8 Jun 2009

PAS UMNO : KERAJAAN PERPADUAN? BOLEH BLAH

Usul Presiden Pas TG Hj Hadi mencetuskan isu panas terutama di dalam PAS sendiri. Jelas pertembungan antara TGHH dan TGNA. PAS dibawah TGHH sentiasa membelakangkan perasaan PKR dan DAP. Sudah terlalu yakinkah PAS boleh berdiri sendiri?

Apakah perlunya berurusan dengan UBN sedangkan matlamat PR untuk membenamkan BN itu sendiri. Apakah rasionalnya cadangan tersebut!! PAS masih tidak matang di kalangan pemimpin utamanya berbanding golongan akar umbi yang lebih peka dan sensitif menjaga perasaan PKR dan DAP. Mengapa Anwar berdiam diri... ini jelas menunjukkan kematangan politikus yang berpengalaman dengan adu domba UBN.

Janganlah kerana rakus dengan kuasa yang baru sejengkal sudah merasa gagah perkasa tak tentu hala. Jantan sangatkah PAS untuk keluar dari PR?Layakkah PAS 'menawarkan diri' untuk memimpin PR. Terengganu pun terlepas masih tidak mengambil iktibar. Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasa pun sudah berani menyindir TGNA.

Kalaulah PAS golongan pro TGHH dan Ustaz Nasa ingin menunjukkan kuasa semoleknya berterus teranglah keluar dengan PR. Inilah lebih baik dari menikam dari belakang. Biarlah pro TGNA dan Husam keluar PAS masuk PKR ker atau tubuh parti lain yang bergabung dengan PR. Ir. Nizar lebih serasi dengan TGNA dan Anwar pada pendapat teman.

Ini satu cara mengajar agar jangan bertindak sendirian setelah berjanji bersama PR melawan UBN kini seolah memberi nafas kepada UBN. . Sepatutnya peluang yang terbuka luas ini di gunakan membenam UBN seberapa segera. TGHH and The Gang adalah duri dalam daging buat PR.. - TBO


PAS UMNO : PRO HADI DAN NASYA PASTI GEMBIRA DGN BERITA INI

Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno mencadangkan muzakarah Umno-PAS dimulakan semula memandangkan proses pemilihan pucuk pimpinan pusat bagi kedua-dua parti tersebut telahpun selesai.

"Bagi Pemuda Umno, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang - bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua," tulis Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.

Menurutnya, muzakarah seumpama itu menuntut kematangan dan pemikiran jauh semua pihak.

"Sehubungan itu, Umno-PAS perlulah mengenepikan sebarang persoalan dan pergolakan politik dan seterusnya mengambil pendekatan bersangka baik bagi mencari titik permuafakatan untuk masa depan negara.

"Umno-PAS haruslah juga mengelak dari terjerumus kepada polemik syak wasangka atau pencarian kepada siapa yang lebih atau kurang Islam atau Melayunya," tulis Khairy.

Dari itu, beliau menegaskan bahawa Umno tidak pun mengutamakan atau terlampau mengharapkan 'kerajaan perpaduan' hasil muzakarah yang dijalankan.

"Maka, PAS tidaklah perlu khuatir akan keikhlasan Umno - yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat.

"Persefahaman berkisar isu sebegini insya-Allah mampu menonjolkan elemen kesederhanaan dan progresif, lantas wajar disambut seluruh warga Malaysia.

"Sekiranya ini membawa kepada agenda yang lebih konkrit pada masa hadapan, biarlah kedua-dua pihak berunding pada masa kelak.

"Pada masa dan ketika ini, apa salahnya jika dibuka pintu dialog sepertimana yang diseru oleh Presiden PAS sendiri Datuk Seri Haji Hadi dan juga Timbalannya, Nasharudin Mat Isa.

"Justeru, demi kebaikan semua pihak, Pemuda Umno berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah," katanya.

Kerajaan Perpaduan UMNO Bertambah Kuat Pakatan Rakyat Bertambah Lemah

Kisah Kerajaan Perpaduan ini sudah lama timbul sebelum muktamar lagi. Percubaan untuk ke arah `kerjasama' dengan Umno ini pun sudah lama cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan Pas. Ramai yang sudah maklum cerita `merayap' malam masuk kelambu Umno oleh beberapa pimpinan Pas sejurus sahaja PR merampas Selangor di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.

Ini bermakna cita-cita untuk bersama Umno yang pernah `menerajang' Pas ini memang sudah lama ada dihati beberapa pimpinan Pas. Saya percaya jika perkara ini dilakukan oleh PKR atau DAP di Perak yang berpakat untuk `bersatu' dengan Umno/Bn, nescaya Ir Nizar dari Pas ini tidak akan merasa duduk di kerusi MB Perak walau sesaat pun. Tetapi, kelakuan buruk ini dilihat molek dan mulia jika `Ulamak' yang melakukannya di Selangor.

