Pemimpin Malaysia Pendusta tak kira dari parti mana sekalipun...
Actually adun pas dh tinggal 13. 2 lagi akan dikenakan tindakan disiplin. Silap hari bulan jadi adun bebas. Muka tak malu saja nak mintak sampai 4 exco. Dato' MB menang baik hati bagi 3. Semua adun kena bersyukur dan wala' pada Dato' MB.
Amboi! Kata pas tak pelahap? Apasal mitak 4 juga? Aku rasa satu dah cukup. Lg pun tiada jaminan pas akan bersama PR tak lama dah....padan muka puak UG...
baruaa punya pak lebaiii...kata tak pelahap jawatan,last anta nama juga.haha
Klu diibaratkan PERANG lawan BN..ddlm PRU13 yg lalu..
Anwar & Rafizi..
ibarat pengeBOM2 dr udara yg memusnah kan lokasi2 strategik musuh
-ramai musuh 'mati' n ditawan
-ada JENERAL yg 'mati' n paling tadah
penyokong2 setia PR..
ibarat 'army'/gerila didarat
-mmbunuh n tawan musuh
-mnjd 'defense' yg ampuh
Blogger2 yg jujur TELUS demi rkyt..
-110% komitmen utk PR
-ada yg MASUK kdlm krn demi rkyt
-TAK perlu diBAYAR demi umat/rkyt!!
TETAPI..
tetapi..
malang sekali..
Hadi, Haron Din & barua2 UG mrk ada lah "musuh ddlm-SELIMUT" dgn fitnah KHIANAT yg mmberi PELURU hidup kpd MUSUH demi mnghancur MUSNAHkan harapan umat/RKYAT!!
kpd GB..
kpd pmbaca ruangan ini..
-layakkah Nik Aziz itu digelar sbg ulamak sdangkan didepan MATAnya sndri terang2an ada 'BARUA' yg jls meMUSUHI & mngKHIANATI harapan umat/RKYT!?
-layakkah Nik Aziz dipuja2 sbg mursyid-dul sdangkan ddlm MSU itu sndiri sgt jls RASUAH=ESOS, pngkhianat pmFITNAH=pilKuda serta BARUA..NAKHODA yg disokongnya!
-begitukah sikap ulamak pewaris Nabi yg kelu diam-mmBISU dgn geng2 MSU yg MUNGKAR-bahallol-BARUA itu?
-bgmn sampai Nik Aziz boleh mnjd kan seorg BARUA sbg NAKHODA, klu Nik Aziz sndiri BUKAN mnjd seorg barua???
Adakah lg sesiapa yg lebih BAHALLOL drp MSU & nakhoda nya yg BARUA itu????
GB, renongkanlah..
"ariinal haqqa-HAQQAN'
Sudah beberapa hari aku baca komen dalam blog ni. Ramai penyokong PKR agak biadab dalam komen masing-masing. Selagi aku masih masih ingat komen-komen tersebut, PKR jangan mimpi nak undi daripada aku dalm pru mendatang.Bye-bye PKR.
TAHNIAH MB AZMIN, langkah kajang berjaya bagi Pakatan, langkah kejang bagi Pas UG
TGNA tak sihat hampir nak bersara dari politik, kalau sihat dan kuat, jahanam TGHH dan UG
Setuju 1232
UG nak jadi MB, terlepas!, dapat 3 EXCO jadilah pengubat Pengkalan Kubur, Kubur UG
Akutak mahu tambah garam lagi pd luka tu...dah banyak sangat garamnya! Aku simpati dengan petugas kita disana tu...Aku kopi pes ajer untuk blog aku!
bye bye pkr@umno
saya penyokong pas tapi terasa malu dan terkilan dgn kata2 agak biadap presiden pas semasa penutupan muktamar... selagi saya ingat kata2 tersebut, jangan mimpi pas nak dapat undi drp aku dlm pru mendatang.. bye-bye pas..
