8 Jun 2009

PAS UMNO : KERAJAAN PERPADUAN? BOLEH BLAH

Usul Presiden Pas TG Hj Hadi mencetuskan isu panas terutama di dalam PAS sendiri. Jelas pertembungan antara TGHH dan TGNA. PAS dibawah TGHH sentiasa membelakangkan perasaan PKR dan DAP. Sudah terlalu yakinkah PAS boleh berdiri sendiri?

Apakah perlunya berurusan dengan UBN sedangkan matlamat PR untuk membenamkan BN itu sendiri. Apakah rasionalnya cadangan tersebut!! PAS masih tidak matang di kalangan pemimpin utamanya berbanding golongan akar umbi yang lebih peka dan sensitif menjaga perasaan PKR dan DAP. Mengapa Anwar berdiam diri... ini jelas menunjukkan kematangan politikus yang berpengalaman dengan adu domba UBN.

Janganlah kerana rakus dengan kuasa yang baru sejengkal sudah merasa gagah perkasa tak tentu hala. Jantan sangatkah PAS untuk keluar dari PR?Layakkah PAS 'menawarkan diri' untuk memimpin PR. Terengganu pun terlepas masih tidak mengambil iktibar. Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasa pun sudah berani menyindir TGNA.

Kalaulah PAS golongan pro TGHH dan Ustaz Nasa ingin menunjukkan kuasa semoleknya berterus teranglah keluar dengan PR. Inilah lebih baik dari menikam dari belakang. Biarlah pro TGNA dan Husam keluar PAS masuk PKR ker atau tubuh parti lain yang bergabung dengan PR. Ir. Nizar lebih serasi dengan TGNA dan Anwar pada pendapat teman.

Ini satu cara mengajar agar jangan bertindak sendirian setelah berjanji bersama PR melawan UBN kini seolah memberi nafas kepada UBN. . Sepatutnya peluang yang terbuka luas ini di gunakan membenam UBN seberapa segera. TGHH and The Gang adalah duri dalam daging buat PR.. - TBO


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarla orang melayu/ islam nak bersatu, sekurang-kurangnya orang kafir zimmi dan harbi di malaysia takut sikit tengok kita boleh bersatu. Ingatlah kita hanya ada kuasa politik sekarang ni, depa pula dah menguasai ekonomi dan pendidikan di Malaysia sekarang ini.

paipon berkata...

salam...

Aku adalah penyokong gerakan Islam yg tidak mempunyai kemampuan penafsir niat seseorang...tetapi sejahil aku pun masih mampu bersangka baik terhadap org...apatah lagi atas 2 orang tok guru yg amat aku sayangi dan hormati. Aku percaya..diluar sana masih ade yg sanggup mati atas 2 org tok guru ni.Mereka telah lama berjuang utk meletak Islam sebagai agama yg dihormati oleh skalian kaum di tanahair tercinta ini.

Aku heran...apa salah dengan gagasan yg dicadangkan asal mempunyai niat yg ikhlas dan paling penting mengikut apa yg telah digariskan oleh Quran dan sunnah rasul SAW.Presiden telah beberapa kali bertegas...TIDAK ADA YG MASUK UMNO kerana kerajaan perpaduan...TIDAK ADA YG MENGIKUT TELUNJUK UMNO kerana kerajaan perpaduan...TIDAK AKAN PAS GADAIKAN PRINSIP ISLAM kerana kerajaan perpaduan...apa salahnya?...kenapa sentiasa buruk sangka? Presiden ada pertimbangan politiknya sendiri...Mursyidul Am ada pandangan politiknya sendiri..ini atas perkara furu' (cabang),tapi prinsipnya jelas...ini bagus utk percambahan idea dan sebagai check n balance utk ahlinya...kenapa sebab perkara tersebut kita hendak pecahbelah/bertegang urat/rasa kecewa?...fikirlah positif Bro...jgn terperangkap dgn strategi UMNO Lahanat yg saban hari berfikir nk meranapkan PAS.Kita mesti wala' kepada Pemimpin...baru dilihat dan kelihatan PAS itu kuat...bukan macam UMNO Lahanat yg hormat pemimpin hanya utk perut dan bawah perut saja.

Aku percaya 2 org Tok guru ini tidak rela/tidak akan @menangis yg amat sangat jika Islam tidak dapat diletakkan ke tempat yg sepatutnya.Malah tangisan mereka amat kuat jika pendokong gerakan Islam telah terperangkap dgn dakyah UMNO Lahanat.wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

KEMUDIAN APA YG MENYEBABKAN PAIPON TIDAK MENERIMA TUAN GURU NIK AZIZ?

LEMAH SGTKAH NIK AZIZ BERBANDING DENGAN 2 ORANG TOK GURU KESYAANGAN KAMU TU YG KINI SDG MEMBAWA PAS KE LEMBAH PERPECAHAN DAN KEHANCURAN?

Abah berkata...