Amat sukar untuk memahami apakah strategi mereka yang bersungguh-sungguh benar untuk bekerjasama dengan Umno. `Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Setahu saya di dalam Perhimpunan Agung Umno sendiri pun mereka tidak pernah hendak menyebut betapa Umno perlu bekerjasama atau untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pas.

Tiba-tiba di dalam muktamar Pas baru-baru ini, begitu lantang pimpinan Pas mempertahankan hasrat inginkan Kerajaan Perpaduan ini. Kononnya demi rakyat. Betulkah rakyat kini kepingin sangat agar Pas bekerjasama dengan Umno? Seingat saya, pimpinan tertinggi Pas pernah menyatakan sebaik sahaja Najib ditabalkan sebagai PM yang baru menggantikan Pak Lah, isu Kerajaan Perpaduan tamat. FULL STOP.

Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang bergembira dan siapa yang berduka sekarang? Jelas, media-media kerajaan Umno/Bn saban hari memuji idea Pas di dalam muktamar baru-baru ini dan tentunya Umno juga turut bergembira. Lihatlah apa komen Najib dan Mukhriz serta beberapa pemimpin Umno sehari dua kebelakangan ini. Sebaliknya yang kecewa, duka dan bersedih adalah rakan-rakan seperjuangan Pas sendiri. Lihat apa pula komen pimpinan PKR dan DAP. Gembirakah mereka?

Saya tidak menyangka samasekali muktamar kali ini dapat mengembalikan semula `nyawa-nyawa ikan' Umno. Tidak terfikir juga oleh saya betapa tergamaknya mereka menghiris hati rakan-rakan mereka di dalam PR. Percubaan pertama yang gagal dilaksanakan di Selangor, kini dicuba di peringkat yang lebih tinggi pula. Amat memalukan, muktamar telah menjemput pimpinan tertinggi PR untuk hadir semasa perasmian muktamar semata-mata untuk mereka mendengar bahawa Pas akan teruskan usaha Kerajaan Perpaduan ini. Saya rasa kita masih ada kelemahan dari segi adab dan sopan dengan tetamu apatah lagi mereka adalah rakan-rakan kita yang bersama setia dengan kita sewaktu susah.

Pada saat Speaker Perak dari DAP ditarik dengan ganas oleh pihak keselamatan di dalam Dun Perak semata-mata untuk mempertahankan kerajaan di bawah MB Ir Nizar dari Pas, pimpinan Pas masih bersangka baik dengan mereka yang merampas kerajaan negeri Perak itu. Bayangkan hati mana tak luluh.

Sekiranya pimpinan Pas menganggap bekerjasama dengan Umno akan membolehkan Pas melaksanakan dasar Islamnya, sudah tentu saya pun akan menyokong kuat. Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Presiden Pas sewaktu penggulungannya di muktamar bahawa Islam menyeru kepada perdamaian. Perdamaiankah namanya jika kita menghulurkan tangan kepada `perompak' yang merompak rumah kita sedangkan perompak itu masih tidak mengaku kesalahannya dan tidak memulangkan kembali hasil rompakannya kepada kita?

Tentu Pas masih ingat sewaktu Parti Melayu S46 di bawah Ku Li mengikat perdamaian dengan Umno, maka segala skandal atau salah laku pimpinan Umno yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Ku Li dan Rais Yatim diam setakat itu sahaja. Ku Li dan Rais dapat jawatannya dan segala skandal dan penyelewengan dikira selesai dengan perdamaian itu. Apakah masalah Melayu selesai selepas perdamaian tersebut?

Saya yakin, ahli-ahli Pas majoritinya mahukan Pas meneruskan agenda perjuangan mereka bersama PR dan tidak akan mengambil jalan mudah untuk bersama Umno. Buktinya, suara-suara mereka telah diterjemahkan di dalam pemilihan pimpinan Pas baru-baru ini. Meskipun dikatakan bahawa tokoh yang pro PR (Erdogan) gagal dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, tetapi yang menang jawatan tersebut ditolak majoritinya oleh perwakilan.

Husam dan Mat Sabu dikenali oleh rakyat sebagai yang terlalu anti Umno telah mendapat sokongan yang lebih besar dari perwakilan. Kekalahan Husam dan Mat Sabu adalah kekalahan `teknikal ' atau di atas kertas sahaja kerana undi kepada mereka telah berpecah. Lihat bagaimana perwakilan memilih Naib-Naib Presiden Pas serta AJK yang lain, majoritinya mereka yang dipilih adalah tokoh-tokoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan ini. Amat malang sekali jika mana-mana tokoh atau ahli Pas yang menolak idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini dilabelkan sebagai anti Ulamak.

