23 Jun 2016

PAS Bakal Bungkus Di Selangor, Perak & Kelantan

Ramalan Lim Kit Siang tentang keputusan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ternyata mengena apabila PAS dibuktikan begitu banyak undi setelah berpisah daripada pakatan politik pembangkang.

Parti Islam tersebut hanya memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5.684 undi di Kuala Kangsar dalam PRK yang baru selesai Sabtu lalu.

“PAS memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013.

“Mereka kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK lalu,” jelas Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya hari ini.


Menurutnya lagi, PAS hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13, namun undi yang mereka perolehi pada masa itu adalah atas nama Pakatan Rakyat.

“Saya telah berhujah bahawa cerminan yang tepat untuk sokongan bagi PAS ialah keputusan PRU tahun 2004, apabila PAS yang bertanding ‘sendirian’ mendapat 7,988 undi di Sungai Besar dan 5,748 undi di Kuala Kangsar,” ujarnya lagi.

Menurutnya, PAS malah tidak mampu mengulang pencapaian tahun 2004 di kedua-dua kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meramalkan PAS akan bungkus di Selangor dan Perak, berdasarkan keputusan PRK Sabtu lalu.

PAS akan menyusut daripada mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor, dan lima kerusi di Perak pada PRU ke-13 sehingga langsung tidak mempunyai kerusi, sepertimana yang berlaku dalam tahun 2004,” jelasnya.

Gabungan pembangkang sebelum ini – Barisan Alternatif, terkubur sebelum PRU tahun 2004, justeru memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada waktu itu.

“Pada PRU ke-14, PAS Kelantan bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun di bawah (Almarhum) Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar,” katanya memberi peringatan.

ULASAN GB

Jangkaan tokoh politik veteran, Lim Kit Siang jarang kesasar. GB selalu mengikuti perkembangan jangkaan-jangkaan politiknya dan lazimnya ia menghampiri kenyataan. Ini kerana LKS adalah seorang ahli di dalam bidangnya - bidang politik. Pengalaman bertahun-tahunnya di dalam bidang itu menjadikan bacaannya tidak boleh dipandang sepi.

Di dalam PRK Teluk Intan pada pertengahan tahun 2014 dahulu, tatkala orang lain optimis yang DAP boleh memenanginya, namun pandangan LKS berbeza.

Beliau pesimis pada ketika itu sehingga pada malam mengundi pun tatkala bandar Teluk Intan mengadakan ceramah perdana yang dihadiri ribuan orang, beliau tidak nampak DAP akan menang.

Akhirnya benar, GERAKAN berjaya menewaskan DAP dengan majoriti 238.

Begitu juga di dalam PRN Sarawak yang baru lalu. Tatkala masing-masing parti berhiruk pikuk menyatakan mampu mencipta kejutan, tetapi LKS mempunyai pandangan yang berbeza.

Ketika itu beliau melihat pertembungan pelbagai penjuru yang berlaku akan hanya memenangkan BN. Kegagalan PH untuk bersatu menjadi penyebab kepada kemenangan besar BN, dan benar ia menjadi realiti.

Di dalam dua PRK yang lalu, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, LKS menjangkakan PAS akan kehilangan 10,000 undi di Sungai Besar. Dan ia menjadi kenyataan!



Kita bukan percaya kepada ramalan. Tetapi itu adalah hasil kajian dan pemerhatian dari orang yang berpengetahuan dan berpengalaman.

Kini LKS menyatakan jika PAS berdegil untuk tidak bermuafakat dengan PH, PAS akan bungkus di Selangor dan Perak malah di Kelantan juga.

Kenyataan beliau itu seperti telah diiyakan dari UMNO BN yang telah bersedia untuk mengambil-alih Selangor dan Kelantan.


PAS tak serik-serik menuduh pihak lain apabila mereka tewas. Masih menyalahkan Cina, masih salahkan DAP. Mereka tak lansung melihat salah sendiri. Kenyataan Timbalan Presiden PAS< Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan orang Cina ditakutkan oleh AMANAH dan DAP menyebabkan PAS kalah di Sungai Besar.


