13 Mac 2015

Sokongan Bukan Islam Terhadap PAS Merudum... Penyelesaiannya?


Sokongan bukan Islam pada PAS merosot'

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui sokongan bukan Islam terhadap parti itu membimbangkan ketika ini ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk kemelut dalaman dan hudud.

Sekarang, katanya, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum lalu apabila majoriti golongan itu menyokong kuat PAS.

"Cukuplah saya kata bahawa nilai (penurunan) itu membimbangkan kita, dan harus diusahakan sesuatu (tindakan)," katanya yang mengakui situasi itu sedia dimaklumi oleh kepimpinan pusat PAS.

Justeru, katanya, cabaran kini untuk memberikan keyakinan kembali kepada golongan itu kerana ia dianggap “cabaran besar” buat parti Islam itu.

Beliau menjawab soalan mengenai sokongan bukan Islam terhadap PAS ketika ini selepas PAS berdepan beberapa isu panas dan kemelut dalaman sejak akhir-akhir ini.

Pada pilihan raya umum lalu, banyak kerusi dimenangi PAS hasil sokongan bukan Islam khususnya di kawasan bandar. Antara kawasan itu termasuk di Kelana Jaya dan Kota Raja.

Bermula isu MB S'gor

Diwawancara Malaysiakini, Suhaizan berkata antara isu mula menggelegak apabila berlaku pergeseran dalaman PAS bermula daripada isu penggantian menteri besar Selangor.

"Semua itu memberi kesan, sebab mereka menaruh harapan yang tinggi (kepada PAS). Mungkin ada perkara itu, tak selari dengan apa yang mereka impikan.

"Macam jual barang. Barang itu kadang-kadang orang terima. Kadang-kadang tak. Tapi kita sebagai penjual, tak bolehlah marah pembeli.

"Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya.

Mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu parti itu bersama gabungan pembangkang selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menurutnya lagi, jika persefahaman politik yang dibentuk melanggar hukum syarak, Majlis Syura PAS akan membuat keputusan baru mengenai perkara itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga tidak menolak kemungkinan perwakilan akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan, pada muktamarnya Jun ini, berbanding isu-isu semasa dalam negara.

ULASAN GB

Penyelsaiannya? Mudah. Ahli-ahli PAS perlu menjadikan Muktamar tahun ini sebagai medan untuk memilih pemimpin yang ingin bersama Pakatan Rakyat.

51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TITM kumpulan UG bersama Hadi, tak mahu cabar Hadi, nak cabar Mat Sabu sebab nak kuatkan UG

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata Pas nak keluar PR. Tak ada sorang pun dari kalangan pemimpin Pas baik ulama' atau profesional yg kata begitu. Cuma jarum karat dan batu api yg berkempentingan diri saja mengada2kan cerita. Cukup2lah.

Tanpa Nama berkata...

Presiden wajar diberi kepada Profesional kerana Tuan Ibrahim hanya berminat menjadi Timbalan

Tanpa Nama berkata...

Kesian mereka tak kenal musuh sebenar,iaitulah UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ulama sahaja? (mungkin kebanyakan mereka tu lebih sesuai dipanggil ustaz sahaja)

Mereka yang lain tidak semesti tidak berilmu dan kurang rasa takwa. Tiada manusia yang lengkap dan serba serbi cukup. Nabi s.a.w. pun memberi ruang pada mereka yang ahli/pakar dalam sesuatu perkara untuk menerajui dalam hal hal dunia.

Tanpa Nama berkata...

kan geng ulama dah kata keutamaan bukan nak menang pilihanraya tp mendapat keredaan Allah. bersedialah utk kalah teruk praya. umno teluk tangan, lega, tak sangka mrk selamat kali ni. kan najib dah ucap tahniah atas perlantikan dr haron din sbg MA

Tanpa Nama berkata...

Abistu yg pergi gantung dua adun selangor yg mahu kukuhkan pakatan rakyat tu dulu siapa kalau bukan geng ulama yg nk berkerajaan perpaduan dgn umno ?

Tanpa Nama berkata...

Suburkan demokrasi.Pas bukan harta pusaka sesiapa.

Tanpa Nama berkata...