Di dalam keadaan begini, saya penuh yakin bahawa para Ulamak di dalam Pas mampu berijtihad untuk mendapatkan kebenaran. Jelas kita lihat pandangan dua tokoh Ulamak di dalam Pas iaitu Mursyidul Am dan Presiden Pas agak bertentangan. Kedua-duanya boleh kita pakai ijtihad mereka sebagai panduan tetapi kita harus memilih pandangan yang kurang mudharatnya kepada parti kita. Jika Umno kita anggap tidak pernah dan tidak mungkin memudharatkan kita, maka terimalah Kerajaan Perpaduan ini. Sebaliknya jika kita anggap PKR dan DAP terlalu banyak memudharatkan kita, kita tolak sahaja kedua-dua parti tersebut. Habis cerita. -wfauzdin


Kelab Penyokong PAS dan Muslimat Tentang Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO

Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Muslimat PAS meminta sungguh-sunguh agar pimpinan parti itu jangan berbaik-baik dengan Umno kerana ia menghantar signal yang salah kepada ahli dan penyokong parti Islam itu.

Permintaan itu dibuat ketika wakil-wakil mereka membuat ucapan penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 55 hari ini.

Wakil Dewan Muslimat, Siti Zailah Yusof (timbalan ketua Dewan Muslimat) berkata, PAS jangan sekali-kali menghantar signal salah kepada ahli dan penyokong melalui kerjasama dengan Umno.

"Kita mesti mengukuhkan Pakatan Rakyat," kata Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang.
Timbalan Pengerusi KPP, Vincent Lee dalam ucapannya juga membuat permohonan yang sama iaitu meminta PAS jangan bekerjasama dengan Umno termasuk melalui isu kerajaan perpaduan.

Bagi beliau, rundingan sulit antara pemimpin PAS dengan Umno merunsingkan KPP.

"Ahli KPP bimbang, PAS akan tinggalkan mereka dan bersama dengan Umno sebagai kawan setia. Harap PAS bergerak atas landasan betul," katanya. - siasahdaily


Kerajaan Perpaduan .. UMNO Tak Der Masalah..

Apakah tanda aras atau kayu pengukur sesuatu tindakan PAS menguntungkan atau merugikan UMNO?

Jawapannya amat mudah. Budak-budak PASTI pun tahu menjawapnya.

Apa yang UMNO tidak setuju dengan PAS, itulah perkara yang baik yang merugikan UMNO. Apa yang UMNO setuju dengan PAS, itulah perkara yang boleh menguntungkan mereka samada jangka pendek mahupun panjang.

PAS MAHUkan pembubaran DUN Perak, UMNO TIDAK MAHU kerana mereka tahu itu perkara yang merugikan mereka.
PAS MAHU melaksanakan hudud serta menghapuskan segala kemungkaran, UMNO TIDAK MAHU kerana mengganggu 'life-style' mereka.
PAS MAHUkan PPSMI dihapuskan, UMNO TIDAK MAHU kerana kroni banyak dapat 'masyok'.

PAS MAHUkan Kerajaan Perpaduan, UMNO MAHU dan bersedia kerana itu menguntungkan mereka samada jangka pendek atau panjang. - al-brangi

HADI DAN UMNO : ANTARA DULU DAN SEKARANG

Berikut ialah kata-kata keramat seorang pemimpin tertinggi PAS yang semua orang telah mendengar dan mengetahuinya.

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Perkataan sekarang : Oleh itulah kita cuba berkawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Perkataan sekarang: Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati berkawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid.

Jika mereka mahu kepada Islam merekalah yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita berpaling ke arah mereka

Perkataan sekarang: Jika mereka mahu atau tidak mahu kepada Islam kitalah yang perlu pergi kepada mereka, bukan mereka datang kepada kita!


TGNA: UMNO SAMSENG POLITIK

SSaya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Datuk Seri Nik Aziz Kata:

“There is no need to talk to Umno about all this unity government nonsense, it is rubbish,”

“Those who speak of co-operation with Umno are definitely oblivious to its cruelty and we in Kelantan know this,”

“Umno is evil. The Umno-led federal government talks of 1 Malaysia but they instructed their officers not to co-operate with those who work with the PAS Kelantan government. This is Umno,”

“We must obliterate them once and for all. Rid this earth of their kind,”


“Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat,”

“Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh,”

“Umno adalah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan,”

“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,”


Saya kata:

Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Saya sebagai pengundi dari Bukit Gantang telah mengundi Datuk Seri Nizar kerana beliau mengamalkan polisi yang saksama dan tidak mengira kaum di Negeri Perak!