Suka sangat menunjukkan jarinya ke pihak orang lain melupakan empat jarinya menunjukkan ke arah sendiri. Sedang yang angkuh dan yang meragukan serta menjauhkan orang Cina terhadap PAS adalah pemimpin PAS sendiri.



Kini terpulang kepada PAS. Mereka yang menentukan nasib mereka sendiri, nak terus bersama di dalam arus politik negara atau ingin bungkus dan tutup kedai untuk sekadar menjadi penasihat kepada BN.

Semasa PAS berada di dalam PR dahulu, sewaktu tahaluf siyasi masih berjalan, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menekan perlunya kita mendapatkan sokongan kaum bukan Islam, tetapi agaknya bagaimana pendirian Ustaz Azhar sekarang ini?


27 ulasan:

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Setuju dgn GB, LKS & UAI..tp apakah reaksi terbaru UAI berkenaan tahaluf dgn Ikatan, Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Ostat ini ikut musim.
Klu musim panas, dia gi tejun sungai.
Klu musim sejuk, dia gi spa

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi nama saja ahli politik veteran
tapi tak tahu menilai yang tersurat.
pandangan politik mundur kebelakang.
senang dipermainkan oleh umno.mabuk
dengan ampu ulamak muda pas

Pencolekhangek berkata...

Jangan main-main dengan dedak. Bagi seguni mungkin tak sior. Cuba bagi dua tiga kontena. Serban pun boleh kena lempar!!!!!

Tanpa Nama berkata...



PAS kononnya menambah baik kan hukum hudud secara beransur-ansur.

LKS pula seolah-olah mengendurkan nada mengenai hudud dalam mempertimbangkan atau memberi pandangan supaya PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dengan membuat bacaan politiknya mengenai peluang PAS untuk menang dalam PRU akan datang.

Tetapi di tolak dengan angkuh oleh Idris Ahmad dengan berkata PAS berhak bertanding di mana-mana yang PAS mahu.
Ini bukan mengenai hak PAS tetapi mengenai strategi lawan BN.

Semasa PAS membentang hudud di Kelantan, ramai pemimpin PAS mengatakan Kelantan akan jadi satu model bagi negeri lain untuk melaksanakan hudud.

Tidak kah PAS terfikir dengan menumpu sepenuhnya pertandingan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, peluang PAS untuk menang lebih besar. Di takdir kan pula PAS dapat menawan kesemua negeri atau 3, PAS boleh bentang hudud di kesemua negeri tersebut serentak atau dalam tahun yang sama.

Negeri-negeri tersebut tidak ada masalah untuk menegakkan hudud dan PAS sebenarnya di beri peluang. Jika PAS dapat jumlah kerusi yang banyak tetapi tidak dapat memerintah satu negeri pun, apa gunanya? PAS di pandang masih hebat kerana ada Kelantan,jika terlepas Kelantan, PAS sama kedudukannya dengan AMANAH bahkan mungkin AMANAH akan mengambil tempat PAS ketika itu kerana AMANAH bersama PH.

Jika PAS mahu menunjukkan hudud adalah adil dan mesti diterima oleh setiap orang Islam, tidak wajar PAS menolak cadangan LKS. Kekuatan PAS semasa pru akan nampak lebih kuat dan berkesan dengan menumpu di negeri-negeri tersebut.

Ikhlas kah PAS memperjuangkan agama Islam ?

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Azhar pun diambil Seri by bahasa. ADAKAH UST.AZHAR SAYANG HADI ATAU SAYANG PAS. BAGITU JUGA SEMUA AHLI PAS. SOKONG HADI ATAU SOKONG PAS. HADI SEDANG BAWA PAS KELANTAN JALAN KEMUSNAHAN.

Tanpa Nama berkata...