Setelah saya membaca kebanyakan artikel-artikel yang terdapat didalam blog-blog, hampir keseluruhan nya tidak bersetuju tentang pergabungan Parti Perpaduan acuan TGHA/Ustaz Nasa. Yang menghairankan saya macamana pulak dengan pemilihan pada Muktamar kali ke 55 memberi sokongan kepada TGHA/Ust Nasa yang mana telah awal-awal lagi menguar-uarkan tentang pakatan gabungan itu. Ini semacam mendapat restu dikalangan ahli-ahli untuk menuju kearah pergabungan atau ada cerita lain disebalik itu?

Sebagai pemerhati rasa saya ada yang tidak kena ketika pengiraan undi dan pengumuman siapa yang menang dan siapa yang kalah didalam pertandingan antara YB Husam, Us Nasa dan Mohd Sabu. Adakah pengiraan itu betul-betul telus atau mungkin ada hanky panky ketiak pengiraan dilakukan.

Walaubagaimana pun apa saya perhatikan didalam pengiraan melalui website banyak yang menyebelahi YB Husam.

Sebagai pemerhati bebas dan pengundi atas pagar saya tidak bersetuju pergabungan PAS/UMNO diteruskan.Saya tetap bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz.

Tanpa Nama berkata...

Itu wa kata Mustapha Ali patut di siasat. Pengerusi pemilihan. Apa pasal undi hari ini umum keputusan esok? siapa ajar begitu? parti mana wat lagu tu?

umno terengganu cuba memperbodohkan semua ahli-ahli pas.

Tanpa Nama berkata...

Abah oi... melayu skang kene bersatu!!! tak kan tak nampak lagi kaum lain mengambil kesempatan ke atas hak org melayu? betol kate commenter yg kat atas tu. Kita hanya ade kuase politik tetapi dorang sume ade kuase ekonomi dan pendidikan... skang ni dorang sume dok ketawa kan kite krn kite bertelagah sesame sendiri... besok malaysia dah jd cam singapore, mase tu baru la puas hati korang sume KAN?

Tanpa Nama berkata...

melayu disuruh bersatu - panggilan perkauman (assabiyah) yang ditolak Allah dan RasulNya.

Tanpa Nama berkata...

abis ko suke la melayu ni berpecah belah??? Nawaitu kene la betul ckit... jgn la asik nak kondem je...!

Tanpa Nama berkata...

ALLAH suke ke kite ni berpuak2? comment ckit?

Tanpa Nama berkata...

melayu munafik, melayu keparat melayu sesat spt umno perlu ditentang habis2an.

samalah arab dahulu, walaupun Rasulullah keturunan arab, arab yg menentang hukum Islam akan tetap diperangi Allah dan RasulNya.

Ada faham?

Tanpa Nama berkata...

Bende yg baik kite teruskan... bende yang jahat hentikan... senang bukan???

Tanpa Nama berkata...

saye rase org comment melayu munafik tu mesti bukan org melayu kan?

Tanpa Nama berkata...

sepatutnye lu yang kene tentang habis-habisan sebab lu yg menengtang hukum ALLAH! sebab lu nak tgk perpecahan agama islam di MALAYSIA nih!

Tanpa Nama berkata...

Parti Islam SeMalaysia.

Islam ada parti ker?
Atau menggunakan Islam sebagai alat utk mencapai kepentingan individu

Tanpa Nama berkata...

SOKONG 1000 peratus!!!

Tanpa Nama berkata...

Ingat sejarah 2009 sama ..apa dah jadi kpd Negeri Perak...tak yah buat Kerajaan Perpaduan...
Tapi aku nampak macam taktik nak pekena BN ajeee...pekena sikit depa biaq berotak sikit...Sebut dalam agenda Hukum HUDUD pun depa mesti tak mauuuuu...TGHH tolong tegur bini Najib tuuu dulu kalau nak buat Kerajaan Perpaduan niee..suruh pakai tudungg aje..susah sangat ker..dah tua2 dok melarammm sakan lagi..

Tengok Permaisuri YDPA ...sejuk mata aku tengokk...sopan..dengan tudung yg pakai...

damai berkata...

Mcm nilah, aku yang bagi komen mula2 td,biaq Islam bersatu (di Malaysiakan majoriti Islam adalah melayu). Kita ni dah kritikal, kita tanam padi bangsa asing ambik untung,toreh getah depa kaut untung, jadi nelayan depa kutip ikan dan kaut untung jgk,kita ni hari2 cukup makan je. Dalam politik jgk berebut2 kuasa! Atas nama islam marilah kita bersatu. Jangan nanti jd mcm Palestin, Hamas dan Fatah saling berbunuhan, Israel ketawa berdekah2!

Tanpa Nama berkata...

umur saya dah 33 tahun sejak sekolah menengah lagi saya dah bercinta dengan pas..
tp isu kerajaan perpaduan ini buat saya putus cinta dgn pas...