Saya percaya inilah sebab hampir 80% Pengundi Cina yang mengundi PAS pada pilihan raya kecil yang lepas.

Setakat ini, kawan saya yang mengundi PAS pada pilihan raya yang lepas telah tertanya-tanya sama ada mereka telah mengundi parti yang salah?

Mungkin petikan ini akan menyinggung perasaan penyokong PAS, namum untuk kebaikan Pakatan Rakyat, saya tidak teragak-agak menyuarakan pendapat saya ini!

Saya sangat berharap PAS tidak mengkhinati saya yang sudah dua kali mengundi PAS!

Saya akan menulis satu blogpost yang lebih mendalam lagi tidak lama lagi.

Sekian Terima Kasih -gomalaysian

PAS MASIH PILIH TIMBALAN YANG NAK KE UMNO

Buat masa ini teman masih kekal tidak menyokong UMNO dan sekutunya. Teman akan mengundi sape sahaja yang lawan UMNO. Teman masih mangkah PR walaupun ada mende2 dalam PR yang teman tak berapa nak suka. Bagi teman tunjang PR ialah PAS. Walau bagaimanapun PAS tetap memerlukan PKR dan DAP.

Sebagai rakyat marhaen yang tidak begitu taksub atau teruja dengan mana2 parti dalam PR, teman mahu melihat kerjasama yang lebih erat antara PAS, PKR dan DAP. Tetapi adakah wujud organisasi PR di peringkat parlimen? Wujudkah PR Parlimen Kuala Kangsar? Wujudkah PR Parlimen Parit? Yang pasti teman berpersepsi yang PAS dengan cara PASnya dan PKR dengan cara PKRnya. Mampuih kome.

Teman tak nak menyentuh populasi pengundi di bandar. Melayu bandar majoriti bersama PR. Teman hanya nak menyentuh tentang populasi pengundi Melayu di kampung2. Teman mengundi di parlimen Kuala Kangsar dan DUN Manong. Kedua2 kerusi ini ditandingi oleh PAS. Tetapi teman tetap undi PAS walaupun teman ada juga getik pada PAS.

PAS baru sahaja bermuktamar. Hebat PAS ini. Perwakilan telah memilih pemimpin mereka untuk mengemudi PAS. Tetapi tahukah pemimpin PAS bahawa kebanyakan perwakilan itu tidak berjaya mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat kampung. Mereka masih berlatar elit yang lebih banyak bercakap daripada mendengar atau bekerja. Mereka akan segera menyampuk percakapan pak long dan mak ngah sehingga pak long dan mak ngah tidak mahu bercakap lagi. Lebih baik bercakap dengan pimpinan UMNO walaupun apahpun tak dapat. Sekurang2nya dapat juga bercakap panjang lebar. Jadiler.

Apa yang pimpinan PAS kawasan telah buat pada pengundi muda dan tua? Takkan ceramah jer? Tak bolehker markas PAS menyedia dan menganjurkan karoeke? Tapi awal2 lagi ustaz PAS kata haram. Maklumlah yang pimpin PAS dari yang nombor satu sampai ke bawah semuanya berstatus ustaz dan ustazah. Lepas tu marah dan heran ngapeler payah bebenor nak ajak orang ramai datang nengar ceramah. Karang bila dikatakan yang otak pimpinan PAS ni tak berkembang, menyinga pulak. Sebab ituler perwakilan PASpun masih sama dengan katak bawah tempurung.

Satu lagi, pimpinan PAS ini suka sangat memperkecilkan kawan. Sebab ituler teman tidak heran jikalau pimpinan PKR macam kekura. Nampak jer orang PAS, sorok kepala. Malu dan rasa rendah diri. Maklumlah PAS kata dia kuat. PAS ramai calon. PAS banyak jentera. Yang lompat tu pulak exco PKR. Senang citer PAS tak mahu berkompromi dengan PKR. Bukti yang PAS tak sedia kompromi ialah PAS tidak mengusahakan pewujudan organisasi PR peringkat parlimen. PAS nak jadi ketua jer, tapi tak gheti nak hidupkan jawatan ketuanye. Kalo ikut hati teman, ketua cawangan UMNO sebenornye lebih pandai mengambil hati anak buahnya berbanding ketua cawangan PAS.