Kami sayang pas kerana dasar perjuangan islam berlandaskan allah al quran, hadis dan sunnah rasul. Tghh sebagai pemimpin perjuangan islam dan selagi tghh tidak keluar dari landasan islam maka kami akan pertahankan thigh. Segala fitnah dan tuduhan yang diberi pada tghh itu sebagai penguat perjuangan sebab janji allah itu pasti. Menang atau kalah bukan dari kita yang penting dakwah disampaikan dan kami percaya hanya allah yang maha membership.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 11:24 PG ternyata seorang pentaksub Hadi.

Tak terkeluar dari landasan Islam apanya kalau mulut saban masa menyumpah, memaki hamun dan memfitnah. Jauh dari ajaran Islam dan Rasulullah saw.

Tanpa Nama berkata...

kata2 LKS itu ada benarnya. tapi pendapat saya, Pas akan jadi parti pemecah undi pembangkang di mana PH bakal hilang banyak kerusi2 yg telah mereka menangi sebelum ini. lihat saja di Sg. Besar dan KK. jika PR masih wujud, kemungkinan untuk pembangkang menang kerusi PRK tersebut amat tinggi.

jadi ramalan saya. jika Pas tidak dilemahkan kekuatannya. Pas akan menjadi penghalang besar kepada PH. Malah UmnoBn akan mendapat manfaat yg besar. PH bakal hilang selangor atau hanya nyawa2 ikan saja kekal menguasai selangor. dan keadaan menang dgn kelebihan yg sedikit adalah tidak selamat kerana risau akan episod rampasan kerajaan PR negeri perak berlaku lagi.

Pas kini menjadi tongkat kepada UmnoBn. jadi untuk tewaskan dan lemahkan UmnoBn kembali adalah dgn menjatuhkan tongkat yg membantu umnobn ini. kerana kuasa tongkat inilah yg menghayutkan kembali umnobn dlm mabuk takhtanya.

jadi cadangan saya, mula dari sekarang PH kena tegas dan tidak lagi bertolak ansur dgn Pas. singkirkan Pas dari saf kepimpinan di dalam kerajaan negeri selangor. gerak kerja PH kini bukan saja mencari dan mendedahkan kelemahan UmnoBn saja. tapi kelemahan dan kesalahan Pas termasuk isu2 dalam kerajaan negeri Pas di kelantan juga mestilah didedahkan. seperti mana umnoBn ditelanjangkan dgn isu2 salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya. Kesalahan Pas juga pemimpin mereka perlu didedahkan pada ahli2 mereka juga pada umum. Ini kerana Pas kini tidak mampu diselamatkan dari dalam. Jadi pendedahan demi pendedahan perlu supaya ahli2 mereka sama ada keluar parti atau mula bangkit menentang pemimpin2 mereka yg bermasalah ini.sama ada kita lemahkan atau kita nyalakan api kebangkitan para ahli utk bangkit menentang pemimpin2 mereka yg sudah gelong ini. bila pas sudah lemah dan kekuatannya semacam parti kecil s46, berjasa atau hamim. Masa itu pas bukan lagi pemain besar dlm arena politik. dengan itu jalan2 utk menuju ke putrajaya akan lebih jelas.

cadangan saya ini mungkin dilihat kejam dan zalim kerana seperti ingin menguburkan sebuah parti yg "so call" parti Islam. tapi sebenarnya apa yg kita lakukan adalah demi untuk menjaga kesucian Islam supaya tidak menjadi dagangan dalam meraih kuasa politik. kerana "so call" parti Islam ni, telah gelong dan hanya melentur Islam itu ikut acuan dan kehendak mereka saja. dosa dan pahala, syurga dan neraka seperti merekalah yg menjadi penentu dan pemegang kuncinya. lihatlah kini. pemimpin2 mereka seakan pak pandir. dulu kata lain. sekarang kata lain. mereka ini seperti sesumpah yg mudah benar bertukar warna. hujah2 mereka juga kini nampak benar dangkalnya. inilah hasilnya bila duduk dalam satu sistem dan saf kepimpinan yg sudah rosak sistem nilainya. amatlah buruk bila org yg membawa imej org alim dan pandai ugama, tapi cakapnya tidak serupa bikin.

