Ataukah PAS sendiri sedar dua perkara: kehadirannya dalam Pakatan Rakyat masih meragukan PAS dari segi peranan yang berkesan yang boleh dimainkan; atau PAS memang sedar talian hayatnya berada dalam tangan UMNO?
Kedua-dua andaian ini mungkin kedengaran agak nakal, tetapi perlu dijelaskan. Jika PAS menggunakan cadangan kerajaan perpaduan itu sebagai satu strategi untuk mencapai matlamat yang lebih besar, misalnya untuk muncul sebagai parti Melayu terkuat yang boleh menentukan arah politik Malaysia, maka matlamat itu, jika benarlah itu matlamatnya, tentulah disedari UMNO yang lihai itu; dan dalam konteks ini PAS akan terus dikorbankan dalam arena politik seperti yang terjadi zaman Asri Muda dulu.
Jadi apa alasan PAS yang berapi-api menjeritkan UMNO sudah mati, kini mahu berganding bahu dengan satu organisasi yang sudah mati? Itulah yang pelik itu, yang ketinggian dan kecanggihan jenis strateginya sukar difahami, kecuali dalam konteks “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong”. Pada fikiran orang Melayu biasa yang bodoh-bodoh dalam soal strategi ini, UMNO wajar dikuburkan saja kerana selama lebih 50 tahun parti bangsawan (yang tulen bangsawannya dan yang meniru-meniru sifat bangsawan tulen itu) ini telah merugikan orang Melayu dan Islam.
Kedua-duanya, Melayu dan Islam, kini menjadi kelam-kabut, keliru dan terumbang ambing mencari arah yang betul. Oleh itu amat aneh jika PAS turut sama menjadi penyebab kepada masalah ini dengan cuba membantu satu organisasi yang nyata merugikan bangsa Melayu dan agama Islam. Alasan bahawa masalah sekarang perlukan kerajaan perpaduan untuk menyelesaikannya, sangat sukar diterima. Nampaknya PAS sangat tidak selesa berada bersama PKR dan DAP, kerana dalam persepakatan itu PAS merasakan dirinya bermain “jong dondang” saja, bukan pemain utama.
Jika itulah perasaan PAS, maka politiknya akan terus menjadi masalah kerana nampaknya para pemimpin PAS tidak boleh percayakan kejujuran teman-temannya dalam PR. Bagaimana pula PAS lebih percayakan UMNO yang telah melemparkannya ke Laut China Selatan? UMNO tentu tertawa besar melihat “jong dondangnya” satu ketika dulu masih belum dewasa. Atau terlalu dewasa sehingga menjadi nyanyuk? Ini perlukan penjelasan. Dan tidak ada nilai paling tinggi dalam diri seorang ahli politik Islam melainkan sabar menerima kritikan rakyat yang masih keliru tentang pendirian PAS sebenarnya. - [6/6/2009] Mohd. Affandi Hassan.
6 ulasan:
awatla bodo sangat ..istilah kerajaan perpaduan @ unity goverment bukan nk hidupkan blik UMNO..hanya nk wujudkan satu pemerintahan yg adil&telus sblum UMNO dikuburkan.takkan kita nk biarkan negara kita rosak sblum PRU-13 bwh pemerintahan Najib Altantuya..Ini yg PAS cuba hendak selamatkan.Bacala buku byk skit tgok kelebihan yg ada dr kerajaan BN lani sblum nk hantar artikel
Kepada pemimpin dan penyokong PAS yang sudah kemiskinan dek sekatan birokrasi BN, banyak lagi jawatan kosong dan jawatan baru yang bakal diwujudkan untuk membolehkan anda semua mendapat imbohan dan membentuk kehidupan baru selari dengan kemajuan dan kekayaan orang-orang UMNO/BN. Selamat meroyan. Bravolah Tuan Hj. Hadi dan Lebai Nasarudin.... wassalam
mmg bodoh...studylah skit ttg UG ni...TGHH bukannya budak2...ni nak hentam je...sape nak keluar PAS selepas ni pun aku tk kisah..biar puak2 hok tak tahu adab ni berambos dari PAS...
KITA CABAR PIHAK YG MENYOKONG PR PERINCIKAN SEGERA UG. BULLSHIT. SEKOR PUN X MAMPU TERANGKAN.
ANSA TAHU SIAPA M.AFFANDI HASSAN YG ANDA PAKAI TIBAI JER? BERIBU BUKU TELAH DIULAS BERAPA PULA BUKU YANG ANDA ULAS?
PEMBETULAN:
KITA CABAR PIHAK YG MENYOKONG KR (KERAJAAN PERPADUAN) PERINCIKAN SEGERA UG. BULLSHIT. SEKOR PUN X MAMPU TERANGKAN.
Haji Hadi di pergunakan Mustafa Ali.... Cuba tengok kehidupan Mustafa Ali kalau Tak Percaya.... Siasat Mustafa Ali..... Punca segala masalah dalam PAS......
Catat Ulasan