Dalam bab2 agama memangler PAS di depan. Tapi dalam bab menyentuh hati masyarakat, PAS masih ketinggalan. PAS kena banyak belajor, tapi PAS masih buat2 pandai. PAS ini nak merintah ker tak nak? Kalo nak merintah, janganler lepaskan ruang dan peluang. Tapi perwakilan PAS yang majortinya ustaz telah melepaskan peluang dengan masih memilih timbalan yang telah gagal menarik sokongan marhaen macam teman ni. Ingat, teman mangkah PAS bukan kerana teman sokong PAS. Teman mangkah PAS kerana teman getik bebenor dengan UMNO. Tak ikhlas rupanya teman mangkah PAS. Sebab itu agaknya PAS tak menang ..

PASpun tamak, hakap dan gelojoh. Tak caye? Tepuk dada. -dango mamamat


7 Jun 2009

MB Negeri Tuanrumah Muktamar Tak Setuju Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO

Gagasan Kerajaan Perpaduan terus menerima kritikan dengan tamparan paling hebat, kali ini dari Menteri Besar Selangor, negeri tuanrumah muktamar PAS kali ke 55 diadakan, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyelar idea gagasan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS dan disokong oleh Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

"Parti Keadilan, DAP dan juga TG Nik Aziz tidak menerima konsep tersebut (Kerajaan Perpaduan). Kerajaan Perpaduan diantara PKR, PAS dan DAP, kita sudah ada Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Sebelum daripada ini DAP dan PKR telah pun membidas gagasan berkenaan dan mempertikaikan kenyataan Abdul Hadi yang menyatakan kononnya komponen pakatan rakyat telah bersetuju dengan gagasan tersebut.

DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS yang Pakatan Rakyat telah memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional.

PKR melalui Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali pula berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno.

Beliau berkata, setahunya, majlis kepimpinan Pakatan - yang turut dianggotainya - tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut.

Malah, katanya, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut.

Kelab GB akan terus berusaha untuk mendedahkan kebenaran mengenai Kerajaan Perpaduan ini yang diputarbelitkan kononnya telah diterima oleh banyak pihak walhal ia telah ditentang oleh banyak pihak.

Nak pecat GB dari keahlian PAS kerana menentang gagasan Kerajaan Perpaduan? Silakan! Pecat semua yang menentang termasuk TGNA. Nak rekomen kepada Menteri Dalam Negeri supaya GB ditahan di bawah ISA kerana anda berdua sudah ada hubungan baik dengan menteri UMNO? Silakan! tangkap semua 55% perwakilan muktamar yang menentang gagasan Kerajaan Perpaduan dan 5,000 ahli yang bertepuk gemuruh apabila TGNA menyatakan Kerajaan perpaduan adalah menngarut!


Nasha Masih Pertahankan Kerajaan Perpaduan PAS UMNO

Isu KEAJAAN PERPADUAN yang diutarakan oleh Presiden PAS menjadi sebab utama perpecahan PAS. Demikian pandangan kebanyakan perwakilan Muktamar yang tamat petang ini.

Nasaruddin Mat Isa yang menang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar kali ini terus mempertahankan gagasan Kerajaan Perpaduan sekalipun beliau hanya mendapat undi sekitar 46% dari keseluruhan jumlah perwakilan.

Apabila ditanya wartawan tentang pendapatnya terhadap kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang menganggap Kerajaan Perpaduan sebagai mengarut, Nasha tergagap-gagap menyatakan ia hanya pandangan peribadi Tuan Guru Nik Aziz dan menyatakan dengan angkuh bahawa ia akan dibawa ke mesyuarat tertinggi parti.

Kita ingin menjelaskan bahawa pandangan Tuan Guru Nik Aziz bukan pandangan peribadi beliau, tetapi adalah suara hati majoriti ahli dan perwakilan. Buktinya, Nasharuddin hanya menerima 46% undi perwakilan sedangkan 54%nya mengundi Husam dan Mat Sabu yang kedua-dua lawannya adalah penentang kepada gagasan Kerajaan Perpaduan. Nasha keterlaluan dengan seolah-oleh menganggap kedudukan jawatan Mursyidul Am itu jawatan peribadi TG Nik Aziz dan apa-apa yang diucapkan oleh Nik Aziz sebagai kenyataan peribadi beliau dan tidak mewakili parti.

Hujjah bahawa kenyataan Nik Aziz bukan sekadar kenyataan peribadinya dapat dilihat sewaktu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan:

"Gesaan supaya diadakan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut,”

Ia telah disambut dengan tepukan riuh oleh lebih 5,000 ahli PAS pada ceramah sempena muktamar PAS.


Di mana kebenaran kenyataan Nasharuddin menyatakan ia hanya pandangan peribadi Tuan Guru Nik Aziz?

Malah sehingga kini, Presiden PAS yang mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan sendiri BELUM memperincikan konsep gagasannya itu tetapi sebaliknya hanya mempersalahkan ahli yang kononnya tidak banyak membaca.