GB
Hangpa dan geng hangpa semua buta politik....hehe
Sapa kata kuota EXCO PAS dikurang. Sebenar dari jumlah masih sama 4 tetapi dari segi prestij, PAS mencapai kedudukan yang amat membanggakan.
Hangpa cuba bilang balik apa yang PAS dapat....... 3 EXCO + 1 MB ( Azmin kan PAS yang cadang!....... 3 + 1 = 4.......bukan sama dengan kuota zaman TSKI ke?
hahahaha
ps: Aku zaman A-level.dulu.ambik tripple maths.....hehehe
undi daripada aku untuk PAKATAN sebab dah lama muak dgn UMNO.
Kalau 2 yb pas.keluar.pas kena terima kenyataan la. 3 exco
kalau Pas nak masuk media kekalkan Presiden sedia ada, kalau nak berjaya singkir TGHH
Kalu tak bsyukur n tak pelahap, letak jawatan...lg tak susahkan orang...
saya penyokong pas tapi terasa malu dan terkilan dgn kata2 agak biadap presiden pas semasa penutupan muktamar... selagi saya ingat kata2 tersebut, jangan mimpi pas nak dapat undi drp aku dlm pru mendatang.. bye-bye pas..
Kalau aku jadi MB Selangor macam Azmin,
aku tak lantik seorang pun orang Pas jadi Exco.
Ertinya, Pkr 5 Dap 5 Pas 0.
Ini Azmin, kira ok jugalah.
Betol setuju sgat2.. Bkn plahap sgat pown! Tp ingat..
in response to Sebagai penyokong tegar PAS saya rasa sangat kecewa sebab dapat 3 post exco. Patutnya berikan satu post je sebab kami bukan pelahap kepada jawatan..meyusah betul la., by Anonymous.
Bagi semua exco kpd PKR Dan DAP ajelah... Biar PKR DAP yg perintah Selangor...... Ternyata Azmin bukan macam Khalid... Khalid tak pandai main Politik
aku cadangkan tim.speaker tu lantik orang luar yg bukan adun..cth nya mat sabu ke...baru ada peranan dewan negeri...amacam ok ke?
MB Azmin nak beri peluang ADUN lain pulak . Kalau kita semua berlapang dada, komen macam aku ni la.
Nak puaskan hati semua manusia, memang susah. Ingat cerita 2 beranak dengan keledai?
MB Azmin nak beri peluang ADUN lain pulak . Kalau kita semua berlapang dada, komen macam aku ni la.
Nak puaskan hati semua manusia, memang susah. Ingat cerita 2 beranak dengan keledai?
Pakatan akan hancur dek pkr yang "barua". Baru naik sikit dah eksyen. Sepatutnya kekal exco supaya selesai isu mb. Sekarang dah jadi isu baru. Kau tunggu la kuar kenyataan lagi power dari pas. kahkahkah
Kecewa sungguh cai umno ni bila rancangan UMNO dgn TGHH gagal........pi baca tulisan Dato Kadir Jasin aka the scribe nak tahu kedudukan UMNO.
in response to Pakatan akan hancur dek pkr yang "barua". Baru naik sikit dah eksyen. Sepatutnya kekal exco supaya selesai isu mb. Sekarang dah jadi isu baru. Kau tunggu la kuar kenyataan lagi power dari pas. kahkahkah, by Anonymous.
bat8,
anon 8.32 tu buat lawak, ko tak faham ke? kahkahkah
Sepatutnya iskandar letak jawatn exco tu,swebab pas tak pelahap jawatan.lagi pun kalau iskandar sedar diri yang beliau di lantik di sebbkan dia adalh YDP selangor je,kesilapan halimah ali adalah di sebabkan mneyokong khalid,kalau dia diam mungkin dia juga terpilih.Salehen muhyi lagi lah teruk.memnag tak layaknya.
Catat Ulasan