Macama macam ada dalam pas yang kononnya di bawah kepimpinan ulamak dan majlis syura ulamak yang maksom. Tapi ulamak ulamak ini lahcyang kata ada barua, broker, syaitan etc dalam pas. Mereka yang sepatutnya tarbiah ahli ahli pas tapi dah gagal sebab perangai makhluk pilihan tuhan nak salah kan orang lain pulak. Setlah sekian lama menyokong Pas, akhirnya ada jugak kebenaran mamak madey, pas parti ajaran sesat. Parti anutan setan, parti amalan songsang

Tanpa Nama berkata...

Bila PAS pecah, umno tepuk tangan. Geng UG dpt jadi mufti & jawatan hebat2. Islam hancur ditangan org yg mengaku waris nabi tetapi munafik...............

Tanpa Nama berkata...

hahaha... xde yg nk keluar Pakatan sblm muktamar dan kemenangan dlm tangan...

" mu tunggu ucapan penutup aku lah lps muktamar kalo menang... "

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.06 PM..

Kalau tak keluar PR buat lah cara tak nak keluar.. ini tidak ajak meeting pun banyak bagi alasan yang menyakitkan hati..

terutama GU asyik cari pasal je..

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan ulama pas, siapa yang suci mulia? Ulama pas memang tersuci termulia terbaik terpandai.

Semua ter-best. Mari satu dunia wala kepada ulama pas presideng dan Msu. Mind najib ikut pas juaga

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan sahabat Nabi yang menjadi pemimpin adalah golongan profesional. Saidina Abu Bakar ialah tokoh korporat yang pandai bersyair. Sebaliknya, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar tidak dilantik menjadi pemimpin kecuali Abu Hurairah yang pernah dilantik menjadi gabenor Madinah.

Tanpa Nama berkata...

PAS kelihatannya seperti melangkah setapak dua undur ke belakang, strategi untuk mempersiapkan diri bagaimana untuk terus mengundur jauh lagi ke belakang. Kejayaan PAS berada di belakang bukannya di hadapan!

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak mau keluar pr, kenapa perlu pasma dihentam sekuat hati oleh kepimpinan ug?

Tanpa Nama berkata...

""Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya. "

Masalah sekarang produk tu tak bermasalah malah bermutu dan berkualiti tinggi, tetapi PENGARAH PEMASARAN cukup bermasalah.... MABUK AIR SEJUK.... so cadangan saya ialah tukar PENGARAH PEMASARAN atau syarikat akan bankrap.... maklumkan kepada pemegang saham situasi sebenar agar mereka lebih memahami keadaan sebenar syarikat.

Tanpa Nama berkata...

Saya x nmpk pun dlm ulasan gb ada sebut ulama nk bawa pas keluar pr, kenapa anda terasa wahai anon 11:05 pm?

Siapa makan cili dialah terasa pedasnya...

Tanpa Nama berkata...

Bodoh, xabis2 dgn UG. Dah TGHA brbuih bgtau xpelahap nk join UMMO. Brsama PR xsemestinya kena akur semua. Allahyarham TGNA pun pnh bgtau, PKR ni mcm bdk kecik, dia ingat org nk turut dia je.... phuihhhh....

Tanpa Nama berkata...

Peminpin Pas seperti tak sedar diri bahawa kemenangan sebagai Adun dan ahli parlmen adalah sokomgn aundi padu dari bangsa lain.contahlah di Selangor,kal;au bukan dari undi bangsa lain sorylah nak menang.tapi disebabkan wala, dan sombong diri maka mereka ini lupa diri.tunggulag pilharaya akan datang kalau masih bongkak.

Tanpa Nama berkata...

Tak pelahap nk join umno tapi kenyataan dan tindakan semua pro umno. Sokong persempadan semula spr, halang pilihanraya pbt kerana 13 mei akan berulang dsbnya.

Kalau x mahu ikut pr, apa lagi, keluarlah pr... bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Mesyuarat Majlis Presiden pun malas nk datang muka x tahu malu mahu kekal lg dalam pakatan.

Amuraria berkata...

kerana musuh pengkhianat dalam selimut parti islam akan bungkus ! ABU & lawan geng pro 'ug' sampai akhir !

Tanpa Nama berkata...


Tak payah lah bagi sumbangan atau derma utk tabung jihad pas. Pas bukan nak menang pilihan raya pun. Biar ostad UG kutip sampul kat ceramah mesjid.

Bagi kat masjid lagi elok. Masuk dlm sampol bg kat ostad UG.

Tanpa Nama berkata...