perginya almarhum TG Nik Aziz rupanya bukan sekadar Pas itu hilang seorg pejuang dan penasihat yg ulung. tapi perginya TGNA membawa sekali roh perjuangan pas bersamanya. perginya beliau menandakan hari gelap buat Pas. kini musang berbulu ayam bangkit menyerlahkan sifat2 mereka. lihat saja apa sudah jadi dgn kerajaan negeri kelantan. salah urus tadbir dan mcm2 hal lagi, semacam kembali ke zaman umnobn kembali. saf2 kepimpinan kini, menjadi lebih rasis dan menebal sifat melayunya lebih dari sifat Islam itu. musuhnya kini sudah berubah hala dari kerajaan UmnoBn yg dulu mereka tuduh mcm2, dan kini bukan umnobn yg hendak dilawan tapi pembangkang pula yg menjadi lawan mereka. mereka sudah buta dan hilang arah tujuan. PH bukan ada kuasa utk laksana hudud. Yg ada kuasa adalah kerajaan umnobn. tapi PH pulak yg dituduh lawan hudud. habis kerajaan umnobn yg berpuluh tahun berkuasa dan tidak mahu laksana hudud tu kini sudah tidak bersalah lagi.

apa lagi yg ada pada pas dan apa lagi yg kita boleh harapkan dari pas. daripada pas menjadi parti kacau daun. eloklah pas dipetisejukkan dgn cepat supaya pas tidak menjadi penghalang kepada PH untuk menewaskan UmnoBn dan menyelamatkan negara ini dari kerosakan yg teruk.

Tanpa Nama berkata...

Makan dedak bro.mana nk terpikir tersurat sirat dh.

Tanpa Nama berkata...

Xkeluar hapa nya bro? tu menyokong najib perasuah didunia terbesar skrg ni. Islam sokong rasuah ke bro?hadi x ikut islam dah bro..cuba nilai sendiri baik buruk.fikir dgn benar jgn dgn walak.walak tu alat supaya taat membabi buta.buat perbandingan sendiri mana yg betul mana yg salah.kalau xnampak xfhmla la aku mungkin walaung pas anggap hadi sbg nabi agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Masa PAS perintah Kedah, tak da pula Azizan Razak bentang hudud... kenapa ye?

Tanpa Nama berkata...

Apa dakwah yang telah di sampaikan oleh Hj Hadi ?

Suruh solat? Suruh bangun tengah malam? Suruh jemaah?
Itu semua siang malam.. baik radio atau tv di ulangkan oleh penceramah.

Apa kesan dakwah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ? Sampai di tegur oleh Mufti Perak !

Jika benar Hadi pertahankan Quran dan Hadis tentu tak jauh peribadi nya dengan TGNA. TGNA cuma pegang tongkat, yang pendek tidak panjang pun tidak.

Seorang pejuang tidak akan terkial-kial membentang hudud yang cuma perlu di baca dan tidak akan menangguh pembentangan setelah di beri kesempatan oleh Allah.

Hadi memang tidak keluar dari landasan Islam kerana landasan semuanya sama dan tujuan pun sama tetapi arah Hadi tidak membawa ke maksud sebenarnya Islam itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...


Kerajaan pakatan Selangor pon dalam bahaya, faham2 jelaa.... undi orang melayu banyak pada PAS dan UMNO.... Takkan nak bergantung pada undi orang cina jerr... untuk renungan dan selamat beramal....

herman adnan berkata...