Saya telah menjawab tempelakan Hadi melalui tulisan saya sebelum ini.

Abd Hadi menyalahkan ahli-ahli kerana "kurang membaca" yang menyebabkan gagasan itu ditolak dan rasanya tuduhan itu agak keterlaluan dimana kita tidak dapat untuk mengukur berapa banyak bacaan yang perlu dilakukan semata-mata untuk memahami gagasan KP berkenaan. Apa tah lagi setiap orang mempunyai bidang dan skop pembacaan yang berbeza, seperti Abdul Hadi sendiri yang mungkin telah banyak membaca mengenai konsep Unity Government BJ Habibie tetapi sebagai seorang ahli parlimen, sya berpendapat beliau tidak banyak mengulangkaji buku-buku mengenai pembentukan Perlembagaan Malaysia serta undang-undang negara yang sepatutnya menjadi bacaan wajib untuk setiap ahli parlimen. Jika tidak masakan beliau mengutarakan gagasan KP di saat dan ketika kekuatan Pakatan Rakyat masih lemah di Parlimen.


Begitu juga kepada penyokong-penyokong gagasan ini. Sehingga kini TIDAK ADA SEORANG pun yang tampil untuk menerangkan secara terperinci gagasan tersebut sekalipun berdegar-degar menyokong sehingga kita pun tak tahu apa yang disokongnya.

Kita ingin menjadikan muktamar yang baru lalu sebagai medan untuk bersatu padu, tetapi Hadi dan Nasha masih terus ingin perpecahan itu berlaku.

Dan pengampu pro-muqabalah menuduh blogger seperti GB sebagai pemecah belah? Common on, get real!

Mengapa GB menolak Kerajaan Perpaduan - boleh baca di:

93% TOLAK IDEA KERAJAAN PERPADUAN
UNITY GOVERNMENT - BARAH UMNO YANG ADA DALAM PAS
UNITY GOVERNMENT : PANGGILAN YANG MELECEHKAN KEMENANGAN ISLAM



Urusetia Muktamar Berperangai Macam Ahli UMNO Terhadap Blogger

Pada blog GB yang lalu, GB ada mengutarakan mengenai penghargaan Presiden PAS terhadap sumbangan blogger selama ini membantu perjuangan PAS melalui "media baru", tetapi rupa-rupanya lai kisah yang berlaku di muktamar.

Golongan pro-muqabalah yang dilihat menguasai urusetia muktamar kali ke 55 tiba-tiba menjadi golongan yang tidak mesra-blogger mungkin kerana blogger dilihat kebanyakannya tidak menerima idea dan gagasan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh pimpinan utama parti.

Berikut ialah catatan ummi anni:

Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.


Betul lah pimpinan atas menghargai bloggers ni.. tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'... kalau benar seperti yang TGHH sebut.. blogger ini diiktiraf kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan..

'' kami tak berikan pas media kepada blogger.. hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''.. alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.. " susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media.. ? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat.. dapat masuk semasa PC pun dah cukup la...

kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS.. tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf.. blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana.. apa ni...

bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke.. ?... "ha'ah ada password.. hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni.. orang lain tak boleh.. "hangin tol ummi bila dia jawab macam tu... tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar... takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih... bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri.. cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku...

ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti.. satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam... dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55... 2 parti yang besar.. ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS .. berbanding dengan PKR.. kami blogger mendapat tempat bersama media perdana... memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS.. untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat.. nak mintak letak recorder pun tak kasi.. hina sungguh blogger ni rupanya..

ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri.. tapi tetap tak diiktiraf..

"akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.. "kata petugas

"ni pas dari kerajaan PR Perak .. DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"

"kami tak kisah siapa yang beri.. Nizar ke siapa ke.. tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media".. aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu... kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh.. tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri.. seperti bukak pekung di dada la pulak...

tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri.. kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2..

bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger... sendiri tanggung la... kalau Topeng Perak pulak cakap.. blogger ni dapat apa.. dapat maki aje.. kalau Cenangau kata pulak.. blogger ni macam daun kari.. untuk menyedapkan bau masakan hang buh la.. masa nak makan hang kena tolak ketepi...

ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan.. permintaan blogger tidaklah besar sangat.. tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah.. jangan dihalau terus jauh2.. sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang..

Najib Altantuya Sambut Hadi Dalam Isu Kerajaan Perpaduan. Nik Aziz Tentang.

Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana masih belum mengetahui maksud sebenar di sebalik saranan itu.

"Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini.

"Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) ke-56 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hadi di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke55 di Stadium Malawati baru-baru ini sekali lagi mempertahan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Bagaimanapun, Hadi berkata gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.

Mengulas lanjut Najib berkata, beliau juga tidak boleh membuat keputusan berhubung perkara itu secara bersendirian kerana ia merupakan satu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Walau bagaimanapun Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, khususnya yang menjurus kepada penubuhan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat.

“Gesaan supaya diadakan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut,” kata Menteri Besar Kelantan yang disambut dengan tepukan riuh oleh lebih 5,000 ahli PAS pada ceramah sempena muktamar PAS.

“PAS tidak patut mengadakan perbincangan dengan UMNO, begitu juga UMNO dengan PAS,” tambah Nik Aziz.


Tokoh veteran itu menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik samseng dan seharusnya ditolak oleh PAS.

“Matlamat kini ialah menyebarkan syiar Islam dan bukan untuk diadakan pertandingan bagi menentukan siapa yang memimpin dan siapa jadi pengikut,” tambah beliau.

Nik Aziz berkata PAS menolak mengadakan perbincangan dengan UMNO mengenai penubuhan kerajaan perpaduan.

Banyak pihak mempersoalkan gagasan Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS yang telah mengiakibatkan perpecahan yang parah berlaku di dalam PAS sehingga menimbulkan polemik yang hebat di peringkat akar umbi dan pimpinan.

"Perpecahan yang berlaku ini begitu mengecewakan. Ustaz Hadi tidak sepatutnya mengutarakan gagasan tanpa idea itu di seminarkan atau dibincangkan secara mendalam di kalangan ahli," tegur seorang perwakilan yang ditemui hari ini.

"Kita khuatir PAS akan dilihat sebagai parti yang hipokrit di dalam perjuangan. Semata-mata kerana gopoh nak jadi Perdana Menteri, beliau melupakan semangat kesetikawanan yang telah dipupuk sekian lama di kalangan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat," tambahnya.

"Ustaz Hadi perlu tunjukkan kebolehan untuk mentadbir sebuah negeri sebelum bercita-cita mentadbir sebuah negara. Di Terengganu beliau telah diberi peluang sebagai Menteri Besar selama sepenggal, namun gagal mempertahankan kerajaan tersebut seingga ia dirampas oleh UMNO BN pada 2004. Walaupun beralasan penipuan berlaku, namun jika Tuan Guru Nik Aziz boleh mempertahankan Kelantan mengapa Hadi gagal di Terengganu sedangkan di Kelantan juga berlaku penipuan? Ini kerana kehebatan Nik Aziz menggembelengkan ahli PAS Kelantan di dalam program munajat, bermohon kepada Allah untuk selamatkan pemerintahan PAS di Kelantan. Menagapa tidak dilakukan di Terengganu?" ujarnya lagi.

UMNO ADALAH NAJIS

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN.

"Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian.

"Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak.

Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan.

"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.

"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan ini.

"Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan," ujarnya.

Beliau yang juga Pemuda PAS Pandan mengingatkan agar semua pihak khususnya mereka yang telah dipilih menduduki saf kepimpinan agar sentiasa menyedari bahawa tanpa sokongan daripada perwakilan di peringkat kawasan bahawa mereka tidak mungkin berada di tempat tersebut.

"Bak kata satu pepatah india yang berbunyi 'kamu hendaklah bekerja dan rajin dan jangan cemburu dengan jawatan orang lain' kerana mereka tidak mungkin dapat berada di sana tanpa sokongan daripada cawangan dan kawasan.

"Tidak mungkin mereka dapat menjadi wakil rakyat ataupun apa-apa tempat yang tinggi kerana kesemua itu bukanlah bergantung kepada kekuatan diri sendiri semata-mata," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahwa pimpinan perlu mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak mengadakan kerjasama dengan Umno-BN. -harakahdaily


Kerana Nak Sangat ke UMNO, PAS Tolak Nik Aziz? Baguslah!

Keputusan perwakilan menunjukkan kemenangan kepada calon-calon pro Pakatan Rakyat dengan 12 orang dari mereka memenangi pertandingan bagi 18 jawatan AJK PAS Pusat. Keputusan Naib Presiden memihak kepada Husam Musa bila ketiga-tiga yang dikatakan menjadi pilihan Husam menang.

Mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim juga menang dengan undi besar.

Jika dilihat analisa itu, seharusnya Husam telah menang. Tetapi Husam tewas besar.