Kita sokong ulama..tp kita x sokong ulamak(konon) yg nk brsekonkol dgn umno..Tgha memang hebat tp ramai lg tokoh2 yg jauh lebih hebat dlm pas..

Tanpa Nama berkata...

Penyelsaiannya? Mudah. - GB

Tuan
Bukan mudah tapi susah Lagi susah dari kisah yang di ceritakan oleh Subky untuk meramaikan ahli PAS Masa itu PAS berusaha menambah ahli dari kalangan melayu sahaja Jumlah ahli penyokong melayu yang ada ini pun merosot

PAS sebenarnya mendapat sokongan bukan Islam bukan di sebabkan atas usaha PAS sendiri Tetapi satu kesempatan yang di beri Tuhan (pertolongan) ia itu keadaan di mana rakyat di beri tawaran baru ia itu PR
Tanpa PR bukan Islam tidak akan hadir ceramah PAS seperti sebelum nya Kerana PR lah bukan Islam kibarkan bendera PAS Pada ketika itu juga orang melayu sendiri tak seramai itu jika PAS ceramah atas pentas PAS

Bila sokongan kepada PR bertambah kuat bermula lah keyakinan mereka pada Islam Mereka yang bukan Islam memandang pemimpin PAS macam TGNA dan sedikit demi sedikit orang bukan Islam selesa dengan Islam Tambahan jika ada Ulamak PAS yang hidup lebih jauh senang nya dark TGNA mereka dah mula pandang serong

Kita pertaruhkan Islam!! Orang bukan Islam tahu betapa kuat nya kita berpegang pada agama PAS bukan pertaruh bangsa ia itu Melayu tapi agama

Dulu ramai orang kata semua agama sama Ulamak Ustad kata Islam tak sama Tapi perangai dan kelakuan pemimpin PAS pro UG yang meletakkan semua agama sama Sebab dalam kalangan Ulamak pun ada yang cakap lain buat nya lain

Walaupun ahli ahli memilih pemimpin yang pro PR berapa yang telah di uji semangat PR nya kental dan berpegang pada janji ? Berpuluh tahun PAS nak sampai ke tahap PAS ganti UMNO ada kah muka muka baru boleh melakukan nya dalam masa yang singkat Berapa ramai di kalangan kita kenal Ustad Harun Din dari sudut kepimpinannya Orang bukan Islam mungkin tahu siapa Ustad Harun Din sebab kehandalan nya dalam perubatan Islam tapi mereka belum memberi keyakinan kepada Ustad Harun Din seperti mana mereka telah memberi keyakinan tanpa berbelah bagi pada TGNA Begitu juga lah kalau Tuan Ibrahim yang memimpin PAS

Tanpa Nama berkata...

seringkali kita seru supaya TUKAR kerajaan yang ada dari BN kepada PR.

Rupa2nya Allah suruh kita TUKAR dulu pemimpin PAS yang ada sebelum berjaya TUKAR pemerintah negara.

Tanpa Nama berkata...

seringkali kita seru supaya TUKAR kerajaan yang ada dari BN kepada PR.

Rupa2nya Allah suruh kita TUKAR dulu pemimpin PAS yang ada sebelum berjaya TUKAR pemerintah negara.

sempoi berkata...

Why not calonkan yb husam utk kerusi presiden?

Tanpa Nama berkata...

Anon 8.45 anta punya komen ok salah satu point yg bagus Mana ustaz ustaz yg menang kawasan campuran tak merasa Bangsa dan Rakyat Malaysian mcm Usraz Tonto, yg perasan Ulamak tu, silap Cina Termeloh bagi undi kat dia. Tepuk dahi diorg skg

Tanpa Nama berkata...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10205282370811175&set=a.1091027568286.14545.1604406281&type=1&theater

Tanpa Nama berkata...

Bukan setapak dua tp 50thn kebelakang..

Tanpa Nama berkata...

Bukan PAS je, dlm PKR & DAP pun sama. Ramai yg kiasu.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah kluk klek, tak payah ulas panjang panjang...penyelesaiannya semudah ABC jea...Haji Hadi perlu digantikan sebolehnya oleh calon yg bukan tegar UG dan angkatan geng ug diturunkan pangkat oleh perwakilan pada muktamar akan dtg supaya tidak berkokok lebih sgt kalau sedar diri tu minoriti dlm pas...kalau tindakan ini tidak diambil, insyaAllah pas akan lihat hasilnya pada pru ke 14 nanti...