Si Gerombolan Kerajaan Najib sangat lemah ketika ini.
2. AMANAH dan DAP and the so-called Pakatan Harapan usah asyik nak serang PAS. Biarkan PAS dalam Circle mereka.
3. Fokus kepada bread and butter Para Pengundi.
4. Kami para pendokong Politik Baru tidak mahu keputusan 2004 BERULANG!
5. Saudara Lim Kit Siang, cakap siang pandang2....
INGAT FOKUS KEPADA BREAD AND BUTTER PARA PENGUNDI

PARA PENGUNDI!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin TINGGI PAS kemaruk DUNIA

Itu punca segala masalah nya

Dengki dan Kemaruk Dunia Harta Wang Ringgit hingga main main kan ajaran ISLAM

Hadi sudah tak betol hingga macam nak jadi TUHAN pulak

Ayah Pin pun dah tiada lagi

Ini nak jadi SOTONG KERING pulak

Bodoh lah pengikut PAS semua nya

Tanpa Nama berkata...

Rujuk tanpanama 11.24..bagus sayang pas tapi pemimpin2 pas?selalu berbelit2....Pas ni berdakwah atau berpolitik?..pemimpin pas yg cakap pas berdakwah?..dakwah ape?kalau nak berpolitik kena usaha yg cedik baru Allah beri kemenangan..

Tanpa Nama berkata...

Pascai dah jadi tongkat baru utk umngok...kesian rakyat x mampu utk lakukan perubahan dgn sikap pascai yg bodoh sombong ni...

Tanpa Nama berkata...

Nik abaduh dah seirama dan senada dengan umno dan pernah mengaku pas nak bersatu dgn umno..adakah pas nak dakwah umno?..umno dulu akan dakwah pas..tak usah berangan laa..

Tanpa Nama berkata...

Nilah salah satu contoh walaun buta kayu...perangai huduh spt ingkar janji, tuduh tanpa bukti, label org sesedap rasa, bbaik dgn penyamun dll...itu yg dikata x keluar dr landasan islam? Istifarlah bnyk2...

Tanpa Nama berkata...

HADI dah jadi serangga perosak.... awas ahli-ahli Pas. Serangga perosak harus di ridsectkan.... jika tidak Pas akan jadi parti reput.....

Tanpa Nama berkata...


UNDI Pakatan Pembangkang mewakili 50%=Undi PAS serta 50%=(DAP,PKR,AMANAH), camna nak menang...... kalo tak gabung, huncusssss jelaa jadinyer.......

Analysis PRU14,
1) SELANGOR = BN
2) KELANTAN = BN
3) PENENG = DAP hilang 2/3

KERUSI PARLIMEN BN 2/3, bolelaa wat penambahan kerusi kat FELDA banyak2......

Lebai Roger berkata...

Sebab tu misi utama kena hapuskan benih taksub dgn pas dlm kerajaan selangor. Diakhirat nanti kaum pas yg dulu masuk neraka sebab dok ubah hukum hudud atas mileage politik.SelePas dunia akhirat

Tanpa Nama berkata...

Ustaz azizan tak menggelabah mcm puak2 ni..puak2 ni suka perdagang agama utk sokongan..konon2nya mereka perjuang islamlah bila buat hudud..otak org mereng mcm itulah.

Tanpa Nama berkata...

Tak keluar apanyer..dah munafik pun..

Tanpa Nama berkata...

hj hadi ada plan besaq tu dgn najib....itu firasat aku la...ultimate nnti adalah persempadanan semula...umno perlu pas utk 2/3 suara parlimen...lpas tu bye bye...join teruih laa

Pemuda parit kings berkata...

Org yg celik political akan sokong PH...Org yg taksub akan sokong umno dan pas...jika benar telaan Kim kit Siang...APA salahnya?sedarlah wahai org melayu taksub...saya pun melayu...tetapi saya melayu yg bermaruah...sedarlah wahai org2 yg beriman...Bukan semua org melayu Islam confirm masuk syurga...dan Bukan semua org Bukan Islam layaknya keneraka...setiap sesuatu yg berlaku kehendak Allah...kita tak boleh menyangka dan terjangka...jgn sangka pas akan terus dgn pasnya...