Bagaimanapun, Husam (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan) tewas bersama Dato’ Mohd Amar (yang disebut bakal MB Kelantan dan seorang Ulama, Ahli exco dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Dato’ Takiyuddin Hj Hassan (Ahli Exco dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan) dan Dato’ Anuar Tan (Ahli Exco dan Bendahari PAS Kelantan). Keempat-empat mereka adalah pembantu-pembantu Nik Aziz dan mereka tewas bersama 3 lagi tokoh PAS Kelantan.

Hanya Dato’ Kamaruddin Jaafar, Setiausaha Agung PAS yang disebut sebagai sahabat baik Anwar Ibrahim adalah calon dari Kelantan yang menang.

Analisa jelas menunjukkan tidak berlaku trend menolak calon Ulama, Pro Pakatan, Profesional atau Pro UMNO. Yang jelas menjadi mangsa ialah kesemua orang kanan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apakah yang berlaku adalah manifestasi penolakan atau undi tidak perjaya kepada Nik Aziz oleh Perwakilan PAS atau ianya hanya satu kebetulan. Para perwakilan harus bertanya, apakah mereka memang berniat menolak calon-calon dari Kelantan?

Ini bagaimanapun adalah petanda baik bagi Kelantan. Setidak-tidaknya pemimpin-pemimpin kanan PAS Kelantan boleh fokus kepada mempertahankan Negeri Kelantan, sama ada melalui sudut kewangan maupun tenaga kepakaran mereka. -kickdefella


Kerajaan Perpaduan: Nak Hidupkan UMNO Yang Hampir Berkubur

Dalam muktamar PAS yang masih berjalan sekarang (6/6/2009), soal kerajaan perpaduan menjadi tajuk utama persidangan. Ada sesuatu yang agak aneh mengenai perkara ini. Ketika UMNO sudah sampai ke peringkat nyawa-nyawa ikan, akan hilang hayat bila-bila masa saja, PAS tampil sebagai penyelamat dengan mengajukan cadangan kerajaan perpaduan.

Ataukah PAS sendiri sedar dua perkara: kehadirannya dalam Pakatan Rakyat masih meragukan PAS dari segi peranan yang berkesan yang boleh dimainkan; atau PAS memang sedar talian hayatnya berada dalam tangan UMNO?

Kedua-dua andaian ini mungkin kedengaran agak nakal, tetapi perlu dijelaskan. Jika PAS menggunakan cadangan kerajaan perpaduan itu sebagai satu strategi untuk mencapai matlamat yang lebih besar, misalnya untuk muncul sebagai parti Melayu terkuat yang boleh menentukan arah politik Malaysia, maka matlamat itu, jika benarlah itu matlamatnya, tentulah disedari UMNO yang lihai itu; dan dalam konteks ini PAS akan terus dikorbankan dalam arena politik seperti yang terjadi zaman Asri Muda dulu.

Jadi apa alasan PAS yang berapi-api menjeritkan UMNO sudah mati, kini mahu berganding bahu dengan satu organisasi yang sudah mati? Itulah yang pelik itu, yang ketinggian dan kecanggihan jenis strateginya sukar difahami, kecuali dalam konteks “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong”. Pada fikiran orang Melayu biasa yang bodoh-bodoh dalam soal strategi ini, UMNO wajar dikuburkan saja kerana selama lebih 50 tahun parti bangsawan (yang tulen bangsawannya dan yang meniru-meniru sifat bangsawan tulen itu) ini telah merugikan orang Melayu dan Islam.

Kedua-duanya, Melayu dan Islam, kini menjadi kelam-kabut, keliru dan terumbang ambing mencari arah yang betul. Oleh itu amat aneh jika PAS turut sama menjadi penyebab kepada masalah ini dengan cuba membantu satu organisasi yang nyata merugikan bangsa Melayu dan agama Islam. Alasan bahawa masalah sekarang perlukan kerajaan perpaduan untuk menyelesaikannya, sangat sukar diterima. Nampaknya PAS sangat tidak selesa berada bersama PKR dan DAP, kerana dalam persepakatan itu PAS merasakan dirinya bermain “jong dondang” saja, bukan pemain utama.

Jika itulah perasaan PAS, maka politiknya akan terus menjadi masalah kerana nampaknya para pemimpin PAS tidak boleh percayakan kejujuran teman-temannya dalam PR. Bagaimana pula PAS lebih percayakan UMNO yang telah melemparkannya ke Laut China Selatan? UMNO tentu tertawa besar melihat “jong dondangnya” satu ketika dulu masih belum dewasa. Atau terlalu dewasa sehingga menjadi nyanyuk? Ini perlukan penjelasan. Dan tidak ada nilai paling tinggi dalam diri seorang ahli politik Islam melainkan sabar menerima kritikan rakyat yang masih keliru tentang pendirian PAS sebenarnya. - [6/6/2009] Mohd. Affandi Hassan.