Tanpa Nama berkata...

Eloklah tu...haron din mursyidul am, haji hadi presiden, tuan ibrahim timbalan presiden, naib presiden nik abduh, nik amar dan din ayam, semua ajk ambik yg ada cop ug...lepas tu kita ramai2 pakat keluar pas...

Tanpa Nama berkata...

Mulut kata taknak keluar pr tapi perangai mcm nak pecah belahkan pr... meeting taknak dtg...boleh ckp sesuka hati nak dtg ke atau tidak...itu ke contoh parti islam yg baik? Kalau pr tu ada cina, bn tu tak ada cina ke? Apalah punya assobiyyah pemimpin mcm ni...

Jeman berkata...

Pandai btol macai umno ni selit kat cni.. GB.. hati2 byk pengkomen macai umno mnyamar kt cni.. tone komen pon dh bleh kenai pasti.. sile rujuk tone yg sama dlm omakkau n sinar harian.. hujung komen amik kesempatan buh ayat pas setan bagai..

Jeman berkata...

Halau ahli kluar parti? Bkn ke umno yg slalu gune ayat x puas hati sile kluar negara.. tone sama tu..

Tanpa Nama berkata...

Masa hubungan PAS dengan DAP baik dan UMNO masa tu pulak cuba pancing PAS tapj di tolak oleh TGNA UMNO kata PAS boleh berbaik dengan DAP tapi menolak UMNO yang beragama Islam

Sekarang Hj Hadi kata Tidak salah berbaik dengan UMNO sebab dengan DAP pun kita berkawan PAS terbuka untuk menerima sesiapa saja

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya pemimpin2 PAS serba salah, sebab UMNO tu, walaupun korup, tak nak jalankan hukum Islam, tapi ahli2nya majoriti ISLAM, DAP tu sebaliknya.

Itu saja. Lain2 sebab tu sampingan2 yang ditiup2 oleh UMNO .

Tanpa Nama berkata...

Ulamak mudah diperbodohkan UMNO, Profesional dan PKR biasa dengan UMNO dah tahu sepak terajang UMNO,sukar di perbodohkan

Tanpa Nama berkata...

Puan jerman,

umno ada halau rakyat keluar dr negara ini. tp umno tak pernah halau ahlinya keluar dr parti!

Tanpa Nama berkata...

Abih tu kau ingat partner umno seperti MCA, Gerakan & Geng Dayak kat Borneo tu akan setuju ke laksanakan hukum islam kalau Pas dan umno bergabung?
MCA tu jawa ke? Gerakan tu ahli ahlinya org Minang ke?
ke DAP jea satu satunya puak cina dlm m'sia ni?

mark by me Yusof berkata...

Ikhlas dalam agama walau dibenci oleh orang-orang kafir

Tanpa Nama berkata...

Ikhkas dakam agama... agama utk org berakal, bukan utk org bebal mcm kamu.... barulah x kisah walau dibenci leh org kafir ... afalataqqiluun?

mark by me Yusof berkata...

Bukan aku kata tp nabi ajar gitu

Tanpa Nama berkata...

Macam ni

Dua dua pun betul
kena ikhlas
kena berakal

Sinario Ikhlas

Kata lah memang betul lah si DAP tu benci PAS maka PAS jangan lah pulak membalas dengan alasan alasan yang tak masuk akal dan bersungguh sungguh berbaik dengan UMNO Kan tak ikhlas nama nya Yang suka dengan kita kena ikhlas Yang tak suka pun kena ikhlas

Sinario Akal

Bagi hint je lah
Pil Kuda Barua
Terus bersama PR tapi malas hadir mesyuarat

Tanpa Nama berkata...

Bagi UG, Orang lain terutama kafir semua Sampah. Sudah bersedia kalah pru maka Tak perlu sebarang sokongan

Cakap macam diri suci mulia, tapi sebenar UG adalah extremist yang buat macam suci mulia.

Tanpa Nama berkata...

Perbodohkan? Bukan, Saja buat kerja extremist supaya dapat $$$

Buat kerja extremist supaya nampak suci mulia. Ini la geng UG daripada parti suci mulia

Tanpa Nama berkata...

Logik senang, yang silap pasal cina walaupun Banding dengan rasuah.

Ajaran agama apa ?

Tanpa Nama berkata...

Sayang...PAS loni dah tak kenal mana musuh Islam mana musuh org melayu.....